Tagged. T_T

10.32pm

Tag dari Infinity (DiariSenja)

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
5. Adakah anda di lamun cinta?
6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
8. Apakah nama penuh kamu?
9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
11. Christina atau Britney?
12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
14. Pelukan atau ciuman?
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
16. 8 perkara yang amat saya gilai
17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
20. Mari mengetag 8 orang lain.

Apsal soalan 19 ade dua kali? -_-“


Benda Paling Penting!

Terpulang kepada konteks perkataan “benda” yang ditafsirkan melalui soalan ini. Benda materialkah? Benda virtualkah? Kerana kalau ditanya apakah benda yang paling penting secara holistiknya, tentulah kujawab Islam itulah benda terpenting dalam hidup aku! =)

Benda Terakhir Kubeli

Dengan duit sendiri? Hmm..bile ek aku dpt duit sendiri. Ade haritu kot, time tu bg talk kat sebuah skolah ni, then dapat la saguhati sket. Itu pun aku bagi kat mak aku je. Kat sini..ape ek benda terakhir aku beli. Tak ingat lak. Semalam la kot, beli ayam 2 ekor dengan tulang sekilo kat masjid. -_-”

Tempat Impian Perkahwinan

Xleh blah punye soalan. Harharhar. Well..sebabkan ni impian je kan, bagi aku the Island of Capri or the Bay of Naples la kot. Huiyo..Spain tu!

Tempoh Hubungan Berkekalan

Soalan apekah ini? Hubungan apekah? *lalala*

Adakah Ku Dilamun Cinta?

“It’s your God-forsaken right to be loved love loved love loved~”

Restoran Terakhir Aku Makan

Minggu lepas, di sebuah restoran arab di pusat membeli belah MEGA. Berbuka kat sana malam tu. Makan nasi 2 pinggan, daging kambing panggang sepinggan, kari lembu satu mangkuk dan salad timun = 600 ruble = RM85. Puas giler aku makan malam tu! Harharhar.

Buku Terakhir Aku Beli

Kat Malaysia, aku sempat beli 2 buah buku. 1) Survival of The Sickest – Dr. Sharon Moalem. Buku ni under category Science, merupakan sebuah novel (novelkah?) yg menceritakan mengenai beberapa asal usul beberapa genetic disorders yang sebenarnya mempunyai kepentingan dalam keberlangsungan (survival) kaum manusia secara keseluruhannya. Contohnya penyakit genetic seperti Diabetis, etc etc. Yelah, kalau diikutkan prinsip Natural Selection, trait2 berpenyakit ni mesti akan disingkirkan, tetapi still ianya tetap diperturunkan dari generasi ke generasi. Gempak gak ar buku ni, 1st time jumpa time tu kat Kuching, buku milik akhi Hijjaz (kalau x silap). Terus jatuh hati, then gi beli untuk koleksi sendiri!

The second book i bought – A Million Little Pieces. Sebuah (pseudo)autobiografi seorang loser, alcoholic yang dah putus asa dalam hidup as his heart was broken into million little pieces. As he undergo recovery kat sebuah institut pemulihan ni, and bagaimana dia kembali menghargai sisa hidupnya yang tinggal. Aku pilih buku ni sebab ada sket2 sentimental value bagi diri aku. Lagipun gaya penceritaan dia agak menarik, frank and honest. =)

Nama Penuhku

Mohd Syamirulah Rahim. Orang selalu tersilap tulis nama aku, double L. Nama aku ada satu L je. Single L. Syamirulah. Nama panggilan aku Kid. Nickname aku di internet banyak – Mostly Leokid, kadang2 Shikamaru. Nama pena untuk karya-karya tulisan aku – Sham.

Mak Atau Abah?

Well, honestly abah aku la. Sebab mak aku garang T_T. Mak aku jenis berjimat cermat, so slalu kecik2 dulu bila aku mintak duit beli komik, beli mainan mak aku x bagi. So ayah aku la tempat aku merajuk. Harharhar.

