Wind Of Change

2007, aku berkunjung semula ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Negeri Cek Mek Molek. Program Simposium Perubatan Islam yang dianjurkan ImamRSC.com secara tak langsung menjemput aku berkunjung semula ke Negeri Kelantan itu.

Aku sebelum ini pernah menjadi penduduk Kelantan sekejap. Sekitar tahun 1997 ke 1999 rasanya. Tika itu umurku masih setahun jagung. Heheh. Seolah2 masih segar diingatkanku kenangan2 masa muda di sana. Orang solat terawikh dlm masjid, kami2 melantak somtam n etok kat luar. Bermain gasing, dek cok kat taman permainan. Haha. Kenangan silam menggamit perasaan!

Akhirnya pada hujung 1999, aku sekeluarga berpindah ke Kuala Terengganu pula. Sempat setahun setengah di Terengganu, sebelum aku menerima tawaran ke MRSM sekaligus membesar di sana untuk tempoh 5 tahun.

Justeru kunjungan aku ke Kelantan tahun lepas amat aku nanti-nantikan. Bagaimana la agaknya wajah Kelantan sekarang. Sekali sekala aku ber’kecek’ sendirian, saja nak test power masih pekatkah loghat Kelantan aku yg dah lama x dipraktiskan itu. Hehe. Nyata sudah tersadur dengan dialek pekat Terengganu, Sabah dan Perak. Sungguhpun sudah hilang kelancaran ber’kecek’, setidak-tidaknya aku masih boleh memahami loghat Kelantan. Fuh..

Dan ketibaan aku di kelantan pada pagi itu dengan menaiki bas, aku berasa amat teruja sekali! Dalam hatiku berbaur pelbagai jenis perasaan – teruja dalam tenang. Kagum dalam syukur. Perjalanan menuju ke Kota Bharu diiringi zikir-zikir di tepian2 jalan. Papan-papan iklan melaksanakan tujuannya dengan memaparkan imej2 muslimah berbusana Islam. Pertama kali aku nampak papan iklan DiGi dalam tulisan jawi!

Dan pagi jumaat itu, riuh benar keadaannya di hadapan hotel penginapanku ketika itu. Pasar mingguan menjadi tumpuan ribuan manusia berdagang. Bebasnya manusia berurusan perniagaan. Dari jauh kedengaran suara lantang Tuan Guru menyampaikan ajarannya. Tersentuh hatiku, yang sedang lantang menuturkan ilmu itu merangkap seorang Menteri Besar. Sungguh, tidak pernah aku mendengar suara seorang MB secara live sebelum ini, apatah lagi yang kedengaran itu bukannya ucapan2 politik; bukannya janji2 manis; bukannya ungkapan2 syok sendiri – tetapi yg lantang diperdengarkan itu merupakan ilmu-ilmu tafsir yang sedang disyarahkan oleh Tuan Guru. Kat mana lagi di Malaysia ni, nak tengok MB mengajar? Hatta “cucu ulama’ terkenal” itu pun tak pernah ku dengar dia menyampaikan ceramah ilmiah di mana2. Sungguh, hatiku terkagum seketika di saat itu.

Sebahagian dari aturcara Simposium itu menjadualkan lawatan kami ke HUSM, di bawah program melihat konsep Hospital Mesra Ibadah dan praktikalnya di HUSM sendiri. Sekali lagi aku menjadi teruja, dan kagum. Pesakit2 di sini bukan setakat disembuhkan penyakitnya, malah turut dirawat rohaninya. Pelaksanaan ibadah wajib di kalangan pesakit amat dititikberatkan. Untuk bertayammum, debu disediakan. Untuk bersolat, tanda kiblat di setiap ward sedia menjadi petunjuk. Hinggakan pesakit yang seumur hidupnya x pernah bersolat pun, mula sedar akan kepentingan ibadah tersebut. Ini baru pesakitnya, belum melihat kepada staffnya lagi. Misi (jururawat) semuanya bertudung litup, dengan tidak berpakaian ketat – bukannya imej seorang jururawat tipikal. Subhanallah!

Dan tiga hari kemudian, ku tinggalkan negeri permai itu dengan sekelumit doa dan sekalung harapan. Doaku semoga negeri ini kekal dengan bi’ah Islamiah tersebut, malah lebih baik lagi inshaAllah. Dan harapanku semoga dapat berkunjung semula di negeri ini suatu hari nanti. Semoga dapatku berkhidmat di hospital sedemikian, suatu hari nanti. Semoga anak2ku di masa hadapan, membesar di dalam bi’ah sedemikian, inshaAllah.

