Ape ada dengan minyak?

Harga petrol naik sebanyak 78 sen – satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 – naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Petikan berita dari Malaysiakini.

Saya malas nak ulas mengenai hal minyak-minyak ni sebenarnya. Maklumlah, saya ni bukanlah pelajar ekonomi apatah lagi petroleum engineering nak bercakap ilmiah pasal perkara ni. Dan saya juga tak memiliki kereta hatta motosikal untuk dirungut-rungut mengenai peningkatan harga minyak ni. Tambah-tambah pula tengah bz study.

Tapi sebagai rakyat marhaen, saya keliru sikitlah.

1. Negara kita negara pengeluar minyak. Malah, dikatakan petroleum yang Allah kurniakan kepada negara kita adalah dari jenis bermutu tinggi (rendah sulfur). Nyata, ini merupakan satu anugerah. Rezeki dari Allah! Kenapa kita dibebani dengan rezeki ini pula?

2. Dikatakan peningkatan harga petroleum merupakan masalah global. Harga petroleum mentah dijangka mencecah 200 USD setong tak lama lagi. Bukan negara kita sahaja yang mengalami peningkatan harga minyak. Negara-negara lain juga. Negara kita dikatakan antara negara yang menjual minyak kenderaan dengan harga yang rendah berbanding negara-negara pengeluar petroleum lain.

3. Kalau nak diikutkan persamaan matematik yang ringkasnye, negara kita ade jual petroleum. Harga petroleum meningkat. So maksudnya kita sepatutnya seronok lah! Sebab kita boleh jual dengan lebih mahal! Untung kita akan meningkat.

4. Dikatakan juga petroleum negara kita terlalu berkualiti. Tak boleh guna untuk jadikan petrol kenderaan. That’s why kita kena import petroleum dari luar.

5. Tapi kalau fikir-fikir balik pun, hampir (atau lebih?) 50% produk eksport negara adalah berasaskan petroleum. Petroleum kita lebih berkualiti, so logiknya lebih mahal. Kalau ye pun kita cycle balik keuntungan jual petrol berkualiti yg kita ada untuk beli petrol kenderaan, sepatutnya still ade lebihan!

6. Dan lebihan itu, tambah pula dengan kenyataan bahawa subsidi akan dikurangkan, maksudnya kerajaan ada 2 kali lebihan(untung)! Satu, untung import/eksport petroleum (jualan petrol berkualiti – belian petrol kenderaan), dan keduanya, untung pemotongan subsidi (harga minyak sekarang = harga minyak asal – subsidi. so harga minyak naik sebab subsidi dipotong.). Mana pergi kedua-dua untung ni?

7. Dikatakan banyak wang diperlukan untuk pembangunan. Pembangunan apakah yang ada? Wilayah-wilayah ekonomi itu kah? Projek-projek hantar angkasawan itukah? Sure-sure heboh itukah? Masjid “bling-bling” itu? Pembangunan yang ada terlalu tertumpu kepada satu niche/golongan tertentu, bukannya dinikmati oleh masyarakat keseluruhannya. Kesannya, wujud gap antara golongan. Luar bandar dan bandar. Golongan profesional dan am. Negeri itu dengan negeri ini.

Adoi. Susahnye. Saya tak suka menulis pasal benda ni sebenarnya. Tapi tadi melayari berita sekejap, tengok banyak betul kesan dari benda ni. Kenderaan jammed sana sini berebut beli minyak. Kemalangan berlaku di sana sini. Kecewa saya tengok rakyat jadi camni. Apa boleh buat? Saya rasa kalau saya di tempat mereka (pengguna petrol), saya pun mungkin be-reaksi sedemikian.

Teringin nak mengulas kesan pula.


Ubah Cara Hidup?

Minyak naik, maka kos pengangkutan naik. Automatik semua benda yang perlu diangkut naik. Bahan mentah – tepung, gula, garam, etc etc naik. Tambang kenderaan – bas terutamanya, naik. Kos perkhidmatan – naik lagi. Sebab pengangkutan umpama nadi sesebuah negara! Macam badan manusia juga, salur2 darah ni. Bila hypertension (tekanan darah tinggi), bukan kepala saja pening, jantung dan buah pinggang turut terkesan!

Saya kecil hati dengan cadangan sesetengah di antara kita. Kononnya dengan “mengubah cara hidup” kita. Ya, saya akui, cadangan ini mungkin berkesan. Tidak, pasti berkesan. Tapi saya berkecil hati, siapakah yang sebenarnya perlu “ubah cara hidup” itu?

Bila harga minyak naik, pakat-pakat la promote – mari kita ubah gaya hidup. Jom kita amalkan car-pooling. Utamakan pengangkutan awam. Mari kita beralih ke NGV. Dan macam-macam lagi.

