Statistik for Search Engine
Statistik for Search Engine

Gambar di atas menunjukkan statistik carian Search Engine bagi blog leokid.wordpress.com saya.

Untuk pengetahuan, statistik ini menunjukkan berapa ramai orang yang datang ke blog saya setelah mencari maklumat mengenai keyword tertentu di search engine terkemuka seperti Google, Yahoo dan sebagainya.

Secara ringkasnya, mudah sahaja. Apabila seseorang mencari “leokid” di Google/Yahoo, Google/Yahoo akan memaparkan blog saya sebagai antara hasil carian. Dan apabila individu tersebut mengklik pada blog saya di hasil carian tersebut, statistik tersebut akan meningkat.

Statistik di atas adalah dalam turutan menurut (paling tinggi ke paling rendah) bagi tempoh 3 bulan bermula dari 25 November 2008.

Seiring dengan perkembangan krisis Israel-Gaza, saya turut mengambil kesempatan menulis mengenai isu tersebut beberapa kali.

Alhamdulillah, jumlah pencarian berkaitan isu tersebut yang merujuk kepada blog saya meningkat dengan mendadak, mencecah ribuan hits!

Antara keyword yang paling tinggi adalah seperti Sejarah Palestin, Sejarah Israel, Sejarah Perang Israel, Sejarah Penubuhan Israel serta pelbagai lagi termasuklah yang tidak dipaparkan di dalam gambar di atas (kerana terlalu panjang)!

Saya sedar, ramai yang berminat mencari maklumat mengenai topik tersebut, kerana saya juga antara yang mencari maklumat mengenai topik itu sebelum saya menulis artikel-artikel berkenaan.

Disebabkan hasil carian yang kurang memberangsangkan ketika itu, saya memutuskan untuk mengkaji, menganalisa dan menghasilkan sendiri artikel berkaitan topik tersebut, bagi memudahkan pengguna-pengguna lain.

Berbalik kepada tajuk post ini, Anda Bila Lagi?, saya tujukan tajuk tersebut kepada beberapa golongan termasuk kepada diri saya sendiri. Sila abaikan sekiranya anda rasa anda tiada kaitan atau sudah melaksanakan persoalan yang saya timbulkan tersebut.

Wahai Anda Yang Pertama.

Pertama kepada anda, pelayar laman web, yang menghabiskan sejumlah masa di internet (walau untuk apa pun tujuannya), yang saya kira mempunyai masa terluang untuk membaca post saya ini – Ribuan manusia seperti anda (pelayar laman web) telah berminat mencari maklumat mengenai isu palestin dan Israel.

Mereka mencari dengan pelbagai katakunci, semuanya berlandaskan atas satu kesedaran – Isu Islam. Mereka berminat untuk tahu, dan berusaha untuk tahu.

Anda Bila Lagi?

Wahai Anda Yang Kedua,

Kedua, kepada para bloggers, sama ada anda memblog sebagai hobi, atau sebagai medium dakwah, atau sebagai diari peribadi, untuk apa jua bidang – blog politik, blog hiburan, blog dakwah, blog kutuk mengutuk, dan seribu satu macam lagi.

Ribuan manusia sedang giat mencari maklumat mengenai Isu Islam, dan apakah maklumat yang telah anda tawarkan kepada mereka?

Sedarkah anda dengan penulisan di blog anda, walaupun sekadar copy-paste, anda dapat menyampaikan pengetahuan mengenai isu tersebut, sekaligus melaksanakan tanggungjawab anda walau sedikit? Adakah anda masih ingin terus menulis mengenai kontroversi-kontroversi artis, kepanasan suasana politik negara, menggunakan tajuk2 yang panas dan lucah untuk menarik hits, sedangkan ribuan manusia sedang mencari maklumat mengenai Isu Islam?

Blog saya tersebut bukanlah result pertama carian berlandaskan kata kunci tersebut, jadi bayangkanlah berapa banyak blogger-blogger lain yang telah menulis mengenai isu ini. Itu baru kata kunci carian dalam bahasa melayu, cuba bayangkan berapa jumlah carian dalam bahasa Inggeris?

Ramai sudah mula menulis mengenai isu ini, dengan harapan dapat menyebarkan maklumat dan kefahaman kepada orang lain.

Anda Bila Lagi?

Wahai Anda Yang Ketiga,

Ketiga, kepada anda yang begitu tegar di atas satu jalan strategi, seolah-olah itulah satu-satunya jalan untuk anda memanifestasikan prihatin anda mengenai Isu Islam ini.

Contohnya mereka yang pro-boikot, terlalu syadid dan tegas, memandang rendah kepada mereka yang tidak memboikot, seolah-olah tiada jalan lain lagi. Atau mereka yang pro-perang, mengatakan bahawa jihad fizikal di Gaza, adalah satu-satunya cara untuk menolong mereka di sana. Atau mereka yang pro-keamanan, yang mengatakan bahawa jalan perdamaian adalah satu-satunya jalan, pacifist dan pelbagai lagi kepercayaan dalam diri anda sendiri.

Tak kiralah walau apa pun kepercayaan anda dalam menghadapi isu ini, ketahuilah bahawa kita semua saling memainkan peranan yang sinergistik. Masing-masing memainkan peranan masing-masing tanpa perlu memandang rendah usaha pihak yang lain.

Bagi mereka yang mengatakan boikot membuang masa, maka usahlah memboikot, biarlah mereka yang percaya kepada boikot untuk terus memboikot dan anda pula carilah jalan yang lain. Bagi mereka yang meyakini prinsip perjuangan atas dasar peperangan fizikal semata-mata, maka berusahalah menegakkan prinsip perjuangan anda tersebut tanpa mengkritik dan memandang rendah mereka yang lain.

Tatkala kita saling obses akan satu kepercayaan/strategi, ribuan manusia cuba mengukuhkan peringkat asas/dasar dengan memastikan diri mereka faham akan isu ini 100%.

Adakah anda sudah memahami isu ini 100%? Adakah anda membantu orang lain memahami isu ini 100%? Semakin ramai yang sudah bermula memahami atau memahamkan.

Anda Bila Lagi?

Wahai Anda Yang Keempat,

Dan yang terakhir, kepada mereka yang beranggapan Palestin itu terlalu jauh dari genggaman. Bahawa diri ini hanyalah hamba yang lemah, tidak mampu berbuat apa-apa. Hendak memboikot, tapi rasa macam sayang dan susah meninggalkan benda yang diboikot itu. Hendak mempromosi doa qunut nazilah, qunut biasa pun masih terkial-kial. Seolah-olah diri ini lemah sangat, atau mungkin merasakan tidak layak berbicara mengenai isu ini sedangkan the only requirement needed is – ISLAM

Beranggapan bahawa sesungguhnya doa sahajalah yang mampu dilakukan, bahawa sesungguhnya doa sahajalah yang cukup. Ketahuilah, ribuan orang di luar sana, yang terketar-ketar tangannya, sakit-sakit kepalanya, tergetap-getap giginya, mencari apa lagi yang boleh dilakukan untuk saudara-mara kita di Palestin.

Mereka mencari maklumat mengenai Palestin, dan menyampaikannya pula kepada rakan yang tidak mengetahui. Mereka tidak mahir menulis artikel, maka mereka copy-paste sahaja di blog mereka. Mereka tidak mempunyai blog, maka mereka print/photostat  sahaja dan edarkan kepada rakan2 lain. Mereka tidak punya wang/masa/kemudahan untuk print/photostat, maka mereka mencari, membaca apa yang mereka temui, dan menceritakan pula kepada rakan-rakan yang lain.

Ribuan manusia telah melakukan sedemikian. Mereka tidak buat sekadar yang mereka mampu, tetapi mereka mencari-cari apa lagi yang mereka mampu buat.

Anda Bila Lagi?

Jangan disebabkan isu ini semakin menyejuk, dibatasi kepanasan isu-isu lain seperti isu politik negara, isu kebakaran di Australia, isu menunggu result SPM, isu menyambung pelajaran di universiti dan segala macam isu yang lain, maka kita boleh menghembus nafas lega dan mengalihkan perhatian dari isu Islam ini. Tidak! Allah sama sekali tidak pernah mengalih perhatian dari para pejuang Palestin. Para pejuang Palestin sama sekali tidak pernah beralih perhatian dari mencita-citakan BaitulMaqdis. Israel sama sekali tidak pernah beralih perhatian dari mencita-citakan penaklukan total.

