Vulnerability?

Aku ni vulnerable sangat ke?

Vulnerable as in, susceptible.

Satu habit aku dari dulu, aku suka sangat tolong orang. Yelah, sebab aku berpegang teguh pada prinsip karma – buat baik dibalas baik. Aku percaya kalau aku mudahkan kerja orang, inshaAllah Allah akan mudahkan kerja aku balik.

Since aku kat MRSM, aku rasa. Eh, since sekolah rendah kot. Aku jadi pengawas pun sebab tu, nak tolong orang. Naik MRSM, aku jadi BWP, sebab nak tolong orang. Memang aku tak kisah pun, bab tolong-menolong ni. Huhu.

Tapi sikap tak kisah aku tu, buat aku jadi vulnerable sangat ke?

Yelah, sekarang ni orang dah ingat aku ni “available bila2 masa je”. Bila-bila perlukan pertolongan aku, boleh main panggil camtu. Xyah consider keadaan aku langsung, sebab aku kan suka menolong!

Allah kurniakan aku satu kelebihan. Yeap, aku dikurniakan bakat dan keupayaan untuk mengendalikan benda-benda IT. So dalam persekitaran masyarakat medik yang “kebanyakan” or boleh dikatakan umumnya mempunyai pengetahuan minimal dalam bidang tersebut, aku boleh dianggap orang yang sangat penting. Eh silap, bukan penting. Orang yang sangat “berguna”.

Aku bersyukur kerana dengan kebolehan ni, aku dapat tolong ramai orang dalam banyak perkara. Seronok sangat dapat tolong orang, rasa macam dah selesai satu masalah dari berjuta2 masalah kat dunia ni. Making the world a better place. Betulla kata Abu Saif, “Erti Hidup Pada Memberi.”

Tapi itulah, kelebihan aku menjadi masalah pada aku sendiri pula. Eh bukan2. Bukan kelebihan/kurniaan Allah ni. Tapi sikap aku, probably. Sikap aku yang defensive sket. Vulnerable. Susceptible. Too susceptible sampai orang dah anggap aku ni “free for all”.

Aku suka tolong orang, especially dalam bab2 yang aku ada kelebihan ni. Tapi tolong pun ade la limitnya. Aku tak suka buat something yang aku tau orang tu sendiri boleh buat. Contoh suruh aku gi print something, padahal orang tu ade printer sendiri. T_T.

Dan aku tak suka perancangan aku awal2 interrupted atas sebab orang lain. Kesalahan orang lain. Tak kisahla perancangan aku tu ape, hatta plan aku nak tido pun! Memang dari dulu lagi, aku cukup anti org mess up dgn planning aku. Dah berapa kali aku bagitau, kalau ade ape2 program – meeting ke, perjumpaan ke, bagitau la awal2! Bukan susah sangat pun. Kalau emergency takpe la, boleh terima. Tapi kalau dah benda yang boleh diplanning, boleh dirancang – then inform la. Last minute call, honestly mmg aku tak layan. Macam la aku ni free sangat. Huhu.

Lately jadual  aku pact sangat. Banyak sangat benda tertangguh, assignment, tests. Huh.

Tapi yang paling aku tak suka, bila bagi pertolongan tapi orang tak appreciate. Bukan appreciate macam cakap terima kasih ke, senyum ke, bagi hadiah ke ape ke, aku tak kisah pun semua tu. Tapi appreciate as in the context of pertolongan tu sendiri. Pernah dulu aku tolong sekumpulan umat ni cari penginapan kat suatu tempat ni. Pastu bila dapat tempat penginapan tu, tak reti appreciate langsung. Banyak songeh – buruk la, sejuk la, etc etc. Honestly time tu rasa menyesal tolong, patut biar je mati kesejukan kat tepi2 jalan. Astaghfirullah. Huhu.

As a token of appreciation, aku harap sangatla orang dapat memahami keadaan aku. Kadang-kadang, orang salahkan aku balik bila aku tak dapat tolong. Kata aku sombong la. Selfish. etc. Aku sedih sangat bila jadi camtu. Demi Allah andai dikurniakan semua masa dan tangan yang ada untuk aku dapat tolong, memang aku akan tolong!

(Satu personal question untuk Abu Saif, just in case anta terbaca post ni. Hehe. Ana kagum dengan ustaz, dengan semangat “Erti hidup pada memberi” ustaz. Tapi takkanlah anta tak pernah jumpa dengan golongan-golongan macam ana sebutkan tu? Macam mana anta handle semua ni, tapi dlm masa yang sama still bersemangat memberi bantuan kepada orang lain. Honestly ana sampai dah penah fikir – ah, apa guna tolong orang lain, bukannya orang appreciate pun! lagi orang ambil kesempatan ada la!)

