Bye2 Dr.Rizhov~!

Alhamdulillah, hari ini kelas terakhir untuk subjek Surgical & Terapeutic Nursing. DancingWalaupun hari ini hari Ahad, tambah pula dengan cuti kecemasan (ala-ala darurat/curfew) sempena sambutan ulangtahun kelahiran Adolf Hitler. Striaght Face Justeru untuk 2,3 hari kebelakangan ni, kami di sini dilarang untuk keluar jauh dari hostel, bimbang kalau2 ada fanatik-fanatik neo nazi yang berkeliaran. Heuristically, kes-kes pelajar diancam ataupun dipukul banyak terjadi dalam tempoh inilah. Huhu. Feeling beat up

Tapi aku percaya, semuanya bergantung kepada diri pelajar tersebut sendiri juga. Kalau pandai jaga diri, jaga sahsiah, jaga iman, inshaAllah akan terpelihara. Hati masih panas dengan satu kejadian baru sebentar tadi. Biasalah, 2 orang perempuan dalam group aku tu. Memang tak reti jaga mulut, jaga akhlak. Nyaris-nyaris mencari pasal dengan 2 orang mamat Russia akibat kegedikan diorang. Akibatnya, free-free je kena carut dengan mamat Russian tersebut. Boleh dikira gangguan seksual jugaklah. Sorang member aku pun hampir2 ikut cari gaduh gak, panas hati dengan kebiadapan pemuda Russia tersebut. Aku? Nak kata apa lagi, padan muka dioranglah menggatal sangat lagi. Tak reti jaga malu, jaga adab. Bersyukurlah just kena gangguan seksual, bukan serangan seksual (nauzubillah). Itu pun still tak sedar diri, nak berlagak hebat pulak tu. Aku dah bagi nasihat beserta amaran pun dibalas dengan perli, kutuk, hina dan gelak ketawa.Frustrated

That’s why macam yang aku cerita dalam post lepas, patutnya aku takyah tolong manusia macam ni. Manusia yang tak reti menghargai pertolongan orang lain, manusia yang menyusahkan orang lain atas perbuatan diorang sendiri. Tapi apa boleh buat, mereka saudara seagama. Saudara sebangsa. Huh!Not listening

Ok berbalik kepada topik asal, Untuk semester ini, kami ada subjek Surgical & Terapeutic Nursing. Atau secara umumnya, Nursing. Subjek nursing ni, sebagaimana namanya, mengajar kami mengenai bedcare pesakit. Bagaimana menjaga pesakit. Ya, tugas2 seorang nurse to be exact! Setiap group diagihkan ke beberapa hospital di sekitar bandar Nizhny Novgorod ni dengan seorang doktor sebagai penyelia. Dan group aku dapat Dr.Rizhov yang macho~ Hohoho.Cool

Yang bestnya mengenai subjek Nursing ni, ini merupakan first encounter between kami medical students dengan patients sebenar. Sebelum ini cuma belajar anatomy, histology – subjek2 asas yang mana deal dengan mayat/cadaver. Namun ketika subjek nursing inilah, kami jumpa patients sebenar – yang berserta macam2 karenah dan ragam. =) Silly

Group aku agak bertuah, kerana ditugaskan ke Hospital Tentera, atau lebih kurang macam hospital di bawah jabatan pertahanan la. Yang mana pesakit2nya merupakan polis, askar, pelajar akademi polis, pesara tentera dan lain2 lagi. Bertuahnya kerana, di sini kami dapat “betul2 belajar medic”. Bukan apa, mengikut pengalaman senior dan penceritaan rakan2 yang ditugaskan di hospital-hospital lain, mereka diperlakukan bagaikan kuli. Disuruh mengemop dewan, mencuci lantai, mengelap tingkap etc etc. -_-” ThinkingTetapi group aku tidak disuruh begitu, mujurlah di bawah pengawasan general surgeon Dr. Valerii Vezaminovich Rizhov kami betul2 dapat “belajar”!Peace Sign

So sepanjang satu semester di dalam kelas nursing ni, kami berjaya mempelajari mengenai Basic Patients Care & Hospital Administration and Management melalui lectures (yang mana aku pegi sekali je..hehe Whistling), mengenai Dressings (yang mana aku tak pergi langsung..muahaha Devil) serta yang paling banyak – belajar buat injection: subcutaneous, intramuscular dan juga intravenous.

Antara tiga-tiga jenis injection ni, hanya intramuscular (IM) sahaja yang dibenarkan untuk kami buat terhadap patients. Sebab IM inilah bentuk injection yang paling mudah dan mempunyai risiko yang minimum. Contoh injection IM ni macam injection BCG yang korang pernah dapat masa darjah 6 dulu la.

Adapun subcutaneous dan intravenous, kami tak dibenarkan buat terhadap patients. Sebaliknya kami buat sesama sendiri. Big Grin Dengan injection glucose atau vitamin c, of course. Heheh. Sister Nurse yang take care pasal kami tu tersangatlah baik! Mula2 kami ofcourse lah takut nak inject sesama sendiri, so mula2 dia volunteer dirinya untuk jadi mangsa pertama!Nailbiting Lepas tengok dia relax je jadi “bahan ujikaji” kami, kami pun jadi berani buat injection sesama sendiri.. =) (pernah dapat 2 suntikan vitamin C subcutaneously di tangan kanan dan kiri dalam satu hari. muahaha!)Peace Sign

Antara aktiviti lain ketika subjek Nursing, adalah ward round. Yeap, ward round yang biasanya diketuai oleh Head of Doctor, kami2 pun menyemak ikut sekali. Dancing Hehe. Gi ikut jumpa setiap patients, di mana doktor berkaitan akan melaporkan keadaan serta prestasi rawatan yang diberikan terhadap patient tersebut kepada Head of Doctor. Sungguhpun dilakukan sepenuhnya dalam Russian Language (kecuali sekali, ketika Dr.Avdonin turut serta dan menjadi penterjemah), kami buat-buat faham sahajalah. Whistling

Seronok juga ward round ni. Boleh jumpa patients, macam-macam ragam patients ada. Ada seorang nenek tua ni, bila nampak saja ada medical students ikut sekali, dia marah-marah. Striaght FaceDisuruhnya kami keluar, dia taknak ada medical students merawat dia. Iyalah, nampak macam cerewet je makcik tua ni, tetapi itu adalah permintaan pesakit dan kenalah dituruti. Biasalah, orang tua, so maybe cerewet dan banyaak songeh sikit kot.. SighAda juga patients yang peramah serta boleh diajak bersembang, patients yang muda (dan cun), pakcik-pakcik yang nampak macam nak reput dah, dan lain2 lagi..

Namun, aktiviti yang paling best dalam subjek Nursing ni (bagi aku) adalah – operations! Haha. Jangan terkejut, bukan kami2 pelajar tahun kedua yang buat operation. Kami just observe je. Peace SignNasib aku tak berapa baik kot, kerana setiap kali aku ponteng kelas (hehe), pasti aku terlepas peluang nak observe operation. Sepanjang semester ni, lebih kurang 10-12 operations kot ada. Tapi yang aku dapat tengok, 4 sahaja: Umbilical Herniectomy, Congenital Coccyx Fistula Cystectomy, Endoscopic Fimbroid Cystectomy serta Vericose Venaectomy. T_T

Tapi cukuplah – memang smart ah dapat tengok operation-operation tu! Hehe. Puas~Happy

Untuk pengetahuan, Nizhny Novgorod State Medical Academy merupakan antara medical school yang menawarkan clinical lesson paling awal! Peace SignClinical lessons ni bermaksud kami pelajar2 perubatan dah boleh deal dengan patients. Contoh macam surgery tu. Pada seawal tahun kedua, kami dah dibenarkan masuk ke Operating Theatre/Room. Next year, iaitu di tahun ketiga, untuk subjek surgery – kami dah dibenarkan untuk assist main surgeon (maksudnya jadi 2nd surgeon – refer to KamilSifu)! Of coursela, untuk pembedahan2 simple je seperti herniectomy, venaectomy, cholecystectomy etc etc, bukannya heart or brain surgery..heheBig Grin

