Untitled (2)

 

Post ini adalah kesinambungan dari post aku yang sebelumnya. Heheh. Atas dasar good-mood yang aku sedikit ada hari ni, kugagahkan jua nak update sket blog ni..Whew

Well, then. Taktau nak citer pe, lagipun aku hanya ada sedikit masa before kelas Russian aku kejap lagi. Takleh nak share something informative gak pun, takde idea. Biarlah, let me just share with you apa yang buat aku tension sangat2 lately nih. Huhu.

1. Test,test,test,test,test…

Test berlungguk-lungguk. Frustrated Hari Isnin ni ada test Russian Language. Aku tak berapa berminat nak belajar Russian Language sebenarnya. Yelah, apa kaitannya bahasa ni dengan kerjaya sebagai seorang doktor? ConfusedHehe. Selasa ada test Biochemistry. Whole topic about Lipid. Metabolism, anabolism, catabolism, etc etc.. Among topik paling susah dalam subjek ni. At wits endPatutnya aku buat test ni minggu lepas, tapi atas sebab-sebab tertentu (point no.2 aku dalam post ni), aku tunda buat minggu ni. Huhu. Rabu pula ada test Physiology. Heart Physiology, to be exact. Kena master semua apparatus – ECG, nak ambik blood pressure, sphygmomanometer, etc etc. Huhu. Bosan takde katak untuk dibedah lately – takleh lepas geram.Devil

2. Trans-seasonal flu..

Sepatutnya winter dah habis awal bulan aritu. Tapi yelah, kat tempat extreme camni, macam2 boleh jadi. Semalam siap snowstorm lagi. Striaght Face Heheh. Tercapai kot hasrat aku, wishing for an eternal winter? Neway, cam biasa, perubahan musim menyaksikan beberapa perubahan physiological kat diri aku. Selesema, itu perkara biasa lah. Tambah2 dengan keadaan dan “masalah” tertentu, menyebabkan aku bertambah teruk – dengan sakit kepalanya, pening, loya, etc etc. SickHuk2. Akibatnya? Hampir semua kelas n lectures sepanjang minggu lepas aku ponteng. T_T

3. Meeting, meeting, meeting, meeting..

Meeting banyak satu hal, aku tak berapa kisah sangat. Tapi banyak laporan nak kena bentang, banyak follow-up nak kena setelkan – itu yang aku tak cukup tangan ni.At wits end Huhu. Bulan lepas penerbitan AsShams dah terlewat 2 minggu. Meaning penerbitan bulan ni dah short 2 minggu, nak kena rush siapkan. Nak kena setelkan laporan kewangan nak bagi kat bendahari baru lagi. Tu baru Biro Penerbitan & Informasi punya AJK. Minggu lepas ada meeting PPIM Nizhny Pusat, nak bincang pasal aktiviti jangkamasa terdekat n jangkamasa panjang. Aku tak gi pun, sebabnya yang no.2 tu la. Tapi sebab yang paling utama, aku cuba elakkan untuk diberi banyak tugasan, sebab aku takut tak terhandle nanti. Yelah, aku ni jenis tak reti cakap “no” kat org. Huhu. Hujung bulan ni gak ada meeting PPIM SeRussia pulak. Nak kena bentang laporan pasal web lagi. Susah betul la buat kerja web sorg2 ni, semua nak suruh aku bagi web tu jadi hidup sket. Sama-sama la hidupkan, nak aku sorang post artikel, post forum, tu syok sendiri namanya. Frustrated Itu pun Husni nak calonkan nama aku jadi Ketua Biro Penerbitan Pusat. Hadoi. Ingat nak kena tolak jugak la pencalonan ni, dah tak cukup tangan sangat ni.

4. Assignment, assignment, assignment, assignment..

Antara tambahan sebab aku tak suka subjek Russian Language – ntah hape2! AngryKalau dalam kelas belajar pasal russian medical terms, takpela jugak. Senang aku nak faham apa nurse cakap time kelas nursing kat hospital. Tapi ini campur macam2. Pasal Pushkin la. Pasal poems la. Takde kene mengene. Sekarang ni pulak tengah busy, nak kena prepare ada drama/sketch competition bulan depan. What the heck? Doctor nak berdrama? Huhu. Aku bagi idea suruh buat sketch simple2 sudah la. Buat cerita Pak Kaduk ke, si Luncai ke, Lebai Malang ke. Simple. Ini tidak – nak gak buat cerita prince n princess la, kingdom sana, kingdom sini. Mengarut2 lak tu. Huhu. Tak apelah..aku follow jela..janji korang buat, korang handle, korang setelkan. Aku malas nak terlibat dalam bab2 administrating dah.

