Jom balik!

0133 Hours – July 03, 2009.

Alhamdulillah, sekarang baru tergerak hati dan berpeluang untuk update blog ini. Setelah beberapa ketika ditinggalkan, dek kerana diri dihimpit kesibukan dan kebengongan menempuh peperiksaan.

Peperiksaan, semester keenam dalam bidang perubatan di sini sememangnya sangat2 mencabar. 5 subjek kesemuanya, yang menjadi pillar “rukun” kepada bidang medik secara keseluruhannya. 5 subjek tersebut adalah – General Surgery (Pembedahan Am), Internal Medicine (Perubatan), Pathologic Physiology (Fisiologi Penyakit), Pathologic Anatomy (Anatomi Penyakit), serta Pharmacology (Farmakologi/Ubat-Ubatan).

So untuk post kali ini, aku nak bercerita satu demi satu peperiksaan tersebut. Guna ayat skema pula tu. Lantaklah korang nak baca atau tidak. Haha.

0136 Hours – July 03, 2009.

Peperiksaan sudah disusun jadualnya. Mengikut perancangan awal, aku bercadang nak selesaikan sekurang-kurangnya satu peperiksaan lebih awal dari tarikh sebenar, agar bebanan di hujung-hujung bulan tidak terlalu ketara. Namun apakan daya, perancangan hanya tinggal perancangan. Sudahnya aku buat semua peperiksaan tepat pada tarikhnya juga.

Peperiksaan pertama yang aku tempuhi adalah Surgery. Tekanan tidak terlalu terasa, kerana subjek ini secara relatifnya mudah (berbanding subjek-subjek lain). Aku sempat la juga untuk habis mengulangkaji semua soalan-soalan yang ada. Peperiksaan subjek surgery terdiri dari beberapa aspek – teori, dan praktikal. Sebanyak 3 soalan teori akan ditanya, meliputi aspek asas-asas dalam pembedahan, soalan umum berkenaan pembedahan, serta soalan mengenai infeksi/jangkitan melibatkan pembedahan. Seterusnya bahagian praktikal pula, soalan keempat, pelajar akan ditanya mengenai pelbagai aspek – bagaimana mengenalpasti kumpulan darah, bagaimana melakukan bandage/balutan @ dressing, mengenalpasti gambar X-Ray dan lain2.

Adapun aku, mendapat soalan yang lebih kurang senang juga lah. Soalan pertama aku, mengenai Antiseptik Biologi dan Kimia. Habislah semua aku cerita. Soalan kedua, mengenai Pemindahan Darah (Blood Transfusion). Pun alhamdulillah, aku boleh prepare jawapannya. Soalan ketiga, mengenai Boils And Furuncle (Bisul) – pun aku lega, sebab memang aku tertarik dengan infeksi ini memandangkan aku pernah dibedah ketika kecil dek kerana penyakit ini. Soalan keempat aku, mengenai balutan Dessault.

Secara written, alhamdulillah aku berjaya lah menulis rangka jawapan. Namun kemudian part yang paling digeruni, iaitu menjawab di hadapan lecturer (viva). Aku membentangkan rangka jawapan aku tu, alhamdulillah lecturer (Dr. Avdonin) menerima dengan baik. Kemudian dia mula bertanyakan soalan-soalan tambahan kepada aku. Dek kerana chuak, tambahan pula kebanyakan soalan yang ditanya tersebut aku tidak baca pula, so aku sangkut lah sedikit. Antara soalan yang ditanya – apa beza Furuncle dengan Siberian Ulcer/Anthrax, apa beza autologous blood transfusion dengan reinfusion dll.

So natijahnya aku dapat 4 sahaja (B). Huhu. Apa2pun syukur~

0147 Hours – July 03, 2009.

Peperiksaan Surgery pada 9 Jun tersebut berakhir. Peperiksaan seterusnya, Internal Medicine, iaitu pada 16hb. Subjek yang sangat-sangat penting, kerana menjadi asas kedoktoran sebagai kerjaya kepada para pelajar. Antara yang kami pelajari adalah seperti bagaimana mengambil case history pesakit, bagaimana membuat auscultation (mendengar bunyi menggunakan stetoskop), bagaimana mengambil tekanan darah, serta mengenai penyakit-penyakit yang common seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dsb.

Alhamdulillah, senggang masa yang ada antara peperiksaan surgery dengan internal medicine agak panjang, iaitu 6 hari. Maka boleh la juga aku prepare keseluruhannya. Namun sangat2 risau, kerana banyak sangat yang perlu dibaca. Bila baca yang hujung2, yang awal2 tu dah lupa. Bila baca awal2 tu, yang hujung pula yang lupa2. T_T

Hari exam. Kami sangat2 menggeruni seorang examiner ini, biarlah dirahsiakan namanya. Walaupun berwajah baik seolah-olah mempunyai naluri keibuan, kami difahamkan beliau sangat kejam ketika peperiksaan. Pernah terjadi kes pelajar cuba membunuh diri kerana tidak tahan asyik digagalkan peperiksaan berkali-kali oleh beliau.

Maka pada hari exam itu, para pelajar tahun ketiga NNSMA secara berjemaah berdoa agar dielakkan dari berjumpa dengan examiner tersebut.

Nasib baik aku mendapat tarikh peperiksaan di hari kedua, examiner tersebut tidak hadir. Aku dapat examiner yang merupakan cikgu aku sendiri. Soalan yang aku dapat juga senang-senang, alhamdulillah. Satu soalan mengenai bagaimana mengesan masalah kardiovaskular, satu soalan mengenai fenomena “Pulse Deficiency”, manakala satu lagi soalan mengenai ECG. Ah, aku memang dah khatam habis ECG!

Namun apakan daya, dek kerana kemalasan aku di kelas agaknya (hehe), serta kegagalan menjawab beberapa soalan tambahan dari examiner tersebut, aku diberi markah 4 (B) lagi. Syukur, alhamdulillah. (^_^)v

0156 Hours – July 03, 2009.

Peperiksaan internal medicine tamat. Aku mula menjadi pening-pening. Intoxication. Peperiksaan seterusnya, subjek Pathologic Physiology, hanya selang 3 hari! Masakan mungkin aku dapat mengulang kembali kesemuanya dalam masa 3 hari! Tambahan pula, subjek ini aku pelajari ketika awal-awal semester dahulu, so banyak sangat yang sudah dilupakan. Bila baca balik pun, rasa macam blur je. Huhu.

Aku nekad jelah. Baca sebanyak mana yang boleh. Pandai-pandai lah goreng di hadapan lecturer nanti. T_T

Alhamdulillah, aku dapat soalan yang agak aku boleh jawab. Soalan mengenai allergi, soalan mengenai fenomena kurang darah / lebih darah, serta satu soalan mengenai analisis jaundice dalam badan.

Examiner tersebut pula, jenis yang evaluate secara first-impression. Beliau tidak dengar habis kesemua jawapan pelajar. Just dengar 4-5 ayat untuk satu soalan, then dia terus tulis markah dan proceed untuk soalan seterusnya. Barangkali dia tengok kepada tahap konfiden pelajar agaknya. Syukur bagi aku, kerana aku yang awal2 tu je yang boleh jawab. Soalan2 belakang2, aku goreng je. Hehe. Alhamdulillah, B lagi. =)

0201 Hours – July 03, 2009.

Kemudian, peperiksaan yang antara paling digeruni – Pathologic Anatomy. