Pencen!

Fuh, lama betul tak update blog ni, juga blog di Leokid.com tu.

Alhamdulillah, 28 Februari yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Agung PPIM Nizhny. Sekaligus menandakan portfolio aku, Biro Penerbitan dan Informasi telahpun diserahkan kepada pengganti yang baru. Aku melaksanakan tugas terakhir aku, dengan mengacarakan mesyuarat tersebut.

(Isi dibawah adalah bersifat peribadi dan berbaur sedikit emosi serta teramatla panjang. Terus skip ke “Diri, Dakwah, Diri” sekiranya anda tidak mahu membuang masa)

Aku & BPI

Kenangan Raya BPI - Nasuha, KD, Shekin, Liz, Kid, Efenem

Kenangan Raya BPI - Nasuha, KD, Shekin, Liz, Kid, Efenem

Aku agak lama dah menyertai PPIM kat sini. Bermula dari awal 2007, kalau tak silap aku, di mana ketika itu ada berlaku sedikit “revolusi” dalam pimpinan PPIMNN. Aku diberi mandat memangku jawatan Ketua Biro Penerbitan, cadangnya untuk sementara waktu sahaja. Time tu Husni yang cadangkan, memandangkan time tu dia pemangku Presiden. Memikirkan yang aku juga punya pengalaman dalam bidang kepimpinan dan penerbitan ketika di MRSM dulu, so aku terima jelah.

Peringkat awal, mmg agak susah la. Sbb nak kena start from scratch. Rekrut ahli2 baru, yang rata2nya terdiri dari senior (sbb aku time tu baru 1st year 2nd sem ke, 2nd year 1st sem ntah. x ingt). Proses nk ‘revive’ balik buletin bulanan yang diberi nama AsShams, serta plan nak buat Risalah Mingguan. Alhamdulillah, ahli2 time tu very2 supportive! Ahli macam Kak Nik, Kak Adilah, Kak Ilya, Kak Farah dll (sori x ingt sgt da sape lagi)

Then, mesyuarat agung pertama selepas revolusi tersebut. Berpuas hati dengan cara aku, aku dipilih meneruskan lagi menggalas jawatan tersebut. BPI semakin stabil, justeru ahli-ahli veteran ramai yang mula mengundur diri untuk fokus kepada pembelajaran masing-masing. BPI mengalami krisis kekurangan tenaga kerja. Justeru banyaklah aktiviti yang direncanakan, nak menarik minat org lain join. Burden yang aku ada time tu pun memang agak berat la. Huhu. Tapi alhamdulillah, sedikit demi sedikit, bermula dengan Trio tiga orang tu Syikin, KD n Jamaliza, dibantu oleh Nasuha pemimpin yang setia, tak dilupakan Fitri yang banyak menolong pada awalnya. Juga setinggi penghargaan kepada Efenem yang menyertai untuk tempoh satu sem, kerana banyak memberikan idea2 bernas dan kritikan2 membina.

Alhamdulillah, awal tahun 2008, BPI semakin mengorak langkah. Penerbitan AsShams dan Risalah Mingguan steady, walaupun ada kalanya terputus sikit2. Sehingga kini, da ada lebih 12 edisi AsShams dan lebih 30 siri Risalah Mingguan telah berjaya diterbitkan. Aktiviti-aktiviti seperti Jamuan Makan Tahunan, jualan Kek Chocolat, jualan Kad Raya dan macam2 lagi berjaya dilaksanakan.

Tahun pengajian baru bermula, diiringi dengan kemasukan ramai ahli2 first year meringankan beban galas yang ditanggung oleh ahli terdahulu. Alhamdulillah, BPI semakin stabil, dan tatkala itu terdetik di mindaku – tugasku di BPI sudah semakin hampir ke penghujungnya, dan masa untuk aku menyerahkan portfolio kepada penggantiku semakin tiba. Lalu atas analisa yang aku buat, dibantu oleh pendapat ahli2 lain, aku memilih Syikin untuk menjadi Ketua BPI, dibantu oleh KD dan Jamaliza. Kenapa perempuan? Sebab terbukti Trio Tiga orang ni boleh bersinergi dalam melaksanakan tugas, serta saling menampung kelemahan masing-masing. (juga disebabkan BPI yg ketandusan ahli lelaki. hehe). Akhirnya pada 28 Februari lalu, aku menyerahkan BPI kepada Syikin dlm keadaan yg stabil, tip-top dan selesa.

Pencen?

