FIMA International Camp

FIMA Student Camp

FIMA Student Camp

Hmmm…menarik2!

Seperti tahun-tahun lepas, aku takkan biarkan cuti musim panas aku berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti atau pengisian. Contoh macam tahun lepas, jadual aktiviti aku packed giler dengan aktiviti2! ahaha!

Untuk summer tahun ni, alhamdulillah tak packed sangat. Aku practical 2 minggu je, bermula 6 hingga 19 Julai, kemudian aku dah tak ada apa2 program. So since 2,3 minggu lepas aku survey2 jugak apa aktiviti aku nak buat cuti summer ni ek.

Kalau cuti summer masa aku first year dulu (2007), aku join Sunathon 07 di Endau-Mersing, Johor. Menarik sangat2, dan very balanced! Belajar pasal sunat-menyunat budak2, then dapat parents angkat, ada ceramah pasal tokoh sejarah, dan diakhiri dengan berehat2 di Pulau Tioman!

Kemudian cuti summer second year, 2008. Aku join Kem Eksplorasi Minda (KEM), anjuran satu group budak2 europe nih. Aku join sebab aku tertarik dengan idea diorg dan cara diorg buat kerja, smooth and kemas. 2 bulan sebelum program, semua benda dah setel dan finalize. Then bila aku join, personally aku seronok sangat berada dalam kelompok group tersebut. Kitorang gi wat motivational camp kat sekolah2 di Kuching dan Kota Kinabalu, and it’s really worth it! Sempat ada pengisian ISK, ada pengisian motivasi oleh Ustaz Hasrizal, jadi faci budak2, then jalan2 di Manukan. Sungguh seronok.

So tahun ni…ape nak buat ek. Hmm. Perasan gak IMAM-RSC ada anjurkan Rehlah Mahabbah 09 Summercamp kat Selangor, tetapi personally aku macam tak berapa berminat. Dah usha2 tentatif program, tema dsb, tapi honestly aku rasa macam program untuk enjoy, rehat2 dan main2 je. Tak nampak banyak input yang aku boleh dapat. Huhu. Tapi satu pilihan yang baik la kalau aku just nak rehat2, rilek2 je cuti summer ni. -_-”

So aku pun jadi blur, taktau nak join aktiviti apa cuti musim panas ni. Ingat nak join ESQ, tapi mahal sangat. Rasa macam nak masuk pondok Kuak Luar kejap dalam seminggu dua, tapi takut tak tahan lak. Haish2.

Then alhamdulillah, jumpa info pasal International Camp ni! First nampak da berminat dah, satu sebab program ni program antarabangsa. InshaAllah boleh dapat member2 baru from all over the world, dengan foreign guest speaker! Boleh dapat perspective baru, idea-idea baru dan semangat2 baru.

Tema dia pun best – Volunteerism. Macam2 boleh dibincangkan, dari sudut agama, sudut perubatan, mahupun sudut ethical. Tapi jarang dibincangkan. Hehe. Tengok macam Robo ade mention pasal bab2 ni kat blog dia – Sincerity Is Our Policy.

Meh aku tempek sket info pasal program ni kat sini:

THE 11TH FIMA INTERNATIONAL CAMP
FOR MEDICAL STUDENTS

24th – 31st July 2009 (2 – 9 Shaaban 1430H)

KAMPUNG TOK SENIK RESORT,
PULAU LANGKAWI, MALAYSIA

ORGANIZERS:
Islamic Medical Association in Kingdom of Saudi Arabia (IMAKSA)/ World Assembly of Muslim Youth (WAMY)

HOST & COLLABORATORS:
• Federation of Islamic Medical Associations (FIMA)
• Islamic Medical Association, Malaysia (IMAM)
• Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)

VENUE:
• Kampung Tok Senik Resort, Pulau Langkawi, Malaysia

THEME:
“Medical Students and Volunteerism”

Ni yang aku jadi teruja nak join ni! So far, aku tengah tunggu beberapa maklumat je untuk make-up mind sama ada nak join ke tak.

– Tentatif penuh: nak tengok apa pengisian yang diorang sediakan. Khabarnya program adalah berbentuk “educational, cultural, social, sport, tourist and recreational activities.”

– Berapa kena bayar? Program ni program international, so aku x expect la murah sangat. Huhu. Maybe antara RM300-RM500 gak kot, tambah2 program seminggu, entah2 boleh sampai enam-tujuh ratus ape. -_-”

– Berapa limit participation? Kalau xde limit atau limit tinggi, boleh gak aku promote kat ILuvIslam. Kumpul ramai2 then hantar satu delegation from ILuvIslam, woh macho giler! Ahaha.

Sebut pasal ILuvIslam, Mr. Presiden ada mention aritu ILI nak anjurkan program FEWWIT – Fun and Exciting Week With iLuvislam Team, cuti summer ni gak. But so far takde official announcement, official date or official info pasal tu lagi. Huhu. Harap sangat2 x clash dengan kem FIMA ni, so that aku boleh gi dua-dua. Tapi kalau clash, terpaksa korbankan kem FIMA ini lah nampaknya.

Anywho, sape nak pegi ngan aku? Jommm!

9 thoughts on “FIMA International Camp

  1. Helooo… suke suki je kate Rehlah Mahabah just untuk rehat dan main-main je… Ade slot motivasi, pembinaan kendiri ada combat medicine.. kau setakat tgk tentatif yg general je mmg laaa…

    eheh, well, itu first impression aku, pendapat aku bila cuba melihat situasi dari kasut orang luar =)

    ouh ada tentatif yang lain ke? tentatif “untuk kita2 aje” ek? Hehe. Harapnya tak jadi program syok sendiri, k? All the best, moga banyak manfaat dan pengalaman yg diperolehi!

  2. dua dunia yg berbeza -_- selamat beraktiviti lah ek

    ada orang lebih suka nak habiskan cuti bermanja dengan mak. hehe. betul2 dua dunia berbeza :D

  3. Salam

    its husna from the logistics committee

    1. gv me ur email, ill send the itenary (cant upload it just yet cause still not finalized)
    2. NO fees (all accommodation and course which is >RM1000) is fully sponsored by IMAKSA (saudi arabia), u jsut need to buy ur tix to langkawi, and we may impose a bit fee for msian participants for the recreational activity (RM150-RM200 – yet to be finalized will inform later)
    3. YES. 150. and limit jugak from the hosting country but im not sure.

    see u there insyaAllah? do email us fimastudentcamp2009@gmail.com if u hv any more enquiries.

    • Thanks for the visit from the organizer! =)

      Wow, fully sponsored? Now that’s quite an impression. (^_^)v

      I’ve emailed my inquiries and personal details. But i’m yet to finalize my decision, I’ll confirm about it later k.

  4. Peh.. dhsyat2.. how can dis thng sound very easy for u?? rsa cm hebat gle.. Em,,tp npe xpegi ea??.. ( although ni post last yer.hihi =)) )

    Erk. eheh. ni program last year tu eh? rasanya kalau x silap, time tu ada plan lain kot. huhu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s