Tetapi ramaikah di kalangan pemimpin yang berbuat sedemikian? Tidak. Kenapa? Kerana mereka tidak terasa akan “sakit”nya kenaikan harga minyak ini. Semua perbelanjaan, boleh claim dari perbendaharaan negara. Mudah!

Bila harga minyak naik, harga barang turut naik. Harga ayam mahal, maka saranannya kita kena kurangkan makan ayam. Harga beras meningkat, maka saranannya jom kita makan kentang (takde kaitan dgn minyak pun, saje bagi contoh). Harga gula naik, kurangkan gula dalam minuman (dan tambahkan manis dalam senyuman). Solusinya ada, tapi tindakannya?

Adakah mereka tahu, yang nak kena stop makan ayam tu adalah makcik-pakcik saya di kampung? Yang nak kena start car-pooling itu adalah pekerja-pekerja bawahan di syarikat-syarikat biasa? Yang nak kena ubah ke NGV tu adalah pemandu-pemandu teksi? Yang nak naik LRT adalah kerani-kerani, pembantu tadbir, jurutaip, mat despatch dan sebagainya! Yang sanggup nak ubah cara hidup adalah golongan-golongan luar bandar. Golongan pekerja am. Golongan berpendapatan rendah. Golongan berpendapatan sederhana di kota metropolitan.

Sedangkan mereka-mereka yang berjawatan tinggi? Yang ada pengaruh? VIP? Lunch mereka di hotel-hotel terkemuka. Dinner mereka di event-event besar. Ada mereka terasa kenaikan harga barang? Travel ke sana ke mari menaiki kapalterbang. Nak pergi ke sesuatu tempat ada driver bawakan. Traffic jam kalu, naik sahaja helicopter. Atau guna sahaja unit escort polis tu. Ade pernah mereka keluarkan duit minyak dari poket mereka sendiri? Ade pernah mereka keluarkan duit belanja barang-barang rumah? Kisahkah mereka akan peningkatan harga-harga barang ni?

Ironinya, mereka-mereka inilah yang sibuk mencanangkan “marilah kita tukar gaya hidup” kepada rakyat marhaen.

Maaflah, post ini bukan berbau politik. Kalau masalah ni timbul di bawah pengendalian pakatan kerajaan, maka saya tulis post ni. Kalau masalah ni timbul di bawah pengendalian pakatan rakyat pun, tetap saya akan tulis post yang ini juga. Taknak menyalahkan sesiapa. In fact, saya rasa kalau pihak yang satu lagi sedang memegang tampuk pemerintahan pun, benda ni mungkin akan berlaku juga.

Entahlah, takut sangat dengan bidang politik ni. Terlalu banyak loopholes yang ada. Saya menulis post ini pun sebab kesian dengan mak ayah saya. Mereka kakitangan kerajaan yang biasa sahaja. Pegi mana-mana, pakai kereta sendiri, bukannya kereta kerajaan. Abang-abang saya baru mula bekerja di bandar-bandar besar. Yang sulung tu pun baru berumahtangga. Yang satu lagi pula akan, dalam masa terdekat ni. Of course benda-benda macam ni mengganggu mereka. Datuk nenek saya di kampung. Hiba je mereka mendengarkan berita minyak naik ni. Motor kapcai yang dinaiki untuk pergi menoreh, guna petrol. Pembajak sawah di bendang, guna diesel. Makin sikit pulangannya nanti. Tapi apa yang mereka boleh dapat? Berbanggakah mereka dengan bangunan megah-megah di pusat bandar, sedangkan jalan tanah di belakang rumah sudah hampir separuh abad tidak berturap?

Terfikir, apakah terjadi bila tiba zaman saya pula nanti. Mungkin 10 tahun lagi. Atau 20 tahun lagi. Mungkin inilah dilema yang akan saya hadapi. Harga petrol seliter RM5? Hmmm…

 

Determinism

Teringat exam philosophy saya pagi tadi. Antara soalan yang saya dapat adalah “Determinism”. Determinism menyatakan – semua perkara yang terjadi, termasuklah human cognition, behaviour, decision dan action, adalah ditentukan secara bersebab oleh satu siri/untaian (course) oleh kejadian sebelumnya.

Dan antara yang terpenting adalah social determinism, demographical determinism, dan sosioeconomical determinism. Tiga ni antara faktor yang terpenting dalam menentukan hala tuju sesebuah masyarakat.

