Aku Terima Nikahnya?

 

Pagi itu cerah. Kawan2 ramai yang pergi ke Stadium Kstovo, sempena Nizhny Games 08. Tapi saya tak pergi pun, mmg sengaja tidak pergi. Maklumlah..org buta sukan. Hehe. Sejujurnya mmg saya tak terlibat langsung dalam NG08 kali ini, atas beberapa sebab peribadi. Set aside the story of NG08, let’s focus on the topic.

Tengahari tu, cadangnya hendak ke Post Office. Ada bungkusan diterima. Saya memang menjangkakan bungkusan itu dari akhi Aye, wakil dari saifulislam.com yang menguruskan secara sambilan pengedaran Aku Terima Nikahnya (ATN). Lebih kurang sebulan yang lepas, saya sudahpun menempah 3 naskah ATN, untuk di-courier-kan ke Russia ni. Walaupun hampir 2.5 kali ganda dari harga asal T_T berikutan kos pos yang tinggi, tetapi di hati ini terasa gelisahnya nak mendapatkan buku ini. Hehe. Apalah sangat 2.5 kali ganda tu, untuk ilmu dan pengajaran yang boleh didapati dari ATN ni. Ya, saya ni jenis yang tak berkira sangat habiskan duit for the sake of ilmu, and for the sake of Allah. =)

So tengahari tu, saya meminjam basikal daripada Lope, senior tahun 4. Maka berbasikallah saya ke Post Office yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer dari asrama saya. Tiba di Post Office, around pukul 1.30 tengahari. Sampai2 je…aduh! Tak ingat! Post Office tutup buat sementara waktu, lunch hour! -_-” Saya pun berbasikallah kembali ke asrama..

Around pukul 2.30 camtu, ingt nak pegi sekali lagi. Cuaca yang cerah pada paginya, tiba2 je hujan pula. T_T. Kena gak tunggu lagi..

Around pukul 4. Hujan dah berhenti. Saya menunggang basikal sekali lagi menuju ke Post Office. Alhamdulillah, buka. Saya menanti giliran lalu menghulurkan resit bungkusan tersebut.

“A gde passport?” Makcik post office bengis je mintak. Alamak! Tak bawa passport! Saya chuak dah time tu. Mmg menjadi habit saya tak bawa passport ke kawasan2 sekitar kelas dan asrama. Hilang @ kena pau, masalah besar tuh!

“A mozhna studencheskii bilet ili propusk?” Saya bertanya, sama ada Student’s ID atau Pas Asrama boleh menggantikan passport.

Malangnya, tidak. Huhu. Lalu dengan bengangnya saya menunggang kembali basikal ke asrama, mengambil passport, lalu meluru kembali ke Post Office!

Alhamdulillah, kali ni semua ok. ATN sudah selamat sampai ke tangan saya, dalam keadaan yang sempurna (kecuali sedikit kemik yg minima, dek kerana kekasaran pekerja2 pos di russia ni. parcel saya pernah dibuka tanpa kebenaran pun. T_T) Syukran kepada Ustaz Hasrizal kerana sudi menandatangani naskah ATN saya sekaligus menjadikannya limited edition! Syukran juga kepada akhi Suhaizi (Aye) kerana bersusah payah menguruskan courier ATN ke bumi Russia ni! Alhamdulillah, jazakumullah!

Oh ya, kalau ada yang perasan, di sebelah kanan atas blog ini ada saya letakkan section khas My Updates. Dengan menggabungkan teknologi RSS (Really Simple Syndication) serta perkhidmatan Twitter, saya boleh mengupdate section tersebut dari handphone saya sahaja, secara live!


Aku terima nikahnya?

Sengaja saya “alter” tajuk buku Ustaz Hasrizal ni dengan menambahkan tanda tanya ke hujung. Hehe. Saya tak rasa saya akan “bernikah” dalam masa terdekat ni, namun saya tak kata saya tidak bercadang sedemikian. =) (saje buat ayat berbelit2, bagi korang konfius sket. Muahaha Devil).

Namun saya akur sekiranya masa itu sampai, baik dalam masa terdekat ni, atau lewat lagi.

So..berkenaan buku ini, alhamdulillah Ustaz Hasrizal telah mengkompilasikan 36 artikel kekeluargaan, bermula dari bagaimana menjalinkan hubungan yang diredhai Allah, panduan membina keluarga untuk pelajar, untuk bakal doktor, hinggalah dalam mendidik anak2 serta peranan terhadap ibu bapa. Alhamdulillah, banyak pengajaran boleh didapati dari buku ini. Secara peribadi, berbaloi sangatlah membayar 2.5 kali ganda harganya!

Semoga dipermudahkan, inshaAllah!

ps: ingin mengucapkan tahniah kepada seorang rakan sebaya saya (turut merangkap best friend saya di MRSM) yang akan melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat ni. maaf, saya dah berjanji takkan mendedahkan identiti beliau T_T. Sejujurnya kagum sangat dengan keberanian dan kesungguhan beliau demi sebuah hubungan yang halal!

Oh ya, baru2 ini ada company melahirkan hasrat untuk menaja blog saya. Tidak perlulah saya nyatakan secara pasti/konfirm, kerana masih lagi di peringkat perbincangan. Saya sendiri sedang berkira2, sudahkah tiba masanya saya melangkah setapak ke hadapan dalam arena blogging? Bukan apa, saya blogging atas sebab2 peribadi – hobby, menceritakan pengalaman, dakwah dan sebagainya. Saya risau saya tidak dapat memenuhi expectations pembaca serta expectations penaja. T_T.

