Kawan Dari Dimensi Lain?

Alhamdulillah, hari ini usai mengendalikan usrah bersama rakan-rakan aku di Hostel 1. Turut bersama aku adalah Ezwan Suryakarta yang membentangkan mengenai ciri-ciri Muslim, serta diikuti dengan perbincangan bernas oleh Faizal mengenai persoalan “makhluk halus”

Makhluk halus yang dimaksudkan bukanlah microbacteria2 yang sedang giat di-study oleh pelajar2 tahun ke3 yang akan menghadapi peperiksaan x smpai sebulan lagi ni. Walaupun secara literalnya microbacteria = “makhluk halus”! Tapi makhluk halus yang dimaksudkan adalah mengenai makhluk-makhluk ghaib lain yang diciptakan oleh Allah..

Bahan yang digunakan adalah diambil dari laman web terkenal DarusSyifa, iaitu diterangkan oleh Ustaz Harun Din. Alhamdulillah, banyak info bermanfaat diperolehi dari situ, termasuklah sebuah powerpoint yang simple tapi panjang -_-” Perbincangan tadi pun happy je, sekali sekala diselitkan dengan iklan-iklan yang menarik tapi dalam masa yang sama kena dengan skop perbincangan yang dilalui!

Sebut pasal makhluk halus ni, aku akui aku juga turut ada pengalaman yang tersendiri berhadapan dengan ciptaan Allah ini. Menjadi pelajar sekolah berasrama penuh selama 5 tahun, pengalaman-pengalaman sebegini tidak menjadi asing bagi diriku sendiri. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pengalaman tersebut membuka minda aku untuk lebih mengagumi ciptaan Allah yang Maha Kuasa, serta akan betapa luasnya alam ciptaan ini.

Antara pengalaman yang segar diingatanku, adalah ketika berkawan dengan seorang jin ini. Hmm..pada mulanya ingat taknak lah citer kat sini. Tapi xpe, since blog ni pun lama x update and aku pun xtau nk update dgn ape, aku citer jelah mengenai peristiwa tersebut. Moga ada manfaatnya. =)

Peristiwa tersebut berlaku ketika aku di Tingkatan Lima. Aku ketika itu menyandang jawatan ketua Biro Kebudayaan, turut merangkap antara anggota penggerak utama badan usrah di sekolah aku. Turut bersama dengan aku, seingat aku, adalah rakan seperjuangan Yoob, Due, Izzat dll. Kami banyak memainkan peranan memastikan peraturan-peraturan agama di sekolah dituruti, antaranya termasuklah menghalau budak2 turun masjid baca yasin malam2 jumaat -_-”

Satu ketika itu, kami menerima laporan mengenai seorang junior pompuan di sekolah kami. Tidak perlulah aku namakan dia, cukuplah dikenali sebagai M. Menurut rakan-rakan M, M ni tidak pernah ke masjid! Malah, M tidak boleh dengar azan pun, tiap kali azan berkumandang, M akan lari masuk ke tandas. M juga tidak boleh mendengar bacaan ayat-ayat dari Quran, kalau tidak dia akan menjadi marah-marah dan mengherdik orang-orang yang sedang membaca tersebut.

Selaku badan penggerak amal Islam, kami menjadi agak concern la dengan budak M tersebut. Telah terngiang-ngiang khabar-khabar liar dan gossip2 panas ke telinga2 kami, bahawa M ni membela “benda”. Tidak mahu sekadar bergantung kepada khabar angin dan desas-desus, kami berhajat bersemuka dengan M. Lalu M kami jemput datang ke bilik mesyuarat, bukan nak buli ke apa cuma sekadar ingin berbual bicara.

Dan ya, M mengakui mempunyai seorang rakan dari kaum jin. Malah, ketika pertemuan itu juga, M menyatakan bahawa rakannya itu ada disisinya! Sape x meremang bulu roma time tu! Kami pada mulanya agak sangsi, tak berapa nak percaya. So kami buat test, suruh M tu tinggalkan “kawan” dia kat dalam bilik, dia keluar dari bilik tersebut. Kemudian kami berbual2 sesama sendiri, dan beberapa minit kemudian M dipanggil masuk kembali. Kami meminta M bertanya kepada “kawan” dia, apa yang kami bualkan. Dan sungguh terkejut, M tahu setiap butir perbualan kami, sepertimana yang “kawan” dia dengari!