Tu satu sebab aku nak pencen, nak bagi chance kat pelapis baru. Namun dalam sedar atau tidak, wujud faktor2 lain yang membuatkan aku semakin berhasrat untuk pencen. Semakin lama PPIMNN wujud, aku mulai melihat banyak kelemahan2 yang timbul. Dan dengan pencen, aku kini mempunyai ruang untuk mengkritik kelemahan2 tersebut secara terbuka. Lebih kurang macam peranan Dr. Mahathir yang mengkritik UMNO setelah keluar dari parti lah lebih kurangnya. Hehe. Therefore kepada MT baru, be careful, anda sentiasa diperhatikan! =p

Yeap2, aku serius dengan intentionku ini. Malahan, aku siap buat satu kategori baru di Leokid’s Life ni, iaitu PPIM, khusus untuk menyatakan pendapat dan pandangan aku. Secara ringkasnya, aku tahu bagaimana corak perjalanan dalam pimpinan PPIMNN. All the hoops to get through, all the holes to swoop in. Namun tak pastilah, kalau2 pimpinan baru di bawah saudara Jamzuri akan berubah coraknya. Harap2nya semakin baiklah.

Namun, baru selepas seminggu lebih aku keluar meletak jawatan, banyak ura-ura yang kurang enak sampai ke telinga aku. Antaranya yang aku ingin ulas, adalah cadangan pihak tertentu dalam PPIMNN hendak mengeluarkan buletin/risalah tersendiri pula. Pesaing kepada AsShams, mungkin?

Gossip?

Aku tak tahu lah sama ada ianya sekadar cadangan mulut2, ataupun telah dibincangkan secara serius. Maklumla, org da pencen, tak masuk meeting dah. Hehe. So pandangan/pendapat aku ni adalah berdasarkan gosip semata lah. Kalau betul, anggaplah sebagai pandangan. Kalau gosip tu tak betul, then anggaplah sebagai sekadar satu peringatan.

So dalam hal ini, aku suka merujuk kepada Perlembagaan PPIMNN yang menyatakan bidang tugas biro masing-masing. Perlembagaan PPIMNN Bab 5 Fasal 21 perenggan kedua pecahan dua jelas menyatakan bahawa Ketua Biro Penerbitan bertindak sebagai ketua media massa dan IT bagi PPIMNN. Bermaksud, hak penerbitan risalah dan buletin adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya ketua BPI. Tanggungjawab, bukannya BPI suka2 nk keluarkan risalah/buletin. Kalau BPI gagal laksanakan tanggungjawabnya ini, maka BPI dan ahli seluruhnya akan dipersoalkan kelak. (takut kan? harharhar)

Justeru adalah tak salah kalau pihak tersebut nak kluarkan risalah/buletin tersendiri, sebab diorg suka2 je. Buat dapat pahala, tak buat tak rugi pape. Namun tindakan tersebut secara tak langsung akan merencat/menghalang BPI dari melaksanakan tanggungjawabnya yang wajib tersebut dengan baik.

Di dalam kelompok komuniti Malaysia Muslim di NN yang seramai orang ini, aku selaku orang yang berurusan secara langsung melihat sendiri hasil dan kesan media massa (risalah dan buletin) ke atas para pelajar. Dan bagi aku, AsShams dan Risalah Mingguan telah mendatangkan hasil yang maksimum (dari perspektif kuantitatif) kepada sasarannya. Tiada demand dari pelajar Muslim Malaysian Nizhny, yang mengatakan diorang nak lagi risalah/buletin. Maka aku sedikit sangsi, apa tujuan pihak tersebut pun nak kluarkan risalah/buletinnya yang tersendiri, menyebabkan overproduction?. Kalau ikut deru khabar angin yang aku terima, diorg nak keluarkan buletin sendiri sebab blog diorang tak laku? Huish, mintak sangat2 khabar angin tersebut tidak betul. Memalukan, bila mengatakan bekerja untuk Islam tetapi pada dasarnya menginginkan penghargaan dan perhatian dari orang ramai. Semoga kita dijauhkan dari sifat sebegini!

MT Bayangan?

Atau adakah ini satu “perancangan” oleh kumpulan tertentu? Sukar untuk aku mengakui, namun aku perasan kewujudan satu “MT bayangan” yang mempunyai kuasa/pengaruh menentukan keputusan yang dicapai. Malah even boleh override keputusan dalam meeting Majlis Mesyuarat lagi! Opps..aku belum ingin lagi mendedahkan siapakah (yang aku rasa) ahli dalam sidang tersebut!

Jadi aku tidak menolak kemungkinan, sekiranya “gosip” tersebut dilaksanakan, ianya adalah atas pengaruh sidang ini. Maklumlah, ketua BPI baru, mungkin ada dalam kalangan MT atau “MT Bayangan” ini atau individu2 lain yang tidak memberi sepenuh kepercayaan kepada Syikin untuk mengendalikan media massa PPIMNN. Sebab itu nak buat risalah/buletin lagi satu kot. Namun bercakap atas pandangan peribadi, aku yakin Syikin dan rakan2nya telah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab tersebut. Demi Allah andai aku rasa diorg tidak bersedia, tidak mungkin akan aku serahkan tanggungjawab yang berat ini kepada beliau dan rakan2nya.