17 thoughts on “Aku Terima Nikahnya?

  1. Assalamualaikum akhi.

    Tahniah dan syukur kerana buku ATN selamat sampai ke Russia. Jangan baca laju-laju ye. Conteng-conteng sikit di sana sini untuk perspektif anta sendiri. Jangan diabaikan movie dan games dalam Emirates tu, nanti kufur nikmat.

  2. Syukran ustaz. Dah ade ber”highlight” dah pun. hehe.

    Mmg nak kena baca slow2 n bertangguh2. Exam menjelang x smpai sebulan je lagi. Doakan ana ya ustaz!

    eh, ustaz pun dah ade twitter gak ek skrg ni! tahniah2~! =)

  3. Ngenge tahniah aku pun nak ATN gak!
    Aku pun ade twitter gak :)

    efenem takde planning nak kawen lg. takleh. >:p

  4. jelesnye ustaz hasrizal sainkan buku…nak sain jugakk…hehe..buku pon xbeli lagi dah kecoh lelebih…huhu

    jadilah pengunjung tetap Saifulislam.com! Hehe. takpe, nnt cuti karang cari la buku tu, sure ade punye. =)

    Ustaz Hasrizal berkunjung ke Indonesia skrg ni (25 May), tak pegi jumpa dgn dia ke?

  5. aku terima nikahnya??
    salam akhi fillah.. kebetulan terbuka blog ni.. tahniah, kerana kita semakin meramaikan penulis-penulis yang berunsurkan islam.. yang best2 nye, kalangan kita yang masih muda ni kan..

    boleh tau, umur berapa sekarang =)

    dah tua..heheh.

    suka blog senikehidupan. tertarik dengan kreativiti anda dalam mengaplikasikan bakat designing yang Allah beri untuk kegunaan dakwah!

  6. entah apa nak kata..baca pun tak lagi..habis exam otak makin mundur, jiwa makin kosong, hati makin jauh, haih..ujian jiwa apakah ini?

    Aku Terima Nikahnya?
    Ini persoalan saya. Spesifiknya, berkenaan apakah itu?

  7. huhu. mula2 bajet nape-lah budak leo ni tetibe nak terima nikah. ekeke. dapat buku rupanya. share2 lah sket isi-nya :D

    heheh. tau terkejut. kakak bile lagi? hoho.

    isi-nya saya kena aplikasi sendiri dulu, baru boleh share. baru boleh tahu berkesan ke tak! =p

  8. ishh tak aci.. die dapat dulu.. orang baru berangan nk serang kdai buku nnt balik mesia..

    ada satu lagi naskah, siap dgn tandatangan ustaz jugak. ada org tempah dah aritu, tapi tak tahu la dia nk ambik ke tak. senyap je. T_T.

  9. waa..bro kid dpt offer penaja utk bl0gging? saLute aa..bangGa et sbagai p’baca pi0neer bl0g ni..huHu~ =] sm0ga sukses sentiasa..

    eish. tengah duk timbang2 lagi ni nak amik ke tak. T_T

    anyway thanx for staying. since dari zaman blog kat friendster lagi ek. thanx a lot, et~ =)

  10. haa yeke… kalu die tak nak aku nak.. buleh??

    aisey..dye nak la cik nn.. aritu masa nk wat order tu, ingt nk letak iklan sekali. pastu takut susah2kn akhi aye yg nk uruskan pasal pos, tu yg order 3 buah (satu batch) je. huhu. kalau dah kemaruk sgt nak bace, boleh je pinjam aku punye. hehe.

  11. “Aku terima nikahnya”.. serius terkejut memula tgk tajuk ni. maklum la dah 3 minggu cuti. balik2 sini je dpt kejutan lak. huhu. ingatkn kamu nk kawin.. hahhaha

    p/s – pergh,blog ni dpt penaja ke.. cayalah!

    good luck in exam~~ :)

    hehe. dun worry, bila saya nk kahwin nnt saya buat lagi satu post bertajuk mcm yg ini, tetapi tanpa tanda soal (?) kat hujungnya. mungkin ganti tanda seruan pula, jadi “Aku terima nikahnya!” =p

    pasal penaja tu, saya dah buat keputusan untuk menolak tajaan tersebut. =)

  12. kalau betul nak kawin, sila jemput saya. haha. pegi ke tak, tu belakang kira.huhu

    tolak? hmm,takpe la. mesti kamu ada alasan kukuh kan kenapa kamu tolak tajaan tu. it’s ok.. saya takkan tanya. hehe.

  13. wah..jealousnya..dia dah ada buku aku terima nikahnya!…huhuhu…selamat berjaya akhi..lama dah tak borak ye..haih..kene lawat sane ni kalau ada masa kosong..huhuu :)

  14. salam ziarah..~

    ‘…panduan membina keluarga untuk pelajar, untuk bakal doktor, hinggalah dalam mendidik anak2 serta peranan terhadap ibu bapa…’

    menarik part bakal Dr tuh.

    belum berkesempatan nk memiliki buku ni wlaupun hari tu dah di promote kt kampus.

    -finally,jmpe jg blog ni. thnx 4 ur post kt iluvislam pasal study @ rusia tu. memberi pengaruh more than 50% kpd penolakn ke intec wlau asalnya nk sgt pegi =) (abah pon bahagia..~)

  15. salam….tahniah ustaz..sy dh mmbeli dn mbca buku ni….pnuh informasi,pengajaran.pedoman….sy suka buku ni….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s