Mencari sinar dalam kegelapan?

Oh..baru pulang dari “rumah” sahabatku Peja. Khabarnya ada “keramaian” di sana, ramai betul orang datang menziarah. Tambahan pula, “juadah” yang diberikan oleh tuan rumah pedas betul! Sampai setengah-setengah orang tidak dapat menerima apa yang dihidangkan!

Sedikit sinopsis dari apa yang Peja tulis. Peja membicarakan isu Malaysian Night, sebuah majlis keramaian di sini yang sering diadakan setiap tahun. Secara dasarnya, aku bersetuju dengan apa yang beliau sampaikan. Namun, seperti yang dikenali ramai, Peja memang terkenal dengan post-post beliau yang pedas dan kontroversi, tak gitu, Peja? Hehe. Justeru, ramai lah yang ter-emo bila berkunjung ke sana, termasuklah aku pun ter-emo juga.

Sebelum proceed ke perkara pokok yang ingin aku ceritakan, jom kita singgah sebentar ke part aku ter-emo sedikit tu. Ada pihak berpendapat bahawa komen aku di situ offended other religion. Justeru, aku di sini di blog aku yang tak seberapa ni memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana penganut agama yang merasakan diri mereka offended oleh komen aku tersebut.

And just for the record, aku tidak menyebut mana-mana agama pun secara spesifik dalam komen tersebut. Eh, kejap, aku tidak menyebut perkataan agama (religion) langsung pun! Aku menggunakan perkataan “belief” (fahaman), kerana agama itu tidak pernah menyuruh ke arah kemungkaran, cuma kefahaman kita yang salah terhadap agama yang menyebabkan berlakunya kemungkaran.

Baik, so kembali ke topik asal sepertimana yang dibawakan oleh saudara Faizal – Mengenai Malaysian Night.

Terlebih dahulu, apakah itu Malaysian Night? Aku sendiri tidak pasti sejak bila Malaysian Night ini diadakan, kerana sesampainya aku di sini aku sudah disuruh bersedia melakukan persembahan/performance di acara gilang gemilang tersebut.

Malaysian Night

Malaysian Night ini adalah sebuah acara berbentuk keramaian/parti/pesta, yang dianjurkan oleh pelajar Malaysia di Nizhny Novgorod. Matlamat penganjurannya tidaklah aku tahu secara pasti, namun kalau x silap aku, matlamatnya adalah untuk memperkenalkan budaya dan tradisi Malaysia kepada pengunjung-pengunjung yang antaranya terdiri daripada pensyarah serta penduduk-penduduk Nizhny Novgorod sendiri.

Sila mark part matlamat ini ye, kerana matlamat ini penting dalam apa yang akan aku huraikan sebentar lagi.

Perlaksanaan? Hmm..seperti tahun-tahun terdahulu, perlaksanaan MN diuruskan oleh sebuah badan pelajar di sini, serta menjadi penggerak utama dalam menjayakan program tersebut. Penglibatan secara umumnya disasarkan kepada semua pelajar, manakala pelajar tahun pertama dan kedua diwajibkan (ye ke? sila betulkan kalau salah). Penglibatan pula aku boleh bahagikan kepada tiga – terlibat secara langsung (ahli jawatankuasa penganjur), terlibat separa langsung (membuat persembahan), serta terlibat secara biasa (cuma menonton sahaja).

Sila mark juga part penglibatan untuk ketiga-tiga kelompok ini, kerana aku juga akan bicarakan mengenainya dengan lebih lanjut.

Ok, aku rasa itu 2 perkara yang penting yang perlu aku highlightkan, agar menjadi introduksi kepada post saya kali ini.

Boleh tak, Malaysian Night ni??

So kita kembali kepada kawan aku, Peja itu. Kenapa dia begitu emo dan syadid (keras) dalam menentang Malaysian Night ini? Saya juga pada dasarnya mempunyai pendirian yang sama dengan beliau, justeru di sini saya sertakan beberapa pendapat saya mengenai Malaysian Night.

Pertama-tama sekali, sebagai seorang Islam, saya berpendapat penganjuran Malaysian Night perlulah berlandaskan kepada syarat-syarat yang disertakan Islam. Disebabkan MN ini adalah program majmuk melibatkan penyertaan semua kaum dari pelbagai agama, maka perlaksanaan MN mengikut syarat Islam adalah agak rumit dan kompleks.

Kepada non-muslim yang membaca post ini, anda tidak perlu risau. Islam ada ruang untuk hiburan, dan tidaklah mengongkong sepenuhnya penganjuran program MN ini. Aku akan cuba menerangkan dengan lebih lanjut do’s and dont’s dalam berhibur disisi Islam.

