Amaran Kepada Yang Memboikot!

Err..pertama-tamanya nak mohon maaf mengenai tajuk artikel ini. Perkataan “amaran” macam tak berapa sesuai agaknya, lebih baik digantikan dengan perkataan “peringatan”. So..tajuk artikel ini..

Peringatan Kepada Yang Memboikot!

Percaya atau tidak, boikot kita sudah semakin berhasil! Baru-baru ini sebuah syarikat produk yang diboikot melahirkan kebimbangan kesan dari boikot ini, yang menurutnya turut menyebabkan kerugian umat Islam sendiri. Dari sudut positifnya, kebimbangan yang diluahkan membuktikan bahawa kedudukan syarikat tersebut adalah vulnerable @ boleh digugat dengan boikot ini! Ternyata sesiapa yang mengatakan boikot ini adalah usaha remeh, tidak ada kesan dan sebagainya, pernyataan tersebut adalah silap sama sekali!

Saya suka memetik ulasan Ustaz Zaharudin (UZAR) di lamannya mengenai situasi Amerika dan Britain sekarang. Khabarnya, Amerika sekarang sudah semakin sakit! Sedangkan rakyatnya sendiri ramai yang anti-peperangan, ramai yang kehilangan kerja akibat masalah ekonomi. Obama sibuk menyusun perancangan untuk negaranya di masa depan, Bush pula sibuk menghabiskan duit kerajaan menyumbang kepada Palestin! Britain juga sedemikian, semakin parah! Nilai pound sterling semakin merundum jatuh, hinggakan ada kebarangkalian mencecah/lebih rendah dari nilai Euro!

Boikot adalah tidak mustahil! Boikot adalah sebuah langkah yang berkesan!


Kesan Negatif

Namun, dalam keadaan ini, saya agak gusar kerana kesan-kesan negatif kepada boikot juga wujud. Rakan-rakan Muslim kita yang bekerja di syarikat2 tersebut atas dasar mencari pendapat, turut menerima kesan. Kongkongan yang diberikan kepada rakyat/masyarakat melalui boikot, pasti akan menghasilkan perasaan memberontak dalam diri sebahagian yang lain. Kesan-kesan ini tidak boleh kita abaikan, sebaliknya kita kena sama-sama memberikan solusi bagi mengatasi kesan-kesan ini! Berikut adalah beberapa solusi yang saya cadangkan:

SOLUSI PERTAMA – Berikan alternatif bagi barang-barang yang diboikot! Dalam boikot, kita menghalang seseorang/masyarakat membeli barang-barang yang mereka biasa beli. Justeru, kita mestilah menawarkan alternatif yang setimpal bagi barang-barang tersebut. Telah saya bicarakan mengenai hal ini dalam artikel saya sebelum ini, dan telah saya nyatakan – Alternatif Terbaik Adalah Produk Muslim. Oleh itu, ayuh! Para Muslimin! Kita hasilkan produk kita sendiri yang setaraf dengan produk2 mereka, serta kita berikan sokongan kepada usahawan2 Muslim yang sedia ada!

SOLUSI KEDUA – usahawan/tokey2 Muslim haruslah memainkan peranan MENGGAJI pekerja-pekerja Muslim yang berhenti/dipecat dari syarikat2 produk2 yang diboikot tersebut. Ramai rakan-rakan seagama kita yang bekerja dengan syarikat2 tersebut, kini berada di dalam dilema : hendak berhenti, nafkah anak dan bini perlu dijaga. Hendak diteruskan, risau bersubahat. Ramai mudah sahaja menuding jari kepada mereka – “ala, banyak lagi kerja lain.” dengan kata-kata sinis dan sebagainya, tanpa sedikit pun rasa husnul-zhon kepada mereka. Di mana keprihatinan kita, adakah dengan menzahirkan kebencian kita kepada Israel, kita turut sama kehilangan sifat prihatin sesama muslim?

