Snippets – Malaysian Night

  1. Isu Malaysian Night telah membuka mata dan minda ramai pihak di Nizhny Novgorod.
  2. Pada mulanya, respons yang diterima adalah penuh emosi. Ini dapat difahami, kerana semua yang membaca adalah dalam “defensive” state akibat gaya penulisan yang berbentuk offensive.
  3. Maka atas sebab tersebut, saya menasihatkan sahabat saya supaya mengubah unsur-unsur offensive yang ada, serta meminta maaf dengan terbuka.
  4. Seperti yang disangkakan, pihak yang lantang memberi respons sebelum ini terus senyap.
  5. Ini disusuli pula dengan respons dari pihak luar yang tidak ada kena mengena dengan isu ini, tetapi turut teruja ingin melontarkan pandangan masing-masing.
  6. Walaupun begitu, ada juga pihak yang enggan menerima permohonan maaf sahabat saya tersebut. Bagi saya, sikap enggan memaafkan itu adalah masalah peribadi mereka sendiri.
  7. Saya juga melihat sendiri, apa yang dimaksudkan dengan Plato sebagai – “Wise men talk because they have something to say. Fools – because they have to say something.”
  8. Saya menjadi teruja melihat golongan kedua yang dimaksudkan oleh Plato tersebut. Sungguh, saya terhibur melihat telatah mereka!
  9. Ada yang bertanya dengan saya, kenapa saya tidak memasukkan dalil-dalil dari alQuran dan Hadis? Saya sebenarnya tidak suka hendak memasukkan ayat alQuran/dalil sunnah secara bulat-bulat, kerana bagi saya ianya seolah-olah macam saya mempergunakan ayat alQuran demi kepentingan sendiri. Namun, segala point dalam penulisan saya tersebut adalah berpandukan kepada alQuran dan AsSunnah.
  10. Dan oleh kerana tidak memasukkan dalil/ayat alQuran/sunnah, maka ada yang berpendapat penulisan saya itu hanyalah dari buah fikiran saya, dari pandangan saya, dari pendapat saya dsb tanpa menyedari bahawa apa yang disampaikan itu adalah guideline dari Tuhan
  11. Oleh sebab itu, jika perlu, saya tanpa ragu-ragu akan memberikan sebarang dalil dan petikan ayat alQuran sekiranya “tak makan saman”.
  12. Saya melihat sendiri, wujudnya golongan Muslim yang memahami, tetapi cuba menegakkan benang yang basah kerana cinta akan kemaksiatan itu melebihi kepada cintanya terhadap agama.
  13. Banyak komen yang diterima, lebih bersifat menyerang peribadi atau protes terhadap cara penyampaian yang dilakukan. So far, tiada komen yang mengulas mengenai isi penulisan saya @ sahabat saya.
  14. Yang ada pun seorang yang saya kira-kira betul2 ikhlas terus-terusan bertanya di ruangan komen post saya tersebut. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya.
  15. Ada yang menyatakan perlunya diadakan perdebatan (ala-ala presidential?). Bagi saya ini semua membuang masa. Perdebatan hanyalah untuk perkara yang samar-samar atau khilaf, sedangkan perkara ini sudah jelas kedudukannya.
  16. Perdebatan antara 2 orang Islam mengenai isu Islam hanya akan menunjukkan kelemahan umat Islam itu sendiri. Perdebatan antara Islam dengan Bukan Islam hanya akan membawa kepada lebih perpecahan.
  17. Saya bertambah-tambah respek kepada mereka yang berdiam diri sama ada kerana menyedari bahawa mereka tiada kena mengena dalam isu ini, ataupun menyedari mereka tiada kefahaman/ilmu yang cukup.
  18. Saya juga respek mereka yang tiada kefahaman/ilmu, tetapi bertanya dengan baik dan ikhlas.
  19. Saya banyak belajar dari apa yang terjadi kali ini. Antaranya ialah, orang hanya akan protes jika mereka rasa mereka betul. Maka bila kebenaran telah disampaikan, mereka cuba mencari-cari apa yang tidak betul, supaya nak tak nak mereka jadi betul jugak!
  20. Saya juga belajar, perlunya variety dalam berdakwah. Sekiranya menulis hanya untuk menjaga hati manusia, mesej yang ditulis tersebut tidak sampai.

UPDATES

Perlu disebutkan, part bawah ini adalah ditujukan kepada Muslim sahaja.

Alhamdulillah, sebuah perbincangan yang mengambil masa lebih kurang sejam telah berlangsung antara PPIM (Persatuan Perubatan Islam Malaysia) dan pihak yang terlibat menjayakan Malaysian Night.

Dalam perbincangan ini, pihak yang terlibat telahpun menerangkan mengenai perjalanan majlis yang dirancangkan serta usaha-usaha dan inisiatif yang boleh diambil demi kebaikan semua pihak.