“If we want to create the real picture of humanity, we should take into consideration ALL factors of development and should not make them obsolete”

Pointnya di sini, benda2 semasa yang berlaku boleh menentukan hala tuju masyarakat kita di zaman akan datang. Tak kisahlah peningkatan harga petrol ke, perubahan kepimpinan ke, pembangunan insan, semuanya tidak patut diabaikan, kerana setiap kejadian yang berlaku, merupakan satu daripada “the chain of determinism” yang akan menentukan hala tuju negara kelak. Mungkin kesan dari kejadian ini kita dapat rasai sekarang dalam tempoh terdekat ini, tetapi hikmahnya akan dapat kita lihat dalam jangka masa yang panjang nanti.

Semoga masa depan dipermudahkan untuk zaman saya pula selepas ini. InshaAllah. Semoga dilema yang dihadapi mak ayah saya sekarang, tidak perlu pula dihadapi anak cucu saya. T_T

Oh ya, selain soalan mengenai determinism, saya juga dapat soalan mengenai philosopher German terkenal Arthur Schopenhauer dan Friederich Nietszche. Dan saya dapat full mark exam Philosophy tadi. Alhamdulillah!

Doakan saya untuk exam seterusnya pula!

10 thoughts on “Ape ada dengan minyak?

  1. Salam kid;

    Risau saya jugak bila baca pasal kenaikan minyak ni, mengenangkan yg sy and kawan2 yg akan graduate (insyaAllah) dan akan mula bekerja nanti. Mesti terkesan dgn kenaikan harga minyak…kalau time belajar boleh sekadar baca saja tapi skrg implikasinya dah akan kena kat saya.

    Teringat dekat Arab Saudi tempat keluarga saya tinggal skrg ni. Satu hari ayah saya bawak saya ikut dia pergi isi minyak. Kami naik kereta Kia Carnival, and minyak kena isi full tank. Ayah saya suruh teka berapa harga full tank utk Kia Carnival ni. Puaslah saya teka, based on kat Malaysia seingat saya klu nak isi Naza Sutera full tank dah menjangkau rm70, so kalau Kia Carnival ni mestilah mencecah RM100++? Tergelak ayah saya dibuatnya; rupanya harga full tank barulah RM30–RM40. Tapi logiknya ada; Arab Saudi pengeluar minyak terbesar dunia so mestilah rakyat dia dapat harga murah….

    Tukar cara hidup, cakap memang mudah kan. Tapi nak buat tu yang susah sb tak setiap masa kita boleh bergantung pada carpooling atau LRT, walaupun tu cadangan baik…

    Anyway, good luck utk exam Kid. Doakan saya and kawan2 yg akan menempuh State Exams ni ya. Wassalam.

    negara kita pun pengeluar minyak gak..malah antara yang paling berkualiti lagi. knape xleh dpt harga murah gak.. T_T

    Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter. -Malaysiakini.

  2. bro kid..
    i h0pe ec0nomists have their own explanations..on this prob
    n h0ping they will clear this up 2 us so0n

    but i d0 think that oiL price wilL never go d0wn
    it will keep increasing

    because? it has already be well-planned by US
    it attacks oil producer’s c0untries
    making cha0s
    and c0ntrol their c0untries indirectly
    we hate it, but what can we do..

    sejarah sudah berulang..mcm sekatan ek0nomi dulu

  3. well-planned by U.S.
    hm. xpernah pk lak.
    but, logic.
    =)

    this reply goes to et as well.

    agree, this might be planned by the western or certain parties. nevertheless, it’s just a speculation. like i said before, the global price of Petrol is increasing. But why should we be worried, since we are a Petroleum-producing country? It doesnt make sense!

    even if it’s true that this phenomenon is due to certain parties’ planning, then we can see how will our beloved leaders of the country react. But I didn’t expect their reaction this time was sooo suprising!

    Really wish I could have a chat with someone who really knows what’s going on with our country right now. Not a debate, but simply some questions from a commoner’s mind. I tried to put my feet in the leaders’ shoes right now, but I just can’t understand! So many other options, yet commoners are the one who suffered most.

    For example, the rebate. Rm625 for each 2000cc vehicles. Kalau makcik saya pakai sebiji proton saga kat rumah, dapat la Rm625 setahun. Tapi kalau “VIP” tu ada 10 biji proton saga kat rumah, dia yang dah kaya dapat lagi Rm6250 setahun?! Sedangkn yg dah kaya tu la yg x terkesan dek kenaikan harga barang dan minyak ni!

    It doesnt make sense! Pening saya fikir. Study Physiology pun x sepening ni. Hmmmph!