Kalau di negara lain, belum tentu lagi dapat merasai peluang latihan klinikal seawal itu. Di US contohnya, apabila dah habis graduate medical school baru boleh masuk OR! Striaght Face(Efenem: correct if wrong). Di Malaysia, pada tahun ketiga atau keempat baru boleh jumpa patients. Di Malaysia juga, kalau takde title doctor (ataupun nurse?) tak boleh buat prosedur terhadap patients langsung, hatta injection! Padahal aku kat sini dah puas dah buat injection..hehe. Dah penat tengok bontot orang (untuk intramuscular injection, of course!) Devil – clarification needed. correct me if wrong.

Sungguhpun sistem pembelajaran medik di sini still cara conventional, maksudnya PBL (Problem-Based Learning) belum lagi diimplemen sepenuhnya, mereka orang-orang Russia mempunyai cara tersendiri dalam sistem pendidikan mereka!

Oh ya juga, rasanya kamilah yang paling awal kena menjalani latihan praktikal musim panas! Peace SignAku tanya member2 kat RSMU, Volgograd, diorang kata 3rd or 4th year baru diorang kena buat praktikal. Kami kat sini, 2nd year dah kena buat. T_T. Tapi takpe, aku tak kisah. Lebih banyak untuk dipelajari, inshaAllah!Money Eyes

So untuk latihan praktikal aku nanti di Malaysia, tempoh keseluruhannya 4 minggu. So aku plan nak buat 2 minggu di Alor Star, and lagi 2 minggu di Baling. Cadangnya, 15-30 Julai di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, dan 11 Ogos – 25 Ogos di Hospital Baling. So, dimaklumkan kalau sape2 buat program time tu memang susah la ye aku nak hadir (unless weekend). Dan sape2 nak datang melawat aku, jumpa aku, boleh datang ke hospital-hospital tersebut ketika waktu pejabat. Call meMuahaha~

Tu jela kot. Nah aku bagi special pose untuk korang, pic aku ngan Dr.Rizhov. Aku harap aku dapat jadi surgeon macam dia one day, even better!

ps: apsal sejak akhir2 ni post aku panjang berjela ek? -_-”

p/ps: minggu ni ada program ISK, disampaikan oleh Mustaqim dan AfiqAwe dijemput khas dari Moscow. Best gak pengisian ni! InshaAllah dilapangkan masa, aku akan buat sedikit post pasal Apa Itu ISK ni. =)

24 thoughts on “Bye2 Dr.Rizhov~!

  1. just nak pesan… tak perlu kesal dgn kebaikan yg awk dh buat pd org lain… klw dia tak nak hargai tu, biarlah… maybe satu hari nnt, kebaikan awk tu akan diganti dgn sesuatu yg lebih bermakna lg… :)

    wuish, cepatnye comment. -_-” tak tdo lagi ke cik ayumi?

    thanx for the advice. teringat satu hadis Rasulullah ni,
    “Barangsiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah pula akan menunaikan hajatnya” [Riwayat al-Bukhari]

  2. Actually medic student kat seluruh dunia akan berpeluang masuk OR (US system) atau OT (the more familiar system for Malaysia and UK). Tapi cuma stakat ni Rusia la antara tempat2 yg membenarkan medic student jadi assistant dlm the not-so-complicated surgeries.

    Well, that’s the advantage of studying in developing countries (among others India, Egypt, Indonesia and here) – more hands on with decent supervision.

    First world countries are too uptight on the medico-legal aspect. 3rd world countries – bad supervisions thus bad for the healthcare.

    Leokid: Ooo..now i get it~ heheh. Terpengaruh tengok citer Grey’s la ni. Time 1st episode 1st season tu, diorg masuk OR macam peghak/chuak/pelik je. Cam 1st time masuk OR. Hehe. Pastu sumer2 berebut nak scrub in, macam tak pernah scrub in before je. =p

  3. Actually bukan ramai org dpt scrub in, even med students pun jarang2 boleh scrub in… scrub in tu maksudnye ready for surgery, whether you’re the main surgeon, 1st/2nd assistant or nurse.

    Org yg pakai scrub hijau biru dok belakang surgeon and anesthesia tu namanya observers. Observers wear scrubs, but not scrubbed in :)

    Moralnye: Jgn terpengaruh ngan apa2 cerita.

  4. kejap..praktikal kau nanti ada clash dengan jat tak?
    sebab kalau tak salah aku, dia ada praktikal gak..
    kat baling..heheeee

    o0o0o..jat pun wat praktikal gak ek. boleh jumpa pa’li skali. jadi pegawai agama pencegah maksiat kejap. muahaha.

  5. post kali ni best…
    cepatnya dh leh wat praktikal… (^.^)
    hospital sultanah bahiyah? hoho.. leh jumpa dr.syarafi zaini.. (^.^)v

    erk~ siapekah dia? -_-”
    jemput la datang jenguk2 ek. hehee.

  6. assalamualaikum..
    hai kid..kiddy..haha..
    btw, i baru bc u punye post just now..i jst nk add somethin yg u tlepas pandang atau u memang maybe taktau..

    for observing patient, emm..slh satu U in malaysia y bnrkan 2nd year student observe patient..n for ur info too, we guys ala berapa tapak je nak smpai hospital usm..huhuhu. so, takdela koman sangat kat u tempatan kn??hehehe..(walopom hati kecewa tidak ke over the sea..huhu=p)

    so..idop USM!! again..hehehee..

    Leokid: eheh, sori2. bkn nak perlekehkan mane2 univ kat tempat2 mane2 pun. hehe. of courselah, masing2 ada pros n kontras dia. anyway, thanx for the clarification~ mmg xtau, itu yg saje point out kat sini so that ade org dpt betulkn. =p

    dun worry, saya dah penah pegi melawat USM, and ade gak member2 saya amik medic kat situ. Mmg cantik n mantap la, macam2 kemudahan ada, canggih2 lak tu tak macam kat sini. machine xray pun lagi tua dari umur negara Malaysia. hehe. but like i said, masing2 ada pros n kontrasnye =)

  7. by d way, my dear kiddy kid..(erk!! sound nicela pulak kiddy kid!)
    Hahaha..so, u r kiddy kidz..(dun worry, to me..i’ll use dat..kiddy..again.hahaha!)

    U seem like nk hide u pnye mistakes..commonla kiddy..erk!
    Saya ni punyelah hebat open kinded..(kadang-kadanglah!)..memanglah tak terbanding nagn u punye U. Russia tu (if im not mistaken)..berapa punya hebat daa. Brape ramai manusia tak bersayap dpt terbang kesana? Bangga beb! u r 1 of them, kiddy..Huuhuhu..

    takyahlah rendahkan diri yang dh tinggi 169cm..(again, if im not mistaken)..huhuhu~

    Russia is no 1!!
    But MALAYSIA will never be no 2!!

    Idup USM!! Hahaha..

    Let me ask u sumthin..
    if u knw..USM medic kt mn ye??

    hehe..adoila..ape yg hebatnye sangat kat sini.. takdenye saya nak banding2kan mana2 tempat pun. heheh. kalau saya nak tunjuk sangat yg Russia ni hebat, takdela saya cerita pasal cuti neo-nazi la, kebarangkalian kena pukul yang tinggi la, gangguan seksual la.. and takdela saya mention yang kawan2 saya kena mop lantai, cuci tingkap masa kelas, ward round bukan dalam english etc etc. apparently mungkin anda baca apa yang anda inginkan, therefore you misjudge my stand. =)

    USM Medic? Hmm.. tahun lepas saya ada join Islamic Medical Symposium kat USM Kubang Kerian. And ada jumpa member lama lagi kat situ, sekarang tengah wat medic gak. Jalan2 kat kampus USM tu, masuk bangunan belajar dia. Apa nama ek, tak ingat – selfstudy building ke ape ntah. Memang best la tempat tu. Belajar pun tengok demonstration kat TV, ada model2 canggih2, warna warni. Kitorang kat sini, biasa2 je. Lectures pun guna OHP je, so far x penah jumpa any lecturer guna PowerPoint. Demonstration pun kat atas mayat, busuk la loya la ape lagi. hehe.

    like i said before, and i say it again here, kat mana-mana pun sama sahaja, kat USM ke, Russia ke, negara2 lain ke, univ2 lain ke, masing2 ada pros and contras yang tersendiri. tak perlulah cik huda nak mention kat sini, nanti flaming readers lain pula. Kalau ada apa2 yang ragu2 lagi, boleh je buzz saya kat ym. Ke cik huda kecik hati saya tak reply ym cik aritu? =p

  8. di rsmu pun practical nya as early as 2nd year dgn nursing mula dulu. =) buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Pernah dengar cerita Imam Ahmad, Orang Tua dan Anjing? Kisahnya Imam Ahmad nak berjumpa dengan seorang tua untuk mendapatkan sepotong hadis. Sangat menarik kisahnya dan hadis itu pula berbunyi seraya orang tua itu berkata kepada Imam Ahmad selepas melayani seekor anjing, ” “Dengarkanlah baik-baik. Perlu kau ketahui, aku mendengar dari Abu Zinad dari Al-A’raj dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Siapa yang memutuskan harapan orang yang datang kepadanya, Allah akan memutuskan harapannya pada hari kiamat dan tiadak akan masuk syurga”

    Semoga ada khair nya!
    =)

    salam, abg idham. syukran sudi berkunjung ke sini. eheh saya salah tanya orang agaknya. hehe. aritu tanya sape ntah, dia kata still tak tahu lagi kena ke tak. huhu. tapi kami2 kat sini memang dah konfemnye kene..subjek nursing jugalah..

    hmm…so adakah hadis tersebut menjadi dalil untuk tidak menolak permintaan orang lain, walaupun dalam keadaan diri tiada mampu dan daya? -_-“

  9. klu cm2 bgsla…..aku dh tgk video clip ko 2…bleh thn.kwn ko kte pe kt ko ble blik….mst skit kn.biasela…dlm medik ni bkn stkt teoritical je yg kte kne tau but the most important is we master in prctical….klu ko bce en kaji sejarah tkh perubatan islam ibnu sina.beliau byk mencipta teori brdsrkn practical….jd practical in medic is the most important if u want 2 know….chayok2 pada kau…truskn prjuangn…..en for infinity sbnrnye klu ko nk tau medic kt malaysia adalah antra yg plg high stndard en plg ssh kt dnia.wlopn ko bleh msk bdg ni pn x smstinye ko bleh survive….no wonder la klu bdk ovrsea plg ke mlysia diorg kne pndg krg ckt la brbndg stdnt mdik kt sni….tmbh2 klu yg dtg dr indon en timur tgh en india…rusia pon trmsk gk la kot…no wonder la if mlysia gvrmnt x iktrf kbnykn mdik oversea…cnth jepun….ko sptutnye brsyukur coz kte trplh utk blja dlm ngra….klu kt mlysia even ko dpt msk mdik pn blum tntu ko bleh jd dktr.tp kwn aku kt mdik timur tgh pst bleh lps en become a doc…sory ye kid.bkn nk kte mdik rusia truk.rusia stil antra yg ok.just nk bg tau infinity 2 jer….brsyukurla …..x sume org cm ko……

    yeap2. tak dinafikan, ade je orang yang give up lepas masuk medic ni. huhu. harap2 sangat moga diri ini dapat terus bertahan, sesungguhnya perjuangan masih jauh! y0sh~!!