So kembali kepada point – vulnerable. Aku ni lemah ke? Lemah as in mudah dipergunakan. Diperkotak-katikkan. Camtula kot agaknya. Aku susah sangat nak cakap “no”. Nak tolak permintaan orang. Pernah aritu time persembahan drama, tiba2 director mintak aku siapkan background montaj (sebab paranoid tgk preparation group lain gempak2 gile). Lagi sehari semalam nak kena perform lak tu! Memang aku takleh tolong la, memang tak dapat. So aku tolak la leklok, bgtau leklok memang takleh, benda tu bukan senang, perlu time etc etc. Last2 dia kata aku selfish, tak sayang group. Aduh!

Rasa cam diri ni macam satu alat je. Bila diperlukan, baru datang cari. Mintak tolong. Pastu taburla kata2 pujian sket. “Ala, ko lagi terer dari aku.” N then sengih2 buat muka manis, gedik2. Huhuh. Bila dah tolong, tak appreciate pun. Terus lupa aku. Memang dasar manusia. Huhu.

Banyak kali dah jadi. Kadang2 suara aku macam tak didengari pun. Cam aritu diorg2 ahli2 “tinggi” organisasi kat sini nak calonkan nama aku masuk MT pusat. Aku dah bagitau awal2 dah – Saya boleh nak masuk MT, tapi dengan syarat saya nak confirmation yang saya akan dapat kerjasama orang lain, komitmen orang lain skali. Yelah, dah baru 2nd year masuk MT yg rata2nya dianggotai senior, memang susah la nak dapat kerjasama. Aritu antar memo kat semua orang pun, semua orang buat taktau je. Fahamla aku ni junior je, takde penting sangat pun. Itu pun suruh aku menjawat jawatan dalam MT. Tu yang aku sound – “bila nak calon je, semua pakat2 la bagi sokongan. pastu bila dah terpilih, semua hilang. last2 saya sorang je yang buat kerja, susah ar camni!”

Yet, diorg bukan dengar pun suara aku. Bukan kisah pun pasal keadaan aku. Nak jugak masukkan nama aku dalam MT. Tu yang aku buat hal sket lam meeting lepas tu. Last2 fine, diorg accept decision aku. Itu pun still usha slack kat aku, sound2 kat aku – ajar aku untuk jadi pemimpin yang lebih baik. Hello..adakah dengan sikap suka tolak responsibility kat orang lain menjadikan seseorang itu pemimpin yang berwibawa? Honestly aku rindu sangat zaman BWP kat MRSM dulu. Aku senang buat kerja time tu, satu organisasi yang smooth dan stable. Tak pernah aku rasa jawatan BWP tu menganggu study aku. Tapi kat sini, for the first time, my responsibility affects my study directly.

Teringat pesan Cikgu Wan Norhalina – Teamwork means everybody is doing his/her own responsibility perfectly. Do not interfere other’s job. Do not slack your own job.

Still, aku suka tolong orang. Dah jadi macam hobi aku pun. Kadang2 orang mintak tolong repair laptop/pc, aku tolong je. Lagipun aku memang suka bab2 ni. Dan aku sangat2 suka tolong agama Allah. Aku tak kisah buang masa, buang duit semata-mata untuk Allah. Sebab tu aku sanggup spend banyak masa buat Risalah Mingguan, buat buletin AsShams, sebagai usaha aku untuk dakwah kat sini. Aku tak kisah spent ribuan ruble download muvie Ayat2 Cinta aritu, download drama Ihsan tu, untuk ditayangkan dan dikongsi ramai2 kat sini. Bagi aku, apalah sangat semua tu, semua tu milik Allah so takkan la aku nak berkira untuk buat something demi Allah. Lagipun Allah dah janji dalam surah Muhammad ayat 7,

“Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

So prioriti aku yang paling utama adalah menolong agama Allah. Apa-apa yang berkaitan dengan agama. Only after that baru la aku consider nak tolong buat benda2 lain yang takde kaitan. Heheh.

Oklah kot, dah panjang sangat aku menaip. Huhu. Saje nak lepas tension, memang sejak akhir2 ni sangat2 tertekan. Aduh. Minta maaf sangat2, still tak dapat taip any post yang membantu! Idea ada, cuma masa dan mood je yang tak ada. Aku dah draft satu post “Kenapa Medic?” untuk membantu para lepasan SPM mengenalpasti dan menilai kembali cita-cita untuk menjadi doktor, saje nk citer secara general life as medic student ni. Tapi budak2 dah abis interview dah pun..tak siap2 lagi. Hehe. Lagi ada draft pasal “Mentaliti”, ingat nak ulas pasal sikap orang Melayu (rentetan dari keputusan PRU bulan lepas), pun tak siap2 gak. T_T. Pastu ada satu lagi draft, pasal “Kau, Aku dan Dia – Sama?” – perihal sikap dai’e dalam berdakwah terutamanya nak handle mad’u, tp cam biasalah = pun tak siap lagi. Huk2.

Anyway, tu jelah buat masa ni. Minta maaf sekali lagi. Harap2nya dalam masa tak berapa dekat dptla aku contribute something useful via blog ni, inshaAllah. Sekian, salam.

14 thoughts on “Vulnerability?

