Of Action Potential, Excitability and Contractility..

Cardiac Correlation between Action Potential, Excitability and Contractility

Korang nak tahu ape mende graf ni?

Graf ni menunjukkan ape perubahan yang berlaku dlm jantung kita, dalam tempoh satu denyutan, dari 3 aspek iaitu Action Potential, Excitability dan Contractility.

Action Potential adalah cetusan elektrik yang terhasil apabila sel-sel pacemaker dalam jantung kita menghasilkan stimulus yang melebihi critical level (Ecr = threshold).

Excitability pula adalah keupayaan sel-sel jantung untuk menerima stimulus seterusnya menghasilkan Action Potential. Lagi tinggi excitability, lagi mudah untuk menjana Action Potential (sama ada summation stimulus secara spatial atau temporal).

Contractility pula adalah keupayaan sel-sel otot jantung (cardiac muscle cell) untuk contract. Satu sel contract secara individual, maka apabila sekumpulan sel (tisu jantung) contract secara berjemaah, maka jadilah denyutan jantung..

Kalau tengok kat graf ni, dalam tempoh beberapa milisaat selepas jantung berdenyut, excitability jantung kembali meningkat (sila lihat II di graf kedua), sedangkan ketika itu jantung belum habis relaxation lagi pun (fasa yang sama di graf ketiga). Ini bermaksud, dalam tempoh beberapa milisaat ini, sekiranya jantung menerima impuls stimulus yang superthreshold, jantung boleh berdenyut untuk sekali lagi di level Ventricular Systole dalam satu kitaran degupan jantung (Cardiac Cycle). Fenomena ini dinamakan Extrasystole.

Extrasystole adalah benda biasa, boleh terjadi kepada seseorg yang berpenyakit mahupun yg sihat walafiat. Antara punca2 Extrasystole adalah terlalu chuak (anxiety), lack of sleep, overeating, cokelat dan caffein.

Walaupun begitu, Extrasystole ini tidak baik untuk badan kita. Kerana jantung berdenyut untuk kali kedua dalam fasa Ventricular Systole, iaitu ketika darah sudah berkurangan/tiada di ruang ventricle. Maka stroke-volume adalah rendah. Malahan, selepas kejadian Extrasystole, satu compensatory pause akan muncul berikutan jantung cuba memperbetulkan kembali rhythm degupannya. Compensatory pause ini membuatkan arterial pressure kita menjadi rendah untuk tempoh beberapa ketika. Malahan, due to prolonged duration, end-diastolic volume (iaitu jumlah darah di dalam ventricle sebelum dipam) menjadi lebih tinggi dari biasa, dan mengikut Frank-Starling Law, menyebabkan contraction jantung seterusnya akan menjadi lebih kuat.

Oleh sebab itu, istilah extrasystole ini juga dikenali sebagai “skipped beat”, kerana dalam satu tempoh yg sepatutnya jantung boleh buat 2 degupan, hanya satu degupan dapat dihasilkan. Seolah2 macam jantung kita “lompat” degupan yg seterusnya itu. Pernah tak korang rasa jadi camtu? The feeling that your heart stops beating for a moment, and then starts again with a “thump” or a “bang”!

Kenapa saya bercerita tentang benda ni? Kerana saya rasa saya banyak minum nescafe (caffein) sejak akhir2 ini untuk berjaga malam. Dan saya sangat kurang tidur. Dan saya banyak makan cokelat sambil study untuk mengekalkan attentiveness saya. Dan saya tersangat banyak makan lately. Dan saya tersangat chuak sehinggakan saya menunda tarikh exam Physiology saya ke hari Isnin ini.

Dan saya sedang pening. Dan rasa macam nak muntah. T_T

Juga sedang bengang. Kerana Germany kalah dengan Croatia. Nasib baik ada Podolsky penawar hati dengan satu gol.

ps: doakan kejayaan saya dalam exam Physiology pada pagi Isnin ini.

12 thoughts on “Of Action Potential, Excitability and Contractility..

