Cuti yang penat..

 

Sedang melepak keseorangan di Secret Recipe City Plaza, Alor Star. Keseorang, i mean literally sorang2. Harharhar. Aku sorg je customer SR ni pada masa ni. Well, ape nak diexpect. Baru pukul 12pm. Lagipun di luar sana terdapat banyak gerai2 bihun sup, nasi kandar, laksa dan segala macam juadah tempatan yang surely menjadi pilihan utama rakyat kedah ni. Hehe. Aku datang sini pun sbb nak dpt wifi je. =p

Cadangnya aku nak memulakan attachment aku di Hospital Sultanah Bahiyah kelmarin. Tetapi memandangkan permohonan aku secara legallnya bermula pada 15hb, so nak tak nak kena tunggu ah. Esok 15hb, cuti pulak. Sambutan ape ntah, berkaitan dengan Sultan Kedah. Huhu. So practical aku start Rabu ar.

Sbb tu hari ni aku kebosanan. Tahun lepas area rumah aku still ada coverage 3G, tetapi tahun ni dah takde lak. Huhu. So aku merempit ke Alor Star, yang sejauh lebih kurang 15km dari rumah aku. To be honest ni first time aku jalan2 sorg2 kat AS. Jalan kat mane, masuk ikut mane, camne nk gi situ, sini, etc etc. Semua aku main redah je. Hehe. Susah gak nak cari port wifi kat sini. Mula2 aku gi StarParade, takde lak. Aku check ngan internet handset aku, kat mana ada SecretRecipe sbb biasanya kat SR mesti ada wifi. Alhamdulillah, dapat pun smpai ke SR kat City Plaza ni..

Hmm..ape aku buat cuti ni. Last week aku pegi maktab. MRSM PDRM. Bagi talk kat budak2 form 5 ngan form 3. Budak2 sana agak ok la..form 5 sambutan kurang menggalakkan n kurang interactive, but still acceptable. Form 3 sangat bagus pada pandangan aku, walaupun umur diorg baru 15 tapi dah tanya macam2 pasal life kat oversea. Semangat camni yang perlu diterapkan dan diteruskan! Marilah kita sama2 doakan kejayaan diorg dlm PMR n SPM ek..

Then from Kulim, aku direct gi KL. Lepak kat condo Ezwan. Mmg style org bandar betul la aku rasa. Malam tu Ezwan mintak aku teman dia bwk awek dia, Yana, makan. Mula2 aku taknak ikut, lgpun da kenyang. Tapi Ezwan insist gak nak kenalkan awek dia ngan aku. Then ikut jela. Makan kat bistro mane ntah. Agak lewat pulang, aku smpai tertido kat seat blakang. Harharhar. Tu le, ajak aku kluar teman awek lagi. =p

Esoknya turn aku lak gi jalan2 kat Sunway Pyramid ngan somebody. Quite meaningful, i guess. =)

In conclusion, quite a good starter i believe. Rabu ni aku start attachment. Mengikut kata Rosya yang dah mula attachment 2 minggu lalu, attachment kat HSB membosankan. Huhu. Ye ke? Kalau camtu tiap2 petang la aku datang SR ni guna wifi! Harharhar.

Overall, boleh dikatakan kebanyakan “reasons” aku balik Malaysia sudahpun tertunai within 2 weeks holiday aku. =)

3 thoughts on “Cuti yang penat..

  1. sambutan jubli emas lah….

    oo.. malunye, nurul dari sabah pun boleh tau. saya yg “anak jati” kedah ni x amik port pun. harharhar.

  2. salam…

    “Overall, boleh dikatakan kebanyakan “reasons” aku balik Malaysia sudahpun tertunai within 2 weeks holiday aku. =)”

    happy to hear that…hope everything will be smooth ok?selamat ber’practical’…hehe…

    “kebanyakan”..not “semua”.. even one main, biggest reason pun x tertunai lg..n xkan tertunai agaknye.. u know about it, right.. T_T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s