Perkara pertamatidak boleh membelakangkan kewajipan dalam Islam. Antara kewajipan dalam Islam adalah mengerjakan solat. Maka, program MN ini tidak boleh diadakan pada satu tempoh yang menyebabkan pelajar Muslim mengabaikan solat mereka. Aku rasa perkara ini tidak ada masalah, kerana sekarang pun sudah winter dan waktu-waktu solat telah berlalu di siang hari. Pendek kata, kalau selepas pukul 5 tu boleh dikatakan sudah “free”. So benda ni dah setel. (Aku cuma sentuh secara general sahaja).

Perkara kedua – tidak boleh adanya percampuran lelaki dan wanita. Aha…part ini agak complicated sedikit. Dan saya rasa part ini jugalah yang menjadi perbezaan besar antara agama Islam dan agama-agama lain. Islam tidak membenarkan percampuran/pergaulan antara lelaki dan wanita, melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Aku ambil contoh, majlis sambutan Aidilfitri yang terdahulu – ya, berlaku percampuran antara lelaki dan wanita (kat part makan), dan aku berpendapat itu adalah tidak boleh! Begitu juga dengan MN kali ini. Apa maksud percampuran antara lelaki dan wanita itu? Maksudnya tidak ada pemisah antara lelaki dan perempuan.

Justeru cadangan aku untuk MN kali ini – pisahkan tempat duduk lelaki dan wanita. Kalau nak letak wanita kat belakang, nanti ada orang kata martabat wanita diperlekehkan pula. So, aku cadangkan, asingkan di sebelah kiri dan kanan dewan. As for non-muslim, terpulang kepada andalah hendak duduk di mana, kerana perkara ini hanya melibatkan muslim sahaja!

Susah nak kontrol? Hmm..ini masalah pihak yang terlibat secara langsung. Disebabkan anda yang menganjurkan program ini, maka anda jugalah yang akan dipertanggungjawabkan mengenai perkara ini. Dan oh ya, jika pihak penganjur tersebut merupakan seorang non-muslim yang memahami keperluan dan syarat ke atas penganut Muslim ini, maka anda akan cuba untuk merealisasikan perkara tersebut, out of the respect.

Seterusnya dari segi persembahan itu sendiri. Secara dasarnya, sesuatu persembahan itu dibolehkan dalam Islam, kecuali adanya perkara-perkara yang menyebabkan perkara tersebut menjadi haram/tidak boleh. Apa dia perkara-perkara tu?

Perkara ketiga – tidak boleh berlakunya pendedahan aurat. Apa itu aurat disisi Islam? Aurat adalah bahagian badan yang tidak boleh dilihat oleh orang-orang lain kecuali dalam keadaan tertentu. Siapa orang2 lain itu, ada banyak kategori. Untuk memudahkan pemahaman, cukuplah sekadar diketahui bahawa aurat itu adalah sesuatu yang tidak patut dilihat/ditunjukkan. Aurat bagi lelaki adalah mudah, iaitu di antara pusat dan lutut, manakala aurat bagi perempuan lebih rumit iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dan usah tanya aku kenapa ada wanita muslim yang menampakkan rambut/lengan mereka. Tanyalah kepada mereka sendiri, dan percayalah, tiada alasan yang wajar diberikan kerana perkara aurat ini adalah hitam-putih dalam Islam, itu pun hanya kelonggaran dalam perkara-perkara kecemasan dsb.

So untuk persembahan – tidak boleh berlakunya pendedahan aurat! Ini adalah tanggungjawab pihak penganjur, serta mereka yang membuat persembahan, untuk memastikan perkara ini tidak berlaku. Sekiranya berlaku, maka benda inilah yang menjadikan Malaysian Night sebuah program yang tidak wajar dihadiri oleh pelajar Muslim.

Perkara keempat – tidak boleh berlebih-lebihan. Berlebih-lebihan ini adalah sesuatu yang subjektif, ya, saya setuju. Masing-masing ada pendapat masing-masing, bilakah yang dikatakan sudah terlebih itu. Maka, apa parameter yang kita boleh gunakan, dalam menentukan kita sudah berlebih-lebihan atau tidak?

Pokoknya kembali kepada TUJUAN Malaysian Night ini sendiri. Sepertimana yang saya nyatakan, mengikut apa yang saya tahu, MN bertujuan untuk “memperkenalkan budaya dan tradisi Malaysia.” So, kita jadikan tujuan ini sebagai benchmark. Adakah dengan melompat-lompat ketika persembahan dapat memperkenalkan budaya dan tradisi Malaysia? Kalau tidak perlu menyanyi melalak, boleh tak memperkenalkan budaya dan tradisi Malaysia.

Dan juga perlu aku ingatkan, TUJUAN ini tidaklah bermaksud membolehkan kita buat apa sahaja! Itu namanya doktrin “the end justify the means”. Apa jua yang kita lakukan demi mencapai tujuan tersebut, mestilah tidak melanggari syarat-syarat yang telah aku nyatakan serba sedikit di atas tadi.