Aku ingat lagi ada satu part tu, M tiba2 bagitau yg kawan dia ada kat belakang aku. -_-“. Aku melawaklah, “Tipulah, mana ade ape2 pun”. Pastu tibe2 aku rasa sejuk tengkuk macam ade org tiup, tgk2 M ketawa kecil memandangku. Nakal btul jin ni, boleh main usik2 lagi! T_T

Kami tak puas hati lagi, kami tanyakan M beberapa perkara yang dia sepatutnya tidak tahu. Dan ternyata, M boleh tahu. Contohnya seperti kejadian histeria yang berlaku di sekolah aku beberapa tahun sebelum itu. M baru tingkatan 2,  mustahil dia tahu. Tapi dia tahu, katanya “kawan jin” dia itu tanya jin-jin yang lain. Erk.

So setelah kami semua berpuas hati dan yakin dengan kewujudan “kawan” M itu, maka kami pun teruskan perbualan mengenai dunianya. Banyak soalan kami tanyakan. Kami dapat tahu, kawan M ini tidak beragama. Atheis, katanya. Kami juga bertanya, apa nama kawan M ni, lalu M kata kawan dia takde nama. So kami tanyalah, nak panggil nama apa. M kata, kawan dia x kisah. Maka kami pakat2 bersetuju panggil kawan M tersebut dengan nama “Nur”, iaitu cahaya. Sesuai dengannya, walaupun x nampak dimata tetapi kehadirannya dirasai. =)

Banyak lagilah yang kami tanyakan (melalui M, of course). Mengenai dunia sana. Khabarnya dunia sana seperti dunia kita juga. Ada bangunan, ada kenderaan. Khabarnya umurnya sudah ratusan tahun, tapi masih dikira remaja sebaya dengan M, sebab itu dia suka berkawan dgn M. Ditanya bagaimana rupanya, katanya rupanya buruk tetapi di depan M dia akan cantikkan wajahnya. Pernah jua memujuk dia untuk menunjukkan rupanya (menjelma) di hadapan kami, tapi Nur tak mahu. Dia segan, kata M. Rupanya, menurut M, Nur takut & segan kepada beberapa orang di antara kami termasuk aku, terutamanya Yoob (Ketua Biro Agama) dan Due (Naib Presiden). Bila ditanya kenapa segan kat aku, M kata Nur suka kat aku -_-” Aku da meremang bulu ketiak time tu. Hadoi.

Hari semakin lewat petang, maka kami suruhlah M pulang dahulu. Perbualan akan disambung minggu hadapan.. sepanjang tempoh tu slalu jugak la jumpa M kat foyer, kadang2 dia duduk sekali kat foyer tgk aku study. Aku tahu, bersamanya ada Nur, tapi time tu dah x chuak lagi dah..

Kemudian, minggu hadapan menjelma. Waktu tu aku nak pergi bukak bilik mesyuarat, tengok-tengok M dah ada kat depan pintu bilik tu. So aku bersembang-sembanglah kejap dengan M kat luar tu. Kemudian, aku beranikan diri meminta ingin berbual live dengan Nur. Menurut M, boleh saja, tapi time tu Nur akan masuk dan kawal badan dia. M kata, dia takut Nur buat benda-benda pelik kat aku. Aku kata takpe, inshaAllah Nur x apa2kan aku, lagipun menurut dia Nur suka kat aku. So M pun kata ok, kemudian dia diam menundukkan muka.

Aku menjadi pelik, eh kenapa tiba-tiba diam. M? Aku memanggil. M mendongakkan kepala, iras muka dia da jadi lain. Seriously, lain, bukan M yang sebelum tu. Lain macam mana, hmm…xtau nk explain. Tapi mmg beza lah! Saat itu aku tahu, yang di hadapanku itu bukan lagi M, tetapi Nur. Cuak gak, dahla bilik mesyuarat tu kat tingkat 3, xde orang lalu lalang kat situ. Kena jin ni cekik aku smpai mampos, bkn ade org bleh tlg -_-”

Lalu aku mulakan bicara, “Ni Nur ke?” “A’ah”. “Da lama kawan dgn M?” “Lama la jugak, sejak blablabla..” Banyak la jugak yang aku bualkan dengan Nur. Teringat lagi antara soalan aku tanya – “Kenapa xde agama?” Nur menjawab – “aku bosan la ada agama. kena ikut itu, ini. so aku x percaya tuhan” Aku bertanya lagi – “Kalau camtu, yg Nur nampak ni, alam ini, diri Nur, diri abg, siapa yang cipta? Tuhan kan?” “A’ah, aku tahu tuhan, tapi aku x percaya, lantak aku la” Selambe je Nur jawab. -_-”

Kemudian aku pun tanya soalan yang aku kira penting juga lah, penting bagi M at least – “Nur kata M tu kawan Nur, tapi kenapa x bagi M pergi masjid? Kenapa x bagi M dengar Quran, mengaji?” “Ah, M kawan aku, so M la kena ikut aku. Mana boleh aku bagi dia buat semua benda tu!” “Kalau betul M kawan Nur, Nur kena la bagi M buat tu semua. M Islam, Nur kena hormati agama M.” etc etc. Banyak jugak la aku tazkirah kat jin ni. Alhamdulillah, nampak macam da lembut hati jugak la. Banyak benda yang aku buatkan Nur berfikir.

Tengah syok2 berbual (baca: bertazkirah), skali member aku da smpai da.. Smpai je member aku tu tiba2 M terjatuh atas lantai. Ehh..M? Knape ni? M tak pengsan pun, dia jatuh camtu je, pastu dia bangun. Nampak sangat tak tahu ape yg jadi. Aku tanya dia, Nur mana. Dia kata, Nur terkejut member aku tu smpai, dia cabut lari smpai ke hujung foyer tu ha.. Hehe. Kelakar lak jin sorg ni. =p

Apa2pun camtu la lebih kurang perkenalan aku dengan jin ni. Banyak gak aku belajar dari dia, dia cerita pasal dunia dia, pasal diri dia, cmne dia boleh kawan dgn M ni, etc etc. Nur lebih rapat dgn aku berbanding dgn kwn2 aku yg lain, kadang2 takut gak. M citer, Nur penah even naik blok asrama nk tengok aku -_-”

Perkenalan aku dengan Nur (M) x lama. 3,4 minggu pastu ustaz-ustaz dah mula dapat hidu, so ustaz-ustaz larang kami dari berinteraksi dengan Nur lagi dah. “Hangpa x payah masuk campur, ustaz2 da tau lama dah. Kami tengah berusaha nk mengubat budak tu”.

So apa ending dia, aku tak tahu la. Sama ada Nur dan M dipisahkan secara paksa ke ape. Tapi aku rasa, Nur tu kalau diberi kefahaman Islam dgn elok, inshaAllah dia sendiri akan membenarkan M tu pergi ke masjid etc. Malah lagi best kalau Nur sendiri masuk Islam, alhamdulillah.

Sekarang?

Last year, aku berkunjung lagi ke sekolah lamaku. Memberi motivational talk untuk budak-budak tingkatan 5 nak exam SPM. Dari jauh kulihat M, tengok macam ceria je. Mungkinkah Nur ada sekali, atau Nur dah meninggalkan dia? Wallahua’lam, aku x tegur M pun. Apa2pun, kenangan lama terimbau kembali, aku cuma mampu berdoa semoga Nur menjadi jin yang lebih baik dan lebih mengenali Tuhan, inshaAllah. =)

Peristiwa yang aku cerita ni cuma satu dari beberapa peristiwa “paranormal” yang pernah aku hadapi sepanjang di sekolahku. Belum lagi aku citer pasal rakanku Izzat yang kebal (seriously, dia kebal, aku pernah tumbuk2 perut dia tapi dia x rasa apa2. Dia tumbuk pintu bilik sekali je da remuk!), tetapi kalah di tangan jin pokok kelapa sebelah hostel smpai demam seminggu kat rumah. Hehe. Juga kisah aku dan anak2 buah aku nmpak stretcher putih disorong ketika nak berqiamullail di masjid. Byk lagilah!

Pendek kata, ya, kalau nak ikut sains, mungkin benda2 ni cuma halusinasi. Mungkin khayalan. Tapi bagi aku, benda ni sememangnya wujud dan berada di sekeliling kita. Malah alQuran dan Hadis juga ada menceritakan mengenai makhluk-makhluk ini, dan sebagai Mukmin yang beriman kepada Allah, Rasul dan Kitab, maka kita juga wajib beriman dengan kewujudan mereka..