Selaku orang yang personally in-charge dalam penerbitan ini (suatu masa dahulu lah, hehe), kerja2 penerbitan bukanlah semudah yang disangkakan. Bermula dari scratch – design header, template artikel2 yang diletakkan, semuanya perlu diberi perhatian. “Letak bawah sangat, takut nanti print tak keluar.” “Letak atas sangat, tak muat.” “Ayat ni nampak macam tak berapa betul”. “Eh betul ke tak tanda baris dalam petikan hadis ni”. Seribu satu macam lagi perkara yang perlu dititikberatkan.

Oh ya, itu belum dikira dari sudut kos pula. Suka aku dedahkan, kos penerbitan media massa Nizhny ni takdela banyak sangat. Lebih kurang xxxx rubel je satu sesi. So boleh bayangkanlah kalau ada satu lagi risalah/buletin, maybe boleh cecah double lah agaknya? Opps, lupa, PPIMNN tidak risau sangat pasal kewangan2 ni! :D

Kenangan Perit?

Time to get a little personal. Nak tahu salah satu keperitan, sepanjang berkhidmat sebagai ketua BPI yang lalu?

Apabila AsShams/Risalah Mingguan terbitan sendiri, dijumpai di tepi2 tong sampah, atau dijadikan alas makan, atau sebagai lapik periuk dsb.

Aku berhusnul-zhon kepada individu tersebut, maybe dia da habis baca agaknya. Or maybe dia terdesak, takde kertas lain dah untuk serve that purpose. But still, it hurts me from the inside to see that the job we done well every detailsall the hours we spent on meeting discussing, all the articles we spent overnight researching, all the alignments, the font i picked and the header i designed etc, ends up there.

Justeru aku yakin, kalau betul la akan ada buletin/risalah baru yang akan dikeluarkan, nescaya bilangan kertas2 yg dibuang tersebut akan semakin bertambah di sisi2 tong sampah ataupun di bawah periuk2.

But still, this is just my opinion, the decision isnt mine to make. Isu ini pun entahkan betul ke tidak, aku just dengar2 khabar angin je. Hehe. So just nasihat aku, kalau betulla isu ini dibawa ke meeting PPIMNN, maka korang buatla keputusan yang terbaik. I’m waiting to see the decision that will be made, whether if there will be any decision or not. Yang dah pencen tu, pencen la betul2, x perlu nk take command-via-proxy. Biar generasi baru mencorakkan pimpinan mereka.

Diri, Dakwah, Diri

So kembali kepada diri aku. Life aku sekarang ni is better than before. I have more time to myself, no worries. I even started a business, jual kredit skype. Takdela untung sangat pun, jual just as a hobby n provide oppurtunity je.

Perjuangan dalam dakwah? InshaAllah, akan diteruskan melalui saluran Leokid.com. Sukar untuk dilaksanakan dakwah di tempatku sendiri, satu kerana da ramai da yg melaksanakannya, dan dua, aku lebih selesa berdakwah kepada org yg x kenal aku, sbb org yg x kenal aku diorg x judge aku, x justify kelemahan aku, unlike most of us here.

Dan syukur alhamdulillah juga, aku ditawarkan menjadi penulis jemputan bagi Majalah Insight. Tak banyak info yang aku ada, cumanya setahu aku majalah tersebut diedarkan di universiti2 di Malaysia secara bulanan. Means, tanggungjawab aku semakin bertambah, dan penulisan aku akan membawa lebih kesan kepada lebih ramai orang. Semoga banyak manfaatnya, inshaAllah. Artikel pertama aku yang dimuatkan adalah artikel Sejarah Palestin & Israel.

Juga banyak khidmat2 lain! Selain sebagai krew ILuvIslam.com, aku juga bertanggungjawab menguruskan laman web dan database PPIMNN yang rasmi. Juga selaku webmaster bagi ImamRSC.com. Tetapi sejujurnya, aku rasa dalam pimpinan ImamRSC pun ada gak masalahnya. That’s why buat masa ni aku tengah menurunkan ilmu kepada Webmaster 2, so that bila dia da boleh handle sendiri ImamRSC.com, aku dapat berundur dari ImamRSC dengan segera sebelum virus2 PPIMNN merebak ke sana. Haha.

Agak lengthy post aku kali ini, memang aku sengaja panjang2kan pun supaya orang malas nak baca. hehe. Sebab kebanyakan isi post aku kali ini adalah bersifat peribadi, so tak banyak manfaat yang dapat diperoleh oleh korang. Maaf sangat2.

Supaya korang tidak dikira membuang masa membaca post ini, maka suka aku selitkan sedikit sajak di bawah, sempena Maulid Nabi. Semoga masa korang yang terbuang membaca post ini, dapat ku tebus dengan rangkap sajak ini..