Dah besar2 ni, still dengan ayah aku rasanya. Sometimes sembang2 pasal life, pasal politik. Mak aku lak banyak bagi nasihat2, pasal agama, pasal masa depan. =)

Seseorang Yang Ingin Ku Jumpa

No doubt – Rasulullah. Nak sangat2 jumpa dia. Kadang2 aku berangan, kalau aku ada time machine kan best – boleh ku pergi zaman Rasulullah, or at least tengok baginda di zaman tersebut. Sebabnya bukan apa, aku nak tengok betul2 sebijik2 sunnah2 baginda dengan mata kepala aku sendiri. Then if dapat berjumpa dia, ada banyak sangat persoalan aku nak tanya dia. Mengenai macam2 perkara! Aku agak kalau dapat jumpa baginda, sembang setahun pun belum tentu cukup! =)

Christina or Britney?

I supposed this question is about Christina Aguilera and Britney Spears la kan. Zaman muda2 jahiliyah dulu slalu gak ar dengar lagu2 diorg ni. Hoho. Christina, aku x ingt da ape ntah lagu dia. Jin Dalam Botol kalau x silap. Kalau Britney pulak, Terkongkong. Haha. Skrg ni, Christina or Britney? Hadoi diorg still hidup ke tak, aku pun tak tau..

But one thing for sure – Avril Lavigne! Yeah!

Basuh Baju Sendiri?

Err..adakah mengumpul baju2 kotor, memasukkannya dalam bakul dan menghantar ke dobi dikira membasuh sendiri? -_-”

Tempat Paling Best

Soalan ni agak subjective, berubah-ubah ikut keadaan. Malaysia used to be my favourite place, tapi bila aku balik bercuti baru-baru ni, I somehow disapppointed with my own country. T_T

Somewhere Only We Know

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete..

Hug or Kisses?

Hugs! Because it brings two hearts closer. =)

5 Perkara Mengenai Huda (DiariSenja)

1. Pernah cuba menyamar jadi lelaki bernama Adam (mungkin kerana ingat aku nak ngorat dia kot. Hehe)

2. Seorang yang keras kepala. Not really keras kepala, tetapi requires a lot of convincing. And she will not hesitate to change her stand once she knew the reasoning. Contoh macam time kitorang gado2 pasal Blogspot vs WordPress. Akhirya wordpress menang. Yeyy~

3. Setahun lebih tua. Justeru selalu membuli aku. T_T

4. The only non-spamming user yang aku tapis komen2nya di blog aku. Sebab she is so unpredictable, smpai aku pun x brani nak ambik risk membiarkan dia mengkomen blog aku sesuka hatinya. -_-”

5. Pernah meluahkan nasib dirinya dan sejarah hidupnya sebagai komen dalam salah satu post di blog aku. Nasib baik aku tapis, kalau tak habis terdedah segala rahsiamu cik Huda. Hehe. Jgn risau, luahan hatimu itu masih lagi ku simpan. =p

8 Perkara Yang Amat Ku Gilai

Err.. terlalu subjective dan banyak. Aku listkan secara simple jela, as u all pun boleh baca kat sidebar sebelah kanan ni. 1- Internet (YM, Blogging, Foruming) 2- Music. 3- Numbers (Mathematics, Sudoku). 4 – Makan. 5 – Games. 6 – Memasak. 7 – Travelling alone. 8 – Dreaming.

8 Perkataan Yang Sering Diucapkan

1. Hmmm…
2. Ooo?
3. Laa..
4. Astaghfirullah (sebab terkejut)
5. Adeh..
6. Rilek ar
7. Hampeh btul
8. Brengsett!  (carut versi baik)

8 Buku Terbaru Dibaca

1. AlQuran
2. Khasiat & Fadhilat Al Asmaul Husna 99 Nama-nama Allah – Ustaz Ismail Haji Ali
3. Lippincott’s Pharmacology
4. Al-Qamusil ‘Asri Al-Jadid Inglizi Arabii (Kamus Masa Terkini English-Arabic)
5. Medical Preparations Affecting The Efferent Nervous System
6. Medical Microbiology : A Guide To Microbial Infections : Pathogenesis, Immunity, Laboratory Diagnosis and Control
7. Katalog Shopping IKEA.
8. … tak ingt dah.