KESIMPULAN

Syarat-syarat Malaysian Night:

  1. Tidak membelakangkan kewajipan dalam Islam
  2. Tidak boleh tercampurnya lelaki dan wanita
  3. Tidak boleh berlakunya pendedahan aurat
  4. Tidak boleh berlebih-lebihan

So, kepada siapa syarat ini terpakai? Kepada semua yang terlibat!

  1. Terlibat sepenuhnya (Pihak Penganjur)
  2. Terlibat separuh (“Artis”)
  3. Terlibat secara biasa (“Pengunjung”)

Aku ringkaskan apa tanggungjawab setiap pihak yang terlibat tersebut.

Untuk pihak penganjur – anda bertanggungjawab SEPENUHNYA memastikan semua syarat di atas dipatuhi. Jika pihak penganjur merupakan seorang Muslim, maka dia menanggung tanggungjawab sepenuhnya seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya, dia akan dipersoalkan di hadapan Tuhan kelak. Manakala jika pihak penganjur seorang yang bukan Muslim, anda juga diharap dapat terlibat dalam memastikan syarat2 tersebut tercapai, sebagai tanda hormat anda kepada agama Islam. Syarat-syarat ini bukan saya, bukan Muhammad, bukan sesiapa yang tetapkan, sebaliknya syarat-syarat ini adalah ketetapan yang ada di dalam agama Islam.

Untuk pihak yang separuh terlibat – para “Artis”, penghibur, mereka yang akan menaiki ke pentas. Syarat pertama, untuk yg Muslim, tidak membelakangkan kewajipan – anda tidak boleh mengabaikan solat anda, semata-mata untuk praktis. Ketika persembahan dilakukan, anda tidak boleh menyentuh/memegang mereka yang berlainan jantina! Anda tidak boleh mendedahkan aurat anda kepada umum! Anda juga tidak boleh berlebih-lebihan = menyanyi dengan melalak, menari dengan terkinja-kinja. Cukup sekadar untuk mencapai matlamat : “memperkenalkan budaya dan tradisi Malaysia”.

As for non-muslim, anda tidak terikat dengan syarat-syarat ini, namun sekiranya anda juga dapat memenuhi syarat ini maka umat Islam keseluruhannya sangat berterima kasih dan memuji atas kesudian anda.

Manakala pihak ketiga, aku yakin ramai di antara kita dari pihak ketiga ini, iaitu penonton.

Sebagai penonton Muslim – anda tidak boleh membelakangkan kewajipan anda = Anda mestilah telah solat sebelum menyertai program tersebut. Anda tidak boleh pergi dengan “date” atau pasangan yang berlainan jantina yang belum berkahwin! Anda juga tidak boleh mendedahkan aurat = memakai pakaian yang ketat-ketat, menampakkan lengan/leher/rambut! Anda juga tidak boleh berlebih-lebihan ketika dalam program, iaitu menjerit menyorak. Bukan tak boleh meraikan, tetapi berpada-pada, iaitu bermaksud benda yang orang lain tak lakukan usahlah anda buat. Orang tak memekik menyorak lantang, maka anda pun janganlah memekik menyorak lantang.

TANGGUNGJAWAB

Justeru, untuk Malaysian Night kali ini, aku menyeru semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang aku nyatakan di atas. Sekali lagi diingatkan, “syarat & tanggungjawab” tersebut bukanlah aku yang tetapkan, tetapi ianya adalah perintah dari agama Islam dan aku bertanggungjawab menyampaikannya! Justeru, kepada Muslim, jika anda melanggar tanggungjawab di atas maka anda sendiri yang akan dipersoalkan kelak. Tolong jangan anggap remeh perkara ini, kerana jika perintah Tuhan itu sendiri tidak kita laksanakan tanggungjawab kita, maka alangkahnya kita ini orang yang tidak bertanggungjawab!

As for non-Muslim, terima kasih kerana sudi membaca post ini. Mungkin apa yang aku nyatakan ini, tidak begitu jelas di alam realiti, kerana yang lemahnya adalah manusia sendiri, bukannya agama itu. Apa yang aku nyatakan ini adalah apa yang sepatutnya terjadi. Sebarang perkara yang tidak kena, itu adalah kesalahan individu itu sendiri. Terima kasih kerana membaca, anda boleh berhenti membaca di sini.

Dan kepada para pelawat blog rakan aku, Faizal itu, aku faham sekiranya anda marah membaca post beliau. Aku pun, sekiranya tidak mengenali Peja dengan rapat, tentu sekali akan berfikiran negatif dan memandang serong kepada beliau. Namun percayalah, Faizal cuma menjalankan tanggungjawab beliau sepertimana aku melaksanakan tanggungjawab aku.

Siapakah saya dan Faizal? Kami dari pihak manakah?

4. Pihak yang tidak pergi ke MN disebabkan syarat-syarat di atas yang tidak dipatuhi.

Kepada mereka yang tidak pergi ke MN atas sebab2 tersebut, maka tahniah aku ucapkan. Sesungguhnya anda telah beriman, kerana serendah-rendah iman itu adalah membenci kemungkaran yang berlaku. Semoga berkat dan rahmat Allah kepada kita semua, inshaAllah.

Ala, aku bukan penganjur, aku bukan nak buat persembahan. Boleh la aku pergi, kan?” Sila fikir baik-baik sebelum anda menjawab soalan ini, kerana anda boleh memperjudikan akidah anda. Perginya anda tanda sokongan anda kepada pihak penganjur, kepada pihak yang membuat persembahan, juga bermaksud tanda anda redha ke atas kemungkaran yang berlaku. Ya, anda tidak mengakui dengan lidah, tapi itulah yang dinyatakan oleh tindakan anda.

So, boleh tak pergi ni???

Boleh! Asalkan semua syarat di atas dipatuhi oleh semua pihak! Itu hitam-putihnya. Islam sama sekali tidak melarang dalam berhibur, tetapi dengan syarat, dan syaratnya adalah seperti yang aku nyatakan secara ringkas di atas. Kalau syarat itu tidak dipenuhi, maka usahlah hadir – simple kan? Aku sendiri memberi jaminan, kalau syarat tu dipenuhi, aku sendiri pun akan hadir!

Sekian sahaja dari aku yang panjang lebar ni. Maaflah, aku tidak menggunakan perkataan-perkataan pedas seperti rakan aku Faizal, so mungkin ada yang memandang enteng serta memperlekehkan penulisan aku ini. Oh ya, sedikit disclaimer: Aku cuma menyentuh secara ringkas mengenai aspek hiburan, kerana perbahasan mengenai hiburan itu sendiri amat luas skopnya. Ada beberapa perkara yang aku tidak sempat sentuh, so kalau ada nak tambah, boleh tambah. Kalau ada teguran ke atas isi penulisan aku, aku hargai sangat2. Kalau ada teguran kepada peribadi aku, sampaikanlah secara peribadi, tidak usah berselindung dengan nama anonymous seperti yang berlaku kepada rakan aku Peja itu.

Sekian, salam.


19 responses to “Mencari sinar dalam kegelapan?”

  1. memuaskan akal… menusuk hati.. applause

  2. Takyah kat russia lah kid oi. Kat sini pun berjuta kali ganda lebih teruk. Bukan tak faham. Buat-buat tak faham! Nak muntah pun ada melihat. Jadi kau pasti bertanya, kenapa aku pergi. Gilalah sebab aku jadi AJK cabuk. Contoh terdekat, Majlis Hari Raya. Aktiviti..gila teruk! Ingat majlis hari raya biasa-biasa tapi…. sialan sungguh!

    OK. Itu bahasa kasar. Dan aku geram! Kerana nama, aku tertipu.

  3. bgus post kid..
    thnx krna mmbntu sye utk mmhmi lg mngenai post abg peja..
    laen kali x nklah gi mjlis2 keramaian @ konsert yg x mmnuhi syarat2 sbgimne yg kid nyatekn di atas..

    thnx!!^_^

  4. =)
    maka dgn ini…adalah diharapkan sume pihak lebey memahami ape yg nk disampaikan..=)

  5. syabas leokid sbb berani menyatakan pendapat anda. semoga kita semua sedar kewajipan kita sbgi muslim.

  6. oops…dah penah terpegi..wuwuwu…
    jadi AJk yg kne bertugas jage lalulintas..pastu mule la menyesal…perlu ke asal majlis2 yg grand je mule la nak jd camtu…haih

    oh ya, saya tertinggal part ini. terima kasih kerana mention lantas mengingatkan saya.

    Bagaimana kalau sudah terlibat separa/secara langsung?

    Saya juga pernah berada di dalam keadaan sedemikian. Iyalah, dah jadi sebahagian dari AJK, dilantik pula. Sudah memikul tanggungjawab, maka tanggungjawab perlu dilaksanakan. Maka dalam keadaan macam ni, cukuplah sekadar anda melakukan yang terbaik!

    Contoh, anda jadi AJK Lalulintas – maka anda boleh memisahkan laluan lelaki dan wanita, contohnya. Itu adalah paling minimum anda boleh buat!

    Kalau anda jadi PIC bahagian performance, maka anda boleh letak/set peraturan2 – Sesi latihan hanya selepas asar, contohnya. Tidak boleh buka aurat masa latihan. Tidak boleh bercampur lelaki perempuan, etc. Kerana ini memang dalam bidang tugas anda.

    Kalau anda jadi ketua bahagian chef pula, for example. Anda letakkanlah syarat2 tersebut kat anak2 buah anda. Pastikan sesi memasak tidak melangkaui waktu solat. Pastikan tiada anak2 buah yang skip solat ketika memasak. Ini semua ada di dalam tangan anda, anda boleh lakukan sesuatu!

