Alternatif Boikot!

Post ini diambil dari Leokid.Com.

boycott-israel-275x275

Umat Islam, di Malaysia terutamanya, digesa untuk melakukan pemboikotan ke atas produk-produk yang terbukti memberikan sumbangan secara langsung ke atas negara haram Israel, sekaligus menyuburkan keganasan yang dilakukan Israel ke atas saudara-saudara kita di Palestin!

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat-syarikat luar yang telah lama bertapak, sekaligus menjadikan usaha memboikot ini seolah-olah satu beban kepada kita semua. Kita telah biasa berkunjung ke McDonalds, telah biasa terpegun dengan kecanggihan produk Intel dan Nokia, telah selalu menonton saluran Disney & CNN dan sebagainya. Susah betul nak boikot, kan?

Saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai boikot dari segi hukum dsb. Saya yakin telah banyak diulas di sana dan sini mengenai kedudukan boikot. Justeru jika anda datang ke sini dengan persoalan – “Patutkah aku boikot?”, saya rasa anda tidak akan jumpa jawapannya di sini. Namun nasihat dari saya, boikotlah dengan ilmu dan rasional. Jangan memboikot secara membuta tuli – siasatlah terlebih dahulu sumber berita yang anda terima, pastikah kesahihannya, beralihlah kepada alternatif yang lebih baik secara kurang radikal dsb.

Oh ya, saya suka penulisan Abu Saif mengenai boikot ini. Beliau mengupas aspek boikot berdasarkan kepada reaksi kita Muslim, serta kesannya kepada negara haram Israel. Mungkin boleh menjadi panduan kepada kita, insyaAllah.

Boikot, menjadi lebih mudah sekiranya kita sudi berhijrah! Berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik. Dalam suasana pelbagai pihak yang mempromosikan boikot, jarang kedengaran pihak yang menawarkan alternatif ke atas produk-produk yang diboikot ini.

Justeru, dalam artikel ini, saya akan menyenaraikan 5 jenama utama Israel-associated di Malaysia, serta 5 alternative yang lebih baik bagi jenama tersebut! Alternative yang dipilih adalah berdasarkan kualiti produk yang hampir sama dengan produk asal yang perlu diboikot, justeru jika anda beralih ke produk alternatif ini, anda tidak akan rasa perbezaan pun!

Coca Cola VS Pepsi!

coca-cola-1 VSpepsi

Di Malaysia, kedua-dua jenis minuman ini telah lama bertapak. Ia menjadi kebiasaan diminum terutamanya dalam golongan muda dan remaja. Saya tidak berhasrat menyentuh dari aspek kesihatan, kerana minuman-minuman bergas ini sememangnya tidak wajar dijadikan minuman harian.

Namun, bagi yang terus ingin menikmati minuman cola ini, maka saya menggesa anda supaya tinggalkan minuman Coca-Cola, kerana Coca-Cola adalah terbukti menjadi antara penyumbang utama bagi negara Israel!

Sebaliknya, beralihlah kepada PEPSI!

Pepsi merupakan sebuah jenama minuman cola, yang dicipta oleh seorang ahli farmasi Amerika pada tahun 1890. Bermula dari situ, minuman ini telah popular dan tersebar luas sehingga ke seluruh pelusuk dunia, serta mempunyai pelbagai variasi lain.

Walaupun produk ini merupakan sebuah jenama Amerika, namun tiada fakta @ bukti jelas menunjukkan syarikat ini menyumbang kepada negara haram Israel secara langsung (directly). Namun bagi mereka yang boleh meninggalkan CocaCola DAN Pepsi kerana ingin berjihad mengelakkan syubhah, maka itu adalah lebih baik!

McDonalds VS KFC

mcdonalds-logo VSkfc

Kedua-dua restoran makanan segera ini juga telah lama bertapak di Malaysia. Kedua-duanya menawarkan produk yang hampir sama – ayam goreng, burger dsb!

Namun, mengikut kajian yang telah dilakukan oleh InMinds, sudah terbukti yang syarikat McDonalds merupakan antara penyumbang terbesar kepada negara haram Israel, justeru wajib kita boikoti!

Apa alternatifnya? Saya sarankan, KFC sebagai alternatif kepada McDonalds! KFC, sebuah jenama franchise makanan segera, ditubuhkan oleh Colonel Sanders di Kentucky, Amerika Syarikat pada 1952. Sejak dari itu, jenama ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia.

KFC di Malaysia, diuruskan oleh sebuah syarikat bumiputra tempatan iaitu QSRBrands. Syarikat ini dinaungi oleh ahli lembaga pengarah yang boleh dikatakan hampir semuanya muslim, serta mempunyai sebuah panel syariah yang tersendiri bagi memastikan produk yang dijual serta transaksi perniagaan yang berlaku adalah halal dan mengikut syariat. Antara ahli panel syariah syarikat ini adalah bekas Mufti Johor, SS Dato’ Noh Gadot.

