Pesan Dari Seberang

Pesan Dari Palestin

Suatu pagi yang hening di Palestin, digemparkan dengan sebuah letupan. Di celahan rumah yang ranap itu, seorang ibu tua berjaya menyelamatkan diri. Rumahnya hancur dibom, anak dan suaminya luluh menjadi cebisan. Hiba menguasai diri.

‘’Aina antum! Aina antum!” jeritan yang lahir dari hatinya, namun tiada yang mendengarinya. Laungan ibu tua itu mencari-cari dimanakah umat Islam sekarang?

Seorang lelaki tua pula bermonolog sendirian,

“Al-Aqsa mengharapkan, menyeru dan memanggil kaum Muslimin dan anak-anak di tanah Isra Rasulullah SAW, tatkala putera-puteri Palestin dibunuh oleh kaum Yahudi seolah-olah mereka ini bagaikan serangga dan mereka menyeru kepada Ummah..lindungi kami.

Kaum wanita mencucurkan airmata mereka di Masjidil Aqsa, mereka menjadi balu, mereka dibunuh dan kemuliaan mereka dicabut di atas bumi mereka. Lantas apakah yang dilakukan oleh kaum Muslimin?

Kaum Muslimin di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan dari kalian, dari para pemimpin kaum Muslimin yang khianat, dan dari anak-anak Umat Islam yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah Al-Mustafa SAW, lantas apakah yang dilakukan oleh umat Islam?

Apakah umat ini mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah? Apakah mereka melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah SAW? Tidak sama sekali!

Dan saya bertanya kepada kalian wahai kaum Muslimin,saya bertanya kepada kalian…. bagaimanakah kelak kalian akan berhadapan dengan Allah SWT di hari kiamat,ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat. Bagaimakah kalian akan berhadapan dengan Allah? Ketikamana yang bersama dengan kalian adalah seorang anak dari kaum Muslimin di Palestin. Ia berkata, Ya Allah, Ya Tuhan, Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam, namun umat Islam tidak menjawab panggilanku!

Pesan Dari Serebrenica

11 Julai 1995, di sebuah perkampungan terletak di Serebrenica, Bosnia Herzegovina. Rejim tentera Serbia yang diketuai oleh laknatullah Radko Mladic menghalau dan menghapuskan penduduk-penduduk Muslim sesuka hatinya.

Kedatangan PBB sebagai tentera pengaman, disangkakan dapat membawa keamanan kepada penduduk Muslim di sana. Rupanya palsu belaka.

“Hari ini,pada 11 Julai 1995,di Sebrenica Serbia,ketika Serbia akan manyambut hari sucinya, kami menyerahkan bandar ini kepada Negara Serbia sebagai peringatan kepada penentangan terhadap kaum Turki masanya sudah tiba untuk membalas dendam terhadap kaum Muslimin”

Rumah-rumah terus-terusan dibedil dengan kereta kebal. Seorang wanita tua meratapi pemergian keluarganya.

“Anak-anakku,anak-anakku,apakah yang telah Mladic lakukan kepada anak-anakku?”

“Ibumu sendirian wahai anakku, kau telah kehilangan abangmu dan bapamu.”

Pesan Dari Chechnya

Di Chechnya pada tahun 1992. Rejim tentera Russia mencerobohi wilayah tersebut, mensasarkan kepada saki baki penduduk-penduduk Muslim yang ada di situ.Tanah yang asalnya berbukit bukau, menjadi rata dibedil dan dilanyak oleh kereta-kereta kebal, sehingga menjadi seperti padang jarak padang tekukur. Rintihan seorang muda memecah keheningan:

“Di manakah tentera kaum Muslimin? Mengapa pertolongan tentera antarabangsa yang dipinta? Dimanakah tentera Mesir? Di manakah tentera Syria? Di manakah tentera Jordan? Di manakah tentera negara-negara Teluk? Di manakah tentera Yemen? Di manakah tentera Algeria? Di manakah tentera Indonesia? Di manakah bom-bom tentera Pakistan? Dan untuk siapakah bom-bom ini dihasilkan? Dan untuk siapakah tentera-tentera ini disediakan?

