Lasagna Mania!

Nyum nyum! Lasagna!

Nyum nyum! Lasagna!

(Post ini pernah ditaip beberapa minggu yang lalu namun kerana internet di sini yang sangat ********* maka apa yang aku taipkan itu hilang tak sempat di-save, lalu aku tawar hati untuk menaip semula, sehinggalah hari ini terbuka pintu hatiku untuk menaip kembali post tersebut )

Rakan-rakan yang mengenali diriku, pasti mengetahui yang aku ni suka memasak. Memasak merupakan satu hobi bagi aku. Sebab dengan memasak, aku dapat mengasah kreativiti, meningkatkan attentivity serta pastinya, mengenyangkan!

Dan memandangkan aku ni seorang yang perfectionist, terutamanya bab2 memasak ni, memasak boleh menjadi sangat berguna, atau sangat menyusahkan bagiku. Menyusahkan? Pernah satu hari tu, aku menggoreng nasik sekadar memenuhi kelaparanku. Dan, ditakdirkan, tak sedap. Oleh kerana aku ni sangat sensitif bab2 memasak, dan perfectionist pula, so aku terus bangun dan tinggalkan nasi goreng tersebut, dan mula memasak sesuatu yang lain pula! Dan malam itu aku tidur kekenyangan memakan nasik beriyani (kerana membalas dendam akibat ke-tidak-sedapan nasik gorengku itu)

Sangat berguna pula, kerana bagi diri aku, apa yang aku masak mesti akan sedap jadinya. Ye, bagi diri aku lah. Itulah kepuasan sebenar bagiku. Masalahnya, kadang2 apa yang aku masak tu sedap sangat (bagi diri aku)! Contohnya ayam masak merah atau ayam lemak cili padi. Ayam setengah ekor boleh habis sekali makan! Dan ini jugalah satu faktor yg menyumbang kepada tumbesaran perutku T_T

To cut the story short, memandangkan aku di oversea, maka adalah tidak patut sekiranya aku pulang tanpa membawa pengetahuan tambahan. Dan tidak, aku tidak maksudkan dengan kemahiran memasak makanan russia, kerana makanan russia sangat2lah tidak sedap hinggakan aku tidak hingin untuk belajar langsung.

Alhamdulillah, baru2 ini aku mencuba buat kali keduanya, menyediakan – LASAGNA

LASAGNA

Terlebih dahulu. Apa itu Lasagna? Lasagna adalah sejenis makanan Italy, seangkatan dengan pasta, spaghetti dan sebagainya. Komponen utama lasagna adalah Me Lasagna yang berbentuk kepingan, Cheese, serta sos yang dibuat mengikut kreativiti sendiri.

Lasagna merupakan makanan yang versatile. Ia boleh pergi (compatible) dengan pelbagai jenis bahan – ikan, daging, ayam, sosej, sayur mayur etc. Semuanya terpulang pada kreativiti.

So, hari ini, aku nak demonstrate cara-cara membuat lasagna, mengikut kaedah aku. Korang boleh modify resepi yang aku bagi ni, mengikut kesesuaian korang. Itulah kreativiti dalam masakan. =)

PERALATAN & BAHAN2

Lasagna yang aku nak masak ini, adalah merupakan lasagna yang disukai oleh Garfield. Hehe. Resipinya pula, aku ambil dari Recipezaar cuma aku olah sedikit mengikut kesesuaian dan kesedapan.

So inilah peralatan yang diperlukan

  • Sebuah Oven/Ketuhar
  • Baking Pan
  • Pemarut / Grater

Lasagna, merupakan sejenis makanan yang berlapis2. Setiap lapisan tersebut ada kandungannya, serta boleh digandakan menjadi 2, mahupun 3. Lasagna yang akan saya buat ini adalah terdiri daripada 4 lapisan, iaitu 1) Mi Lasagna, 2) Adunan Cheese, 3) Sos, 4) Mozarella

Sedia untuk memasak!

Sedia untuk memasak!

Untuk Mi Lasagna

  • Mi Lasagna. Biasanya dijual dalam kotak, generally halal.

