Bye2 T_T

Image of a Western Digital 250Gb SATA Hard Dri...
Image via Wikipedia

Lama tak update. Mmg sangat2 bz semester ini. Plannya xnk update sampaila sem depan.

Tapi sesuatu yang sangat menyedihkan baru berlaku.

Setelah lebih 2 bulan nazak, akhirnya dia meninggalkanku. Teringat kali pertama bertemu dengannya, hampir 3 tahun lepas. Di celahan orang ramai, dia menyerlah. Memang aku telah research terlebih dahulu, dialah pilihan terbaikku.

Dua bulan lepas, dia mula meragam. Merengek2 bagaikan anak kecil. Bila dicucuk 2,3 kali, baru dia diam. Kusangkakan dia hanya mengada-ngada mahukan perhatian. Tidak kusangka dia semakin tenat.

Hinggalah pagi tadi. Aku cuba kejutkannya dari tidur. Dia merengek2 seketika, lalu terus terdiam. Ku kejutkan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dia diam terus.

Bye2..harddiskku, WD MyBook 500GB T_T

—————————————————————–

Harddisk tersebut aku beli hampir 3 tahun lepas, ketika PC Fair. Macam2 benda best aku letak dalam tu. Lebih 300GB mengandungi movie2, tv series yang latest2. Huaa..

Complete collection of grey’s anatomy, fringe n hustle. Then ade season latest house, scrubs, gossip girls…huhu

Tapi aku tidak kisah sangat akan movies+series. Benda2 tu sumer boleh didownload balik. No worries.

Kemudian lebih 15GB mengandungi mp3 aku. Lebih 4000 mp3s kesemuanya. Hilang. So aku terpaksa la menutup ruangan request mp3 di blog ini. Huhu. Syukur, 2-3 hari lepas aku sempat sync top-rated playlist aku ke dalam handset aku. Setidak2nya selamat la 600-700 lagu.

Tapi aku tidak kisah sangat akan mp3s. Mp3 yang ada pun semuanya da lapuk2.

Kemudian ada disimpan data-data penting sepanjang khidmat aku. Semua koleksi AsShams dan Risalah Mingguan sepanjang aku di dalam BPI. Semua salinan2 mesyuarat. Presentation-presentation. Nota-nota softcopy untuk semua subjek dari 1st year sampaila 6th year. Slide-slide motivasi, dsb. Lebih 10gb saiznya.

Tapi aku tidak kisah sangat akan fail2 itu. AsShams dan Risalah Mingguan ada di-backup di laman web Imamrsc. Nota-nota dan salinan mesyuarat boleh di-copy balik dari kawan2 dan senior2. Slide2 motivasi dan presentation2, boleh dibuat balik.

Kemudian ada disimpan dokumen2 ilmiah yang cukup berharga. Koleksi kitab2 dari ulama2 terkenal, koleksi kitab2 hadith. Presentation2 dan movie/videoclip best2 utk dakwah. ISK, Shift Your Paradigm, etc. Semua material pembentangan. Huhu.

Tapi aku pun tidak kisah sangat akan benda2 tu. Benda2 sedemikian ada banyak di web2 sekarang. Di youtube, scribd. Boleh je dicopy dari rakan2 yang lain.

Tetapi yang paling aku kisah, adalah simpanan photo-photo aku yang berjumlah lebih 5GB. Photo-photo aku sejak dari kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi russia ini. Photo ke kelas, ke exam. Photo sepanjang 2 kali aku beraya di sini. Photo 4 musim. Photo ketika cuti summer di malaysia. Ketika di sunathon. Ketika di tioman. Ketika di KEM. Ketika di manukan. Huaaa..

Cari punya cari~alhamdulillah, aku teringat website Leokid’s Eyes yang aku sesaje buat lebih setahun lepas. Nasib baik photo2 kenanganku setidak-tidaknya ada aku backup di laman web tersebut. Walaupun tidak semuanya ada, sekurang2nya menawar duka di hatiku ini.

So sekarang, mana pergi harddisk aku? Aku sedang cuba sebuah cara yang agak ekstrim, untuk recover data yang mungkin masih ada. Harddisk aku sekarang telah dibalut dengan suratkhabar dan plastik lalu diletakkan di dalam freezer peti ais aku. Tiada kajian yang rasmi, namun mengikut testimoni ramai pengguna di internet, cara tersebut mungkin berkesan. Tengokla esok camne, jadi ke tak. Huhu.

Kalau tak jadi juga, mungkin cuti summer nanti aku akan bawa HDD ini ke mana2 data recovery center di KL/Penang. Dengar citer mahal. Kalau rosak system, boleh kena RM200-500 untuk recovery. Kalau rosak physical, mau rm1000-1500. Huhu. I’m pretty sure that this is physical damage.

And then? Time for a new harddisk. 1TB cam best, tapi ramai orang guna 1TB. Roomate aku pun da ade 1TB harddisk.

Nak cari superdisk lah, 5TB ke. Harharhar.

Tapi yang pastinya, taknak cari yang besar2 seketul terus. Nak cari yg combination punye. Maybe 250GB x 8 ke. Hmmmm….

Reblog this post [with Zemanta]

9 thoughts on “Bye2 T_T

  1. Salam..leokid.com tak functioning lagi ke dik?akak tengok tak de update pun..anyway takziah atas hard disk tu ye…mesti ada hikmahnya..

    a’ah, leokid.com pun. huhu. maybe next semester kot. rasa cam nak ade idea utk update, tapi malas lak nk menulis. T_T

  2. btol la kid..better bli yg kecik2 skit but a few…akak pun guna 2 ext..tapi about 230 gb je each..
    hope ur lil baby akan sihat balik lps hibernate dlm fridge (^_^)

    a’ah nk beli yg kecik2 dah la lepas ni. takleh gak, sempat recover 8 keping files je after letak dlm fridge. da mmg corrupt la tu. huhu. xpelah x kisah sgt pun. -_-“

  3. AKu masa nak beli hardisc aku tnya buruk baik 500 gb. Dia kata paling 0k 250. 500GB heavy sangat bla..bla..blaa. dia tak suggest aku beli y tu.

    Ala kid, dah nama benda benda buatan manusia. Tapi ko kira cool la. Kalau aku mahu down 2 minggu.

  4. alamak. how sad external rosak =( sye pon penah jdi cmtu gak, external 160GB tetibe meragam, abes ilang sume bende. seb bek 160GB je. tpi hilang sume Prison Break season 1 n season 2 ok! huhu skng dh bli yg bru =) bengong2 la jgk tpi xpenah kong lg la hehe.

    “I physically feel the pain of having my heart broken”-i think i felt that too hehe

  5. Hi, good post. I have been pondering this issue,so thanks for blogging. I’ll likely be subscribing to your posts. Keep up great writing

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s