8 Lagu Tak Bosan Kudengar

Aku bagi sket lyrics die je ek, korang tekalah lagu ape. Hehe.

1. Engkau pergi aku takkan pergi, kau menjauh aku takkan jauh~
2. Well you came and you gave without taking~
3. Where did I go wrong, I lost a friend, somewhere along in the bitterness~
4. First you say you wont, then you say you will, you keep me hanging on, but we’re not moving on, we’re standing still~
5. I guess what I’m saying is there ain’t no better reason, to rid yourself of vanity and just go with the seasons, it’s what we aim to do..our name is our virtue~
6. God i want to dream again, take me where I’ve never been, I want to go there, this time I’m not scared!
7. Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi, begitu terang untuk cinta yang mati~

8 Perkara Kupelajari Tahun Lepas

“Tapi alhamdulillah, dari segala ujian yang mendatang itu, tidak dinafikan aku dah banyak berubah berbanding tahun lepas. Aku lebih matang (1), rasanya. Lebih memikirkan kesan dan akibat daripada kepuasan (2). Aku banyak belajar, belajar bahawa hidup ini tak selalunya adil(3). Janji tak semestinya dipatuhi(4). Yang baik tak semestinya dibalas baik,(5) yang kuat tak semestinya menang(6). Dan aku juga belajar, taqdir tidak akan dapat diubah walau apa pun yang kita lakukan, walau sebaik mana pun perancangan, walau se-perfect mana pun impian.(7)”

Dipetik dari Post aku – Dekad Ketiga. Lagi satu ek..hmm..oh ya tahun lepas ku telah pelajari subjek physiology. Done! Hehe.

8 Manusia Untuk Di-Tag.

Hmm..8 tu banyak sangat la. Huhu. Aku siapkan tag ni pun dah sejam lebih. So, taknak ah tag sape2. Sape nk buat, buat je, aku x kisah! =)

1155pm.

6 thoughts on “Tagged. T_T

  1. so, aku nak mengutuklah kire..

    i.bajet baik ah taknak tag org. muahahaha.
    ii.tak pernah lagi jumpa manusia yang makan gila banyak..-_-” alien ke ape? hik~
    iii.ayam 2 ekor, tulang sekilo? hang nak bgtahu hang pandai masaklah ni..hee~
    iv. aduhai..(ni komen baik), aku:nak jumpa asoukun. hampeh betul! dan kamu:?..ish ish!
    vi. the day u went away best gile2 kan..hahaha! (sentimental value -_-“)
    v. mang…..kok! berani kamu mengutuk daku secara terang-terangan ek!

    apepon. tahniahlah. lebih sejam. aku sejam je..muahahah~
    p/s:aku jamin hang akan delete reply ni, paling tidak hang accept dan edit komen puji memuji hang kan..muahahaha!

    (erk! berbahasa aku nampaknya lebih serasi denganku..daa~)

    i. thanx puji aku baek. hehe.
    ii & iii. kan da kate, antara 8 perkara yg amat ku gilai adalah masak dan makan! =p
    iv. asou-kun? ish3..insaflah… =p
    v (bkn lepas iv, v dulu ke baru vi? -_-“) sori saye x layan m2m. harharhar.
    vi. bila lagi nk kutuk terang2an kan. hehe.

    haip dah2 jgn trus menyerang aku. karang aku approve komen engkau yg satu itu, baru kau tahu! harharhar. =p

  2. pape jelah kid niyh..
    ader jek…

    suke bile kid tulis “hidup ini tak selalunya adil” & “taqdir tidak akan dapat diubah walau apa pun yang kita lakukan, walau sebaik mana pun perancangan, walau se-perfect mana pun impian”…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s