Dekad Ketiga

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan oleh Allah untuk mengecapi 11 Ogos lagi sekali tahun ini. Kali ini merupakan kali yang ke 20, menandakan bermulanya dekad ketiga kehidupan aku sepanjang di bumi ini..

Tahun ini, besar pengertiannya bagi aku. Tidak keterlaluan mengatakan, tahun ke 20 kehidupanku ini merupakan antara yang paling memberikan tekanan dalam kehidupanku. Masalah demi masalah datang silih berganti. Cabaran, dugaan, suka dan duka menguji. Boleh dikatakan tahun ini jugalah tahun kejatuhan seorang Mohd Syamirulah. Tahun kesengsaraan.

Tapi alhamdulillah, dari segala ujian yang mendatang itu, tidak dinafikan aku dah banyak berubah berbanding tahun lepas. Aku lebih matang, rasanya. Lebih memikirkan kesan dan akibat daripada kepuasan. Aku banyak belajar, belajar bahawa hidup ini tak selalunya adil. Janji tak semestinya dipatuhi. Yang baik tak semestinya dibalas baik, yang kuat tak semestinya menang. Dan aku juga belajar, taqdir tidak akan dapat diubah walau apa pun yang kita lakukan, walau sebaik mana pun perancangan, walau se-perfect mana pun impian.

Banyak sangat benda terjadi sepanjang tahun ini. Terlalu banyak. Dan kebanyakan membawa seribu penyesalan kepada diriku. Sungguh, terlalu banyak yang aku kesalkan. Dan terlalu ingin aku putar kembali ke umur 19 aku agar dapat ku perbetulkan diri ini. Agar dapat ku ubah kembali kehidupan tahun ke 20 ku ini.

Tidak, masakan mungkin berlaku. Kehidupan mesti diteruskan. Tiada cara untuk kembali. Tiada butang rewind. Tiada fast-forward. Semuanya mesti dialami. Biarlah pengalaman lalu menjadi pengajaran buatku, menjadi peringatan serta menentukan siapakah diriku di masa akan datang.

And now, seperti biasa, aku akan membuat ucapan kepada diriku sendiri. Seperti ulangtahun kelahiranku yang lepas-lepas.

Mohd Syamirulah
Kid,

First and foremost, tahniah kerana telah menjalani 2 dekad kehidupanmu. 20 tahun pertama sepanjang hayatmu. Tuhan sahajalah yang tahu betapa 20 tahun ini merangkumi berapa peratus dari keseluruhan umur yang kau ada. Mungkin 1/3. Mungkin 50%. Mungkin kau cuma hanya ada beberapa ketika saja lagi.

Kenangkanlah kembali kid. 20 tahun ini, dengan apa kau penuhi. 20 tahun ini, apa yang kau perolehi. Adakah kau bazirkannya dengan sia-sia. Adakah kau manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dimanakah kau setelah 20 tahun kehidupanmu?

Kid,

Hidup ini tidak sentiasa indah – sudah berapa kali diperingatkan. 20 tahun pertama kau habiskan mencari erti hidup. Mencari makna dan tujuan kejadian. Dan 20 tahun pertama ini jugalah kau merancang masa depan. Kau persiapkan segala kekuatan. Kau sediakan segala bekalan.

Sudah bersediakah kau?

Dekad ketiga kehidupanmu tidak akan mudah, kid. Inilah saat getir dalam kehidupan. Apa jua yang kau lakukan dalam dekad ini, bukan sekadar menentukan siapa dirimu di hari tua. Sebaliknya impaknya turut mengenai orang-orang di sekelilingmu. Dekad ini dekad penentuan. Dekad ini dekad cabaran.

Justeru kid, aku berpesan kepada kamu, diriku sendiri,

Persiapkanlah segala kekuatan. Expect the worst. Jangan kau sia-siakan lagi kehidupanmu. Utamakanlah Dia yang lebih penting. Carilah kebenaran di sebalik segala sinar kepayahan. Berilah bakti selama kau mampu memberi.

Cabaran akan datang, kid. Cabaran demi cabaran. Kau tidak boleh mengelaknya. Tidak melainkan Allah menjemputmu terlebih dahulu. Dan masa itu akan tiba mengikut janjiNya. Give the best you can, while you can. Ini bukan yang terburuk kid, the worst is yet to come. Jangan kau mengalah, walau apa pun terjadi. Jangan.

Dan jangan kau lupai kehidupan di sana. Sesungguhnya hidup di dunia ini tidak semuanya adil. Tidak semuanya berlaku seperti apa yang kau harapkan. Tidak semua usaha membuahkan hasil. Maka hanya di sana sahajalah keadilan itu dapat ditegakkan. Hanya di sana sahajalah apa kau harapkan menjadi kenyataan. Hanya di sana sahajalah usahamu akan diberi ganjaran.

Maka jangan sekali-kali kau lupakan Dia. Biar hingga ke akhir hayatmu. Dan jangan sekali-kali kau hanyut dalam kehidupan di sini.

“Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu, berusaha membersihkan dirinya”

“Dan menyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat”

“(Tetapi kebanyakan kamu tidak sedemikian), bahkan kamu utamakan kehidupan di dunia”

“Padahal kehidupan akhirat itulah lebih baik dan lebih kekal”

(87:14-17)

Pesanku ini berupa peringatan. Kerana dekad ini dekad cabaran. Kuatkanlah diri, kuatkan iman. Bacalah peringatan ini tiap kali kau tersasar dari landasan. Moga dekadmu ini dicucuri berkat dan rahmat dari tuhan. Moga dekadmu ini penuh dengan hikmah dan pengajaran. Moga pemergianmu nanti, dalam seribu ketaatan..

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran, diriku. Jasadku. Nyawaku. Kewujudanku.

9 thoughts on “Dekad Ketiga

  1. suka ayat ini ‘taqdir tidak akan dapat diubah walau apa pun yang kita lakukan, walau sebaik mana pun perancangan, walau se-perfect mana pun impian.’…

    kamu sangat matang..

    terima kasih sebab tulis semua ini..buatkan saya berfikir..dan sangat menyentuh

    terima kasih lagi sekali..

  2. Pingback: Bahasa Melayu « ابرلینک

  3. Pingback: Bahasa Melayu « my weblog

  4. eid milaad from me :) good luck in your 3rd year! [betulkan? saya dh lupa la]. semoga syamir melalui hari² mendatang dengan penuh amal, iman dan taqwa. best wishes from me!

  5. Pingback: Tagged. T_T « Leokid’s Life

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s