Exam & Euro!

;

Wah..lama tak update!

Sometimes its good to give up.. It shows that u realize ur own limit.. It protects u.. It buys u time for recovery.. most importantly, giving up frees u~

Kepada rakan-rakan yang ada ID Y! aku, mungkin menyedari status YM aku sejak akhir-akhir ni. Hoho. Giving Up? Aku malas nak cakap apa-apa, meh aku cerita dulu apa yang terjadi.

Arakian, aku lulus dengan cemerlang exam ketiga aku, Physiology. Aku tak expect pun nak dapat excellent tu. Target aku, lulus pun cukup la. Nampak cam pessimist kan? Sbb marking kat sini takde bezanya pun, terlalu sub-standard, subjective. So dapat brape pun tak kisah. Tapi aku dapat excellent. Aku assume ni rezeki dari Allah je, segalanya aku pulangkan kepadaNya. Aku x berhak mendabik dada.

Then aku pun prepare la untuk next exam. Biochemistry. Dijadualkan 22hb (Ahad) lepas. Ditakdirkan, Isnin sebelum tu (16) aku ade problem. So aku mmg down giler ah. Tension giler. Dah jadi tak waras terus. Dan aku tahu, aku takkan dapat concentrate study biochem sepanjang minggu tu.

So keesokan harinya, aku buat keputusan drastik. Aku call ayah aku, aku kata aku nak balik walaupun tak siap exam lagi. Ayah aku cool je, parents aku memang selalu biarkan aku buat keputusan sendiri. So dah dapat green light, aku terus pegi Dean’s Office, untuk urusan pending exam (tangguh exam) serta permohonan visa. Hari rabu aku berakhir di situ.

Khamis. Aku berkunjung pula ke flight agency kat Gorkava, untuk tukar tarikh flight aku. Cadangnya, aku nak balik weekend tu jugak! Aku memang dah tension sgt dah time tu. Malas nak lepak kat sini lama2. Check punya check, satu je available – jumaat keesokan harinya! Itu pun kena tambah hampir2 RM1000 (sebab upgrade class). Wuish! Lagipun mana sempat aku nak packing2. Mana sempat nak setel pasal visa. T_T

So aku masih di sini.. dengan exam aku tertangguh, dan aku pulang ke Malaysia tetap on schedule – Sabtu ni. Tapi aku tak rasa menyesal pula tangguh exam. Malah rasa agak lega sebenarnya, kerana dikatakan Pavel Pavlovich dan Prof. Erlikina agak moody pada hari exam tersebut. Hanya beberapa orang sahaja dapat excellent. Huhu.

Dan..aku kebosanan di sini. Lambatnya menunggu sabtu. Peti sejuk aku dipenuhi stok-stok makanan yang ditinggalkan rumetku dan rakan2ku yang sudah pulang ke tanah air. Dan aku tinggal di sini keseorang membela badan, menghabiskan sisa-sisa semester ini menonton anime, mencuba-cuba resepi baru serta menyesatkan diri di pinggir bandar NN. T_T

Euro 2008

Ah, malam esok Germany lawan Turkey. Oh ya, aku belum berkesempatan mengulas mengenai EURO 2008 rupanya. Aku kaki bangku sebenarnya. Malah, satu fakta mengenai diri aku, aku ni fobia bola sebenarnya. Permainan yang melibatkan bola yang bergerak dengan laju – volleyball, football, takraw (esp part tuju tu). Aku fobia. Berada berhampiran dengan mereka2 yang bersukan itu pun sudah cukup membuatkan aku tachycardia. Huhu. T_T

Tetapi aku tak kata aku tidak minat bolasepak. Hehe. Aku lebih gemar melihat orang main bolasepak. Especially european league, kerana mutu bolasepak negara amat mengecewakan. Kali terakhir aku enthusiastic dengan bolasepak adalah time World Cup Germany kot kalau tak silap. Dan Germany telah menjadi pasukan sokongan aku sejak dulu lagi. Dengan barisan pemain seperti Miroslav Klose, Michael Ballack yang masih bermain untuk Euro 2008. Oh ya, rindu aku dengan Oliver Kahn, goalkeeper terbaik dunia itu. Haha.

So..dari awal lagi menyokong Germany. Tak sangka pula sehingga ke Separuh akhir sampainya. Malam esok Germany bertemu Turkey. Bukan nak underestimate, tetapi aku menjangkakan Turkey tidak dapat maju, kerana banyak barisan utamanya gagal beraksi ; berikutan kecederaan dan suspension.

Dan yang aku tunggu, Spain vs Russia. Secara peluangnya, aku menjangkakan Spain akan maju ke perlawanan akhir bertemu Germany. Namun, berikutan persembahan baik Russia mengalahkan Holland haritu, ternyata Russia bukan calang-calang pasukan. Secara peribadinya, aku rasa ini disebabkan orang Russia mmg terkenal dengan stamina yang tinggi. So kalau nk lunturkan semangat pemain Russia, harapnya Spain dapat score awal la kalau nak menang pun. Jangan smpai game masuk extra time. Huhu. Dan orang2 Russia juga, bagi aku – lagi tertekan, lagi terdesak, maka diorg akan jadi lagi power. Heheh. So, dont underestimate Russia eh! =p

Anyway, tengok jelah ape yang akan berlaku. Aku menjangkakan perlawanan akhir – Germany vs Spain. Jom bola~

3 thoughts on “Exam & Euro!

  1. gosh!!!
    ko balek paling2 rm1000 jek ke??
    nak balek jugak cmtuh!!!!!!
    cepat2 support aku pulang mesia…lol

    tiket balik aku asalnye rm3000 (one way). kalu nk tukar tarikh, takde available date unless upgrade class. Nak upgrade class kena tambah rm1000 lagi. T_T

    ps: Germany goes to the final~!!!

  2. Pingback: Balik? « Leokid’s Life

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s