Apakah ada masa untuk kita beralih perhatian?


11 responses to “Anda Bila Lagi?”

  1. Aku semakin risau bila kes ini seolah selesai. Semua seolah reda, terutama kes memboikot! Atau apa-apa saja alternatif.

    Semua seolah semakin diam. Seolah tidak pernah berlaku apa-apa.

    Ya, semua seperti seolah bermula biasa.

    Aku risau!

    Mungkin dalam sekali seminggu, atau sekali dalam dua minggu atau sebulan sekali, isu Palestin perlu dan wajib dibangkitkan untuk menyedarkan.

    Manusia. Nasaya. Dan lupa.

  2. isu2 macam ni selalunye ‘hangat’ pada mulenye saje…
    kalau dulu, sume ‘org’ sibuk kutip derma untuk Palestin..
    (termasuk calon2 MPP universiti)..:P

    tapi sekarang sume diam jer..
    huhuu..

  3. betul-betul (^_^)

  4. Antara penyebab ‘sejuk’nya isu ini ialah terhentinya serangan Israel di Gaza sejurus beberapa ketika sebelum Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden US. Apabila perang (baca: serangan),telah dihentikan maka sebahagian kita terhentilah daripada kempen anti-Israel kerana kempen tersebut mungkin salah satu jangka pendeknya adalah agar Israel menghentikan serangannya ke atas Gaza.

    Serangan telahpun terhenti dan gencatan senjata telah dilancarkan. Hamas masih wujud, dan Israel telah gagal menghapuskan mereka. Beberapa siri Majalah 3 telah menyiarkan yang rakyat palestin telah kemabali hidup seperti biasa; keluar berjual beli, berdagang di pasar dan sebagainya. Maka dengan ini, tentulah lagi ramai yang akan berhenti bercakap tentang isu Palestin dan Israel kerana ‘keamanan’ telah dapat dicapai. Wallahua’lam, my 1/2 cent opinion

  5. al-khawarizmi Avatar

    saya suka anda yg ketiga.

  6. saya suka anda yg ke3.

  7. Just dropping by.Btw, you website have great content!

  8. tepat dan sangat tepat.tambahan plak mse mula2 insan2 yg mampu menderma rarus2 ribu ketika gambar2 mereka sibuk diambil bersama replika cek dan dipapar dalam newspapers etc. sekarang cam dah sejuk sket, dah tak ade newspaper nak amik gambar lg kan…

    insyaAllah, masih ramai yg cuba bertahan terus memboikot, mengingat peristiwa pahit ini dan berdoa agar keadaan akan semakin baik…walaupun tak mampu derma juta2, walau tidak masuk newspaper…

  9. yeah,…setuju tu leokid..

  10. Salam Alaika,

    Maaf kalau menyibuk kat sini..;-) tapi saya setuju yang orang kita sekarang ni suka sangat “hangat-hangat tahi ayam” ni. Hari ini kata boikot, esok lusa bila dah tak perang, support balik.

    Baru je dengar bunyi flip.

    Tapi tiba-tiba dengar pula bunyi flop.

    Tsk..tsk…

    ~Lis

  11. salam..bro..
    nak tanya pandangan sikit tentang boikot memboikot ni..
    macam mana ye nak respon bila ada yg tanya fasal brg lain semuanya nak boikot tp fesbuk, arak, rokok..tak terboikot lg..dan kemusykilan dia tanya tu, fesbuk? sahih ke termasuk dlm sumber menyumbang kpd israil utk serang Gaza? ada yg ckp buktinya xsahih..dan tadi terbaca kt blog ustaz hasrizal..tapi..aiseh..tafaham pulak ustaz cerita, ditambah komen2 pembaca yg makin panjang makin berkajang, macam2 yg dorg keluarkan.
    dala saya budak baru belajar..ho~
    buleh tak nak mintak tlg explain dalam bahasa yg lebih mudah nak faham..( T_T ni la akibat mls nk berfikir dgn lebih kreatif dan kritis..hu2..ish..nyesal2~)
    dan barang2 lain yg kita boikot tu..wahh…tatau macam mana nak tanya dah..
    tapi tu la kemusykilannya..xoxoxo~

    *copy pasta macam biasa ya. syukran=)

Leave a reply to l.kjmhng Cancel reply

Create a website or blog at WordPress.com