Pemergian.. (Al-Fatihah)

“Dok siap nak balik kg tok wa sakit dah nazak”

SMS dari ayahku beberapa hari lalu, membuatku termenung seketika. Aku jadi blur. Apa yang patut aku rasakan? Sepatutnyakah aku bersedih? Atau aku sepatutnya menjadi risau? Patutkah aku menangis? Atau sekadar bergenang air mata?

Fikiranku terimbau jauh ke kampung asal-usulku, Kampung Nawa.

Tok Wa, gelaran dipanggil. Sungguh, aku tidak tahu nama sebenarnya. Yang aku tahu, beliau merupakan kakak (ataukah adik?) kepada nenek kandung aku sekarang ni. Dia baru berpindah ke kampung tersebut x sampai 10 tahun lalu, kerana sebelum ini menghabiskan masa dgn keluarganya di Singapura. Kerana merasakan dirinya yang sudah lanjut usia serta enggan mengganggu keluarga anaknya di Singapura, dia berpindah pulang ke kampung halaman.

Aku merupakan cucu kesayangannya. Kepulangan aku setiap kali cuti, sejak di zaman MRSM, pasti amat dinanti-nantikannya.

Teringat kenangan silam, beliau begitu suka menggoreng ayam untuk dijadikan bekalanku ketika pulang tamat bercuti ke MRSM. Dan aku begitu gemar dengan ayam gorengnya itu.

Dia tidak lokek dengan senyuman. Sungguhpun dihimpit pelbagai masalah kesihatan, namun tetap digagahkannya untuk menapak ke rumah nenekku tiap kali kepulanganku. Terpandangnya aku dari jauh, aku dapat nampak seri mukanya seolah segar kembali tatkala melihat diriku. Tangannya kukucup, diriku didakap seolah-olah aku anak kandungnya sendiri. Sungguh, aku rindukan dakapannya.

“Cek nak pi Russia tu berapa tahun?”

“6 tahun, Tok Wa.”

“Lamanya. Cek mengaji apa kat sana?”

“Mengaji nak jadi doktor. Ubat-ubat orang sakit”

“Ooo..bagusla. 6 tahun, tak tau la cek sempat tak nak rawat sakit Tok Wa ni..”

Tok Wa merupakan perokok tegar di zaman mudanya. Apabila lanjut usia, sesudah menghadapi masalah pernafasan, beliau berhenti merokok. Tapi ternyata sudah terlambat. Paru-parunya sudah terlalu lemah.

Alhamdulillah, cuti yang lalu, aku nekad ingin membuat praktikalku di Alor Star. Walaupun kalau ikutkan ayah dan ibu aku, mereka lebih gemar sekiranya aku berpraktikal di Baling/Pengkalan Hulu. Tapi aku rasa, aku nak juga buat di Alor Star, untuk seminggu dua. Aku x tahu kenapa, tapi aku rasa aku perlu.

Tanpa ku sangka, gerak hatiku itu merupakan satu anugerah oleh Allah untukku dan juga Tok Wa. Tiap2 hari ketika berpraktikal, aku akan pulang menjenguk kampung. Kadang-kadang, aku singgah ke pasar malam, membelikan juadah kegemaran tok wa – Sate Ayam. Aku tidak tahu apa yang boleh aku lakukan demi menunaikan tanggungjawabku ke atas nenekku yg begitu menyayangi aku itu, namun melihat ruang untuk berbakti padanya, tidak sekali-kali aku lupakan.

“Tok Wa mninggal sbntar td”

Ringkas mesej dari ayahku, tiba ke telefon bimbitku. Sudah sampai ajalmu, nenekku. Aku tidak tahu di mana kedudukanmu disisiNya. Aku tidak tahu, bagaimana amalmu. Namun, aku hanya mampu mendoakan agar dirimu diterima disisiNya. Aku hanya mampu mendoakan semoga amal solehmu memberati neracamu. Aku hanya mampu mendoakan, semoga doaku ini tergolong dalam doa anak-anak soleh, yang mampu membantumu. Hanya solat jenazah ghaib dari kejauhan bumi Russia mampu cucumu ini titipkan buat kali terakhir..

Nenekku, maafkan cucumu ini, kerana tidak upaya berkunjung menziarahimu buat kali terakhir. Maafkan cucumu ini, kerana tidak lagi boleh berbakti seperti dahulu. Maafkanlah..

Aku sepatutnya sudah menyedari akan hakikat ini. Tatkala menyahut tawaran dari MARA itu, aku sepatutnya sudah menjangkakan, keadaan sebegini boleh berlaku. Tatkala menanti penerbangan MH20 untuk menjejakkan kakiku ke tanah komunis ini, aku sepatutnya lebih menyedari, bahawa aku akan diuji sebegini. Mungkin ini sebabnya, aku tidak berasa hiba. Aku tidak mengalirkan air mata. Setidak-tidaknya buat masa ini.

Tahun lepas, pemergian datukku. Syukur alhamdulillah, aku sipi-sipi sempat berbakti pada beliau. Tahun ini, nenek saudaraku pula. Dan aku tidak sempat menatap wajahnya, dan aku tidak lagi dapat melihat seri wajahnya tatkala beliau melihat aku seperti dulu.

Tahun depan? Mungkin giliran salah seorang dari kesayanganku, dan mungkin pula giliran aku sendiri. Mungkin giliran kamu, mungkin giliran saudara mara kamu. Mungkin giliran sesiapa sahaja yang kamu kenali.

Marilah kita sama-sama menghayati penulisanku yang pernah aku siarkan ini suatu ketika dahulu.

Ingatlah wahai kita semua, bahawasanya mati itu benar, Munkar & Nakir itu benar, persoalan-persoalan itu benar, siksa/nikmat kubur itu benar..

Ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah urusan saudaraku itu di alamnya, Kau rahmatilah saudaraku itu dengan belasMu, Kau bangkitkanlah dia dengan bercahaya wajahnya dari amalan wuduknya, Kau himpunkanlah dia dalam kalangan hamba-hambamu yang soleh, di belakang kekasihMu penghulu segala anbiya Muhammad Rasulullah. Kau golongkanlah dia dalam golongan ashabul yamin, dan Kau sampaikanlah catatan amalannya ke tangan kanannya. Semoga dirinya dicucuri keampunan dan rahmatmu, dan semoga saudaranya ini akan bertemu dengannya di dalam syurgamu yang indah kelak.

Amin, ya Rabbal alamin.

Tok Wa, semoga kau damai di sana..

Leokid: saya kesian kat nenek saya
Leokid: nenek kandung saya
Leokid: tahun lepas, datuk saya pergi
Leokid: tahun ni, nenek saudara saya
Leokid: skrg, nenek saya keseorangan di kampung
Leokid: xde siapa2 lagi yg teman dia, kecuali anak cucunya
Leokid: org2 sezaman dengannya, kawan2, keluarga terdekat, semua sudah pergi
Leokid: dia mesti sangat2 sedih, sangat2 takut, keseorangan
Leokid: ya Allah..apa boleh saya lakukan..
Leokid: T_T

11 thoughts on “Pemergian.. (Al-Fatihah)

  1. Mungkin kamu, mungkin aku. Mati itu tiada mungkin tidak. Mati itu pasti. Pasti dan mesti. Salam takziah.

    Tidak tahu mahu bicara apa. Terkesan kerana kehilangan T_T

  2. satu kehilangan..
    yang pergi takkan kembali
    yang masih benafas ini suatu masa akan pergi menjejaki

    semoga di saat ini, diri mu tabah menghadapi musibah ini.

    ingatlah firmaNya ~ 2:155-156

    “dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan hartam jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

    iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un”. (sesungguhnya kami milik Allah, kepadanya kami kembali..)

    sama2 insafi diri. sesungguhnya kematian itu pasti. apakah aku sudah bersedia menghadapi saat itu nanti?

    teringat firmanNya

    3:185

    setiap yg bernyawa akan merasakan mati. dan hanya pada hari kiamat sajalah dibrikan dengan sempurna balasanmu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah KESENANGAN yang MEMPERDAYA.

    3:133

    dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi org2 yg bertakwa.

    Wallahu’alam.
    La tahzan wa la tansa ya akhi,
    Inallaha ma’a sobirin daiman.

  3. 2 disember, hari ulg tahun kelahiran nenek saya.
    nenek kamu pula pergi.
    setiap yg berlaku ada hikmahnya, dan kalau kita sentiasa tahu itu, pasti tidak bersedih.mcm kes ko.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s