Ramai dalam kalangan kita takut kepada mereka, walhal mereka itu tidak lain seperti kita juga, makhluk kepada Allah. Personally, tak perlulah kita takut kepada mereka. Bukankah kita sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah? Yakinlah kepada Allah yang satu, inshaAllah Allah akan pelihara kita. =)

Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada yang saleh dan ada pula kebalikannya. Kami menempuhi jalan yang berbeza-beza.

Da sesungguhnya kami telah menduga, bahawa kami tidak akan mampu melepaskan diri dari kekuasaan Allah di bumi, dan tidak pula dapat lari melepaskan diri dariNya

Dan sesungguhnya ketika kami mendengar petunjuk (AlQuran), kami beriman kepadanya. Maka barang siapa beriman kepada Tuhan, tidak perlu ia takut akan kerugian atau takut berdosa.

Dan di antara kami ada yang Islam, dan ada yang menyimpang dari kebenaran. Siapa yang di dalam Islam, maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus.

Dan adapun mereka yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi bahan bakar bagi neraka Jahannam.

Al-Jinn 72:11-15

27 thoughts on “Kawan Dari Dimensi Lain?

  1. Aku pernah menyaksikan hanya sedikit scene begini, tapi mungkin aku sombong, atau mungkin aku masih selamat, atau mungkin aku belum pernah rasai, tapi nauzubillahlah, aku ada andaian negatif perkara begini.

  2. uih,ni cite fiksi ke mitos ni? hahaha,mcm xcaye plak. hehe…

    mula22 ingat jin ni jantan, so bile baca, “tapi Nur tak mahu. Dia segan, kata M. Rupanya, menurut M, Nur takut & segan kepada beberapa orang di antara kami termasuk aku, terutamanya Yoob (Ketua Biro Agama) dan Due (Naib Presiden). Bila ditanya kenapa segan kat aku, M kata Nur suka kat aku -_-” ” tu rasa mcm, haaa????? ada jin jantan minat? tebahak2 dibuatnya….

    tp pk2 balik,M pompuan,so nur (name pon nur) mestila betina kot. hehe,sorila bro…n if Nur pon bc komen ni,sorilah. xbemaksud pon nk ckp gay. hehe,kiding2. jgn mara…=p

    ahaha. dia jin pompuan la. tapi x tahu la rupa dia camne. x penah nmpak.

    jin jantan yang gay? ade kot. kat dalam Advencer Si Peniup Ney. Cuba baca! Hehe. :D

  3. assalamualaikum,

    saya terjumpa nukilan adik melalui muhtarsuhaili. mohon izin untuk dipautkan. saya cemburu tapi pada masa yang sama berbangga kerana walaupun usia adik masih muda tapi berjiwa besar. selamat berjuang!

    thanx. jgn asyik lyn blues je..hehe.

  4. sekolah asrama neh pusat bela hantu ke or hantu menumpang study nak gi oversea gak? aih, comius sebab sekolah hamba dulu pon byk gak makhluk halus ni.

  5. Salam bro Leokid!

    Sedikit perkongsian yg pernah saya belajar dulu, dr ustaz byk ilmu psl jin, n isterinya boleh berbicara dgn jin.

    Jin ni satu kelemahan besar dia ialah, bila bercakap akan senang berbohong. bukan sengaja, itu SIFAT SEMULAJADI mereka! mcm automatiknya kita hirup udara, camtu la jin dgn kata2 dusta mereka.
    mungkin tak sebegitu kerap, tp apa yg dickp tu tak boleh dipercaya dan diterima 100%. :D

    ahaha..usahkan jin, manusia pun ramai camtu! :D

  6. kid…aku penah dengar cite pasal budak nie kat maktab kite dulu…aku xsangka lak yg budak nie kwan ngan ko…hahaha…lwak toll…ade 1 lagi kisah psl budak kat mktb kite…ade jin ikut die gak…junior laki. yang besnyer, kite dapat tengok jin die bile ko tangkap gamba ngan die..ko akn nmpak jin tue duduk sebelah budak tue..kale itam…aku penah tengok sendiri gamba yang diowg tngkap….mcm2 kan bende pelik kat maktab..erm tingat aku kenangan dulu2….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s