Justeru, saya mencadangkan, agar kita sama-sama memberikan bantuan kepada mereka, dalam usaha menjaga kebajikan mereka terutamanya yang menerima kesan langsung dari pemboikotan ini. Seruan saya ditujukan khas kepada majikan-majikan Muslim, pemilik kedai-kedai makanan Muslim, pemilik kedai2 runcit, pemilik syarikat2 bumiputra dan sebagainya : berikan bantuan kepada saudara-saudara anda yang sedang berjihad tersebut!

Ini juga satu langkah ke arah mempromosi boikot. Saya terbaca, ada kesatuan peniaga2 Muslim yang mengeluarkan kenyataan akhbar menyokong tindakan boikot ke atas produk2 tertentu. Maka saya menyeru juga kepada kesatuan peniaga yang sama untuk berjanji akan menggaji pekerja-pekerja di syarikat ini yang berhenti atas dasar menyokong boikot!

SOLUSI KETIGA – terus-terusan memberi bantuan dari segenap perspektif kepada rakan-rakan yang baru nak memboikot @ yang semakin mempunyai kesedaran untuk memboikot. Antara bantuan yang penting termasuklah bantuan dari sudut motivasi. Contohnya, kita sebarkan lagi maklumat bahawa syarikat sekian2 sedang mengalami kerugian, ini menunjukkan boikot kita mula menampakkan hasil. Ini menjadi motivasi kepada mereka yang baru nak memboikot atau sedang memboikot, untuk terus memboikot! Sertakan bersama, apa faedah boikot kepada orang-orang yang memboikot! Bagi mereka yang mempunyai autoriti, berikan insentif kepada mereka yang memboikot!

Jangan tak percaya, bantuan kewangan juga boleh diberikan! Saya teringat satu peristiwa yang berlaku kepada rakan saya ini, dia hendak membeli satu produk Israel kerana produk itu lebih murah dari alternatif lain yang ada. Seorang rakan saya ini tanpa berfikir panjang terus je cakap – “Engkau jangan beli produk Israel ni. Aku tambah duit engkau sikit, engkau ambil produk tempatan tu.” Tindakan sahabat saya yang sanggup mengorbankan wangnya sendiri demi menyelamatkan rakannya dari bersubahat dengan produk Israel, menimbulkan kesedaran kepada rakannya itu, dan alhamdulillah rakannya itu akhirnya istiqamah dalam boikot!

Maka, kita semua kena mainkan peranan. Jangan kita lepas tangan setelah boikot kita berjalan. Kita kena bantu orang yang “berjihad” melalui boikot ini, sebab bukan senang nak memboikot ni. Banyak dugaan, hasutan, pujukan, ajakan, rayuan, godaan dan sebagainya lagi yang membuatkan boikot ni begitu susah. Tambah2 pula apabila kita yang sibuk mempromosi boikot ini mengambil sikap lepas tangan, lagi lah kecewa rakan kita yang baru nak start memboikot tu.

Ambil Kesempatan!

Dan yang paling penting, ambil kesempatan yang ada ini untuk menyebarkan kefahaman Islam dengan cara yang paling baik! Boikot merupakan satu isu yang universal : isu ekonomi, isu sosial, isu Islam dan sebagainya, serta melibatkan segenap kelompok masyarakat – liberal mahupun konservatif, yang belum-muslim mahupun Muslim! Semakin ramai anak muda Malaysia membuka mata mengenai isu ini, kerana isu ini berkait rapat dengan diri mereka.

Pakcik, kenapa tak jual Coca Cola? Ooo..sebab CC kena boikot. Kenapa perlu boikot? Oo..sebab produk menyumbang kepada Israel. Siapa itu Israel? Oo..musuh Islam yang menyerang Palestin. Palestin itu siapa pula? Ooo..saudara2 kita di Timur Tengah. Apa yang penting pasal Palestin tu? Ooo..kat situ ada masjid ketiga paling mulia dalam sejarah Islam. Apa yang best pasal masjid tu? Ooo..tu masjid yang Rasulullah singgah semasa Isra’ Mi’raj. Apa pula Isra’ dan Mi’raj tu? etc etc

Semakin banyak persoalan akan timbul dalam diri setiap anggota masyarakat. Isu boikot ini adalah bagaikan satu ketul batu yang dicampakkan dalam kolam. Bukan setakat riaknya akan tersebar ke seluruh permukaan. Dasar kolam yang mendap itu juga akan turut naik ke atas!

Apa peranan kita? Kita jangan berhenti sekadar memberikan arahan, tetapi kita mestilah bersedia memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang akan timbul. Jangan kita jemu memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan ini, walau seremeh manapun. Tibalah masa untuk kita belajar lebih banyak perkara mengenai agama kita, dan mengajarkannya pula kepada yang lain. Tanggungjawab kita tidak akan berhenti setakat boikot sahaja. Boikot adalah permulaan kepada tanggungjawab-tanggungjawab kita yang lain.

Ingat, boikot sahaja adalah tidak cukup! Maksimumkan strategi kita! Siapa tahu, peristiwa yang sedang berlaku sekarang ini, merupakan titik tolak kepada kelahiran Salahuddin Al-Ayyubi kedua 10, 50 atau 100 tahun lagi, sekaligus mengembalikan kegemilangan Islam di masa hadapan!

Persoalannya – adakah anda ingin menjadi sebahagian dari kegemilangan tersebut, atau cuma sekadar “watak tambahan” yang tiada apa2 kepentingan?

18 thoughts on “Amaran Kepada Yang Memboikot!

  1. salam alaik .sy setuju dgn pe yg mamat leokid nie tls….wlopon boikot nie nampk cm bende simple je tp bg kesan besar kpd saudara2 islam kite esp kt palestin 2..harap sume ade kesedaran n mulalah bantu rakyat palestin..bantuan plg mudah ngn berdoa pd Allah…kte kne amik tau isu nie n jgn amik mudah..jgn ingt kita sentese berada dlam zon selesa….bangkitlah wahai umat islam sekalian..takbirr!!!!Allahuakbar

  2. nak kongsi sikit,baru2 ni sy ada pergi sebuah kedai runcit biasa,sy nak beli coke dan alangkah terkejutnya sy bila nak buka peti minuman kat kedai tu,ada tertampal poster “NO COKE HERE!BOYCOTT ISRAEL” memang betul dalam peti minuman tu tak de dijual coke..kagumnya sy dengan pemilik kedai tu.Hasrat saya nak beli coke terbantut dan hati sy begitu tersentuh dengan kesungguhan pemilik kedai itu memboikot barang2 israel.

    harap semua pemilik2 kedai muslim dapat mencontohi pemilik kedai ini(maaf,sy lupe ape name kedai tu..)
    Begitu bersungguh-sungguh beliau memboikot barangan israel dan beliau tidak hanya lebat bercakap sahaja..PUT WORDS INTO ACTION..bagus2..

    p/s kepada pemilik kedai ni,sy doakan semoga perniagaan anda semakin maju..amiin

  3. salam leokid
    semalam akk kluar pegi sg wang..
    lalu dekat 1 restoran fastfood ni
    hage makanan die menjunam turun
    ketara jugalh p’bezaannya
    kt stu juga ade t’tampal “TEMUDUGA PEKERJAAN”
    erm,nmpknye mmg menampakkn hasil boikot kte ni
    alhamdulillah
    tp mcm yg leokid ckap,ade kesannya kpd saudara2 islam kte yg bekerja dgn mereka.akk hrp ade bdn2 yg blh m’bntu mrk dan nsib mrk trut t’bela hasil p’boikotan ni.insyaALLAH rezeki mrk dimurahkn hendaknya

  4. Pingback: Perlu Fokus - Boikot Barang AS dan Israel « Berjalan

  5. Pingback: Boycott - Boikot Produk Israel & US « Berjalan

  6. Analisis yang menarik dan baik…

    Moga boikot beri tamparan besar kepada “dunia gelap” itu. saya suka pada para yang terakhir itu. Sangat berjiwa dan ia tidak pun mustahil. Persoalanya, adakah kita akan merealisasikannya?

  7. secara zahirnya saya memang setuju kita boikot barangan amerika n israel…tapi dalam masa sama saya turut simpati pada nasib saudara muslim kita yang keje dgn syarikat berkiblatkan “setan2 besar” ni.. saudara terdekat saya, abang kandung saya sendiri..keje di syarikat mengeluarkan rangkaian produk makanan yang agak besar di Malaysia ni… ntah la..kalu syarikat tu tutup akibat boikot masyarakat malaysia..syarikat tu lingkup.. abang saya dan saudara kita yg lain kena buang keje.. ada ke yg nak hulur bantuan??? rakyat malaysia kita ni biasanya kalu nasib antarabangsa kita la paling ke depan… tapi..anak jiran makan tak cukup..kita leh plak buat2 x kisah..lagi2 zaman gawat ni…yg ada dah kena buang keje pun masih tak terbela..ni kan pulak yg bakal terima nasib sama.. wallahualam

  8. gud post…..hehehehe,,,,btol tuwh boikot salah satu langkah bijak tp hasilnya memang susah nak nampak….psal it take time …..klu bersungguh-sungguh d diteruskan x mustahil….usaha nie success….

    nie org malaysia ka??? duk mana???

  9. kwn2 kami smua tergamam tgk kfc yg besar d s.a, yg sblmnya ini kmi tgk tmpt parkingnya slalu pnuh, kni ‘gersang’ tnpa pengunjung..=p

    p/s: itu x shebt dijakarta lagi, yg d’bkr’ restoren kfcnya! hehe….

    kaji, tapis tepis~ SaVe palestin, boicott IsraeL! Takbirr
    apepun amik yg baik,buang yg bruk. tapis, tepis

  10. Assalamualaikum!
    Sokong dgn posting ini. Boikot barang yg diimport dahulu seperti ubat gigi colgate yg dibuat dinegara jiran kita. Utk produk makanan spt Nestle, keluaran Milo di Malaysia shj adalah utk pasaran domestik dan memang tak cukup.
    McD, dlm radio IKIM ada mengatakan sebhg keuntungan McD hendak diberi kpd Israel, begitu juga dgn Starbuck dan Filem Bedtimes Story keluaran Walt Disney.
    Saya dah lama tak beli dan minum coke selepas mengetahui ianya tak elok utk tubuh badan.
    Kita boikot produk Sara Lee antaranya Ambi Pur, Ridsect, Kiwi, Sanex, Brycreem dll. Semua produk Sara Lee ada produk alternatif.

  11. Assalammualaikum…sekarang saya memang tengah mngkaji apakah alternatif barangan yang boleh di war2 kan kepada masyarakat terutamanya masyarakat muslims.barangan buatan malaysia khususnya.minta tolong emailkan kepada saya jika ada informasi alternatif barangan buatan malaysia. email: thalya008@yahoo.com.terima kasih

  12. wa’alaikumussalam …saya terpanggil utk berkongsi dgn saudara seagama dgn saya menggantikan barangan israel dgn produk muslim yang bersih ,suci dan yg paling pentg ia HALAL dan tdk mberi mudharat, berbeza dgn produk israelll.KENAPA ANDA TIDAK CUBA BARANGAN HPA.Saya percaya sukar utk megubah cara hidup kita ,lbh2 lg anak2 kita yg biasa minum milo , horlicks dll semua produk FnN( termsk susu pekat/ cair.Alhmdulillah ,family saya dh hampir 5 thn tak mkn produk isreal dan singgah mana 2 kedai mknn segera ni. cubalah kita pasti boleh melaluinya.dan alhamdulilah saya tak risau lg. krn HPA ada, kopi, koko( ganti milo), sabun ,cereal ( ganti cuacker oat )dan semua KEPERLUAN HARIA & JGN TERKEJUT saya dh boleh hidangkan RFC ( RADIC FRIED CHICKEN) utk anak2 saya di rumah. UTK KETERANGAN LANJUT , sila buka WEB http://www.hpa.com wasslm.

    Ummu’amru -Batu Pahat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s