Ayat-Ayat Cinta

Ini adalah post 2 dalam 1. So kalau anda nak skip part pertama, just skrol ke bawah sahaja sampai heading “Ayat-ayat Cinta” tu. Oh ya, post ini tidak ada kaitan dengan Fahri mahupun Aisha, jika itu yang anda expect. Harap maklum.

Memang banyak masalah sejak akhir-akhir ni. Macam yang aku ceritakan dalam post sebelum ni (dan sebelum ini). Tapi yelah, itu semua problem2 tambahan je. Dalam minda dan fikiran aku, masih ada problem yang lebih besar. Huhu. Problem apakah itu? Tak perlulah aku cerita secara detail, cukuplah sekadar aku menyatakan yang aku ingin melakukan sesuatu, lillahi taala. Tetapi banyak cabaran dan dugaan, kekangan dan halangan. Ya, itulah masalah aku.

Aku bingung, buntu, apabila semua usaha yang aku lakukan seolah-olah tiada gunanya. Tak berhasil. Macam-macam dah aku buat. Itu dan ini. Dah banyak aku korbankan – usaha, masa. Since sejak dulu lagi. Doa tak putus-putus. Tetapi tetap tak ada hasil!

Aku: there’s this biggest problem in my head i think
Aku: i’ve done everything i could, still, it’s a problem
Aku: pendek kata – xtau nk buat camne dah
Aku: huhu

Dia: dh try ‘ckp’ kt Dia?
Aku: dah..
Aku: puas cari kat mana silapnya
Aku: kot2 ade slack kat mane2 lagi
Aku: hurm..buntu sgt2
Dia: kid. wanna tell me sunthing ke?
Aku: ntahla
Aku: huhu
Aku: 1) dunno if that’s going to do any good
Aku: 2) dun want my mess lingering in ur mind
Dia: 1) i know its not going to bring u any gud as u’re far smarter n matured thn me
Dia: 2) my frns probs is never a mess for me
Aku: huhu
Aku: ntahla..
Aku: can u guess what’s it all about?
Aku: Happy
Dia: 2:214
Aku: 2:216 kot yg nk cuba dbgtau..
Aku: -_-”
Dia: nope
Dia: 2:216 tu famus gak
Dia: tp kite nk bgtau yg 2:214.

Actually i wasn’t planning to tell anyone about this biggest problem i had. Tapi last2, terpaksa juga. Huhu. I’m out of idea already. So aku pun tanyalah dia, dia merupakan seorang sahabat yang aku sangat hargai. Seronok bersahabat dengan dia.

Dan dia bagi aku nasihat – 2:214. Especially part yang last. Apekah itu?

“Bilakah datang pertolongan Allah?” “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”

Dia bagi aku nasihat ni, maybe sebab dia nampak aku seperti mengeluh. Seolah-olah aku ni macam dah berputus asa. yelah, mengeluh. Aku dah berusaha macam2, buat macam2, still pertolongan Allah tak sampai kat aku. Mungkin sebab itulah dia bagi aku nasihat ni.

Ayat tu buatkan aku fikir banyak. Pasal ayat tu. Keseluruhan ayat tu menceritakan, mengenai penderitaan yang ditanggung oleh umat zaman dahulu, yang maha dahsyat hinggakan rasul dan orang-orang beriman ketika itu mengeluh – “Bilakah datang pertolongan Allah”, maka Allah memperingatkan mereka, bahawa sesungguhnya pertolonganNya itu qarib (dekat).

Persoalan yang aku fikirkan di sini – ada kaitan dengan masalahku jugak : Mengapakah mereka tak dapat pertolongan Allah? Bukankah Allah dah kata, pertolonganNya itu dekat. Tetapi mengapa mereka tetap tak dapat?

So aku merujuk kepada seorang lagi sahabat aku, biarlah kugelarkan dia KD. KD junior aku ekceli, tapi pada pandangan aku, dia ada asas yang kukuh bab2 agama ni. Lebih kukuh dari aku. Honestly, aku agak respect la dia. KD bukanlah ahli bab-bab tafsir ni, so dia bagi pandangan just berdasarkan pendapat peribadi dia sajelah.