  1. salam..
    nice post u hv here..vulnerability ek?hehe..mmg xtau nk letak perkataan ape yg sesuai..tp boleh faham keadaan 2..always happen 2 me too..especially org yg suka ambil kesempatan dan bermulalah proses ‘membuli’..org mesti fikir..alah,budak baik..gerenti tolong punya..tp kdg2 sum1 suka menuding jari lg2 bila kita dh tlg amat2lah menyakitkan hati..confirm tawar hati nk tlg lg..tp bila xtolong mcm2la bunyik kat blakang..lumrah manusia..mmg betul 2..
    my personal opinion,bantu jelah selagi kita upaya..walau kecik mna pun kita tlg org, insyaAllah ada hasanahnya..wpun mmg kdg2 bantuan yg diberi dibalas dgn buruk,xdipandang langsung or dikutuk belakang2,percayalah akan ada masanya org tu mengenang kembali bantuan yg kita bg..rasenyer biarlah ‘dibuli’ atas ‘vulnerability’ kta,asalkan tak melampaui batas..kalo over sgt sakit jugak kan..kene gak defend diri in certain circumstances..we deserve to speak up as well when we know we cant handle it..when others might think that we r selfish,let it be..we know ourself better than others rite..if we know we r not selfish n they keep repeating it,why do we hv 2 b disturbed by that kan..yup,ckp memang senang..bila jd susah gk nak amalkan..semoga ditabahkan hati…bantu sajelah selagi termampu..Allah Maha Mengetahui niat kita..what u give,u get back! =]

  2. huu,tak sempat abihkan pembacaan utk kali ni.too long~ even komen kamil pn panjang.huhu

    i believe in karma.what goes around comes around.what u give u get back.yup! kadang terputus asa gak bila kebaikan/pertolongan yg dibuat/diberi tu tak dihargai. saya berpegang pd satu pendirian; Allah akan balas setiap perbuatan saya walau sekecil zarah sekali[pn tak kira la baik/jahat perbuatan tu.

  3. Pingback: My Wish « Fly Over Me

  4. hmmm… aku pun dulu camtu gak mase zaman skolah2… but now I’m not as easily to be pushed around unless someone uses the “guilt” factor to convince me into helping; which I dont mind at all :)

    BUt who knows, maybe that’s not a good turning point? Maybe menolong orang lagi best drpd xmenolong org?

  5. kid, dun ever give up giving help, but pls, dun neglect ur needs. Do take care :) segala kebaikan hanya selayaknya dibalas oleh Allah

  6. Benar, pertolongan yang tidak dihargai kadang kala menyakitkan hati..Pertolongan yang dipinta walaupun empunya badan mampu untuk melakukannya akan buat diri tertanya – tanya, “Takkan tak tahu kot?”..But still, kekadang tolong gak, tak tahu apa sebabnya. Terasa nak tolong, camtu jer kot..Tak kisah perihal imbalan baliknya, cuma nak bantu. Selagi tak diganggu hidup ini, mudah sahaja..

    bagi aku laa..sebab aku xde pun tanggungjawab yang berat, seperti kau..

    -komen yang entah apa – apa-

  7. salam…
    saya dapat relate diri sendiri dengan keadaan macam ni… dan memang ia terasa sakit di hati, dan kadang2 terasa, adakah perlu kutolong sebenarnya jika ia tak dihargai?
    tapi… naturally, mungkin sifat suka menolong itu memang sedia wujud, so, saya tetap sedia menolong… tetap melihatkan situasi, kerana tidak mahu melakukan suatu yang sia-sia akhirnya…

    -from ur blog reader whom is a fren of ur fren-

  8. fuhhh. panjang nau entri die. ingatkan pendek je td. btw, bagusnya awk ni… sukerk tolong org ni, tak rmi yg ada sikap cenggini. klw ade pun, nak tolong sbb ade maksud tertentu. kira mcm ade semut di sebalik gajah lew. dat’s y klw nak tlg, yg penting ikhlas kan… org yg tak appreciate tu urusan dia ngan Tuhan dh… kita niat nak tlg pun dh dpt pahala… inikan plak kita tlg die… :)

  9. =]
    teringat klas ‘persuasive speech’ kt0rg..
    kwan et buat tajuk “learn to say NO”
    really go0d t0pic indeed..
    we need to say no s0metimes..
    we need to kn0w our ability, our pri0rity..
    d0nt let other things affect ur g0als..

    et tau bro kid mmg rajin gler bantu org
    even t0long ‘heal’kan lpt0p et dari Rusia nun..hehe
    u r to0 kind, it may make pe0ple bully u
    d0nt let it happen k..
    have ur own stand, n be firm
    =]

    gudluck 2 u bro..
    after alL..being kind is always a go0d thinG
    =]

  10. kadang kala sukar juga. menolong sukar, tak tolong juga sukar. tapi saya percaya, suatu hari apa yang kita tolong itu akan menolong kita balik..

    yang penting sekarang ini, tetapkan niat dan istiqamah=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s