Nur itu turun menerangi,
Membuka lipatan sejarah,
Makkah bersinar memalapkan api majusi,
Hamparan diri merendah sujud menghadap Ilahi,
Di bahumu hujan maha lebat membasahi,
Tugasan mendatang diiring sarat zikir malaikat,
Cakerawala tersenyum lambang diri kami,
Akulah kami penuh pengharapan.

Nur itu turun menerangi lagi,
Menyampaikan mukjizat kalam pertama, Iqra!!!
Muhammad diam…bungkam dalam kelamnya hira’,
Membalut lembar selimut meliputi tubuh,
Khadijah menggunung sayang mengusapi peluh,
Membuang segala makruh,
Lalu iqra’ pun mengalir,
Di bibir para sahabat,
Di lidah membasahi hati para syuhada’,
Dalam debu melingkar nurani anbia’,
Semesta terang menembus langit dipasak sinar al-quran dan as-sunnah,
Tumpah membasahi lautan ummah,
Akulah ummah.

Kini nur itu turun lagi menerangi,
Menghampar masa membuka gapura cerita,
Cerita sayu umatnya yang menderita,
Akulah ummat Muhammad,
Menghampakan Muhammad di sana yang menangis hiba.

*dipetik dari ILuvIslam.com

Aku teringat perbualan dengan Nasuha baru2 ini. Aku berpesan kepadanya (dan diri aku sendiri), bahawa “orang yang dah keluar dari persatuan ni, kena berusaha 2 kali ganda lagi kuat dari orang yang masih dalam persatuan”. Then Nasuha tanya, sebab apa.

Sebab kalau dalam persatuan, kita bekerja bersama persatuan. Masing saling bantu-membantu, gabungan2 synergistik dgn ahli2 lain, dengan sokongan dari pelbagai2 aspek.

“Justeru, bila dah keluar dari persatuan, gabungan2 tersebut dah tiada. sokongan2 tersebut dah tiada. So, in order untuk mencapai prestasi dan hasil yang sama macam dalam persatuan dulu, orang2 yg di luar persatuan ni kena berusaha at least 2 kali ganda kuatnya!”

Semoga peringatan tersebut aku pegang sekuat2nya, dan semoga diberi kekuatan untuk melipatkaligandakan lagi usaha aku. Wallahua’lam.

(oh ya, bukan Nasuha yg citer kat aku gosip2 di atas tu. suha mane suka gosip2. kan suha kan? hehe)

(nah nisah nak sgt kid update blog, amik nih! 2000 words!)

6 thoughts on “Pencen!

  1. hmm..
    gudluck la bro kid
    et baca dr awal smpai abis tau~~
    =]
    harap2 apa2 jalan yg dipilih pun, janji ditujukan ke matlamat yg sama, insyaAllah akan diterima Allah..

    gdluck la k~!

  2. of course… eh.. tak suke gosip2 nie..(*_*)
    well2.. orang dah pencen memang seronok.. dengar.. perhati elok-elok.. pastu kritik.. hehe..
    apa pun selamat berehatlah kepada anda, tengok2 lah as-shams dari jauh, kalau ‘umphh’ dah kurang bagilah sedikit idea. Aku pun dah tak ada kuasa veto dalam BPI, bertindak sebagai pemerhati saja. Tapi siapa-siapa cuba ganggu gugat BPI siaplah.. silap orang nie.. he3..
    As-Shams dekat tong sampah? Aku pun pernah jumpa, berlubang rasanya jantung, kau tahu? aku kutip balik, and simpan penuhkan koleksi aku yang sedia ada..

    ‘aku menyerahkan BPI kepada Syikin dlm keadaan yg stabil, tip-top dan selesa.’

    ohh.. aku harap bila syikin terbaca nie, tidak menambah pressure utk dia bertugas..

    HIDUP BPI.. BPI ROCKS…

  3. firstly asif jiddan.
    komen ni nk bg kt fresh start.
    tp tade colum ‘tinggalkan jawapan’
    so tumpang kt sini..

    ekceli lbh pd persoalan..
    kalau xcident..then ilang ingatan..
    tu kire fresh start ke x?

    wish it’s so! =)

    • xpe2..
      teruskan ape yg da ade..
      Allah punye perancangan tersendiri..
      2:216
      biiznillah, sume akan baek2 saje..

      btw,
      cane/ktne bole bace risalah mingguan n assham BPI tu ek?
      sy di msia tercinta ni..
      since same je tugas saye cm kamu dlm BPI tu..
      bole jd kn panduan..
      insyaAllah..
      syukran..

      hmm…dulu ade kat web imamrsc version lame. skrg rasanya da xde kot. nnt kalau ada saya update balik, takpun kalau perlu sgt contact saya personally.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s