Adunan Cheese

  • Keju Parmesan. (Parmesan kadang2 mahal, kat sini keju parmesan ada kod E yg diragui. so kalau taknak guna keju parmesan, boleh je guna keju lain)
  • Minyak Zaitun (Olive tu zaitun la kan? -_-” )
  • Telur 3 biji
  • Daun Basel (Di russia, dijual dalam pek kecil berlabel “Basilik”)

Sos – part ini adalah highly customizable

  • Sos tomato (yang banyak. saya guna habis sebotol)
  • Sosej ayam
  • Fudge daging (saya nk beli fudge di masjid aritu, tapi habis. so saya ganti dengan daging dalam tin)
  • Frozen vegetables
  • Bawang besar
  • Oregano (juga dijual dalam pek yg kecil macam daun basel tu.

Mozarella

  • Keju Mozarella (yang banyakkk~)

So kat sini saya letak gambar2 bahan di atas ye. Kalau tak clear, boleh click gambar tersebut.

Mi Lasagna

Mi Lasagna

Olive Oil

Olive Oil

Sos Tomato

Sos Tomato

Sosej, Cheese dan Frozen Veggies

Sosej, Cheese dan Frozen Veggies

Daun Basel dan Oregano

Daun Basel dan Oregano

Daging dalam tin

Daging dalam tin

Jom Masak!

Baik! Bahan2 semua da sedia, peralatan da sedia. Saya akan tunjuk cara buat adunan cheese dan sos terlebih dahulu, kemudian baru saya tunjuk cara sediakan layer demi layer.

Adunan Cheese

Pertama sekali, parut/grate cheese parmesan menjadi halus2. Bagi yang tak tahu, cheese ni merupakan pepejal yang lembut. So, kalau nk grate/parut, sebaiknya ambil cheese yang directly from peti sejuk, sebab lebih keras dan senang. Parut banyak2. Hmm..banyak mana? Camne nk cakap ek. Rasanya dalam seketul setengah tu boleh kot. Refer gambar kalau tak sure.

Keju yang diparut

Keju yang diparut

Kemudian, masukkan cheese parmesan yang telah diparut tu ke dalam satu bekas. Pecahkan telur ke dalam cheese tersebut, masukkan sedikit daun basel dan minyak zaitun dalam satu camca gitu. Kemudian, pukul cheese, telur dan bahan2 tersebut menjadi satu adunan yang sebati, mcm dalam gambar di bawah ni.

Adunan Cheese

Adunan Cheese

Sos!

Ok, setel bab Adunan Cheese. Senang je kan? Sekarang, jom kita buat sos untuk lasagna pula. Sos ini bukanlah bermaksud sos yg mcm dalam botol tu, tapi lebih kepada filling untuk lasagna ni. Ala, mcm topping untuk pizza tu! So dalam sos tu boleh ada macam2 benda, terpulang pada kreativiti!

Langkah pertama, sediakan keempat2 bahan utama tersebut (daging, sosej, bawang dan veggies). Potong dadu atau kecil2, tetapi tidak terlalu kecil.

Bawang, sosej, daging dan veggies

Bawang, sosej, daging dan veggies

Kemudian, masukkan sos tomato ke dalam bekas tersebut bersama2 bahan2 tu. Kalau nk sedap, boleh je campur sos cili sket. Tapi sebab sini xde sos cili, so kempunan jela T_T. Kemudian, tambahkan dengan oregano dan gaulkan hingga sebati, macam adunan doh tadi.

OKeh! So untuk terakhir sekali, parutkan keju mozarella untuk lapisan terakhir! Done! Semua da siap, sekarang ni mari kita menyusun2 lasagna kita~!!

Semua ready? Jomm~

Semua ready? Jomm~

SUSUN LASAGNA~

Ok, mula2, gunakan sedikit butter untuk lining dalam baking pan tu. Supaya lasagna kita tak melekat. Kemudian, susun mi lasagna di dasar baking pan tersebut, seboleh2nya cover kesemua permukaan baking pan, sebab mi lasagna inilah yang akan jadi tapak kepada lasagna kita.