Sabtu, March 08, 2008

Aku tersenyum lebar. Hatiku bertakbir lantang. Semoga negeri kelahiranku, Kedah menurut jejak langkah negeri permai itu. Harapanku semakin menyinar!

ALOR STAR, 9 Mac (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan pemakluman bahawa pakatan PAS dan KeADILan telah berjaya menubuhkan kerajaan baru di negeri ini.

Majlis akan berlangsung pada jam 3.00 petang ini di Istana Anak Bukit, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Syed Unan Mashri Syed Abdullah memaklumkan Tuanku Sultan telah memperkenan menerima menghadap rombongan dari PAS yang diketuai Ustaz Azizan.

Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin memaklumkan bahawa rombongan ini akan turut disertai semua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi, Haji Mahfuz Omar dan Ustaz Haji Hassan Abdul Razak.

Keputusan pilihan raya semalam menyaksikan PAS berjaya memenangi 16 kerusi Dun, KeADILan empat kerusi, masing-masing satu kerusi oleh DAP dan Bebas.

Ustaz Azizan malam tadi dalam sidang akhbar sulungnya berkata, pembentukan kerajaan baru di Kedah ini adalah dengan pakatan bersama parti KeADILan yang memenangi empat kerusi Dun.

“Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, kita akan bekerja ke arah Kedah Sejahtera Untuk Semua,” tegas Ustaz Azizan.

Sementara itu beliau menyerahkan kepada persetujuan di peringkat DAP Pusat untuk menentukan sama ada seorang wakilnya, yang memenangi Dun Kota Darulaman untuk menyertai pakatan ini atau sebaliknya, kalau DAP tidak sertai pakatan ini, dia akan jadi pembangkang yang baik, jelas Ustaz Azizan.

Selain DAP, satu kerusi dimenangi telah dimenangi calon bebas, Arumugam Vengatapakoo di Dun Bukit Selambau.

Bagi kerusi Parlimen, BA memenangi 11 dari 15 kerusi dengan enam dimenangi PAS dan lima KeADILan.

Undergoing MyBlogLog Verification

10 thoughts on “Wind Of Change

  1. alhamdulillah… angin perubahan melanda 4 negeri… dan kelantan terus dipertahankan.. perak juga! tapi masih ada cakap2 siapa yg harus dilantik sbg MB Perak… besnye kelantan… untung sungguh mereka… =)

    somehow i feel like negara kita dah divide into 2.. the northern part n the southern part. huhu.

  2. Southerners, eyh? What do they know about politics!? Kidding!~

    Really, no matter who’s elected, just do the damn job already. Allah won’t judge the whole political party on the Judgment Day; “good party go to heaven, evil party go to hell”. Allah judges the leaders, personally.

  3. Islam pasti Agung semula kerana itulah yang dijanjikan…pemimpin yang adil,amanah melaksanakan tanggung jawab untuk tegakkan Kalimah Allah dimuka Bumi…Sesunggubnya makruf akan trtegak diatas kejatuhan jahiliah…

  4. salam,kid
    1st tyme akak singgah d cni.
    nice blog.teruskan menulis ya!
    artikel nie mnyentuh hati saya..teringat balik mase g kelate aritu..the way u wrote it, reflects how u mind worked=P
    semoga terus istiqamah di jalan ini..=)

  5. Kid,kamu lahir di Kedah ya? Ooh.. baru tau! Still duduk sini atau kt tempat lain? (i mean, ur hometown)

    saya ada 4 tempat tinggal di Malaysia. =p

    ya, hometown di kedah. Sebelum ni kalau tanya saya orang mana, saya suka jawab “Saya orang Malaysia.”. Skrg ni dah boleh berbangga jawab “Saya orang kedah!”

  6. Wah,4 tempat tinggal?! seronoknya.. dpt luaskan pemandangan =)

    Raya nnt singgahlah P*****g. Pastu jemput dtg rumah akak. hehe. Itupun kalau kamu balik M’sia dan beraya kt Kedah la. haha.

    Good Luck in your study!

  7. walaupun membesar di selangor, saya tegar menyatakan saya jelata kelantan y comel. Hahahha..

    p/s: bukan point sebenarnya tu. Tibe2 rasa bersalah. Maaf ya kid atas kata2 masa dulu kala. Saya merendahkan kamu kerana kamu bercerita tentang hospital di russia. Saya tidak tahu apa2..T-T
    Sorry seems to be the hardest world!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s