Wahai manusia! Aku bersuara untukmu dalam kesedihan dengan kepiluan di dalam hatiku, aku bersuara untukmu dan aku mengingatkan:

Suatu hari nanti kalian akan berdiri di hadapan Allah SWT yang Maha Mengetahui. Yang akan bersamamu pada hari Kiamat adalah anak kecil, yang berkata, Wahai Tuhanku, Umat Islam telah mengecewakan aku, Umat Al-Quran telah mengecewakan aku dan Ramadhan berlalu tanpa umat ini berbuat apa-apa. Bilakah Umat Islam akan bangun? Bilakah ia akan sedar akan permasalahan utamanya? Bilakah umat ini akan kembali kepada Islam?

Apakah yang kalian nantikan lagi atas apa yang akan dilakukan oleh kaum Kuffar? Apakah kalian menanti sehingga kaum Kuffar melakukan sesuatu yang lebih buruk dari ini? Demi Allah mereka telah melakukkannya!

Pesan Dari Iraq

Seterusnya di Iraq, tatkala Amerika dan sekutunya melakukan kerosakan di atas bumi bersejarah tersebut. Jirannya Iran berpeluk tubuh. Negara yang mengakui Muslim sejati, Shiah sejati. Namun apa kejadahnya berpeluk tubuh tatkala umat Islam dibunuh di Iraq? Adakah perbezaan iktikad sunni-shiah menjadi pemisahnya?

’Kami telah mendengar kata-kata pemerintah Iran dan ulama Iran memberi amaran kepada Amerika agar tidak menyentuh tempat-tempat suci di Najaf dan Karbala. Sungguh pelik kata-kata ini dan Islam apakah ini wahai pemerintah Iran? Adakah Najaf dan Karbala itu lebih mulia dari Kaabah? Tidakkah kalian ketahui bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

”Kehancuran Kaabah itu adalah lebih kecil di sisi Allah berbanding pembunuhan seorang Muslim.”

Apakah batu-batuan lebih mulia bagi kalian berbanding darah kaum Muslimin? Islam apakah yang kalian serukan? Dan Quran apakah yang kalian imani? Atau adakah kalian membaca Al-Quran dengan pandangan Amerika? Dan memahami Islam melalui pemahaman Amerika? Atau apakah Islam yang kalian ikuti ini tidak mengandungi ayat Allah apabila Allah mengatakan:

”Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian(ketika mereka diserang) kerana Islam,kalian mestilah menolong mereka”

Atau apakah Islam yang kalian ikuti tidak mengandungi sabda Rasulullah:

”Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Ia tidak menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya (kepada yang menzaliminya)”.

Lantas, pengkhianatan apakah ini wahai pemerintah Iran? Dan bagaimanakah kalian akan bertemu dengan Allah kelak? Dan apakah yang kalian akan katakan kepadaNya? Apakah yang kalian akan katakan? Apabila anak-anak Afghanistan, Palestin dan Iraq membuat tuntutan ke atas kalian di hadapan Allah dan kalian mendakwa bahawa kalian bersama dengan Islam.Wahai para pemerintah Iran! Bertaqwalah kepada Allah! Bertaqwalah kepada Allah dan bebaskanlah diri kalian dari ‘wahn’(cinta dunia dan takutkan mati)”

Di seluruh dunia, ummat Islam ditindas. Mengapa kita tidak boleh berasa empati? Adakah kerana kita sedang selesa senang lenang di negara kita Malaysia yang aman damai? Kenapa kita tidak boleh berasa sedikit empatipun kepada saudara-saudara kita, umat Islam di tempat2 tersebut? Alangkah kuatnya pemisah sempadan negara yang digariskan kuffar, sehinggakan mengatasi persaudaraan agama. Tatkala kuffar menggariskan “demokrasi” sebagai sistem baru dunia, menggantikan khilafah. Kononnya “demokrasi” menjanjikan kebebasan – kuasa memilih pemerintah di tangan rakyat. Seorang mangsa kekejaman kuffar menyuarakan mengenai demokrasi, setelah saudara dan anak2nya hancur dibedil:

“Adakah ini yang dinamakan KEBEBASAN oleh Bush? Adakah ini penyelesaian demokratik Bush bagi orang-orang Arab dan kaum Muslimin? Adakah aku harus membayar dengan enam nyawa untuk demokrasinya? Aku tidak ingin kebebasannya, abangku dan anak-anaknya terbunuh..darah dibadanku ini adalah buktinya” – seorang lelaki menceritakan kisah dukanya.

“Lihatlah ini! Tiadakah lagi nilai kemanusiaan? Apakah perasaan anda bila melihat anak kecil menangisi ibunya dan bapanya? Dimanakah nilai kemanusiaan? Di manakah perginya keprihatinan?” – seorang perempuan merintih dengan apa yang berlaku pada dirinya.

“Para pemimpin pengkhianat mengatakan: Kami tidak dapat berbuat apa-apa di hadapan Amerika. Amerika adalah negara yang kuat, bahawa ia adalah negara gergasi, sebuah superpower! Kita semua telah menyaksikan bagaimana negara superpower ini ditundukkan di Lebanon apabila kaum Muslimin menghancurkan markas AS. Kita semua melihat bagaimana kafir AS yang disembah oleh para pemimpin ini, telah ditundukkan di Somalia, bagaimana kaum Muslimin di Somalia memalukan AS.

Sembahan ini, Hobal ini yang disembah Mubarak. Para pemimpin ini yang takut kepada AS berdoa kepada AS dan mereka meminta-minta kepada AS. Mereka percaya kepada AS, bahawa AS lah yang memberi dan mengambil nyawa.

Kalian tidak mempunyai pilihan dan tidak ada tempat untuk berlindung kecuali kembali kepada Al-Quran agar kekuasaan Islam dapat didirikan di bumi Allah. Sesungguhnya Allah memelihara dengan kekuasaan apa yang tidak dipelihara dengan Al-Quran. Allah tidak menurunkan Quran untuk hanya dibaca ke atas mereka yang sudah tidak bernyawa di antara kita atau agar ayat-ayatnya dijual sebagai jampi atau untuk menjadi perhiasan pada dinding-dinding dan ruang-ruang. Sesungguhnya Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai hidayah bagi umat manusia agar mereka mengambilnya, yang dengan rahmatnya manusia akan dibebaskan dari kegelapan kepada cahaya dan melepaskan manusia dari belenggu perhambaan (sesama manusia) kepada penyembahan Tuhan manusia dan melepaskan manusia dari kesempitan hidup kepada keluasan dunia dan akhirat! Saya menyeru kepada kalian wahai saudaraku! Agar kalian bangun dan membuangkan debu-debu yang sudah terlalu lama melekat di tubuh kalian dan berusaha bersama-sama dengan saudara-saudara kalian yang bekerja keras. Saudara kalian yang dipercayai, yang berusaha sedaya-upaya mereka untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan mengembalikan Khilafah buat kali kedua melalui tariqah Rasulullah SAW agar kalian memenuhi tanggungjawab kalian terhadap Allah maka janganlah kalian saling mengkhianati dan membohongi sesama sendiri, mintalah pertolongan Allah dalam menjalankan tanggungjawab ini agar Allah mengurniakan kemuliaan kepada kalian di dunia dan akhirat dan mendapat keredhaannya”.

