Sekilas

Lama betul aku tak update blog ini. Juga blog di Leokid.com itu. Kenapakah? Entahlah, aku pun tak tahu. Hilang mood. Takde idea.

Adapun 14 Januari haritu, setelah tamat exam Microb dengan markah yang memuaskan (alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan), aku pun berangkat pulang ke Malaysia.

Tak ramai orang tahu aku balik Malaysia cuti winter ni. Mmg sengaja aku balik senyap-senyap. Hasrat aku, cuti winter tersebut mmg aku nak rehat sepuasnya. Rehat setelah halfway through medical school.

Cadangan asalnya, aku ingat nak pegi jalan2 di Europe. Destinasi utama – Capri Island. Mmg port untuk rehat n relax yang paling best ah!

Tetapi arakian setelah tiba di pengetahuan ayahku bahawa aku akan bercuti lebih kurang sebulan lamanya, beliau dengan spontan dan pantasnya membalas msg aku ketika itu – “Abah dah book tiket balik msia” -_-”

so aku pun pulanglah ke malaysia..

Sebulan di Malaysia, tak banyak yang aku buat. Biasalah, nama pun cuti semata-mata nak berehat. Di Malaysia, aku banyak berulang-alik dari Juru, Pengkalan Hulu dan Alor Star. Kenapakah?

Terimakasih kepada kerenah birokrasi dan polisi KERAjaan, mak aku tak dapat-dapat lagi pindah ke Juru. So selalunya bila weekend, sama ada ayah aku balik ke Pengkalan Hulu, atau mak aku melawat ayah aku di Juru, atau masing2 bertemu di Alor Star T_T

Di Malaysia, aku banyak menghabiskan masa membela badan. Makaaaann je sepanjang masa. Huhu. Mak & ayah aku macam dah ada satu polisi untuk aku – apa saja aku nk makan, pasti akan dicarikan! Pendek kata, bukan soalan “hang nak makan apa lagi, syam?” yang ditanya, sebaliknya soalan “apa lagi yang hang belum makan, syam?” 0_o”

so kini berat aku agak bertambah dengan drastik lah. huhu.

juga di malaysia, aku agak loya bila melihat rancangan2 di televisyen, terutamanya berita-berita di channel2 utama. loya sangatlah. tengok raja lawak pun tak seloya tu.

11hb february (semalam), baru aku balik semula ke russia ni. alhamdulillah, sehari sebelum tu, sempat jua aku menghantar adik aku masuk mrsm. dapat pun, mrsm transkrian. dekat sgt ah dengan rumah tu. ape best duduk asrama dekat2 dengan rumah.

teringat kenangan masa aku 1st time masuk mrsm tingkatan 1, pada tahun 2001. rumah aku ketika itu di Kuala Terengganu, manakala aku diterima masuk ke mrsm kulim, kedah. aku ingat lagi time tu, ayah aku berkejar nak ke KL kerana mesyuarat. smpai2 je kat asrama, da setel sumer registration, dapat asrama etc, ayah aku chow trus gi kl. tinggal la aku sorg2 terkontang-kanting time tu.

dulu bukan macam sekarang. takde henfon. guna syiling je call umah malam2. ape benda yang tak cukup, sumer kena pandai2 cari sendiri. cuti hujung minggu, aku balik kampung di alor star. family jauh, nak buat camne.

dari situ aku mula belajar berdikari sedikit demi sedikit. cuti semester, aku pulang sendirian ke rumah. masa rumah di terengganu, pulang sendiri menaiki bas di butterworth, turun kat kuala terengganu sorg2. time tu form 1. masa rumah di sabah, pulang sendiri menaiki flight dari alor star, ke sandakan. tukar flight 2 kali. sorang2. masa tu form 3.

sekarang ni – balik malaysia untuk cuti winter ni pun, aku travel sorang2. member2 aku yg balik malaysia, rata2 postpone exam microb diorang (so that diorg boleh balik awal, cuti panjang sket). Tapi aku berkeras nk buat exam dulu baru balik. So baliklah aku sorang2. Tunggu train pukul 5 pagi kat Moskovskiy Vakzal. Lepak kat Bangkok 8 jam sorang2. rilek je. heheh.

so skrg aku pun balik ke nizhny novgorod. ketibaan disambut oleh serpihan salji-salji nipis yang putih. bermulanya sem baru. separuh masa kedua. di dalam perlawanan menentang medical school 6 tahun yang penuh dengan cabaran ini. alhamdulillah, separuh sudah selesai. lagi separuh. ayuh!

“Maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain pula)” 94:7

*post ini di-update menggunakan internet broadband 3G Beeline.

7 thoughts on “Sekilas

  1. “apa lagi yang hang belum makan, syam?

    ada benda lagi ka yg x sempat nak makan? :D

    *kasih sayang ibu ayah pada anaknya jarang dimata. Nanti “kita” pula bagaimana?

  2. uit.. salam.. kiddo.. hehe..
    selamat blaja kat sberang..
    best blog nie.. bwu 1st tym leave u my comment. slalu bc je..

    ahaha. cik rifhan yg comel. lame x nmpak! =D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s