Sebab itulah, pernah tak terfikir – Kenapa minuman di McDonalds adalah Coca Cola & Sprite, tetapi di KFC minuman cola yang dijual adalah PEPSI? Tukarlah kepada alternatif lain!

INTEL vs AMD

intel-logo VSamd

Persaingan antara 2 buah syarikat peneraju cip elektronik dan processor komputer utama dunia ini, telah lama wujud. Dalam kalangan enthusiast komputer serta peminat gaming, prestasi antara cip processor INTEL dan cip AMD telah lama diperdebatkan. Kedua-duanya terlalu hebat dari segi teknologi!

Namun, seperti yang dilaporkan, INTEL merupakan sebuah jenama Israel yang hakiki! Codename cip-cip yang dikeluarkan INTEL semuanya berasaskan kepada nama-nama mulia Israel. Kilang/pusat pengeluaran utama INTEL adalah terletak di Israel! Justeru, tiada sangsi lagi INTEL merupakan sebuah syarikat yang wajib diboikot!

Justeru, beralihlah kepada cip dari syarikat AMD. Cip mereka terbukti dalam kalangan enthusiast komputer, memberikan saingan yang hebat kepada Intel. Pendek kata, kita selaku pengguna biasa komputer, takkan terasa perbezaan antara komputer bercip INTEL dan bercip AMD.

Syarikat AMD (Advance Micro Device) merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Selain mengeluarkan cip processor, AMD juga mengeluarkan cip motherboard, graphic processor dan sebagainya. Di Malaysia, kewujudan komputer bercip AMD semakin banyak bertapak, sama ada komputer desktop mahupun komputer notebook. So, kenapa perlu pilih INTEL, sedangkan kita ada pilihan produk yang lebih kurang sama hebatnya?

Ingat, next time anda mahu beli komputer, carilah logo AMD!

NOKIA VS Sony Ericsson!

nokia-logo VSsony-ericsson-logo

Ah, persaingan sengit antara 2 jenama pengeluar telefon bimbit di seluruh dunia. Kedua-duanya menawarkan fungsi telefon bimbit asas yang sama, dengan sedikit perbezaan dari segi fungsi.

Nokia, merupakan antara pelabur utama di negara haram Israel. Malah, ia mempunyai sebuah pelan projek kajian tersendiri yang dinamakan Project Israel, serta melaburkan sehingga 500 Juta USD! Bayangkan sekiranya satu dollar dijadikan satu peluru kepada penduduk Palestin, betapa banyak peluru telah disumbangkan oleh syarikat ini!

Alternatif bagi syarikat ini, saya cadangkan kita beralih kepada model Sony Ericsson (SE)! SE merupakan sebuah company joint-venture antara syarikat terkenal Jepun, iaitu SONY dengan sebuah syarikat telekomunikasi Sweden, Ericcson. Syarikat ini berpangkalan di London, United Kingdom, serta tiada fakta @ bukti jelas menunjukkan penglibatan syarikat ini dengan negara haram Israel.

Dari segi kualiti, bercakap secara peribadi (saya kini memiliki 3 buah SE yang digunakan sejak 5 tahun lalu), Sony Ericsson merupakan sebuah jenama yang tahan lasak. Telefon model K300i yang saya gunakan sejak saya SPM dahulu, masih boleh digunakan hingga sekarang!

Namun, kebanyakan telefon bimbit SE tidak support aplikasi .sis, justeru membawa sedikit kekurangan. Sungguhpun begitu, sepanjang saya menggunakan telefon bimbit, saya tidak rasa saya perlu guna fungsi tersebut pun!

Bagi yang tidak pernah cuba SE, saya syorkan anda cuba menggunakannya, pasti anda akan berpuas hati! Saya pernah juga cuba menggunakan telefon Nokia untuk beberapa ketika, namun sayang, bagi pendapat peribadi saya, saya lebih gemarkan Sony Ericsson!

DISNEY VS ANIME!

disney_pictures_logo VSanime-in-india

Disney merupakan sebuah channel television yang terkenal di seluruh dunia! Boleh dikatakan mana-mana kanak-kanak di dunia ini yang mempunyai akses TV antarabangsa, pasti mengenali syarikat Disney ini. Setelah mengukuhkan kedudukannya dalam arena TV, Disney mengorak langkah lebih jauh ke dalam bidang lain seperti filem, muzik dan pakaian, namun masih lagi disasarkan kepada golongan kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, Disney menyokong pertubuhan negara haram Israel, serta Israel juga turut mengeluarkan dana yang tersendiri menggerakkan program-program anjuran Disney!

Alternatif yang saya ingin cadangkan, adalah sebuah genre animasi dari Jepun, iaitu lebih dikenali ramai sebagai ANIME! Anime merupakan genre kartun yang pasti mampu menarik minat kanak-kanak di seluruh dunia kerana kecomelannya serta mempunyai banyak persamaan dari segi persekitaran yang ditonjolkan. Justeru, ianya mudah sekali diasimilasi dalam kelompok kanak-kanak, sekaligus mengurangkan “kebergantungan” kanak-kanak kepada Disney.

Walaubagaimanapun, anime menggunakan bahasa Jepun sepenuhnya sebagai bahasa perantaraan. Namun, jika ada yang mengatakan Disney sesuai sebagai medium pembelajaran bahasa Inggeris, banyak lagi medium-medium pembelajaran bahasa Inggeris yang lain yang lebih sesuai! Malah, siapa sangka, dengan menonton anime kanak-kanak turut berminat menguasai bahasa Jepun juga? =)

Perlu diingatkan, anime itu sendiri perlu dikawal tontonannya. Sesetengah anime, mempunyai aksi-aksi yang kurang sesuai kepada kanak-kanak, mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan sebagainya. Walaupun semakin banyak anime yang memupuk sifat positif seperti persahabatan, perjuangan dan sebagainya dikeluarkan, pilihan terbaik tetap adalah meninggalkan perkara ini secara terus. Hiburan merupakan satu bentuk penyerangan ke atas akidah umat Islam, baik dari Yahudi mahupun dari mana-mana sekalipun. Berhiburlah mengikut syariat Islam, dan sesungguhnya menjauhi hiburan-hiburan melampau dan tidak mengikut syariat ini adalah yang terbaik bagi kita selaku Muslim!

KESIMPULAN

Terdapat banyak alternatif lain selain produk-produk yang menyokong perjuangan Israel ini. Kita cuma perlu bukakan minda, luaskan perspektif, maka pilihan-pilihan tersebut pasti lebih baik kepada kita, inshaAllah!

Perlu dinyatakan, alternatif yang saya nyatakan di atas bukan alternatif terbaik yang ada! Alternatif yang saya berikan adalah berdasarkan kepada kualiti produk/jenama yang paling menyerupai produk asal. Namun, alternatif yang terbaik bagi jenama-jenama tersebut pastilah jenama MUSLIM!

Justeru, jika anda merupakan seorang ahli farmasi @ ahli kimia, maka ciptalah sebuah minuman baru bagi menyaingi CocaCola dan PEPSI! Jika anda merupakan seorang pengusaha makanan/restoran, maka bangunkanlah jenama franchise makanan segera anda yang tersendiri! Jika anda merupakan seorang jurutera komputer, maka keluarkanlah sebuah cip komputer yang setanding dengan Intel dan AMD! Jika anda merupakan seorang jurutera telekomunikasi, maka hasilkanlah sebuah telefon bimbit yang setaraf dengan Nokia dan Sony Ericsson! Dan jika anda seorang jurutera multimedia @ kartunis @ juruanimasi, jom hasilkan trademark animasi kita sendiri, animasi MUSLIM!

Sudah jelak dan muak kita menggunakan produk-produk mereka. Ayuh, mari kita mencorakkan masa depan dengan produk-produk berlandaskan syariah dan bersama kita hiasi kegemilangan Islam di masa hadapan!

(PS : Boikot, boikot juga. Tapi jangan lupa usahakan ikhtiar yang lain juga! Jangan lupakan Qunut Nazilah! Jangan lupa terus mengeluarkan derma dan sedekah! Jangan lupa, ceritakan mengenai perihal Palestin kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda! Jangan lupa terus berdoa! Percayalah, boikot sahaja tidak cukup, anda mampu lakukan yang lain!)

23 thoughts on “Alternatif Boikot!

  1. salam..
    usaha yg amat2 bgs..hopefully kwn2 yg bca info ni leh sebarkan kat smua supaya rmai lg yg sedar n tau..sebab inilah antara usaha yg blh kita lakukan nak tlg umat2 islam kat palestin tu..insyaAllah,sama2 kita usahakan..=]

  2. salam….artikel yg menarik…boleh kah artikel ini diperpanjangkan ke luar dr blog ini….insyaAllah saya letak link website saudara…

    inshaAllah, boleh. teruskan, moga dapat memberi manfaat inshaAllah.

  3. Pingback: Boikot Israel:Sejauh mana kita boleh pergi? « ::KamILsIfU::

  4. Untuk Mcd vs kfc, terlebih baik beralih kepada RFC (radix fried chicken – http://www.radixfriedchicken.webs.com/). Tapi RFC pun belum berkembang di sini. Jadi tak perlulah ralit sangat tak dapat makan burger atau kfc. Beli sahaja burger Ramly atau goreng sahaja ayamas crispy.

    Coke VS Pepsi. Dua-dua minuman tak tidak baik untuk kesihatan. Setahu saya, Pepsi juga ada kes. tapi tak ingat kes apa. Jadi, belajar-belajarlah minum minuman yang lebih berkhasiat seperti jus buah ataupun air suam sahaja.

    Begitu juga dengan produk-produk lain. Nak seribu daya. Tak nak beribu dalih. Kan?

    Selamat mengubah cara hidup yang lebih baik.

    boikot kerana produk Israel, atau boikot kerana ianya tidak baik untuk kesihatan? Betulkan niat memboikot, baru boikot jadi ibadah.

  5. Sekarang USM sedang menganjurkan Minggu Penghayatan Islam. Aku Exco Grafiknya. Antara video yang perlu aku buat adalah tayangan Malam Untukmu Palestin, Solat Hajat Untukmu Palestin dan Larian Amal.

    Kau tahu apa jadi. Hati aku sakit semasa proses membuat video. Dan jauh dalam diri aku, terbina satu niat drastik. BOIKOT. Thanks atas info alternatif.

  6. syeikh;

    setahu aku, KFC kat malaysia tak lagi bernaung dibawah panji “kentaki fried chicken” tapi dah jadi “kitchen fresh chicken”, 100% malaysian.

    keduanya,
    alternatif kepada properity burger, resepinya dalam blog aku. kat rusia tak ada prosperity burgerkan? hahahah!

    ketiga,
    ingat cerita burung pipit zaman nabi ibrahim as. niat lebih penting dari akibat.

    Allah lebih tau.

    bro, betul ke yg 1st tu? seriously x penah dengar pun. x tahu la kot2 terlepas berita tu, maklumla merantau jauh T_T

  7. Masyaalah, menarik entry ni. tapi tertarik juga pada pendapat bayan tu, lagi best kalau kita sama2 cuba cari alternatif yang lebih best daripada produk amerika. di samping tu, dpt juga sokong industry orang2 malaysia kan?

    -yang teringin nak buat jenama mi bandung iman muslihah-

  8. Pingback: Alternatif Boikot! at Andaiku pergi…

  9. Pingback: BOIKOT!!!!!!!! « ..::QUeeNs^_~DiaRies::..

  10. Pingback: Inisiatif Program-program Palestin Di Miri « Muhtar Suhaili As-Sarawaki

  11. bgus artikel nih…utk support brother bumilangit…btul kt mesia KFC bukan lagi stand for “kentucky fried chicken” tp “kitchen fresh/fried chicken”… so jgn ragu2 nk mkn KFC kt mesia…

  12. McDonald’s and Starbucks have today announced that they will be donating all profits from now until Sunday to Israel war. Also, the producers of Adam Sandler’s new movie Bed Time Stories will be donating their profits to Israel . Be informed, and let others know not to contribute and refuse to support these monsters that believe in killing innocent civilians. Boycott McDonald’s and Starbucks. Also don’t take your kids to see a movie that promotes violence by association. Together we can make a difference! Please pass this email

    erm..about the info regarding mcd n starbucks n Adam Sandler’s, saya lebih suka mencadangkan kita ignore maklumat ini sehinggalah bukti2 yang jelas dibawa.

    kezaliman yang dikaitkan dengan mereka tidak memberi permission kepada kita untuk tidak berlaku adil.

  13. AMD/PEPSI/KFC company USA.. they pay tax and american company tolong israel.. camne?

    saya ada kawan kristian di new york, namanya Samantha. dia bukan setakat anti-keganasan/yahudi, malah berminat dengan Islam pula. adakah sbb dia duduk di sana dan obviously bayar tax di sana, saya perlu putuskan persahabatan dan boikot dia juga?

  14. telah dijelaskan ianya tidak secara jelas, mungkin indirectly. yang lebih baik adalah tinggalkan keduanya.

    alternatif untuk filem Hollywood: JDorama dan KDrama..
    har3 pasnih boikot House, tonton Team Medical Dragon dan Code Blue je..

  15. Pingback: Apa Khabar Palestina? « myawfa

  16. ASIF JIDDAN . RASANYA PEPSI TU PUN BOIKOT JUGAK KAN ? XSILAPNYE , SEBAB PENGELUAR DYE . ASIF LAMA DAH XBELI PEPSI AND ANA WASWAS DGN PEPSI . BTW , TENTANG KFC TU , RASANYA , XWAJAR JUGAK DIJADIKAN ALTERNATIF KPD MCD SBB STILL MNYUMBANG KPD ISRAEL . WLAUPUN KFC KT M’SIA NI COMPANY M’SIA YG PEGANG , TP DORG STILL KNE BYR CUKAI PD KFC KT ISRALE SANA TU , SBB DORG STILL MENGGUNAKAN NAMA ‘KENTUCKY FRIED CHICKEN’ . ASIF KLAU AD SALAH , MHON DPERBETULKAN .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s