Oh ya, ada sesetengah mi lasagna perlu dimasak / dicelur dalam air panas terlebih dahulu. Mi lasagna yang saya gunakan ni dah pre-cooked, so boleh masuk terus.

Kemudian, tuang separuh daripada adunan cheese kita tu ke atas mi lasagna tersebut. Ratakan adunan supaya tidak terlalu tebal, dalam 0.5-1 cm.

1st Lasagna, 2nd Cheese

1st Lasagna, 2nd Cheese

Kemudian, di atas lapisan cheese itu pula, letakkan separuh daripada sos kita tu, kemudian ratakan juga. Part ni yang menjadi inti utama lasagna kita! So, lagi bnyak, lagi bagus. dalam 2,3 cm.

2nd Cheese, 3rd Sos

2nd Cheese, 3rd Sos

Setelah kita ratakan sos tu, taburkan keju mozarella di atas sos itu pula. taburkan sebanyak mana yang anda suka, dan percayalah, anda akan suka banyak2~~

3rd Sos, 4th Mozarella

3rd Sos, 4th Mozarella

Dah siap? Belum lagi! Ni baru layer pertama! Sebab itu saya katakan di atas tadi, gunakan separuh adunan cheese/sos anda! Sekarang masih berbaki separuh kan? Ulang balik step2 di atas untuk layer kedua. Mula dengan susunan mee lasagna di atas mozarella tadi tu, diikuti dengan adunan cheese, sos dan mozarella balik.

Ulang balik dengan mi lasagna di atas mozarella

Ulang balik dengan mi lasagna di atas mozarella

Kalau ada baking pan yang tinggi/dalam, boleh je nak buat sampai 3 layer pun! Hehe. Tapi biasanya orang buat 2 lah. Ni hasil akhir dia sebelum kita masukkan dalam oven.

Jom bakar~!!

Jom bakar~!!

Oh ya, untuk oven, sila pre-heat ke 190 darjah celcius terlebih dahulu. Bakar dalam oven untuk 30-40 minit. =)

Lasagna ni, saya bagitau awal2, tidak mengenyangkan! Ya, of course~ Tetapi, ianya cepat muak bila dimakan. Yelah, sebab banyak cheese. So, kalau macam saya ni, nak tak nak kena gak makan nasik. Huhu. Perut melayu lah katakan..

Tetapi yg best lasagna ni, dia sangat versatile, justeru dari segi nutrisi, boleh dikatakan lengkap. Sayur, protein, karbohidrat, lemak. Semua ada. Pandai2 anda lah nk buat camne. Kalau yg vegetarian, boleh je letak sayur je, mcm karrot, cendawan, or even tauhu! Ummu Saif pernah letak kat blog dia, resepi lasagna tuna. Simple gak~

Makannnn~~~!!

Setelah 40 minit..

Siap!!

Siap!!

Ini adalah lasagna yang telah siap dimasak dan dipotong~! Oh ya, nk potong lasagna mmg tricky sket, sebab dia lembut dan melekat2 (macam pizza).

After 3 minutes.. T__T

After 3 minutes.. T__T

Lasagna yang sama, setelah 3 minit. Akibat di-pau oleh blockmate2 tersayang. Huhu. Suka betul diorg dengan lasagna saya. Efenem yang 2 tingkat jauhnya pun sanggup berkejar2 datang mau menapau. T_T

Well, ini antara sebab saya suka memasak. Kepuasan melihat orang lain menikmati makanan sendiri! Fuhh, seronok~

Anyway, selamat memasaklah kepada anda yang baru nk cuba2 memasak lasagna. Dan kepada mereka2 yang veteran bab2 lasagna ni, boleh tinggalkan komen anda mengenai tips2, petua2 dan panduan memasak lasagna~ Sesungguhnya saya pun baru je belajar memasak lasagna ni.. Anyway, Buon Appetito!!

28 thoughts on “Lasagna Mania!

  1. ngengenge.. i’ve tasted kid’s lasagna before but u dont! too bad ko x terer msk faiz or else we can trade food as well! hehe!~

    thou shalt not regret. i repeat, thou shalt not regret! Hehe.