    as for other’s perception towards russian graduates, so far tidak dinafikan ramai yang pandang rendah terhadap graduan perubatan russia. tapi yelah, sample yang ada sekarang terlalu sedikit, memandangkan 1st batch tajaan kerajaan pun baru tahun ni graduate. so still xleh nak assume apa2 dari segi comparison dengan negara2 lain.. T_T

  10. kecik hati??
    hahaha..~
    sebesar-besar hati pon, xdela lebih sampai 12 cm..takdelaa lebih dari sekilo setengah pun..takdela boleh form lebih dari 2.5 pratus berat manusia..ade 4 lobe jugak..(perhatian, ini kiraan org normal ya!)..so besar manala sangat hati..nak kecikkan sekecik mana lagi la hati tu??hahahaha..~

    Kiddy..kiddy..

    setakat ym?? perlu ke nak kecik hati? tak rasional langsung! Bah kan tak mature apatah lagi, klakar betul saya nak kecik ati org saya tak kenal tak reply my ym?? kalaulah saya mcm tu, hw childish i am..hurmm??!

    nggak logiklaa kiddy! hehehe..
    lagi satu. flamming others? uiks..saya rasa habis lawak saya reply..dan sekarang pun saya tengah ketawa laa..Sorila kalo u mrh.hehehe..tak terniat dihatiku y suci ini.

    Hmm..1 more thnd, nice blog!! keep it up yaa!

  11. =) wsalam wbt. selalu sahaja bertandang tapi selalu hanya menjeling dan meninjau dari luar sahaja baru kali ni datang mengetuk pintu sekali.

    Perasan tak hadis yang Imam Ahmad nak ambil ni dengan hadis susunan Bukhari tu seakan sama bunyinya. Satu berusaha menunaikan hajat yang lagi satu ialah memutuskan harapan/hajat. Pada pendapat peribadi yang dhaif ini, dalam kita nak menunaikan hajat seseorang kita juga kena mengajak seseorang itu bersama-sama dalam menunaikan hajatnya sendiri. Seperti juga firman Allah mafhum Allah tidak akan mengubah suatu kaum itu hinggalah kaum itu mengubahnya sendiri. Jesteru, bantuan itu haruslah dalam bentuk membantu diri sendiri selain tuntutan untuk menyedarkan mereka akan kepentingan mereka membantu diri sendiri. Allah Maha Bijaksana dan Adil. Setiap kebaikan pasti dibalas kebaikan. Mungkin bukan serta merta namun janji Allah itu benar. Itulah yang dikata juga buat baik berpada-pada. Tuntutan yang pasti di muka bumi ini ialah kita mesti beramal soleh, selebihnya itu adalah hak Allah untuk memberikan hidayah sama ada seseorang mahu berterima kasih/ menghargai atau tidak. Wallahu a’lam. Allah lebih mengetahui.

    huhu..syukran abg idham for this tazkirah. sejujurnya hadis bukhari itulah yang saya jumpa dulu, yang membuatkan saya bersemangat nak tolong orang. Saya percaya kalau saya menunaikan hajat orang, inshaAllah Allah akan memudahkan urusan saya, memberi saya balasan yang setimpal.

    Namun saya tak sangka “habit” saya tu dijadikan alasan untuk orang ambil kesempatan terhadap diri saya. Macam yang saya cerita dalam post lepas. Sebab dah terbiasa “berbuat baik”, saya rasa janggal untuk menolak permintaan orang, menolak harapan orang. Dan orang pula anggap saya ni boleh diminta tolong, boleh dipertanggungjawabkan, sehingga membuatkan mereka menjadi malas, pada pandangan saya. Menjadi terlalu dependan. Hatta nak siapkan assignment/homework pun diminta saya tolong buatkan! Belum lagi yang melepaskan tanggungjawab ke atas saya, menyalahkan saya kerana tak nak tolong dan sebagainya.

