Trip To Borneo 1 – Welcome To Kuching

 

 

Ketika ini, pukul 9.30 pagi, aku sedang melayari internet di Starbucks Sunway Pyramid. Cadangnya pukul 10 lebih nnt nak gi skating, dgn kawan2 baru yg terdiri daripada sahabat2 fasilitator KEM 2008.

Since hampir 2 minggu aku di Borneo, so aku akan update sedikit demi sedikit mengenai trip aku di sana.

Ok dah penat skating. Sekarang pukul 12.30 tengahari. Online di Secret Recipe, Sunway Pyramid.

Oh ya sebelum org melabel aku sebagai penyokong yahudi dan sebagainya kerana menjadi pelanggan starbucks, biarlah semua orang tahu dahulu bahawa sesungguhnya di pagi ini yg hening hanya kafe starbucks sahajalah yang beroperasi serta memberikan pelanggannya akses kepada power supply (plug) untuk aku mengecas laptop aku. Lagipun dapat baca paper free. Lagipun Iced Caramel Macchiato diorg sedap. =p Aku online kat Secret Recipe ni pun diorg xde plug. Aishh..

So dipendekkan cerita, ini adalah siri pertama post aku di bawah kategori KEM 08 yang mana menceritakan pengalaman aku sepanjang 10 hari di Borneo..

That morning, 24th July. Aku sampai di LCCT KLIA agak awal. Lebih kurang pukul 10 lebih, sedangkan flight aku adalah pada pukul 1 tengahari. Setelah check in, lalu masuk ke boarding hall..lepak2 guna wifi free kat LCCT tu.

Ini bukanlah kali pertama aku menaiki syarikat penerbangan murah AirAsia. Setibanya aku di Malaysia dulu pun aku menaiki AirAsia. AirAsia, sekiranya ditempah lebih awal, sangat menjimatkan dan berbaloi. Perjalanan dari KL ke Penang boleh mencecah serendah RM50. Sangatlah berbaloi berbanding perjalanan 5 jam menaiki bas ekspres berharga RM30 ataupun entah berapa puluh (ratus?) duit tol/minyak sekiranya berkereta.

So menanti di LCCT, sempat berkenalan dengan beberapa orang rakan baru yang akan bersama-sama berganding bahu menjadi fasilitator di Kuching nanti. Nazmi, Shazif, Syafiq, Hilfi antara yang aku ingat. Kami bersama2 menaiki penerbangan ke Kuching yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Turut kelihatan fasilitator2 lain, termasuklah para muslimat.

Setibanya di Kuching, sudah agak lewat. Kami disambut oleh beberapa orang pelajar dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (KDPAHA) dan Sekolah Menengah Sains Kuching (SMSK). Turut serta merupakan pengarah program, merangkap tuan rumah di Kuching sendiri, iaitu saudara Azri Bohari. Time ni baru nampak muka semua fasilitator yang ada. Agak ramai, dijangka ada 50 orang fasi tetapi terdapat beberapa orang yang menarik diri di saat-saat akhir. Rata-rata umur mereka lebih kurang sebaya aku sahaja. Aku antara yang paling muda, batch lahir tahun 88 manakala majoriti yang lain batch tahun 87. Tetapi antara semua, aku antara yang senior jugaklah, kerana dah habis 2nd year pengajian. Diorg sumer baru habis 1st year. Muahaha.

So di Kuching International Airport, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan – Kumpulan yang akan ke SMSK dan kumpulan ke KDPAHA. Aku merupakan antara fasi yang di-assign ke SMSK. Kami menunggu bas SMSK tiba, lalu dibawa ke sekolah tersebut yang lebih kurang 30 minit perjalanan.

Setibanya di SMSK, kami disambut dengan barisan Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) mereka. Lalu dibawa ke bangunan asrama. Kami ditempatkan di bilik sakit, yang mana terdapat beberapa buah katil disediakan. Agak selesa, pada pendapat aku. Berehat-rehat, kemudian di malam itu kami ada perjumpaan bersama Penolong Kanan Sekolah, Mr.Bakhtiar yang menerangkan mengenai peraturan-peraturan sekolah yang perlu kami patuhi. Antaranya dilarang berseluar jeans sama sekali, mesti berkasut sepanjang masa (hatta ke dewan makan ataupun surau) serta berbaju kemeja berkolar tuck-in sepanjang masa (hatta ke dewan makan ataupun surau!) My first impression – SMSK adalah sekolah elit yang mementingkan disiplin dan kekemasan para pelajarnya, mahupun pelawatnya.

Malam itu setelah barisan fasilitator diperkenalkan, Azri secara sepintas lalu menerangkan mengenai perjalanan program sepanjang di sana. Setelah itu, perbincangan di antara fasilitator dijalankan, bagi urusan pembahagian tugasan serta perbincangan mengenai pendekatan bagi setiap modul yang akan dijalankan.

Setelah agak lewat, maka kami pun pulang ke asrama. Program pada pagi esoknya menanti, di mana ianya hanya melibatkan para fasilitator sahaja. Para fasilitator perlu dimotivasikan terlebih dahulu, baru dapat memotivasikan pelajar lain! Aku lebih-lebih lagi tidak sabar, kerana akan berjumpa dengan Abu Saif buat pertama kalinya setelah berkenalan di laman maya beberapa ketika lama!

Post seterusnya – Update di SMSK. Bagaimanakah Penerimaan Pelajar Sekolah Sains? Turut akan disertakan beberapa gambar di SMSK.

3 thoughts on “Trip To Borneo 1 – Welcome To Kuching

  1. Assalamualaikum.

    Alhamdulillah… dah selamat pulang. Sejukkan hati insan tersayang di rumah pulak :)

    Senang-senang turun KL, jemput ke rumah. Moga program motivasi anta di sek men tempat anta juga cemerlang

  2. salam. ana ade jemput abg2 dan kakak2 fasi di airport hr tue. student kolej abdillah :)

    byk manfaat program nie. terima ksih buat semua

  3. salam

    Dear Leokid, i’m haries.ilidash cousin.ain’t she cute all the time!ahaks!just all the best in your studies and may you be a doctor.Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s