Study…

Dah tiba masanya..

Huhu. Sabtu lepas 1st exam, MCQ Grammatical Part untuk subjek Russian Language.
Dan Rabu ni (4th June), exam Philosophy pula menyusul.
Diikuti dengan Oral Part untuk subjek Russian Language pada Sabtu (7th June).

Itu part2 “warming up” je.

Exam sebenar bermula pada 13th June – Subjek Physiology. Subjek ini boleh dikatakan subjek “core” dalam bidang medic. Physiology membicarakan mengenai bagaimana tubuh badan manusia normal berfungsi. Bagaimana kita menggerakkan tangan? Bagaimana jantung kita berdenyut sendiri? Bagaimana kita bernafas? Bagaimana kita mendengar? Bagaimana kita berfikir? Dan sebagainya.

Dan exam yang terakhir – Biochemistry (22th June). Turut boleh dikatakan subjek “core”. Secara umumnya, lebih kurang macam “bagaimana tubuh badan kita berfungsi”, tapi pada tahap molecular level. Kalau zaman sekolah menengah, kita belajar – badan mendapat tenaga dari nutrisi. Dari ATP. Tapi dalam biochemistry, kita dapat belajar dari seawal makanan besar2 yg kita makan tu, bagaimana dicerna sekecil2 menjadi ATP, dan bagaimana pula ATP itu digunakan menjadi tenaga dalam proses yg dikenali sebagai Oxidative Phosphorylation. T_T

So basically, ni jadual exam aku:
4th June (RABU) – Philosophy.
7th June (SABTU) – Russian Language
13th June (JUMAAT) – Physiology
22th June (AHAD) – Biochemistry

Berbanding exam2 semester2 sebelum ni, semester ni aku tak rasa tertekan sangat. Lebih kepada.. “blur”. Huhu. Semester ni, aku cuma tertangguh 2 test untuk subjek biochemistry, iaitu Lipid Meta/Ana/Catabolism dan Nucleotides. Yang mana akan aku selesaikan esok inshaAllah. Selain dari itu, aku tidak rasa tertekan sangat. Tidak berapa baik sebenarnya bagi aku. Huhu. Sebab mcm yg kaunselor aku penah describe psl aku dulu, aku ni akan jadi lebih productive di bawah tekanan. Lebih tertekan aku, lebih tinggi nilai konsentrasi aku dan lebih tinggi produktiviti aku. Macam dulu, time belajar maths. Aku paling suka buat soalan maths (esp addmaths yg susah2) time aku sakit kepala. Muahaha.

So risau gak duk rasa tenteram je nih. Rasa aman je. Huhu. Study pun rilek2 je. Heish. Bahaye nih!

Oh ya, flight balik aku 28th June. Huhu. Patutnye org len dah happy giler dah nk balik2 ni. Aku..ntahla. Happy mmg happy. Chuak pun ade. Indifference pun ade. Sedih pun ade. Adeh. Blur.

Tahun depan dah start clinical year. Dah start belajar subjek2 “hardcore” seperti surgery (bedah2 orang), pharmacology (ubat2 orang), pathology (penyakit2). Dah bersediakah aku? -_-”

UPDATES

1. Ade junior sound aku, apsal lama xde bahan2 ilmiah untuk menjadi santapan rohani? Huhu. Selalu ade idea, tapi takde masa. Adeh. Last2 terkubur mcm tu je hasrat aku tu. Tgkla bila2 nanti aku try bagi something yg berfaedah sket. T_T

2. Soal penajaan blog aku. Yeap, aku menolak tajaan tersebut. Bukan ape, aku rasa belum tiba masanya untuk aku serius dalam blogging. Aku blogging just for fun. For my hobby. Apa2pun, terima kasih kepada Fivio.com kerana melahirkan hasrat menaja blog aku. Fivio.com bukanlah satu nama yang asing bagi aku, as a matter of fact, aku telahpun menjadi pelanggan syarikat hosting tersebut dalam menguruskan web mrsmpdrm.com. Fivio.com merupakan syarikat bumiputera yg aktif menaja web-web berunsurkan keIslaman seperti Ukhwah.com dan Hanan.com.my. Syabas diucapkan kepada Fivio.com, semoga Allah terus mengurniakan rezeki yg melimpah ruah keatas anda serta dithabatkan perjuangan dan kesudian anda berbakti di jalanNya inshaAllah!

3. Well, update untuk bilangan pengunjung blog aku. Recently aku banyak gak tulis artikel2 yang kontroversi (hoho). Dan ada juga artikel aku yg dipublishkan di website2 komuniti, serta di laman2 forum seperti Friendster dan lain-lain. Hasilnya aku mendapati kadar peningkatan pengunjung ke blog aku adalah berkadar langsung (kuadratik) dengan masa!

Screenshot_Month_5

Tapi aku yakin, bulan ni takkan boleh naik lagi ah graf tu. Bulan ni aku nak konsentret on exam. So tak dapat post dengan konsisten. Begitu juga untuk bulan2 yg akan datang, memandangkan akses internet aku di rumah belum dapat dipastikan lagi. Huhu. Apa2pun, terima kasih beribu-ribu lemon kepada pelawat yang datang ke blog aku! Tak kisahlah datang sbb nk “download mp3” ke, datang sbb nk tahu “kehidupan pelajar di Nizhny Novgorod”, atau nk tahu siapa/apa itu “leokid”, “tips interview mara” or even sebab nak cari “sejarah sistem pungutan zakat” (ade ke kat blog aku ni? -_-“), ada semua adalah dialu-alukan! Thanx for coming!

ps: Post ini adalah post ke-300 aku! Yeahh~

4. Aktiviti untuk cuti summer. Aku still pening lagi nk organize cuti summer aku. Plan nk buat praktikal seminggu kat sini dah x jadi, sbb exam tukar tarikh (dilewatkan). So nk kena sumbat semua ke dalam tempoh cuti kat Malaysia lah. Huhu. Antara event besar summer ni – Abang aku kawen, aku pegi KL awal July, aku pegi Sabah n Sarawak dan bestfriend aku kawen. Yang lain2 tu, depends on keadaan la. Tapi yang 4 ni target utama aku sepanjang cuti ni (selain practical 20 hari itu!)

Anyway, doakan kejayaan aku semester ni!

Cahaya di atas cahaya. Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui atas sesuatu. – 24:35

3 thoughts on “Study…

  1. 4 exam je? uiks..
    medik sini..em, anatomy, phisio, biochem..em, setiap satunya pula nth berapa paper. Tahun ni saja kalau tak silap 30 essay divided to 2 for 2 days..huhuhu..~ Dan entah ape2 lagi y saya tak perasan seperti OCPE, OSCE..etc..etc..hee~

    Kalo mcq dah sah2 true/false..duii~ -_-”

    Tapi apapun, medik memang masyuuuuk la exam. Haa~ Gd lak then, dude!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s