Pihak PPIM pula telah menghantar dengan rasminya surat guidelines dan cadangan kepada pihak tersebut, yang antaranya melibatkan beberapa aspek seperti perjalanan majlis, bentuk persembahan, tatacara pemakaian, dan sebagainya.

Tidaklah dapat dipastikan sama ada guideline tersebut dapat dipatuhi 100% atau tidak, namun kita mengharapkan semua pihak dapat bekerjasama dan berkompromi dalam usaha menjayakan Malaysian Night.

Berikut adalah pendapat saya mengenai Malaysian Night:

  1. Saya telah mendapat penjelasan secara langsung mengenai tujuan dan objektif serta perlaksanaan Malaysian Night.
  2. Malaysian Night adalah terbahagi kepada 2 bahagian. Performances di Dewan Utama, serta Exhibitions di Hostel 3.
  3. Kita sebulat suara bersetuju, dari segi Exhibitions, insyaAllah tiada masalah yang timbul kerana suasana yang dijangkakan adalah harmoni dan tiada berlaku fitnah/syubhah.
  4. Cuma yang menjadi perhatian adalah pada bahagian Performances.
  5. Saya telah meneliti persembahan-persembahan yang dirancangkan, dan saya berpendapat bahawa inshaAllah tidak ada masalah dari segi persembahan. Tiada pelajar Muslim yang akan mendedahkan aurat ketika persembahan. Tidak ada persentuhan sesama Muslim/Muslim-NonMuslim, serta percampuran adalah minimum sekadar untuk mencapai tujuan persembahan.
  6. Semua persembahan adalah bersesuaian dengan tema, kecuali beberapa. Yang beberapa tersebutpun, tidak melibatkan perkara-perkara yang diharamkan, serta tidak melampaui/tersasar jauh daripada tujuan.
  7. Kita juga telah mendapat assurance daripada pihak terlibat, proses rehearsal, training dan preparation untuk persembahan ini tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
  8. Mengenai kawalan pengunjung, kita telah mengusulkan beberapa cadangan.
  9. Pihak yang terlibat akan cuba melaksanakan cadangan2 tersebut semampunya.

Seperti biasa, kita tidak boleh mengawal perlakuan penonton/pengunjung. Kita tidak boleh menentukan hasil akhir. Tetapi, kita boleh cuba sedaya upaya untuk meminimumkan serta menunaikan tanggungjawab kita.

Berikut adalah pendirian saya mengenai Malaysian Night:

  • Untuk performances di Dewan Utama, pihak berkaitan akan berusaha meminimumkan perkara-perkara yang menjadi kemaksiatan, namun saya mahupun pihak berkaitan tidak dapat menjamin bahawa perkara-perkara tersebut adalah terhapus.
  • Tujuan utama Malaysian Night tetap mampu dicapai walaupun tidak menghadiri bahagian Performances.
  • Untuk part Exhibition, saya mengajak rakan-rakan untuk pergi bersama-sama dan menjayakan MN Exhibition, kerana essence of Malaysian Night itu lebih banyak terletak kepada part Exhibition ini.

Dan kepada rakan-rakan Muslim yang akan menyampaikan persembahan di Malaysian Night ini, suka saya ingatkan:

  • Anda diberi tanggungjawab dan amanah untuk mempersembahkan tradisi/budaya melalui persembahan anda. Justeru saya menyeru (terutamanya kepada First Year), untuk berusaha sebaik mungkin menjayakan persembahan anda.
  • Namun, dalam usaha tersebut, anda perlu sentiasa ingat akan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.
  • Betulkan niat anda. Jangan anda berniat melakukan persembahan untuk menghiburkan orang ramai, menjadi tarikan dan sebagainya. Niatlah melakukan persembahan untuk menunjukkan budaya dan adat ketimuran lillahi taala, maka inshaAllah anda tidak akan melampaui batas.

Kepada rakan-rakan Muslim yang akan menghadiri Malaysian Night Performances, suka saya ingatkan:

  • Sebagai saudara kepada rakan Muslim anda yang turut sama menghadiri, maka anda juga adalah bertanggungjawab kepada rakan Muslim anda tersebut.
  • Jika anda melihat ada rakan Muslim yang cuba melakukan kemungkaran (mendedahkan aurat, duduk bersama dsb), maka anda WAJIB menegur mereka. Sikap “jaga tepi kain sendiri” adalah bukan sifat umat Rasulullah.
  • Sila tanyakan kepada diri anda – “Kenapa anda mahu pergi ke MN?”. Sekiranya untuk bergembira, maka bergembiralah sekadarnya. Remind yourself dengan soalan ini dari masa ke semasa ketika berada di sana.
  • Anda masih membawa nama ISLAM ketika pergi ke sana. Jangan menjadi fitnah kepada Islam dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
  • Apakah perkara yang “tidak sepatutnya” itu. Mudah sahaja, bayangkan Rasulullah melihat anda melakukan perkara tersebut, adakah baginda akan senang?

Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam.