Qiamullail?

Semalam (pagi ini) diadakan Qiamullail Perdana di Nizhny Novgorod.

Apa itu Qiamullail? Qiamullail adalah apabila Muslim bangun di awal-awal pagi (pengakhiran malam) ketika orang lain sedang tidur, untuk melakukan ibadah kepada Tuhan.

Istimewa ke qiamullail ini? Ya, sangat istimewa. Allah telah menjanjikan pelbagai ganjaran di syurga bagi mereka yang rajin Qiamullail. Mereka yang rajin Qiamullail juga akan lebih berdisiplin, rendah diri, serta menjadi penganut Islam yang lebih bersyukur dan berterima kasih.

Berbalik kepada Qiamullail semalam.

Oleh kerana mereka yang mendaftarkan diri terlalu ramai hinggakan tidak muat kawasan mini-dewan tersebut, Qiamullail terpaksa diadakan di dua tingkat serentak.

Sebuah webcam dan wireless microfon dipasang untuk synchronize pergerakan jemaah di atas, dengan imam dan jemaah di bawah.

Antara pengisian yang sempat diadakan adalah – solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir, solat subuh berjemaah, serta bacaan al-mathurat.

Sedikit fakta menarik mengenai Qiamullail Perdana kali ini:

  • Sarapan pagi digantikan dengan sahur pagi, kerana hari ini adalah hari sunat puasa wuquf di Arafah.
  • Menu makan adalah sama seperti tahun lepas, trademark sang presiden Tazkirah88 iaitu Roti + Kari Ayam.
  • Tukang masak Ezwan dan Nasuha tidak tidur-tidur sehinggalah lebih kurang pukul 3 pagi kerana memasak untuk jemaah yang hadir
  • Ada orang yang bangun 4 pagi semalam (hari sebelumnya) nak pergi qiamullail, gara-gara kesilapan tarikh pada notis yg dikeluarkan. Heaheahea, ksian dia. :D
  • Sebuah “qiamullail” turut diadakan di tingkat 6 pada malam tersebut.
  • Pak Guard sangat-sangat terbuka hatinya membenarkan pelajar-pelajar hostel lain masuk ke tempat qiamullail seawal 4.30 pagi. Tiada masalah langsung. Alhamdulillah!
  • Berlaku sedikit masalah audio. Natijahnya, ada orang jadi bilal terjun.
  • Bilangan jemaah lelaki adalah lebih kurang 35% daripada jumlah bilangan jemaah wanita.
  • Bukankah sepatutnya nisbah ini adalah terbalik, kerana ada akhwat yang tidak dapat datang kerana keuzuran?
  • Ramai betul terhibur dengan ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus yang cukup pekat dengan loyar buruk dan loghat Terengganu beliau.
  • Kari ayam habis licin. Roti ramai yang tapau bawak balik.
  • Petang ini turut diadakan jamuan aidiladha (?) oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu cawangan Nizhny. Penulis tidak pergi kerana bukan ahli berdaftar. Harharhar.

Secara kesimpulannya, Qiamullail tahun ini adalah berjaya. Namun, qiamullail tahun lalu adalah lebih terkesan di hati penulis.

6 thoughts on “Qiamullail?

  1. Salam..
    taun nie kurang terkesan maybe sbb berlaku gangguan dr segi sound system kot..byk kali stop kejap…
    xpe2..yg pnting objektif mcm en.pres ckp tercapai..insyaAllah..
    next time dO beTteR n keEp uP thiS gUd wOrk..
    Qiam kali ini=berjAya..Alhamdulillah..cOngrAts tO all!!
    biTaufiQ=)

    Hoho. Ksian kat orang tu kena turun naik turun naik floor bgtau audio problem. =p
    Takpe, pengorbanan di ambang aidiladha!

    Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wa Lillahil Hamd.

  2. Alhamdulillah berjaya qiamullail kita di kali ini, ermmm perasaan tahun le[as dengan tahun ini, memang lain.. Apa yang lebih aapa yang kurang ya?
    Uhh.. aku asyik merenung salji yang menari-nari turun ini, macam mana kau buat???

    Owh. Salji ek. Hehe. Gi kat dashboard – under Appearance, amik Extras. =)
    Salji2 ni dari tahun lepas lagi da ade. Dia ada ikut musim je. Hehe. :p

  3. erm..demo prefer solat dalam bilik kot ngehngeh…tapi kira rugi gak lah coz tak dpt dengar ceramah ustaz Azhar tu..lawak bebenor,dalam lucu banyak pengajaran \(^_^)/ thanks all!! kak suha masak sedappp nyummy

  4. Bukan Qiam kita buat secara senyap ke? Jadi, terkesan atau tidak, bukan bergantung pada kekuatan hati kah?

    Oh, aku masih belum membuat eksperimen tuala basah di dalam peti. -_-”

    Masih tidak percaya pada statement kamu tempoh hari.

    Oh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s