    Tak dinafikan perkara-perkara macam ni lah yang menjadi satu dugaan, cabaran bagi saya. Janganlah risau, saya still belum tawar hati nak menghulurkan bantuan kepada sesiapa pun. Datanglah kepada saya dengan cara yang baik, dengan sikap rasional, inshaAllah saya tidak lokek menghulurkan bantuan. =)

  12. salam..
    lambat sgt nak berterima kasih utk link 2 my entry..hehe..em,msa 2nd year pun ktrg dpt dr rizhov gak..mmg best dgn dier..dpt bljr gak sth wpun at the same time kwn2 ln di hspital lain xbljr pape pun..tp yup, english dier kurang sket..kalo x mesti lg best..hehe..wateva pun tgulah thn dpn, untung2 dpt hospital 2 gak dgn dr avdonin, dptla peluang assist dier time surgery..cume ade sorang nurse kt situ kecoh sket..if u notice la..hehe..=p

    rasanya perasan kot. ada nurse penah sound groupmate saya, sbb diri dekat sgt dengan sterile set. kalu sound leklok takpe la, ni dengan takde warning, takde bgtau leklok terus menjerit2. >.<

    nurse tamara gregorievna (yang dalam video kat atas tu) sangat baik. huhu. banyak sangat bende dia ajar. T_T

    abg kamil group L jugak ke? kalau ye then ade harapan la nak dapat dr.avdonin gak tahun depan. =)

  13. salam..
    tabek spring utk dak2 medic..
    beta xsggup mgharungi hari berdepan ngn darah..injection..waaaaarrggh~
    its better 2 face machines and oil everyday rather than blood!!
    de petua nk ilangkn hemophobia x??

    aiyo..haemophobia? dah smpai tahap vasovagal syncope ke? err…byk2 tengok citer thriller k! macam Saw ke, Hostel ke.. hehehe

  14. hehe..rasanya betul dah kot nurse 2..sabar jela..asyik marah2 tak tentu pasal..oo nama nurse senior tu tamara gregorievna ek..mmg dia jugak yg ajar ktrg msa buat injection..mmg baik kan..relax n cool je..senang je masuk ilmu drpd dia..hehe..

    nope..grp A..xtaulah skang ni ikut grp jugak ke x..sebab kalo ikutkan efenem grp A,then rasanyer dier xdpt dr avdonin pun thn lps..(ye ke?..x sure..=])

    tp katakan kalau xdpt dr avdonin pn thn dpn,kalau buat praktikal kt cni mase winter nti boleh jugak assist msa surgery..so still get the chance actually..hehe..=] goodluck =]

    tak kisahlah cikgu mana pun. janji dapat belajar. hehe. (semangat nk jd surgeon, y0sh~)

  15. ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: XXXXXXXXXXXXXXXXXX
    (Themenya Terlampau Cantik & Boleh Pula Letak Adsense)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog XXXXXXX kerana theme yang sangat cantik

    kat blog saya kalau nk iklan kene bayar encik. hehehe.

  16. Pingback: Pelajar perubatan tak perlu ke luar negara? « Leokid’s Life

  17. komen ni mungkin dah lambat tapi takpe. hehehe.

    “nanti flaming readers lain pula..” – leokid.

    she definitely caught my attention! lol.

    p/s: salam leokid. i’ve seen you before. kat sunathon and all. tapi tak kenal. so, nice knowing you here ;)

    yeap2. she definitely caught mine too. -_-”

    rasa mcm pernah nmpak jgk. T_T

    visit me often.=)

  18. wow… besh ar nengok video kamu suntik kwn lu tu kid..
    haha!! caner la kalo tersilap masok kat urat len lak..
    pe jadi nanti?? mesti dia saman lu an..

  19. Eeemm..best tgk n bnyk manfaat.i pernah bcita2 jadi doktor,semua beres tapi mama n papa mau kita ke mesir pulak..hu..hu..hanya buang gian baca tentang seorng pelajar or doktor saja..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s