Aku: ade satu part ni
Aku: yang mereka berkata “bilakah datangnya pertolongan Allah?”
Aku: pastu Allah jawab, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
Aku: kd rasalah kan, pertolongan Allah itu dekat tapi kenapa diorg tak dapat?
Aku: err..faham tak?
Aku: -_-”
Kd: insyaAllah fhm
Kd: jap2
Kd: pk ayat
Kd: eheh..
Kd: kd nk tny dulu bulih?

Aku: Happy
Aku: sila2
Kd: ni sekadar bertny ye..tiada maksud lain
Aku: takpe2
Aku: tanya je, inshaAllah kid jawab
Kd: adakah kita berhak mempersoalkan kpd siapa pertolongan Allah itu layak diberikan?
Aku: kita tak berhak, tapi yelah bukankah Allah itu Maha Adil?
Aku: contohnya mcm kita tgk seseorg tu berusaha giler2, study mcm nk mati
Aku: tapi dia x dpt piat jugak. adakah kita nak kata Allah tak adil kat orang tu kan?
Aku: contoh satu lagi
Aku: katakanlah kd nak something sangat2. contohnya kd nak masuk medic sgt (dulu la)
Aku: segala macam kd usaha, baik dari segi rohani mahupun persediaan duniawi
Aku: tapi ditakdirkan ttp tak dpt masuk medik.
Aku: itulah, macam dalam ayat itu, pertolongan Allah itu dekat. tapi kenapa tak dapat?
Aku: (ekceli i’m kinda in that situation, heheh. taknak ah berselindung lagi.)
Kd: eheh..
Kd: jawapan bg kd hny ada 1 iaitu Dia Maha Mengetahui..Dia lebih mengetahui ape yg terbaik utk kita
Kd: contohnya cm td
Kd: bila kid kata kita study gile2 tp xdpt 5
Kd: mungkin jika bila kita dpt 5 tu kita terasa diri kita hebat
Kd: dah terbuat satu dosa di situ
Kd: lg satukan
Kd: sebenarnya keputusan semua Alah dh tentukan
Aku: a’ha
Kd: cumenya Dia nk tgk sejauh mana kita usaha
Aku: hmm?
Kd: dan bila kita gagal tu..adakah kita kembali kat Dia? Kita mengadu x kat Dia?
Kd: Dia buat mcm tu mungkin sebab nk kita rs lg dekat dgn Dia
Aku: so katakanlah dia tu dah usaha sehabis boleh dah. banyak yang dia dah korbankan, baik dari segi usaha mahupun masa.
Aku: up to the point smpai dia rasa dia tak tahu nak berusaha macam mana dah.
Aku: dah habis ikhtiar melainkan yang tinggal hanyalah doa dan tawakkal
Aku: tapi still, pertolongan Allah yang qarib tu tak smpai kat dia
Aku: kenapa?
Aku: Adakah Allah masih nak terus menguji dia?
Aku: Kalau ya, smpai bilakah dia akan terus diuji
Aku: ataupun perlukah dia terus berusaha lagi, berdoa lagi?
Aku: atau just give up n pasrah dengan ketentuan Allah, camtu?
Aku: Striaght Face 

Yeap, itulah yang bermain di fikiran aku. Sampai bilakah aku perlu terus berusaha? Adakah aku perlu give up?

Aku: all i’m saying is, how can we know that we should continue, or just give up?
Kd: 29:69
Kd: Happy 

KD bagi aku satu ayat. Ayat yang menjawab persoalanku tersebut.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik.

So berbalik kepada perkara itu yang aku ingin lakukan. Ya, aku ingin lakukannya lillahi taala. Hanya mengharapkan keredhaan Allah. Aku cuma inginkan keredhaan Allah! Sesungguhnya itulah cara yang terbaik! Dan ayat yang KD bagi itu menjadi inspirasi aku – ya, benar apa yang aku ingin lakukan itu adalah untuk mencari keredhaanNya, maka aku tak boleh berputus asa. Aku perlu terus berusaha. Terus memohon pertolongan dariNya. Sampai bila? Sampai “Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami”. Inilah janji Allah. Allah pasti akan menunjukkan jalan kepada aku. Maka aku akan terus berusaha, berharap, berdoa!

Alhamdulillah, moga aku terus diberikan kekuatan, kesabaran, ketabahan dan keteguhan iman menempuh semua ini. Masalah ini – ya, ianya suatu masalah yang berat bagi aku. Namun aku yakin dengan janji Allah, pasti akan tiba masanya dipermudahkan urusanku ini.