    Oleh sebab itu, saya yang tidak terlibat apa2 langsung dalam MN ini, hanya mampu lakukan apa yang saya termampu – tidak pergi, serta menerangkan kepada orang ramai kenapa saya tidak pergi.

    Lebih baik lakukan sesuatu, daripada doing nothing. Tuhan tidak tengok sama ada apa yang kita buat itu berhasil atau tidak, tetapi Dia mahu lihat apakah kita ada lakukan sesuatu atau tidak. Kerana itulah, dikatakan serendah iman itu adalah pada hati, kerana membenci itulah yang paling lekeh manusia boleh buat. Wallahua’lam.

  7. see…boleh jer sampaikan message in a nice way.. :)

  8. student msia kat nizhny Avatar
    student msia kat nizhny

    haha… dis post is wayyyyyyyyy better.

    this can be done actually. bout solat, i thk every muslims as far as im concern, dah solat maghrib sblm msian nite. abis majlis br isyak. yg mmg tak solat tu xpyh cerita la kan.

    tp yg sy tak sure sgt pasal percampuran yg berlainan jantina. as far as everybdy know thr’s individual seats at the hall. it’s not that we sit on each other’s lap ke ape. we’re jus sitting side by side. n thr’s DIVIDERS btwn each seat. people barely touch each other.

    let’s say a girl sit beside u, bukan dia nak pegang2 u ke ape n vise versa. she just sit n enjoying the show la kan. dis is not even a problem.

    i thk if u ddk dlm comuter kat mesia lg tersendat2. semua benda bole terpegang. i thk u hv to worry abt that kind of situations 1st b4 thkg about pcampuran at 1st hostel hall.

    n by the way, tujuan asal msian night stahu sy la kan, is for menyambut kedatangan juniors. n so that they can know each other n be friends n also know their seniors.

    thks for msian night when i was in 1st year, aku bole knal ramai seniors n baik dgn batch aku sendiri.

    memperkenalkan tradisi tu its like tujuan sampingan la kot.

    thanx for the comment. commuter kat malaysia cannot be used as a comparison, sebab commuter org guna hari2 dan sukar mencari alternative lain. malah ada di antara rakan2 saya yg tak suka naik commuter/lrt atas sebab percampuran ni, diorg lebih rela membayar lebih untuk naik teksi @ naik kenderaan sendiri semata2 nak elakkan percampuran.

    tp MN ni kita boleh kontrol, kita boleh kawal dan kita boleh usahakan supaya percampuran itu tidak berlaku.

    mengenai sitting side-by-side tu. ya, mungkin jika anda sebelah saya atau anda sebelah sesiapa atau saya sebelah sesiapa, tak ada pegang2. tapi adakah anda yakin, 100% sure, sepasang kapel yg duduk sebelah menyebelah, tidak akan holding hands or even tersentuh bahu?

    emm..pasal tujuan tu saya setuju. saya terlibat jugak dalam show 2 tahun lepas, tarian untuk lagu Caraku. time tu la dapat kenal rapat dgn kak put, kak rina, taufiq etc.

    tp bukan persoalan tujuan yang ingin saya bangkitkan, tapi adalah persoalan method/cara. boleh tak junior/senior berkenalan sesama sendiri tanpa perlu adakan aktiviti2 sebegini? saya rasa orientasi PPIM dulu dah hampir berjaya mencapai matlamat tersebut. tujuan, tidak menghalalkan cara.

    terima kasih dengan komen yang membina ini. saya telah edit sedikit di awal komen anda kerana org yg dimaksudkan telahpun baca dan sedar akan teguran anda. tq.

  9. Apa syaratnya perlaksanaan amar makruf nahi mungkar itu?

    Pertama sekali, adalah apabila terjadinya kemungkaran. Kemungkaran adalah apa jua kemaksiatan yang dilarang di dalam Islam, sama ada sedikit mahupun banyak.

    Keduanya adalah, kemungkaran yang wajib diperangi/dibanteras adalah kemungkaran yang bersifat qat’i (tegas, explicit) dinyatakan di dalam alQuran/asSunnah, ataupun ijma’ ulama.

    Ketiga, kemungkaran tersebut adalah kemungkaran yang nampak jelas, tampak dilakukan secara terbuka. Bukan hasil dari tajassus (selidik-menyelidiki). Maksudnya, kita boleh nampak kemungkaran tersebut dengan jelas, dilakukan beramai-ramai, contohnya. Kemungkaran ini wajib kita banteras, kerana membawa kepada permasalahan ummat dan fitnah ke atas agama itu sendiri.

    […] para pembaca yang mengikuti blog saya di https://leokid.wordpress.com pasti menyedari akan hal ini, di mana saya sedang menyusuri sebuah arus yang bertentangan dengan […]

  10. wah, dah ke dimensi lain.

    walaupun pahit, leokid, kita buat takat mana mampu.

    thanx, bro T_T

  11. ваше мнение очень ценно!

    woh! tuan rastom! mana belajar?

  12. kami di bumi sejuk dua. Avatar
    kami di bumi sejuk dua.

    this happens in every country. bahkan cukup rasa terseksa nak pergi majlis2 mcm tu, tp sbb org sikit setiap kehadiran atau ketidakhadiran akan sgt di notice oleh makcik-pakcik sekalian(open house raya). yg ni sepatutnye boleh je tade percampuran sebab buat kat rumah, bleh je laki mkn kat tmpt lain pmpuan mkn kat tmpt lain.but tht doesnt happen.
    walau alhamdulillah solat tak ditingglkan sbb solat berjemaah. walau org yg tak malu ade juge terang tang-tang tak join dan tak bgun2 pergi solat walau majlis seharian.
    i find it difficult to find excuses not to go.berterus terang?ye, itu yg sepatutnya!tapi.hurm.alasan lg.
    maka stp kali pergi duduk dapur basuh pinggan tak keluar2.hu.

  13. Nice post kid.. Well, balik kepada TUJUAN Malaysian Night diadakan. Tujuan dia adalah utk memperkenalkan budaya dan tradisi malaysia bukan? Saya rasa ada banyak lagi aktiviti yang sesuai untuk diadakan selain persembahan di atas pentas. Kita boleh je buat tayangan video ke, suai kenal dengan org russia ke, buat exhibition ke. Moreover, budaya malaysia bukan setakat tarian je. Congkak, Baju Melayu, Baju Kurung, Budi Pekerti Orang Malaysia, itu bukan budaya jugak ke? And saya rasa yang hadir Malaysian Night tu pun KEBANYAKANNYA ORANG MALAYSIA kan? ;)

  14. you are pathetic, seriously!

    kepada pengunjung lain: ini adalah salah satu komen yang saya terima berkenaan isu ini, sengaja saya approvekan. Dan ya, komen ini datang dari salah seorang pelajar di universiti saya.

    Seperti yang saya jangkakan, penulis komen menyerang peribadi ini langsung tiada keberanian menyatakan siapa diri nya, hanya berselindung di sebalik nama palsu.

    Untuk melihat lebih lanjut mengenai maklumbalas yang saya hadapi, boleh lihat di sebuah post rakan saya ini:

    Malaysian Night @ FNM

  15. student msia kat nizhny Avatar
    student msia kat nizhny

    salam~

    mengenai sitting side-by-side tu. ya, mungkin jika anda sebelah saya atau anda sebelah sesiapa atau saya sebelah sesiapa, tak ada pegang2. tapi adakah anda yakin, 100% sure, sepasang kapel yg duduk sebelah menyebelah, tidak akan holding hands or even tersentuh bahu?

    so this is just about couple je la kan. kalo tak kapel sape la lg yg nak buat perangai nak pegang2 org. msian who hv gf/bf here r not even 30% pun fm all of us pun kot. more than half r non-muslims i believe. terus nak buat rules nak asing2kn tempat duduk. so very NOT fair. this is not sekolah agama u know.. we need to mix up with each other..

    thk about this this way, if they(the couples) wanna do smthg bad, some maksiat, they can do it ANYWHERE. y nak besar2kan pasal MN? if they do sit side by side in the hall, apa sgt yg diorg bole buat?? pegang tangan n gosok2 bahu? boring~. tell u wut, logically if they seriously really want to do some maksiat, they just wait for their rumates gone to MN, n gets dirty in their own rooms..

    so basicly, jgn sebab those certain people who happen to be gf n bf sit next to each other n hold hands, terus nak campak nama Maksiat Night kat this majlis. n brag about separating seats.

    emm..pasal tujuan tu saya setuju. saya terlibat jugak dalam show 2 tahun lepas, tarian untuk lagu Caraku. time tu la dapat kenal rapat dgn kak put, kak rina, taufiq etc.

    tp bukan persoalan tujuan yang ingin saya bangkitkan, tapi adalah persoalan method/cara. boleh tak junior/senior berkenalan sesama sendiri tanpa perlu adakan aktiviti2 sebegini? saya rasa orientasi PPIM dulu dah hampir berjaya mencapai matlamat tersebut. tujuan, tidak menghalalkan cara.

    let me remind u this again, this is Malaysian Night. not muslim night. kite dah kenal the muslims, then this night kita kenal la plak ngn malaysian yg non-muslims. we’re the scholars students, we know each other. but thr’s private students.

