[Reply] Selesema Babi

Untuk pengetahuan, selesema babi (swine flu) ini berasal dari virus yang sama seperti ketika merebaknya Avian Flu beberapa tahun lepas, iaitu Orthomyxovirus.

Orthomyxovirus adalah satu virus yang unik, kerana ianya sangat cepat mengalami mutation terutama apabila terancam. Kalau dahulu Avian Flu diakibatkan oleh Orthomyxovirus variant H5N1. Kali ini, swine flu, ia mutate ntah kepada variant apa pula.

Virus ini, apabila perkembangan geneticnya terancam, ia akan dengan pantasnya mutate ke variasi lain, sama ada secara antigenic shift atau antigenic drift. Contohnya dulu masa Avian Flu merebak, kita manusia lakukan sedaya upaya menghalangnya, secara quarantine, prevention, vaccination etc. Dan sekarang tengoklah dalam masa lebih kurang 5 tahun je ianya dah mutate ke variation lain pula.

Kali ini, kita cuba menghalang variation swine flu ini pula. Percayalah, dalam 5-10 tahun nanti, pasti ia akan mutate kepada variation jenis lain, menyebabkan epidemic lain pula. mana tahu nanti jadi selesema kucing ke, selesema kambing ke etc.

So apa cara terbaik untuk menghalangnya?

Cara terbaik bukannya dengan one-time measurement seperti sekarang ni. Maksud saya, kalau ada kes epidemik cam sekarang ni baru nak jalankan langkah extreme seperti quarantine dan vaccination, ini tidak betul lah. Time sekarang ni la baru nak tekankan masyarakat untuk berjaga2 dsb. Bukan tak boleh, tetapi tindakan kita ini akan membentuk macam satu “barrier” @ “depression” dalam perkembangan genetic virus tersebut, lantas menggalakkannya untuk mutasi ke variasi lain pula.

Cuba kita fikir – virus ini sentiasa mahu target kepada manusia. Kerana apa? Kerana manusia adalah medium terbaik untuk ia membiak – kita manusia berada at the top of food chain, komunikasi kita yang sangat2 meluas (kapalterbang, etc), dan lain-lain. Dan yang paling penting sekali – manusia sekarang kian lemah dari segi imun kerana gaya hidup yang tidak sihat. Pemakanan tidak seimbang, seks terbuka secara meluas, tingginya kebergantungan kepada teknologi seterusnya menyebabkan kita kurang bersenam. Ya, virus itu tahu mengenai hal ini, sebab itu ia sedaya upaya hendak menjangkiti kita manusia. So halanglah camne pun – ia nak menjangkiti melalui burung (avian flu), kita dah halang. Ia nak menjangkiti melalui babi (swine flu), pun kita nk halang juga. Ia takkan berakhir, sebab virus ini akan mutasi ke variasi lain yang menggunakan cara lain pula untuk menjangkiti kita.

Sebab itulah, langkah paling baik adalah dengan mengekalkan gaya hidup sihat secara berterusan. Banyakkan makan buah-buahan dan vitamin, untuk meningkatkan sistem imun badan. Apabila terasa selesema, jangan bertangguh2 terus cepat2 pergi klinik ambil ubat, dan habiskan ubat yang dipreskripsi. Kalau anak2 ada tanda2 selesema, jangan benarkan dia bergaul dengan rakan2 yg lain. Jaga kebersihan tempat tinggal dan persekitaran, jangan sampai menjadi tempat pembiakan haiwan2 yang boleh menjadi vektor (tikus dsb). Perusahaan perladangan pula haruslah mengambil berat akan keadaan haiwan ternakan dan pekerjanya, seperti memberikan suntikan vaksin secara berkala dll.

Dengan cara itu, kita dapat membendung virus tersebut secara perlahan-lahan tanpa memaksanya mutate dengan pantas ke variasi lain. Lama kelamaan, ia akan mendapati semakin sukar untuk menjangkiti manusia, lantas ia akan mutate untuk menjangkiti haiwan lain pula tanpa membahayakan manusia.

Sekadar teori dari saya, berdasarkan apa yg telah saya pelajari =)

Reply di RE: Selesema Babi @ ILuvIslam.com

Reply?

Saya banyak meluangkan masa di laman web komuniti Islam – ILuvIslam.com. Sungguhpun begitu, saya jarang memberi reply di forum-forum di sana, kecuali mengenai topik-topik yang betul2 menarik minat saya. Tujuan saya bukannya nak mengejar posting, tetapi hendak berkongsi pendapat dengan user-user di sana. Sungguh seronok!

