Halal, Haram, Hati

 

Sejak 2 menjak ni saya rasa macam ketagih pula dengan halwa telinga terbaru ini. Dah lama dengar lagu ni, 1st time saya dengar kalau tak silap dalam slideshow yang FadlyKhairie buat sempena symposium tahun lepas. Tapi tak dapat-dapat dan tak sempat-sempat menyiasat tajuk lagu dan munsyidnya.

Hanya hari Ahad lepas, bila AfiqAwe dari Moscow memainkan lagu ini ketika program Ini Sejarah Kita tu, baru teringat! Terus ditanya kepada beliau tajuk dan nama artisnya, Halal, Haram & Hati dendangan Xifu dan The Algebra.

Xifu? Tak pernah pula saya dengar sebelum ini. “Artis arabkah?” saya bertanya AfiqAwe. “Eh takdelah, Malaysia lah.”. Seketika kagum sekejap – huiyo, smart gler lagu nih. Time tu tak tahu lagi lagu ni mengenai apa.

Justeru semalam lepas topup internet Nizhny ini yang ridiculously mahal, saya terus cari sket2 pasal Xifu dan The Algebra ni.

Album ini naungan Xifu Naseer & Xifu Mu’adz dibantu Ustaz Mazlee Malik (Aktivis Isu Palestin), Nash (Lefthanded), Dayang Ku Intan, Shah Kirit (Saba’ Islamic Media), Alex Koh, Hafiz William (Bekas anggota X-Factor), Al:Masaar & Moose of Soul Dinero (Anak Dr Dzulkefli Ahmad.)

Apabila semuanya bersatu, pendakwah, Profesional & Artis, terhasillah album yang sungguh membanggakan semua.  – http://www.jendelaku.com/iklan%20album.htm

Giler ah! Dah lama album diorang ni ada dalam circulation pasaran, tapi kenapa baru sekarang saya jumpa? Tak ramai orang minat ke Xifu ni?

Pastu cuba pula cari lirik lagu Halal, Haram, Hati nih. Puas mencari-cari di dunia maya. Segala jenis search engine dah dicuba, tak jumpa-jumpa juga. Heish, susah betul ni. Sudahlah lagu Arab, mana la nak cari liriknya. -_-“

Pastu lepas buat research sikit, baru tersedar – rupa-rupanya lirik-lirik lagu nyanyian Xifu & The Algebra ni diambil bulat-bulat dari hadis Rasulullah! Atau lebih spesifik, himpunan hadis 40 oleh Imam Nawawi. SubhanAllah!

Patutlah tajuknya macam familiar je. Saya pun terus membuka Hadis 40 tersebut, mencari-cari hadis Halal, Haram, Hati ni. Ya, jumpa, hadis 6! Sambil melihat matan hadis tersebut dan memainkan lagu ini, saya dapati ya, memang sama seperti bait-bait kata Rasulullah.

Saya ni bukan dari aliran arab. Dulu2 time kat MRSM pun, subjek bahasa Arab biasa dapat C saja. Memang tak tahu langsung, asas yang pernah belajar dulu pun dah habis lupa dah. Huhu. That’s why saya kurang ambil berat pasal matan hadis2 yang saya jumpa. That’s why bila jumpa hadis ini didendangkan sebagai lagu, jadi seronok pula.

Sebab dah suka sangat dengan lagu Halal-Haram-Hati ni, dengan liriknya yang indah (of courselah indah, bait-bait kata Rasulullah!), gubahan iramanya yang menenangkan. Heheh. Tak sangka, sehari saja dah dapat hafal matan hadis ni~! Alhamdulillah~!

Saya terus mencari-cari lagu-lagu lain Xifu ini. Dengar khabarnya album mereka limited, so sebab itu tak ramai yang tahu. Setelah puas mencari, akhirnya jumpa gak 5 lagu mereka. Hijrah, Brotherhood, Halal-Haram-Hati, Islam-Iman-Ihsan, Make The Best. Semuanya berdasarkan hadith 40.

Just a promotion, trylah dengar lagu mereka ni. InshaAllah, tak rugi!

Sesungguhnya yang halal itu jelas
Dan sesungguhnya yang haram itu jelas
Dan diantara keduanya terdapat yang syubhat
Tidak diketahui oleh kebanyakan orang

Barangsiapa menjaga yang syubhat
Sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
Dan maruah dirinya
Dan barangsiapa yang terjatuh ke syubhat
Maka dia telah terjatuh ke yang haram
Umpama pengembala disekeliling kawasan larangan
Dibimbangi dia menceroboh masuk ke dalamnya

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
Ketahuilah bahawa sempadan Allah adalah yang haram
Ketahuilah dalam setiap jasad ada seketul daging
Sekiranya ia baik maka baiklah jasad seluruhnya

Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya
Ketahuilah, ia adalah hati.

