Balik~

 

Huaa..setelah penat menunggu..

Sekarang ni pukul 4 petang. Most of my things dah dikemas-kemaskan. Hmm..ape sangat yg nak dikemaskan. A few kemeja untuk latihan praktikal aku nanti. Buku-buku biochemistry, in case aku nk study. Souvenir? Opps, sori kawan2 dan junior2 ku, aku tidak bawa pulang apa-apa souvenir pun.. T_T

Malam ni aku akan bertolak ke Domodedovo Airport (DME), Moscow. Bertolak pukul 11, dijangka tiba di DME pukul 6 pagi esok. Seterusnya aku akan lepak di DME selama 12 jam, kerana flight EK134 aku yg ke Dubai akan bertolak pukul 6.25 petang esok..

So..ingat nak masak sket lah lepas ni. Nak bawak jadi bekal esok. Maklumlah kat DME tu bukan ada banyak makanan yang halal dan mengenyangkan. Kalau ada pun mesti mahal giler. Huhu. Lagipun aku nak habiskan stok2 makanan dalam peti sejuk aku sebelum aku cabut plug.

Oh ya, malam ni aku ke Moscow menaiki lori. Yaa…lori~ Hehe. Cadangnya hendak menaiki flight, tetapi syarikat penerbangan kos rendah Russia, S7 (ala-ala AirAsia gitu) tidak menyediakan penerbangan dari NN ke Moscow pada hari sabtu. Huhu. Hendak menaiki train? Ohh..tidak..tidak. Ku sudah fobia bertrain ke bandaraya Moscow itu. Bas? Not a good option.. Taxi? Mahal sangat. So susah2 naik lori aje~ muahaha~

Dubai

Dijangka tiba di Dubai, UAE pada malam esok. Aku transit di Dubai selama 10 jam, so tak tahu la dapat hotel penginapan ke tak. Harapnye dapat la kot. Kemudian pagi ahad tu, aku menaiki flight EK352 pula ke KLIA..

Dubai..aku rasa mesti panas giler skrg ni. Tahun lepas aku balik lebih kurang time macam ni la, singgah di Doha (Qatar). Itu pun dah panas giler~ Tapi tak tahu la, sbb aku smpai kat Dubai waktu malam. Agaknye sejuk giler la kot. T_T

KLIA

Ketibaan aku ke KLIA pada hari ahad, pukul 11.30 malam. Huahuahua. Disebabkan P.M kita yang bijak menaikkan harga minyak, maka ayah aku tidak jadi datang mengambil aku di KLIA. Kos minyak sebuah Proton Waja pergi dan balik dari Pengkalan Hulu ke KLIA, ditambah dengan tol-tol lagi, terlalu mahal. So aku bermalam di KLIA. Hanya pada pagi esoknya, pukul 7 pagi, aku akan menaiki flight AirAsia dari KLIA ke Penang. Haha..naik flight lagi murah dari naik kereta! Ni semua minyak punya pasal. Huhu. Dijangka tiba di Penang pukul 8 pagi..

Euro 2008

Aku tak kisah bermalam di KLIA. Kerana KLIA menyediakan perkhidmata WiFi percuma (hoho). Lagipun malam itu, perlawanan terakhir Euro 2008 menyaksikan pertemuan antara Germany dan Spain!! Huahuahua! Tak sia-sia aku menyokong Germany, sampai ke final jua akhirnya!

Tapi perlawanan akhir ni, aku ada rasa tak sedap hati sket. Secara peluangnya, aku rasa Spain boleh menang. Kerana permainan Germany agak shucks sket lately. Tengok aja lawan dengan Turki aritu, buat saspens betul. Tapi tak tahu la, sebab aku x pernah tengok Spain main macam mana. Yang pastinya, semalam Russia ditewaskan tanpa kembali dengan 3-0. Hmmmm..

Namun aku tetap menyokong Germany. “In health or sickness”, org putih kata. Hehe. Takpe, no matter sape menang, harapnya game tu game yang menarik!

Ps: ade sape2 nak temankan aku tengok bola kat KLIA malam tu? Meh la~

Cuti?

So..perancangan musim cuti? Banyak sangat program. Program paling awal aku ada adalah minggu depan, to be exact. Aku diminta memberi pengisian motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 di MRSM PDRM. Pengisian yang sama, namun aku masih berkira-kira nak bagi sekaligus kat diorg semua serentak ke, or nak buat 3 sesi berlainan untuk setiap tingkatan. Adoi..kalau 3 sesi berlainan mau kering tekak aku. -_-“

Minggu satu lagi, gi KL. Jumpa seseorang. Juga shopping sket2.

Minggu seterusnya, sudah mula practical. Latihan practical di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Selama 2 minggu.

Minggu selepas itu, ku terbang ke Kuching. Dan kemudian ke Kota Kinabalu. Ada program motivasi lagi, kali ini untuk Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching, serta MRSM Kota Kinabalu. Adeh..aku banyak bagi motivasi je keje..last2 aku yang demotivate! Huahuahua.

Pulang dari Borneo, terus mula practical lagi 2 minggu di Hospital Baling pula. Huhu.

Minggu terakhir, majlis perkahwinan abang aku. Actually harapnye boleh buat majlis pertunangan aku sekali, tetapi masa belum sampai nampaknya. @_@”

Contact?

Oh ya, untuk rakan2 yang berhasrat nak contact aku, aku still guna number lama +60194089562. Aku banyak berjalan di sana sini, so aku harap boleh jumpa la kawan2 lama especially dari MRSM PDRM. YM…aku tak konfem lagi. Mungkin on9, mungkin tak. Blog..depends on gak. Kalau cam tahun lepas, aku tak update langsung blog ni. Harharhar. Tengok la kalau ada apa2 menarik aku update la, contoh cam ade kes pelik2 kat hospital time aku wat practical ke..hoho.

Apapun aku akan cuba gak keep in touch, melalui section Updates kat sebelah kanan ni. Since aku boleh update via mobile phone je. Oh ya, aku jumpa satu lagi cara baru untuk update Twitter tu, iaitu guna YM! Status Twitter aku akan synchronize dengan status YM aku. Cool, eh? Hehe. Kalau tengok update twitter yang ada “Y!” maksudnya status YM aku la tu. Hehe.

2 tahun

Dah 2 tahun aku kat sini. Huhu. Cepat sangat masa berlalu. 2 tahun yang lalu, aku tengah wat preparation kat Intec. Kawan2 baru masuk matriks, tengah pergi interview scholar sana sini, etc etc.  2 tahun akan datang, mesti akan rasa cam sekelip mata je. Apa agaknya jadi 2 tahun akan datang? Aku pelajar tahun keempat. Tahun terpenting dalam subjek perubatan. Kawan2 aku mesti dah ramai yang graduate tahun tu. Tengah tengok2 suratkhabar cari kerja agaknya..hehe. Mungkin aku juga dah tunang/kahwin time tu? Sape tahu? Hoho. Amiinnn…

5 thoughts on “Balik~

  1. mahu pulang juga! Lahm yang hensem dh kalah ngn spain! isk..isk..isk..

    duk diam2 kat kubang krian tu. Huahuahua.

    Lahm x menonjol la final game tu. Kuranyi hebat. Tapi xleh gi gak, mmg da expect da pun. =p

  2. hey KID!!!ehh u going to kuching? have fun kat my hometown ok!sorry i wont be able to take you out(i stay kat NN this summer)! anyways enjoy ur trip! and Kota Kinabalu sangat cantik!=)

    hey flo! apsal x balik..huhu. NN still panas ke? Kat sini panas giler~ Huaa..

    That would be my first time in Kuching. Been in KK before, last 4 years if i’m not mistaken. =)

  3. tak menonjol sampai dikeluarkan. dah nasib jerman..aduhai! Sama2lah kita berkabung..hahahah!

    hmm..so selamatlah pulang. n describe..hw’s ur lovely malaysia rite now. muahahahaha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s