  2. wah..wah… dah terer skang nie.. padanlah sombong bebeno dengan eden nie haa… =P

    yela, nak harap org tu tolong buatkan lasagna, kempunan laa..hmmm.. biarla ko jadi pembuat private choc-cake aku..hehe

  3. Erk! Gila kau Kid! Aku nak jejak dapur pun fikir dua tiga kali
    -_-”

    Walaupun gila sedap nampak, aku tak nak makan. Nanti aku jadi gemuk serta merta T_T

    Hahaha. Kecualilah kalau ada orang paksa. psst, kononnyala.. huu~

    Erk! Gila kau Kid! Aku nak jejak dapur pun fikir dua tiga kali

    gentlemen out there, please mark her words~! Hehehe.

  4. waaahh…mase puase aritu je dpt mkn lasagna..tu pun singgah uia..huhu

    saya x penah makan lasagna sebelum ni! lasagna yang saya buat sendiri adalah lasagna pertama di dunia yang saya makan!

    (ya, saya memasak tanpa mengetahui bagaimana rasanya! T_T nasib baik menjadi. feww)

  5. aku pandai masak kangkung goreng. opps, rusia ada ke kangkung? kah kah

    cheiss… -_-”

    teringat kisah beli sejenis daun suatu masa dahulu. ingat daun bayam, bentuk tirus n warna merahnya da sama dah. balik2, masak2, skali daun ape ntah, masam giler T_T

  6. OK, aku jujur sekarang. Aku dah terbayang-bayang makanan ini sepanjang hari. Pelik. Weyh, rasa dia macam piza tak? Topping dia seakan-akan piza. Gila lapar!

    rasa dia? hmm, a’ah seakan-akan pizza. kerana cheese dan sos filling dia tu. bezanya, pizza ade roti. hehe.

  7. wah..
    nmpk cm sedap jer Kid masak…
    last time mkn lasagna beberape thun lps (x ingt thun bile)
    bile tgk blik resipi n gmbr lasagna kt atas tuh, nyam2..terase tekak ni hah..
    bleh buatkn n poskn ke m’sia x?
    hehe..

    p/s: last week, buat pizza..simple giler cuz guna roti, sos tomato, cheese n sosej..

  8. salam. menarik blog ni. saya memang suka baca blog. bila sy bc blog ni, sy dapat ilham tok post tentang masakan yg saya masak kat hostel sepanjang semester.

    erm, sy nk tny ckit sbb sy ni bru lagi guna wordpress. mcm mana kita nk link kan blog kita kat blog lain@website? sy tak tau la..sbb sy b4 ni guna blogspot. hope u reply me a.s.a.p.

    erm, kalau untuk wordpress, boleh pergi ke dashboard – manage – links – add new. Kalau anda berkunjung ke blog2 wordpress.com yang lain, anda just boleh pegi kat menu bar kat atas tu, gi kat blog info – add to blogroll. And then just tambah je widget melalui dashboard – design – add widget. Ok? =)

  9. Pingback: Membakar Mac n Cheese~! « Leokid’s Life

  10. Wah, suka tengok resipi yg meriah dgn chese dan yr recipe ni tak terkecuali. Saya memang minat bebenor mkn lasagne ni. Dulu, everytime kalo naik flt AirAsia mesti order satu.La ni hampeh, lasagne dah tak tersenarai dlm inflt menu diaorg.Lepas ni nak cari bhn2 la nak try yr lasagne recipe ni.Marvelous & delicious & wollapcious.Thanks for d sharing.

  11. nk cbe la resipe ni..tp nk tye dulu..bhn2 mcm daging+sosej tu x yah msk ke dulu ek?ni 1 st time mncuba..so,mmg x tau ni!hehehehe..

    Sesetengah sosej/daging dlm tin memang dah pre-cooked terlebih dahulu. Namun tak ape je, sebab bila da letak dalam oven nnt akan dibakar bersama2 dengan lasagna tersebut juga.

  12. Nampak sedap la lasagna ni aku dh lama sgt nk buat tapi aku dh cari mi lasagna tu x da pun kat semua pasaraya ??? Bahan yg lain tu ada kat rmh tapi mi lasagna tu !!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s