    when we 1st came here as 1st yr students, we hv 3 big groups. the JPA’s, the MARA’s n the PRIVATE. we only circulates inside this groups. then goes the class grouping. we meet new friends, only 3-4 of them. that’s good. then we knows some seniors from MSA, they ask us work together as one batch to perform various shows in MN, we meet some new people. not only know their faces, we really get to know them while working together. n the 3 groups intergrated, become 1. if not bcoz of MN, i dun even kenal the cinas n the indians this close now..tau muka je.

    ok now tell me what so non-halal bout that???

    n btw, ur PPIM orentasi was a complete failure. if they hv the chance to get to know seniors, they just know u ppl, the MTs. i remember a girl came to my room at almost 6pm (dateline was 5, i thk) asking thgs she needed to present to u guys, then just flash away, mcm kilat. im 100% sure she doesn’t even know my name now.

    hehe.. sori terEMO. just xnak MN jadi xbest dah..

    !peace! :)

    thanx SMKN for the comment. really appreciate that.

    About sitting side-by-side, kita boleh lihat sendiri betapa kita berbeza pandangan. Anda, kalau duduk di sebelah orang lain mungkin tidak menjadi maksiat. Saya, pun sama inshaAllah. Tetapi orang lain, mungkin ada risiko terjadinya maksiat?

    Oleh sebab itulah, hikmah Allah meletakkan hukum berbentuk “PENCEGAHAN”, kerana kita tak tahu pada “threshold” manakah untuk sesuatu maksiat itu boleh berlaku.

    Macam nak merawat bacterial infection kat hospital la. “Always start with the broad-spectrum antibiotic!” pesan Dr.Lobarskaya terngiang-ngiang kat telinga saya. Pencegahan yang Allah gariskan ini adalah broad-spectrum antibiotic bagi menghalang menularnya maksiat (infection).

    Hukum Allah lengkap, secara spesifik mahupun general. Pencegahan maksiat secara spesifik adalah terletak pada individu – menutup aurat, tidak melunakkan suara, menundukkan pandangan dan sebagainya. Pencegahan maksiat secara general pula adalah hubungan sesama individu – tidak bercampur lelaki perempuan, tidak mewujudkan keadaan fitnah dsb. Dua mechanism yang saling synergik dalam mencapai tujuan – memelihara maruah wanita (sama ada secara individu mahupun secara holistik), menjaga iman lelaki dsb.

    Ye, betul, kalau diorg nak buat kat mana2 pun boleh buat. Tak perlu MN, tiap2 hari pun ade je berlaku. Oh, alangkah lemahnya beralasan, oleh kerana benda tu dianggap normal so kita pun buat-buat tak nampak.

    Kalau yang terang-terangan pun kita tak cegah, apatah lagi yang sembunyi-sembunyi, kan?

    Untuk yang part kenal-mengenal sesama kita itu pula, ya saya setuju, kita nak suaikenalkan antara 3 kelompok terbesar tersebut. Tapi suka saya tegaskan, “ISLAM tidak berubah mengikut cara, tetapi CARA berubah mengikut Islam”!

    So, untuk tujuan kenal-mengenali antara sesama kita, kita mewujudkan Malaysian Night. Dan apabila disedari MN ini tidak kena dari segi cara dengan apa yang Islam gariskan, perubahan perlu dilakukan pada MN itu sendiri. Niatnya adalah bertujuan yang bagus, namun dalam usaha merealisasikan niat/tujuan tersebut, terlalu banyak perkara samar yang boleh membawa murka Allah terpaksa ditempuhi.

    As they always said, niat tidak menghalalkan cara.

    So cadangan saya, kalau nak juga buat sesi kenal mengenal sesama kita ni, usulkan suatu program lain yang bertepatan dengan kehendak Islam. Malaysian Night pun boleh, asalkan ikut kehendak Islam!

    Saya tahu, perkara ini juga melibatkan non-muslim. Tetapi macam saya kata tadi, ISLAM itu tidak berubah, tetapi cara itu yang perlu berubah. Non-muslim nak ikut serta program yang mengikut kehendak Islam, dialu-alukan sangat. Tetapi muslim nak ikut serta program yang tidak mengikut kehendak Islam, adalah satu kemungkaran. Jika benar hendak dicapai tujuan suai-kenal antara sesama kita itu, maka non-muslim juga perlu membuka minda dan fikiran menerima syarat-syarat dan peraturan dalam Islam.

    Oh ya, saya tertarik dengan ayat terakhir anda tu. “just xnak MN jadi xbest dah..” Boleh saya tanya, adakah tidak mengapa melanggar hukum Allah asalkan MN jadi best? Jika anda mengatakan ya, maka I rest my case.