23 thoughts on “Halal, Haram, Hati

  1. salam.. huh,baru brani klik ni leokid.salam ziarah..
    lagu ni dah lama denga.jadi febret sejak mula mencecah telinga.
    one more things..mcm misteri je bckground blog anta,kena pakai pelita bila nak masuk.huhu..

    jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri…hoho =p

    black – my favourite colour. i prefer dark better. but dark is not a colour, right? therefore black. =)

  2. Xifu Nasir ni revert. Seorang pendakwah juga pemuzik. Beliau ada juga terlibat compose lagu untuk mini album Aku Ori Bukan Fotokopi. Lagu yang ana dan group ana nyanyikan tu Xifu compose juga. Selamat memburu lagu2 Xifu Nasir :)

    Anyway beliau juga biasa menyampaikan ceramah untuk enrichment class di IIS Setiawangsa. Buru la sekali ceramah beliau (kalau ada org upload la hehe)

    oooh! waa..hebat2. err, diorg xde projek baru lagi ke? rugilah kalau stop macam tu aje. (nak tanya anta gak, bila demascus nk kluar single baru lagi..hehe)

  3. Wallahua’lam pasal future project dia. Setahu ana bagi dia Algebra ni bukan satu group yang statik ahlinya. Sesiapa pun adalah Algebra dengan membawa lagu2 hadis yang dia gubah. Last masa jumpa Xifu dulu nampak macam dia memang semangat nak bantu sesiapa yang nak bawak lagu2 hadis.Kalau nak tarik perhatian Xifu, pastikan group tu ada kelainan dan personality.

    Demascus pulak, kami tunggu grad dulu. InsyaAllah baru plan betul2 buat album semua. Mungkin secara indie. Dapatkan update terkini di

    http://demascus.blogspot.com/

    hhuhu

    haa..mane2 band2 luar sana yang berminat, boleh cuba2 merisik Xifu ni. hehehe.

  4. kalo nak lagu ni buleh x? =)
    ngan lagu iman,islam ihsan…

    saya dah letak kedua2nya kat box.net sebelah kanan ni, cik husna.

  5. eh,alamak..ter miscommunication…
    maksudnye nak sruh send kat email…
    maaf sbb cara request x appropriate…=)

    hehe. download jelah dari box.net tu, kan boleh? anyway, dah send via email! =]

  6. oh yeke…huu,jahil sket bab2 intenet ni…
    maklumle,ms muda2 org sruh blaja tanak,lari..huu(ok,dah start merapu..stop,husna)

    ape2 pn..time kasih bbyk…
    really appreciate it..=)

  7. biaselah.
    kalau lagu tang agama-agama manalah cepat laku.
    sy lepas setahun album xifu keluar barula nak terjumpa lagu-lagu diorang ni.
    hm…ada banyak lagi lagu muadz ni.
    brotherhood,kasih sejarak dua jari,dan lain2…

  8. hai leokid..
    im bawangmerah’s sister,,
    best kan lagu2 xifu..
    im his student..
    n skrang ni saye agak closed dgn muadz..
    dia ada produced album baru tau…

    woh..then u must be bawang besar. =p

    close ngan muadz? hoho. close camne tu. =p jage2 sket kak, bro muadz tu artis skrg ni. karang ade reporter paparazzi masuk blog saya, habes kene gosip abg muadz tu. heheh.

    album baru? waa..best2. ade kat on9 dah ke? bg ar promo sket!

  9. haha..mcm2 la awk ni,,
    muadz kan dah berpunya…yeaa..kak ain mmg bawang besar..
    pasal ape yang awk ckp kat bawang merah tu..
    insyaALLAH kak ain tolong..tp kene tunggu la ek.
    sbb skrang ni kak ain tgh bercuti..
    sources sume kat campus..
    neway,brape banyak lagu hadis yang awk ade?
    kak ain ade banyak jgk.. yang konsert nye version pun ade.
    neway, i luv ur blog.. keep it up!

  10. salam ukhwah
    terblog hopping ur blog. sedang mencari2 juga xifu ni. anyway, mmg best kan. sgt respek org mcm gni. dgn mudahnya akak dh dpt hafal hadis 6 ni. nway, dh penah dgr isk eh? bgs2…moga kita sentiasa istiqamah dlm jalan ni. heppy studying ~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s