Membakar Mac n Cheese~!

Salam, lama betul aku tak update leokid.wordpress.com nih. Tambah2 pula selepas pemergian harddisk aku minggu lepas..huhu..seminggu jugaklah berkabung. lalala~ Alhamdulillah, kebetulan sekarang ni pun aku sedang bercuti cycle break 2 minggu, maka aku ambil kesempatan ini untuk update blog ini.

Tak banyak yang aku ingin updatekan. Di tengah kedinginan hari ini 20hb (semalam baru je snow!), merupakan hari birthday Hitler. Takde signifikan sangat pun bagi aku, since aku sememangnya dah bercuti cycle break. Kini tinggal lagi 2 cycle menanti, iaitu Internal Medicine dan Pathologic Anatomy, dan lepas tu..exam!! Huaaa~! T_T

Apapun hari ini aku nk update leokid.wordpress ini dengan satu lagi masakan western yg sempat aku cuba. Actually minggu lepas masak bnde ni, da prepare da gambar2, resipi2 etc tu, tapi hari ini baru nk luangkan masa update.

Masakan yg aku maksudkn itu adalah sebuah makanan yg common bagi penduduk America dan Canada, iaitu Mac n Cheese! Seperti namanya, mudah disimpulkan bahawa makanan ini terdiri daripada – macaroni, dan cheese. Terdapat banyak versi makanan ini, sama ada simple, atau complicated, dan yang aku nk tunjukkan hari ini adalah baked mac n cheese. =)

Seperti resepi lasagna aku yang dulu2 tu, aku juga tak pernah makan mac n cheese sebelum2 ni. So aku tak tau langsung bagaimana rasa original dye, sama ada aku buat ni jadi ke tak. Huhu. Main bedal je. Kalau jadi, then jadi la tu. Hehe. Apapun rujukan asas aku adalah di sini : http://www.foodnetwork.com/recipes/alton-brown/baked-macaroni-and-cheese-recipe/index.html


Peralatan2 yang diperlukan adalah sebuah periuk untuk merebus makaroni, sebuah kuali, serta baking pan, dan tentunya sebuah baking oven.

Okeh so here we go~ bahan2 yang aku gunakan adalah:

jom masak~!

jom masak~!

Bahan-bahan:

1 kotak makaroni
Keju Cheddar
Daging ayam (tanpa tulang) dipotong dadu kecil
Mentega
Cendawan Frozen
Bawang Besar dipotong dadu kecil
Rempah
Telur 2 butir
Tepung gandum 2 sudu
Minyak Masak
Susu

Makaroni

Makaroni

Mushrooms

Mushrooms

Minyak Masak

Minyak Masak

Susu

Susu

Keju, Telur, Daun Bawang

Keju, Telur, Daun Bawang

Mentega, Garam, Rempah

Mentega, Garam, Rempah

Tepung Gandum

Tepung Gandum

Daging Ayam

Daging Ayam

Bawang

Bawang

Prepare Macaroni!

Untuk memulakan proses memasak, kita mula dengan macaroni terlebih dahulu. Macaroni yang dijual adalah dalam bentuk keras dan belum dimasak, so kitalah yg kena masak makaroni tu dulu.

Nak masak mudah je, sediakan sebuah periuk yg cukup besar, masukkan air dan sedikit garam, kemudian tunggu hingga ia menggelegak.

Kemudiannya, masukkan makaroni tersebut dan rebus ia sampai ke tahap “al dente”

Apa dia “al dente” tu?

Al Dente” adalah sebuah frasa dalam bahasa Itali, bermaksud “hingga ke gigi”. Ia merujuk kepada makaroni yang cukup lembut, sehingga boleh dipotong oleh gigi ketika memakannya, tetapi tidak terlalu lembik. Ala-ala kenyal gitu. Hehe.

Setelah siap, angkat dan toskan.

Makaroni

Makaroni

Rebus Makaroni

Rebus Makaroni

Macaroni~

Macaroni~

Prepare Filling!

Okeh, part ni yang paling rumit, tetapi highly-customizable. Anda tak perlu risau melakukan kesilapan di part ini, kerana biasanya ianya fleksible, takde syarat2 atau rule yang rigid.

Kalau macam versi saya, mula2 sekali gaulkan potongan ayam tersebut dengan rempah. Rempah apa yang nak digunakan, terpulanglah. Macam saya, saya gaulkan dengan serbuk lada hitam je. Kalau anda nak kreatif, gunalah kombinasi rempah (mixed herbs), atau kalau nk try rempah kari try la. Saya x tau la sedap ke tak. Hehe.

Setelah itu, dalam sebuah kuali cairkan mentega 2 sudu besar. Kemudian, gorengkan ayam di dalam mentega tersebut. Setelah potongan ayam itu separuh masak, masukkan pula hirisan bawang. (ps: saya guna bawang merah, sebab bawang besar da habis T_T)

Kalau ikut versi yang saya pernah buat dulu2, saya goreng bawang dahulu sehingga keemasan (bawang goreng), kemudian baru masuk ayam. Mana2 pun boleh je~hehe.

Setelah itu, masukkan pula tepung gandum 2 sudu besar. Kemudian gaul2kan sehingga dah nampak macam nak masak ayam tersebut. Masukkan minyak masak sedikit jika perlu.

Cairkan mentega~

Cairkan mentega~

goreng ayam & bawang~

goreng ayam & bawang~

masukkan tepung~

masukkan tepung~

Setelah itu, setkan ke api sederhana dan masukkan pula susu. Banyak mane ek….rasanya dalam lebih kurang 1/3 hingga 1/2 kotak.  Kacau adunan tersebut perlahan2, dan pecahkan 2 biji telur ke dalamnya.