“Pada ketika keberadaan sebagai seorang Muslim itu bermakna kalian terdedah kepada kezaliman ketika keganasan dan Islam menjadi suatu yang sinonim, keganasan ini diperkenalkan melalui peperangan dan kekejaman yang penuh penipuan dan pembohongan keganasan kebudayaan adalah apa yang kita alami apabila ribuan majalah dan program TV menggambarkan Islam sebagai ancaman bahaya ke atas tamadun manusia. Oleh itu,kita juga mempunyai tugas untuk memperjelaskan kebenaran dan mendedahkan keburukan dan jenayah AS dan konco-konconya. Contohnya,yang kita lihat mengenai penjara-penjara rahsia CIA jelas menggambarkan bahawa mereka memerlukan tempat-tempat di mana penyeksaan yang paling kejam boleh dilakukan di mana seorang Muslim dipaksa untuk memilih samada berdiam diri atau membuat pengakuan salah. Serangan-serangan ke atas Islam dan Negara Islam ini, wahai Muslimin dan Muslimat, mengharuskan kita untuk kembali kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah semata-mata dalam pemikiran kita, pendirian kita, perlakuan kita dan tindakan kita.

“Adakah kalian tidak bergerak wahai umat Islam? Sampai bila dan akan berdiri Khilafah di atas jalan kenabian”

Khilafah?

Apakah khilafah itu? Khilafah adalah warisan sistem pemerintahan oleh Rasulullah. Sistem pemerintahan yang amat berkuasa, berkuasa mengalahkan pemerintahan republik, demokratik, “hadhari” dan segala macam lagi konsep pemerintahan yang ada.

Hebat sangatkah Khilafah ini? Diceritakan, di suatu zaman pemerintahan khilafah yang berpusat di Istanbul. Adapun ketika itu, seorang pemuda Rom telah mencerobohi sempadan khilafah, lalu mengusik seorang gadis Muslim di situ. Gadis Muslim tersebut menjerit, lalu perihal jeritannya tiba di telinga khalifah ketika itu. Lantas diutuskan surat kepada pemerintah Rom,

“Kerajaan Rom mestilah memohon maaf atas perlakuan pemuda negaramu yang biadap itu. Dan pemuda tersebut mestilah dihukum dengan hukuman yang setimpal. Dan diharamkan pemuda tersebut memasuki sempadan empayarku lagi. Andai kau tidak berupaya memenuhi tuntutanku ini, maka nescaya akan aku utuskan tentera berkaki yang beratur dari muka pintu istanaku ini, hingga ke muka pintu istanamu untuk berperang denganmu!”

Hebatnya kekuasaan Khalifah!

Maka apa respons barat, kuffar laknatullah mengenai khilafah ini?

Dick Cheney – ”Mereka berbicara tentang menegakkan semula apa yang boleh kita gambarkan Khilafah abad ke 7 yang diperintah dengan hukum syara’,interpretasi al-Quran yang tegar.

Charles Clark, Mantan setiausaha dalam negeri UK.6 Oktober 2005. – ”Tidak boleh ada perundingan mengenai penegakkan semula Khilafah dan tidak boleh ada perundingan langsung dalam usaha menerapkan hukum syara’”

Eric Edelman, pembantu setiausaha pertahanan AS,6 Oktober 2006 – ”Masa depan Iraq samada akan dikuasai oleh pengganas yang akan mengembangkan sayap mereka dan kemungkinan bagi mereka menegakkan khilafah atau mereka akan dihancurkan bagi kita kegagalan di Iraq tidak boleh dijadikan pilihan”.

John Abizaid, komandan AS di timur tengah – ”Mereka akan cuba untuk menegakkan semula khilafah bagi seluruh dunia Islam. Kita perlu belajar apa yang mereka ingin lakukan dari mulut-mulut mereka sendiri”

Presiden Bush (mantan) – ”Para militan percaya dengan mengawal suatu negara atau kawasan mereka akan dapat menyatukan kaum Muslimin, membolehkan mereka menggulingkan semua kerajaan moderat di kawasan tersebut dan menubuhkan sebuah empayar Islam radikal yang meliputi kawasan dari Sepanyol hingga ke Indonesia”

“Mereka cuba untuk mengambil-alih kerajaan-kerajaan dari Amerika Utara ke Asia Selatan dan mendirikan semua Khilafah yang mereka harapkan suatu hari nanti akan meliputi seluruh dunia. Mereka telah merancang dan mengedarkan peta di mana sempadan kebangsaan dihapuskan dan menggantikannya dengan sebuah empayar ekstrimis global”

Lihat, begitu takut mereka dengan khilafah! Habis dilabelkan dengan pelbagai sifat-sifat negatif : Moderat, ekstremis, radikal, tegar, pengganas! Semuanya adalah untuk mengaburi mata kita, hakikatnya – Khilafah adalah sebuah sunnah Rasulullah di bumi ini, yang paling ditakuti oleh mereka!