Cuma selalunya reply2 saya di sana agak panjang-panjang..huhu. Itulah yang membuatkan saya terfikir, reply saya itu boleh dijadikan post di Leokid’s Life! Justeru itulah saya buat satu format baru dengan kategori baru iaitu “Reply”.

Post-post saya di bawah kategori “Reply”, akan ditag dengan [Reply] di hadapan tajuknya dan akan diletakkan di dalam quote. Post tersebut merupakan reply saya kepada mana-mana ruangan forum, yang saya rasa berbaloi untuk dikongsi bersama di Leokid’s Life ini. Saya juga akan menyertakan link balik ke perbincangan asal, supaya post saya itu tidaklah nampak tergantung sangat.

Tujuan? Hmm..saya lihat ramai di antara bloggers sudah semakin matang dan berani meluahkan pendapat di blog masing-masing. So saya nak menggalakkan pula dalam kalangan kita untuk menyertai perbincangan-perbincangan online, bertukar-tukar buah fikiran. Sungguh, seronok! Semoga ianya mendatangkan lebih banyak manfaat bagi kita.

Anyway, dengan cara ini juga at least saya tidaklah mengabaikan Leokid’s Life ini terlalu lama. Haha.

7 thoughts on “[Reply] Selesema Babi

  1. wah nice artikel.if i wanna share on my blog, i’ll put ur link ok?thanks. anyway ada award for u n ur blog. check it out!;)

    err..i don’t do awards, sorry. tags pun da lame org bg x buat2 lagi. huhu.

  2. saya rase selesema babi ni brlku krana mnusia 2 sndri.. mreka dh tawyg babi 2 smmgny mmpnyai byk kuman tp mreka ttap mmbla dan plng jijik mreka makan babi 2.. masyaallh.. ni adalh salah stu ptnda bhwa dnia sdah tdk lame lg boley brthn.. ya allah.. selpas ni vrus ape plak yg akn dtg. tp kte sbgai rkyt malaysia prlu brsykr krana slsema babi 2 x mrebak ag kt ngra kita.. kte msty tros brdoa agar kte dijauhkan dry slsema babi ni.. jauh kn dry dari maksiat ssunghnya azab allah 2 amat pedh… anak cina mkan pengat sndiri mau igt r.. assalamualaikum..

  3. setujukah saudara bahawa babi menjadi punca banyak penyakit, sebab tu dalam islam babi adalah haram. tapi bolehkah saudara membantu sebagai ahli perubatan untuk membuktikannya dari sudut klinikal? ini penting untuk kempen saya dalam projek “no babi in malaysia” tq..

    setuju dan tidak setuju. babi sememangnya menjadi pembawa kepada banyak patogen berbahaya, dsb.

    tetapi itu bukan semata-mata sebab kenapa Islam mengharamkan babi. Sebab utama Islam mengharamkan babi adalah kerana itu adalah perintah secara terus (direct order) dari Tuhan melalui ayat 5 surah Maidah.

    Jika kita mengatakan babi itu diharamkan kerana ia membawa banyak penyakit dan kuman, adakah sekiranya sekarang atau di masa akan datang apabila kita berjaya menghapuskan kuman2 di dalam haiwan tersebut, maka ia akan menjadi halal? Tidak, masaklah daging babi tersebut sehingga suci bersih dari patogen, ia tetap tidak akan halal.

    Kehidupan kita Islam ditentukan sepenuhnya oleh peraturan-peraturan yang ditetapkan Tuhan. Atas sebab apa peraturan-peraturan tersebut dikenakan, kita hanya boleh fikirkan “hikmah” disebaliknya, namun sebab sebenar hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sebagai Muslim kita akan menuruti 100% perintah Tuhan tersebut tanpa ada kompromi atau dolak-dalih lagi.

    • ya, saya benar-benar setuju dengan heidir…
      Imam Al-Ghazali sendiri pernah menyebutkan dalam kitabnya Deliverance From Error, adalah tidak wajar untuk seseorang itu menyatakan kebaikan-kebaikan solat disusun 2, 3 dan 4 rakaat….kerana tidak ada yang tahu tentang rahsianya melainkan Allah.

      ….dan sembahlah Allah sampai datang yakin….

  4. oh, rupa2nya yang tulisan italic tuh reply dari kid rupe2nyer….baru faham design blog nih …..

    hehe..ada 2 cara aku reply comment user dalam blog ni, satu dengan guna blockquote italic tu, satu lagi aku reply directly. biasanya aku guna cara blockquote sebab dengan itu bilangan comment per post tak affected by my own comment. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s