Justeru, aku memohon sangat-sangat kat anda semua yang membaca post ni: Doakanlah, semoga dipermudahkan urusanku. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Tolong doakan!

Ayat-ayat Cinta

Aku mendapatnya lebih kurang setahun yang lepas kot. Masa pergi program tarbiyyah kat Moscow tu. Dengan harga 500ruble, aku membelinya. Kebetulan time tu Ustaz Fadzil ada bawak stok benda tu, so aku belilah. Ye, aku tau, pathetic – dah smpai kat sini baru aku beli. Sebelum ni aku teruk sangat. Sangat2. Datang ke Russia pun tak bawak benda tu. Sejadah pun aku bawak sebab ayah aku suruh je. Teruk kan aku?

Apa benda tu? Sebuah naskah AlQuran bersama terjemahannya. Bahasa melayu, of course.

Aku rasa seronok ada Quran ni. Honestly aku jarang-jarang berdamping dengan Quran sebelum ni. Seingat aku, last time aku baca Quran pun malam SPM kot. Heheh. Lepas tu tak pernah bukak dah. Even time kat Intec. Even time dah datang Russia. Sampailah aku terdetik beli Quran ni.

Bila ada Quran dan terjemahan ni, baru aku tersedar – betapa banyaknya manfaat yang aku boleh dapat. Bukan setakat manfaat kerohanian yang aku maksudkan di sini, tetapi dari segi contentnya sendiri. Setakat ni, boleh dikatakan semua masalah yang aku hadapi – ada aku jumpa solusinya dalam alQuran! Time aku down, aku jumpa ayat 3:139. Rasa macam Allah sendiri berpesan kepada aku time tu. Time tengah resah, aku jumpa ayat 13:28. Time aku taktau nak buat camne, aku jumpa ayat 2:45.

(aku suka tanda ayat alQuran guna code – [surah]:[ayat]. senang nak ingat.)

2:216. 3:160. 3:169. 5:8. 8:48. 22:46. 24:26. 24:32. 25:74. 47:7. 87:14-17. 94:5-6. 103:2-3. Ni antara bookmarks yang aku ada dalam alQuran aku, yang mana aku dapati ayat-ayat Allah ini mempunyai maksud yang dalam bagi diri aku. Seronok!

Honestly aku bersyukur sangat2 dapat jumpa something as valuable as this. Panduan hidup aku. Aku takut sangat-sangat aku kehilangan panduan aku ni. Pernah kadang2 aku terlupa letak kat mana, bila aku tersedar aku tak jumpa alQuran aku, aku jadi takut tiba2. Menggeletar. Chuak. Sebab aku takut alQuran aku ni hilang tiba2. Bukan setakat hilang biasa, tetapi hilang yang aku takkan jumpa dah! Huhu. Seriously aku tak tahu macam mana nak hadapi semua masalah aku, cabaran dalam hidup tanpa nasihat dan panduan dari Allah, yang disampaikan melalui alQuran ni.

Aku ada impian, antara impian hidup aku adalah moga diberikan kesempatan untuk ku hafal keseluruhan alQuran ni sebelum tamat hayat aku. Aku harap sangat2.

So, pesan aku – AlQuran itu mungkin sekadar tulisan/cetakan biasa. Tak ubah seperti sebuah buku. Tetapi ianya bukan cetakan biasa, bukan sebuah buku. Tarafnya terlalu tinggi, sehingga layak dipanggil mukjizat teragung. Mengatasi mukjizat Nabi Isa yang menghidupkan orang mati. Mengatasi mukjizat membelah bulan Rasulullah!

Namun andalah yang menentukan, sama ada alQuran itu mukjizat atau sekadar helaian cetakan biasa. Andai dibiarkan berdebu di rak-rak buku, atau dibingkaikan lalu digantung di muka-muka pintu. Atau sekadar menjadi hantaran perkahwinan. Maka nilai alQuran itu tidaklah ubah seperti perhiasan semata-mata.