  1. hahha…leokid, terasa asing pulak bila baca physiology dalam versi bm..kekekokan terasa..
    tak semua yang boleh ditranslatekan ke bm..
    cuba translate ‘action potential’ ke bm… aksi yang berpotensi @ potensi aksi? ke apa dia?…huhuhu…
    nak tak nak, kene ngaji dalam bi gak..maybe nanti DBP boleh cari perkataan yang sesuai kot.. :)

    apa2 hal, selamat berjaya..
    rindu lama tak bersua.

    jauh di mata, dekat di hati. =)

  2. jgn minum nescafe pagi nk exam tue sudah. well, u noe. nescafe increase excitability. dalam kata laen, meningkatkn rase cuak.gud luck leo, or shud i called kid. ;)

    saya suka minum pepsi lately. sbb pepsi ada gula yg banyak. sumber glucose yg tinggi. otak kita hanye utilize glucose as energy, bukannye lipid or protein. heheh.

    lgpun pepsi ade cafein jugak. =p

    (adik2 jgn tiru..ini kaedah yg agak collateral. -_-” )

  3. tak minum nescafepun blh jugak berjaga apa? penting kuat semangat..hehe

    betul2! spertimana yang diterangkan dalam konsep Requirement & Motivation, Social Requirement seseorang manusia iaitu pendidikan (exam), masa depan (cita2) dan sebagainya lebih dominant berbanding Biological Requirement iaitu kehendak untuk tidur, lapar etc.

    Sbb tu askar2 yg berjuang (sama ada lillahi-taala atau kerana patriotik), diorg x peduli dah lapar dahaga sakit rindu di tengah2 hutan tu!

    So pokok pangkalnya, semangat! y0sh~!!

  4. oh selamat studi dan jangan bengang2.. haha

    tak bengang. germany still ade chance. malam ni germany lawan austria. menang kalu, atau kalau seri pun, masuk quarter gak lawan either Portugal or Italy.

    kalah kalu, memang saya akan bengang ah! hehe.

  5. Kadang2 perlu jugak nescafe tu, tapi jangan la kerap. Kena pulak kamu yang salu dapat migrain, jangan lah letak diri kamu dalam kebinasaan ye. Tapi jika nescafe itu lebih baik, just proceed. Harap2 tak makin laju jantung tu berdegup dek kerana nescafe tersebut ye.

    Janggal je baca versi BM, thumbs up for Kid, kalo as memang kalah nak wat versi BM :) great effort

    Moga Allah permudahkan semua ya, ditenangkan hati dna dipermudahkan urusan. Moga cemerlang lagi, ameen :D

    thanx As~! =)

  6. salam~
    xde pape nak ckp sgt…heee~

    jz nk share 1 of my fren’s blog…

    http://www.sidsluckystar.blogspot.com/

    may Allah bless u=)

    waa..cam best je. thanx, syaa! saye letak kat blogroll ek.

    ps: sedap nama dia. shaheedatul iman. Syuhada Keimanan. reminds me of someone, tapi dia ni Syuhada yang cantik. hehe. =)

  7. uit…
    tak fhm dowhh ape ko ckp..lol
    well..i’m not into medicine…of course i dun understand much *winks*..
    btw…gila la kau minum nescafe..then makan cokelat….super duper banyak caffeine intake…aku rase better ko makan cokelat than nescafe la…lagi ganda2 sedap…lol

    eheh. aku cuba terang secara rilek & selamba, and dalam bahasa melayu pun, susah nk faham. bayangkanla nk kena belajar dalam english benda2 ni. hehehee..

    takdela lepas aku minum tu terus makan cokelat. -_-”
    like i said before, sumber glucose. muahaha~

  8. iya, semenjak disini, saya suka capucinno..apakah…kasihan pula jantung ku ini!

    I love bloging in fs, i can reach lots of people..anyway, you also have a real talent in writing, it is quite, ehm, how to put it, fascinating, as medic people can write beautifully too…cool..

  9. salam bro…
    gi mana exam nya? bagus apa ga? hehe, terguna bhs tempatan plak. semoga Allah membantu dlm setiap perkara. insyaAllah resultnya nnt akn menggembirakan. amiiiiiin….

  10. hehe..seronok rse bce physiology versi bm..
    mcm mudah fhm pulak..
    nway…thanks sudi kongsi mklumat kt cni..
    as sy pn ske mnum caffein mse study…*winks*

  11. salam
    juz nk tny..tmbh info..
    kadar denyutan jantung dlm unit ape ye
    n kadar denyutan normal brape?

    “kadar” adalah dalam bilangan per masa..

    kadar denyutan jantung yang normal adalah dalam 70-75 per minit. walaupun begitu, lingkungan 50-100 masih boleh dikira normal. banyak faktor menentukan, termasuklah umur, jantina, aktiviti, keadaan emosi dsb.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s