5. Fulus.

Hoho. Although aku banyak duit  Whistling, tapi yang banyaknya bukan kat dalam akaun aku. Kat dalam akaun ayah aku. Yelah, anak solehlah katakan..semua duit aku aku bagi ayah aku uruskan. Tak kisah sangat sebenarnya, aku ni pun jenis yang boros. Tapi since minggu lepas aku dah keluarkan around ++RM3000 Money Eyes beli tiket Emirates tu, so aku agak bangkrap la sekarang ni. Hehe. Hidup pun makan sekali sehari je, nak jimat punya pasal. Miahaha. Takpe2, kena belajar hidup sendiri, urus duit sendiri gak lepasni. y0sh~ Peace Sign

Tu dia, 5 sebab aku jadi agak bengong sejak akhir-akhir ni. Kelima-lima ni cuma antara reasons yang ada je, banyak lagi reasons lain yang menyumbang ke arah ketidakstabilan emosi aku. Sebab yang paling utama pun aku tak citer kat atas ni. Takpelah, biarlah masalah tu aku deal dengan Allah sahaja. Doa2kan ek moga masalah ni selesai. Huhu. *buntu*

Salam Maulidur Rasul

Aku taknak bersembang panjang pasal sambutan Maulid Nabi ni. Dah banyak dibincangkan di sana sini. Khilaf pasal tarikh kelahiran Nabi pun ada, inikan pula pasal kedudukan sambutan ini sendiri di sisi Islam. Memetik kata2 alFaisal – yang menyambut tahu batasnya, yang menentang tahu akhlaknya. Happy

Just nak kita sama2 fikirkan, mengenai subjek sambutan ni – baginda Rasulullah s.a.w. Artikel Ustaz Hasrizal menarik minat aku. Kita boleh kenal siapa itu David Beckham, siapa itu Collin Farrel, etc etc. Walaupun tak pernah kenal diorang, tapi ada yang sampai fanatik dengan individu tersebut. Tapi berapa ramai di antara kita yang kenal baginda Rasulullah?  Fikir-fikirkan mengenai hadis Rasulullah ini:

Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan) – [Riwayat Muslim]

Rasulullah telahpun merindui kita, sejak dari dulu lagi. Adakah kita merindui baginda? Thinking

4 thoughts on “Untitled (2)

  1. bahasa rusia susah ke? macam best je…diorang banyak pandai2 dan berotak brutal…tengok je la…berape ramai site orang dinodai oleh mereka (defaced)….

    ajar aku tulis nama aku dalam tulisan rusia…aku nak tau jugak…tulisan rusia tu macam ala2 main game tetris lvl 60…macam tulisan tamil pon ade, cuma tadep bulat sajep…nanti ko send kat aku .psd die pakai Ym tau…

    Leokid: Haha. Tulisan russia ada 2 jenis. Printed and written. Dua2 berlainan besar. And between huruf besar (capital letter) ngan huruf kecik pun beza besar jugak. =)

  2. pnatnyerr.. huhuhu..
    la yukallifullahu nafsan illa wus’aha.. :)

    mujahid Allah, insyaALLAH.. slalu je kuat!~ :D
    jrg mengeluh, jrg mengadu.. semuanya dilakukan dgn sbr..
    sbr yer DokTer!!~~ :)

  3. salam..
    em..pasal test heart physiology 2..all d best..kalo ikut statistik batch aku, test 2 paling ramai fail..lagi2 soklan MCQnya yg maut..emphasize more on ECG 4 MCQ ques..mmg sekali tgk sumer same..skali lg tgk adelah beza sket..3rd time tgk bru nmpk jelas..kesimpulannya..hati2..=]

    ~fa inna maal usri’usra
    ~inna maal usri’usra
    semoga diberi kekuatan dan kesabaran..=]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s