Andalah yang menentukan, di mana terletaknya mukjizat alQuran. Bukalah alQuran. Cubalah mengerti, kenapa alQuran dikatakan mukjizat. Cubalah memahami, apa yang tersurat mahupun tersirat di dalam alQuran. MashaAllah, anda akan kagum!

ps: Dua post dalam satu. Fuh! Panjang giler! Sejam setengah menaip. padahal aku patutnye tengah study physiology skrg ni, esok test! Ah, tak apalah. Sesungguhnya Allah membantu orang yang membantu agamaNya (47:7). Lagipun, aku tak rasa menyesal habiskan masa untuk Dia. =)

19 thoughts on “Ayat-Ayat Cinta

  1. aku terasa kurang layak untuk memberi komen, tapi baguslah kalau kau menemui pedoman hidup kau..
    moga hidup kau tak berserabut selepas ini..
    Insha-Allah

  2. jemput la singgah tongkangbocor.wordpress.com utk berkongsi idea dan pengalaman… Kan ke persahabatan meluaskan networking, hehehe…

  3. Dah cuba baca buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr. Aidh Abdullah al-Qarni? Kalau belum pasti kau akan temui lebih banyak ayat-ayat cinta di dalam itu… =)

  4. Allah x pernah janjikan matahari tanpa hujan, gembira tanpa sedih,
    sihat tanpa sakit,siang tanpa malam dan jika ada doa kita yang tak dijawabNya.. itu adalah kerana Dia mengetahui masa yg pling sesuai utk utk mnjawab doa itu.. selagi hati yakin padaNya..

    yeap..maybe betul..it’s just a matter of time.. huhu. Nak tak nak kena sabar jela. Aduh..

  5. Bagus. Thanks for sharing. Honestly aku pun selalu ada rasa camtu. Macam kita rasa nak give up. Takut2 kalau apa yang kita usahakan selama ni tak ditunaikan lagi2 masa dalam exam. Aku pernah tanya sorang abang ni. Dia kata ” Kejayaan yang Allah berikan itu hanyalah bonus dari apa yang kita usahakan. Usaha itu yang penting. Jangan sedih dan terus berusaha walaupun gagal. “

  6. Salam perkenalan. Medical student rupanya… Nice blog. :) Jangan lupa bagitahu no contact (saya dah email). Saya perlukan no IC untuk activate… ** Jangan lupa boycott produk Belanda… Goodluck in your study..

    Wallahu A’lam.

  7. salam….
    juz i wanna say..”syukran” 4 all d blog
    nice blog dat will improve our IMAN…..
    thanks a lot 4 dis site….
    smga Allah sntiasa d sisimu..
    jdkn setabah sumaiyah yg sntiasa tabah dlm melalui liku2 khdpan..
    kuat n tbahkn dri dlm mghrgi ujian2 dr Allah……..
    ingat DIA sntiasa mnguji hmbanya yg lmah n syaitan mgambil ksmpatan ini tuk mggoda….
    sekian
    wsalm

  8. map la…1st skali ana nk tgo psl yg tlis ayt al quran dlam tulisan rumi 2.sbnrnye x bleh coz tkt lari mkne en tajuidnye…xpela.nitnye baik.en den psl anta ni bgslh.keep it up.jgn pk2 lg bnde 2.ana pn cm2 gk dlu tp ble pk blik ase cam x lyk la plak coz kte ni msih mde lgi.stkt nfkh btin pn blum tntu smpurna apth lg yg zahir.ble dh ade kprlun hdp trmsk ilmu agme yg mntp br pk…en nadia,x pyh nk filing lebih2…kami yg blajar dlm bdg mdik pn x kalut…pd hakikatnye bdk mdik pmpuan byk yg krg asaan larrr.2 yg km xde prsaan 2.laki plak byk yg segak.mane layan……………….cr bdk kos lain la.byk yg cun…….hehehe……k la wslm…………

    adeh. mashaAllah, puas ana cari kat mana la tempat ana tulis ayat alquran dalam rumi tu. yang ana tulis itu semua terjemahannya sahaja. kalau nak check tajwid atau nak tafsir sendiri berdasarkan ayat, kat terjemahan tu pun ana dah letak surah apa ayat apa untuk rujukan. dalam hal ni ana rasa tak timbul masalah salah makna ataupun tajwid..

    owh ya anta maksudkan comment dari ilidash itu ya? thanx for the teguran. inshaAllah dia akan take note. lagipun dia ada sertakan gak surah & ayat tu, so bolehla check ye. =)

    hakikat pada pandangan anta? nampak macam generalization je. heheh. tak apalah, itu pandangan anta, terpulanglah pada diri anta. =)

    apa2pun, syukran sudi berkunjung!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s