  4. heh..memandangkan aku juga penguna kenderaan, aku terasa agak terkesan dengan apa yang terjadi..
    tapi, fikir banyak pun tiada gunanya, hanyalah spekulasi semata – mata..dari tu, baik kau study.heh..
    all the best~

  5. terima kaseh kerana simpati kamu.

    leokid, boleh ajar aku tentang classification of human skull? setahu aku ada sejenid tengkorak yang dipanggil ‘malay skull’.
    apa maksudnya? kenapa nama malay? mmg melayu sajakah ada sifat malay skull.

    aku dah cari dalam net, tapi tak byk membantu. harap dapat luruskan.

    erk. malay-skull? Kami kat sini diajar base on general structure of human skull. Tapi rasanya skull sape2 pun sama je. Dari segi structurenya.

    Mungkin yg bezanya dari segi developmentnya. Maksud saya, dari susur galur evolutionary. Wallahua’lam, saya tak tahu sangat, sbb ni kena tengok bidang Human Evolution la. T_T

  6. …the very best word to say..is…this is so RIDICULOUS! I’m blaming the whole percent of wrong goes to the HUMAN ITSELF. T-T

    “Barangsiapa membawa amalan baik, maka baginya sepuluh kali lipat amalnya. Dan, barangsiapa yang membawa perbuatan jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya..” Al-An’am 160

    p/s:bimbang kita semua sedang di balas T-T

    Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara keseluruhan). Dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al-Anfaal 8: 25]

  7. penjelasan dari ahli politik
    (obviously, it’s not me. i noe nothing bout politic)
    org tue cakap, kenaikan minyak sebab kerajaan nak hentikan subsidi minyak, sebab katanya minyak murah , benefit nya bukan la bagi org bawahan.mereka yang naek kereta besar, mereka yang ade berbuah2 kereta dan mereka y meyeludup minyak, warga2 asing (singapore n thailand)y dapat untung.
    so kerajaan decide untuk naekn harga minyak, maka mereka y mampu bli kereta besar dan mestla mampu beli minyak dengan harga baru.
    subsidi minyak tue, di agihkan kepada org2 y bawahan.cara nya, bila rakyat bayar roadtax,bagi motor y bawah 250cc akan dapat duet minyak (which i have no idea cukup ke tak).
    dengan cara ini, kerajaan berpendapat, duet subsidi tersebut akan di salurkan kepada org y sepetutnya terima.
    die cakap lagi, kenderaan awam like bus,taxi n stuff tak boleh naekkn harga tambang sebab nye diorang dpat subsidi.which mean diorang bli minyak dengan harga asal.
    itu je y sy ingat.huh~ masuk akal ke penjelasan nie??sy sekadar berkongsi.

    kemudaratan yang lebih besar tidak boleh menghilangkan kemudaratan yang kecil! dalam proses semata2 nk tangani semua tu, rakyat menanggung kesannya yg lebih besar – kenaikan harga barang, kos pengangkutan, etc etc. aduh!

    baru terbaca yg harga tambang bas dari kl ke butterworth dah jadi rm65 sekarang ni. Dulu seingt saya, saya naik bas dari Sg.Petani ke Pontian pun Rm60 cuma. T_T

    Apa2pun, berita dari MalaysiaKini ini membuatkn saya bertahmid sekejap..

    Bagus, ini la yang dikatakan walk-the-talk!

    Keep up the good work, moga Allah memberi kekuatan untuk para pemimpin terus istiqamah, serta terus-terusan berkhidmat untuk rakyat!

    Kalau dari dulu pemimpin buat camni kan bagus, sure rakyat takde la komplen sangat. Walaupun cuma sekadar 10%, semoga diorg dibukakan pintu hati untuk terus terdorong menjalani hidup secara bersederhana, inshaAllah!

    ps: Penjimatan + potong gaji 10% pun dah RM 2 billion. Kalau potong gaji diorg 50% agaknye berapa ek dpt jimat? Kalau 70%? Hoho..jom fikir!

    (50% dari elaun PM baru rm9000, ade rakyat hidup sebulan rm900 je tau! hehe)

  8. hahaha..betul kid betul! sokong!
    Diorang tu kalau diskaun gaji 50 percent pun dah kaya hidup mewah makan ayam tiap2 hari pun! Alaa…elaun itu ini still dapat juga! Rakyat yang tercungap-cungap. Org sederhana ok lagi, or miskin! Hish!

    p/s:insaf tengok cara hidup MB Klate….ok je! xde cacat cela langsung! (manusia semakin lupa ketakutan pemimpin zaman nabi dulu bila dilantik jadi ‘MB’….T-T)

  9. KId…agak-agak kan nanti..Harga minayak kan turun tak?hehehe
    Aku da merana kat sini dengan kenaikan harga minyak nie..

    weh, artikel abang ang memang besla..cayalah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s