Nilai Sebuah Komen & Photoblogging

Dalam sebuah hadis Rasulullah menerangkan,

An-nasu mua’dinun. Khiyaruhum fil jahiliyah, khiyaruhum fil Islam. Iza faquhu.

Manusia itu bagaikan logam. Baiknya ia ketika di zaman jahiliyah, baiklah ia di zaman Islam. Jika dia memahami.

Rasulullah membandingkan manusia itu seperti logam. Sebagaimana berharganya logam itu di zaman jahiliyah itu, ataupun di zaman Islam juga. Pokoknya, logam itu berharga. Namun, Rasulullah menyatakan satu syarat – Iza faquhu. “Sekiranya dia memahami”. Rasulullah menggunakan perkataan “memahami”, bukannya “mengetahui”.

Inilah yang saya cuba kaitkan, antara manusia dengan pendidikan. Ramai di antara kita yang dididik dari kecil dengan segenap jenis ilmu. Ilmu agama, hatta ilmu-ilmu dunia. Maka lahirkan kita, generasi yang berilmu hasil dari pendidikan. Tetapi, bernilaikah kita?

Kefahaman itu lebih penting dari ilmu. Kefahaman terhadap sesuatu ilmu membezakan antara manusia yang mampu berfikir, dengan sebuah komputer ataupun sebuah buku yang mengandungi segala macam maklumat di dalamnya. Kefahaman ke atas ilmu menjadi justifikasi kepada seseorang manusia untuk bertindak – sama ada menggunakan ilmunya itu ke arah kebaikan mahupun sebaliknya. Kefahaman terhadap ilmu, itulah yang meningkatkan nilai manusia. Sebagaimana nilai seketul arang (karbon) yang hitam, menjadi seketul berlian yang keras lagi indah.

Justeru, matlamat pendidikan sepatutnya bukan setakat melahirkan manusia yang berilmu, namun melahirkan manusia yang memahami – itulah yang sewajarnya. Rata-rata anak-anak remaja dididik untuk melepasi peperiksaan semata-mata, tanpa ditekankan aspek kefahaman dan nilai-nilai murni yang boleh diperolehi dari sesebuah ilmu tersebut. Hasilnya, kita menjumpai golongan professional yang berpendidikan dunia semata-mata. Di mana silap kita?

Teringat kata-kata seorang guru saya dahulu – aku mengajar kamu semua bukan untuk menjadi doktor, engineer dan sebagainya. Aku mengajar kamu untuk menjadi manusia!

Benarlah kata-kata Rasulullah – berharganya kita sebagai manusia, tidak kiralah di zaman jahiliyah yang tidak bertamadun, mahupun zaman Islam yang menjulang ketinggian ilmu – semuanya terletak kepada kefahaman kita.

Wallahua’lam.

Mohd Syamirulah Rahim
+79202995075
leokid#live.com

Nilai Sebuah Komen..

Teks di atas merupakan petikan dari sebuah komen yang saya berikan, merujuk kepada sebuah artikel tulisan Dr.Azwan di blognya, iaitu post “Pendidikan dan Nilai Seorang Manusia”.

Tapi apa kaitannya dengan gambar Celcom yang saya letak di atas tu? Haha..jangan terkejut, Dr.Azwan yang merupakan doktor perubatan merangkap ahli perniagaan alat telekomunikasi mobile telah melancarkan sebuah pertandingan di blognya March yang lalu. Beliau menawarkan hadiah berupa sebuah pek simkad bernumber VIP bagi mana-mana penghantar komen paling bernas mengenai artikel beliau tersebut.

So secara automatik, buah fikiran dan minda saya tiba-tiba sahaja mencurah-curah ideanya. Refleks kot. Hehe. Itu yang berjaya menulis komen seperti teks di atas dan alhamdulillah, Dr.Azwan berkenan memilih saya sebagai pemenangnya!

Sebagai membalas jasa baik beliau, maka seronok kiranya saya ingin mempromosi blog beliau di sini. Walaupun bertugas sebagai seorang doktor perubatan yang memiliki klinik sendiri, serta dalam masa yang sama seorang ahli perniagaan, ianya tidak menjadi penghalang bagi Dr.Azwan untuk menceburi bidang blogging. Postingnya meliputi pelbagai aspek, termasuklah kesedaran Islam, informasi perubatan, karenah politik, serta pelbagai lagi. Antara artikel beliau yang terkini “Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang – Halal Atau Haram?” menyentuh isu sensitiviti umat Islam terhadap halal haramnya juadah yang disediakan di hotel-hotel, begitu panas dibincangkan merata2 tempat sehingga menerima ulasan di pelbagai laman web,tersiar di akhbar MStar, Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta termasuklah menerima komen daripada Ustaz Zaharudin.

Maka bagi pihak diri saya, saya ucapkan terima kasih kepada Dr.Azwan kerana menganjurkan pertandingan tersebut serta memilih saya sebagai pemenangnya.

ps: Dr.Azwan, pek simkad tersebut sudah selamat sampai di rumah. Syukran!

Photoblogging!

Baru-baru ini WordPress.Com mengumumkan akan melebarkan sayapnya dengan melancarkan perkhidmatan photoblogging pula. Apa photoblogging tu? Erm…photoblogging, lebih kurang macam blogging jugalah, cuma lebih berorientasikan photo! Hehe. Ala, tengok sendirilah kat photoblog terbaru saya di http://leokiddo.wordpress.com untuk pemahaman lanjut! Yang bestnya photoblog wordpress ni, colour theme dia akan berubah2 ikut base colour photo tu! Hoho, dynamic dan menarik!

Kat photoblog ni, saya akan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya (insyaAllah), bagi memaksimumkan feature baru yang WordPress perkenalkan, iaitu automatically generated related links. Bagus wordpress ni, makin lama makin canggih! (Although tak sebebas blogspot.)

So…jemput2lah ye ke rumah baru, http://leokiddo.wordpress.com. Link2kanlah, letak dalam blogroll masing2. =)

Adeh rasa macam jadi jurucakap wordpress pulak. T_T saye takde kepentingan politik, ekonomi mahupun peribadi ye dengan wordpress.com ni. Huhu.

ps: Eh saya baru perasan, PageRank (PR) Google saya dah naik jadi 4~!! Biar betul! Last time Google buat PR checking, webpage saya PR 2 saja. Heheh. Thanx kpd sumer org yg link ke website ni! =)

9 thoughts on “Nilai Sebuah Komen & Photoblogging

  1. kiddy,
    sy rs awk gune bhs melayu lagi..awat tak paham sgt entry bab photoblogging nih?? hurm..and pasal keistimewaan wordpress..cita sket..~ hahah..wordpress vs blogspot? pro n cons cik kiddy..
    saja nk tau..jgn ckp sy mrh plop..huhuhu..

    p/s: jgn ckp sy MARAH eh kiddy..hahaha=)

    -_-” saya tak faham apa yang cik huda tak faham. and one more, why must u turn everything into a competition, cik huda? and from my opinion, u’ll never gonna stop until u win an argument right? hehe. yela2..blogspot lagi hebat..amik la..amik la.. =p

    joking, of course.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s