Kena kacau selalu ye, kalau tak nanti susu tu berbuih pula. Agak2 nak mendidih gitu, masukkan cendawan. Bab sayur2 ni pun highly customizable gak, contoh macam saya buat dulu ada guna carrot yang didadu. Kalau carrot, masuk last-last sket la ye takut nnt carrot lembut tak rangup lak.

Agak2 susu dah mendidih camtu, prepare cheese. Dalam pemilihan cheese, cheese Cheddar adalah yang paling baik sebab cheese ini adalah american cheese, so lebih kena dengan selera asalnya lah. Potong cheese tersebut dalam bentuk dadu besar2, kemudian masukkan ke dalam adunan susu tadi. Jangan risau, cheese tersebut akan mencair.

Bila cheese tersebut sudah mencair dan larut, adunan tersebut akan bertambah pekat. Kalau rasa macam pekat sangat (susah nak kacau), tambah susu sket. Kalau cair sangat, tambah tepung sket. Paling optimum adalah pekat tapi still smooth untuk dikacau.

Kemudian, potonglah daun bawang lalu digaulkan ke dalam adunan tersebut. Atau kalau ade karrot ke, boleh je potong dadu n masukkan time ni.

Sebelum masuk susu..

Sebelum masuk susu..

+ susu + telur + cendawan

+ susu + telur + cendawan

Potong2 cheese~

Potong2 cheese~

masuk cheese~

masuk cheese~

da mendidih~

da mendidih~

siap~!

siap~!

Masuk baking pan~!!

Okeh setelah itu, angkat kuali tersebut. Bermula dari ini, anda kena bertindak pantas~sbb nnt adunan cheese tersebut da start memejal pulak. Hehe.

Camne nak letak dalam baking pan? Lebih kurang macam lasagna je, cumanya ianya tidaklah begitu berlapis2 dengan jelas seperti lasagna.

Mula2 sekali, ambil sedikit makaroni yang ditoskan tadi tu dan spread di atas baking pan tersebut, membentuk satu layer. Kemudian, tuang adunan cheese tadi ke atas layer tersebut. Pastu, spread lagi saki baki makaroni tersebut, dan tuangkan lagi adunan cheese tadi sampai habis~

Kuncinya adalah sebarkan/spread dengan even dan rata. Tak perlu risau sangat~hehe.

Kemudian, kalau nak tambahan sedap lagi, parutkan cheese mozarella dan taburkan di atas adunan tersebut, ala2 lasagna~

Ok, siap~!! Boleh la masukkan dalam oven!

dsc00298

masuk baking pan~

spread~

spread~

masuk oven!

masuk oven!

Ok~ Preheat oven ke temperature lebih kurang 200-250 celcius, kemudian bake untuk lebih kurang 30-45 minit. Biasanya kalau nampak dia dah start mendidih/berbuih2 tu, tak siap la tu. Hehe.

Setelah 40 minit…

dsc00302

Siap!!

So lepas keluarkan dari oven, biarkan sejuk dalam 10 minit. Kemudian boleh la sendukkan dan makan~ Sama ada pejal atau tak, itu depends on brape pekat adunan kita tadi lah. Kalau pekat, ia akan jadi pejal dan ala2 macam kek/lasagna. Kalau tak brape pekat, jadilah cam bawah ni:

Jom makan!

Jom makan!

Jangan risau, same je rasa dia. Hehe. Boleh dimakan terus sambil2 tgk muvie/series! Haha.

Kalau ade leftover, boleh je masuk dalam peti sejuk. Kemudian esok2 kalau nak makan lagi just microwavekan je, ataupun goreng kembali. Rasa dia still sedap! Aku kalau masak mac n cheese ni satu baking pan tu, 4-5 hari boleh tahan. harharhar~!!

Anyway, selamat mencuba! Kalau ade yg da cuba tu, leave ur comment here and tell us about it! =)

Reblog this post [with Zemanta]

14 thoughts on “Membakar Mac n Cheese~!

  1. aku, saya…
    adeh!

    I’ll try, cuti sem ni. 2 minggu dari sekarang! hahaha.

    Lasagna nampak lagi bes. hihi

    ahaha ko prasan gak ek. actually tulis post ni sket-sket. tu yg ade part guna mood “aku”, ade part guna mood “saya”. hehe.

  2. eh,mmg tak yah letak gula ngan garam ka?

    garam guna masa nak rebus makaroni tu je, bagi dia ada taste sket. as for the filling, most of the flavor will come from the cheese.

    still kalau nk letak apa salahnya. =)

  3. “ambil sedikit makaroni yang ditoskan tadi tu dan spread di atas baking powder tersebut,”

    kena bubuh baking powder ke?

    or baking pan?

    aiyak~ kesilapan. huhu. tertukar perkataan. -_-”

    dah dibetulkan dah, “baking pan”. thanks~!!

  4. Kid tanya sikit,
    Blog Stat memang berubah-ubah ke kat wordpress ni?
    Maksud aku yang dia pamerkan kat widget/sidebar ni ha?
    Kiraan dia boleh menurun menaik sesuka hati ke? Maksud aku macam let say kau 75+++ esok esok dia boleh jadi 20+++?
    Aku jadi musykil dengan wordpress.

    Kau kan pakar. hoho

    ouh aku da lebih 75k ek? waa best2~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s