Mampukah kita?

Isu Palestin semakin suam-suam kuku, seiring dengan termeterainya gencatan senjata yang dipersetujui Israel-Hamas. Alhamdulillah, negara haram Israel gagal mendapatkan semenanjung Gaza, sungguhpun begitu harga yang terpaksa dibayar adalah cukup, cukup mahal.

Tatkala kita menarik nafas lega diikuti dengan keseronokan kita bersenang-lenang di sini, putera puteri Quds berhempas pulas membina kembali tanah air mereka yang dijarah Zionis laknatullah. Mari kita bersama merenung kembali, apa yang telah kita lakukan untuk Islam. Adakah kita sudah lakukan yang termampu?

Saya selalu berpesan kepada anak2 usrah dan mad’u saya, jangan sekali-kali mudah menyatakan “aku tidak mampu”, ataupun “berdoa sahajalah yang aku mampu”, ataupun “aku tiada kemampuan untuk bertindak” dsb. Kerana cuba kita fikir balik, hanya orang yang di saat kematian, ataupun orang yang pekak bisu buta sahajalah yang LAYAK berkata sedemikian. Sedangkan Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh kesemua tangan dan kaki pun boleh berjihad malahkan mati syahid!

Sebaliknya, kita mampu. Jangan kita menyatakan yang kita sudah melakukan yang termampu, kerana dikhuatiri kita berdusta kepada Allah. Bagaimana itu? Kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan kita, bahkan Dialah yang menjadikan kita mampu. Dia memberi ilmu agar kita boleh bertutur dan berbicara, maka kita mampu bertutur dan berbicara mengenai isu2 Palestin dengan orang lain. Allah mengurniakan kita ramai rakan-rakan dan saudara mara, maka kita mampu untuk memahamkan mereka mengenai isu palestin. Allah memberikan kita nikmat masa yang terluang untuk melayari internet, berblogging, berforum dan sebagainya, maka kita mampu menggunakan masa tersebut untuk menulis, menyebarkan isu palestin kepada orang ramai. Allah memberikan kita wang dan rezeki, serta pilihan antara produk muslim dan kafir, maka kita mampu memilih antara keduanya tersebut.

Justeru jangan sekali2 cepat berpuas hati mengatakan – aku dah lakukan yang termampu. Usahlah menipu diri sendiri, apatah lagi menipu Allah yang Maha Mengetahui. Sebaliknya katakanlah kepada diri sendiri – apa lagi yang aku belum lakukan?

ps: teks dalam post yang panjang lebar ini dipetik dari siri video “Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah” yang boleh didapati di YouTube.

5 thoughts on “Pesan Dari Seberang

  1. Salam kid, ni cg amin ler. Dah baca blog kid ni, bagus. Keep blogging. btw, sekarang saya dah pindah ke IKM Sg Petani… take care.

    woh, ni cikgu ahmad amin ke? mantan kaunselor mrsm pdrm dulu? 0_o”

    u’re one of the person who made my dream coming to oversea, a reality! =)

  2. Assalamualaikum akhi.
    Alhamdulillah, selesai jugak membaca artikel bernas ni. Haha, agak busy baru2 ni, so susah skit nak luangkan masa :S Memang menyentuh betul artikel ni. Umat Islam seharusnya bangkit dan bukan sekadar berpeluk tubuh. Tak sangka sistem khilafah memang betul2 menakutkan pemimpin2 barat. Insya-Allah umat Islam mampu menggunakan segala nikmat yang dikurniakan untuk menonlong umat Islam lain dengan niat syahid di jalan Allah :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s