  16. Mantap! Good job, leokid!

    syukran, akhi. pohon didoakan moga adindamu ini tabah dan dicekalkan hati ke atas agamaNya T_T

  17. student msia kat nizhny Avatar
    student msia kat nizhny

    wat i mean xbest is;

    1) duduk asing2.honestly, i owes duduk wif my friends of the same jantina. kalo nak duduk asing2, dr segi zahirnya, mmg xde mslh bg sy. but dr segi pemikiran, psychologically, ppl akan hilang mood nak enjoy MN. nak pegi cakap2 ngn groupmates yg lain jantina pun rasa mcm xsedap, nak lalu kt kwsn laki duduk pun rase semacam, nak bgambar bsma kwn2 pun rs mcm salah. plus, kwn2 yg non-muslims esp. yg xsm jantina logically akan rs kekok nak campur dgn kita.

    2) naturally, performance yg sama jantina ada. boring. i mean, thrs nothin wrong kalo buat performance campur2, as long as we do wat’s rite. remember ur performance wif kak put, ada u pegang2 dia? we can do that la. my suggestion: nasihat juniors abt the basic rules, dun pgg2 etc.. then jus let them perform. u’re already doing dakwah there. let them do their part. mereka sudah besar semuanya.

    3) well, basicly. that’s the main reason y MN wont be good.

    n by the way, i NEVER think that MN melanggar hukum Allah.

    it may be mendorong ke arah maksiat for some ppl like u said, but how many of them? 4-5 org out of 300 ppl? well, if they did melanggar hukum Allah during MN, its not because of MN, but its because its who they r. they are that kind of ppl yg tidak berapa patuh hukum islam. MN is not at all the root of their maksiat.

    err..duduk asing-asing adalah takbest? huhu..maaflah, kalau peraturan yang Islam tetapkan itu tak best bagi anda. Haish, mungkin anda kena komplen dengan Dia sendirilah pasal benda ni, saya pun tak boleh tolong. Biasalah, benda yang tak elok mmg best. Hehe.

    Em…anda tahu kisah Lima Syarat Nak Buat Maksiat? Saya malas nak cerita panjang2 so anda boleh tgk kat link.

    mengenai psl performance, itu sudah saya terangkan dalam artikel saya, iaitu part tanggungjawab mereka yang terlibat separa langsung.

    Saya faham, apa yang anda cuba sampaikan. Anda tidak puas hati kerana segelintir yang melakukan maksiat, kenapa perlu satu MN diharamkan kan? Macam yang saya katakan tadi, it’s all about pencegahan. Sebab itu saya mencadangkan diasingkan lelaki perempuan, persembahan mestilah menutup aurat dan sebagainya. Kita tidak boleh control, apa diorg nak buat selepas itu, ataupun sebelum itu. Tetapi kita boleh kontrol, apa yang mereka buat ketika MN ini berlangsung.

    Jika mereka melanggar hukum Allah ketika MN, ya, itu adalah pilihan mereka sendiri. Tetapi tempias dosa mereka kena kepada mereka-mereka yang hadir ke MN tetapi tidak mencegah apa yang mereka lakukan. Malah, sekiranya kita berdiam diri ketika kita mampu pun, kita sudah boleh menjadi berdosa kerana redha akan berlakunya kemungkaran itu.

    Anda pergi ke MN, mereka juga pergi ke MN. Anda tidak buat maksiat, tetapi mereka buat maksiat. Maka apa yang anda akan jawab di hadapanNya kelak?

    “It is who they are” Are you sure this is the answer you want to give Him?

    Saya pun pernah terfikir, boleh saja aku pergi ke Malaysian Night. Aku bukan buat dosa pun. Aku dah solat sebelum tu, aku tak bukak aurat. So boleh la aku pergi, kan? Diorang yg buat maksiat ketika tu, masing-masing punya hal la. Dosa masing2 tanggung, kubur masing2 punya lobang. :D

    Like I said, perginya kita seolah kita redha dengan perlakuan 4,5 orang tersebut. Perginya kita, seolah kita bersyubahat keatas apa yang 4,5 orang tersebut buat ketika MN. Perginya saya, seolah saya tak kisah apa yang 4,5 orang tu buat.

    Dan sekiranya saya pergi, saya tak tahu apa saya nak jawab di hadapan Tuhan sekiranya ditanya – “Kamu tahu di MN tu ada 4,5 orang yang buat maksiat, jadi kenapa kamu pergi ke sana malah tidak pula menghalang mereka?”

  18. =]
    hmm..hangatnye isu ni..lek2..tenang2
    kid, et rasa, isu ni sgt la perlu dikemukakan kepada pihak penganjur
    kalau sekadar tulis tanpa tindakan..xb’kesan gak
    mungkin pihak pnganjur xtau pun psl isu ni..mana la tau d0rg kurg ilmu ke..jahil ke..t/jwb kita la nk betulkan..
    bukan trus suruh banned xtentu psl..

    guna organisation utk b’suara..jgn sendiri2 je k
    =]
    wish u luck!

  19. salam..
    good writing leokid…
    moga2 terus diberkati Allah…

Leave a comment

Create a website or blog at WordPress.com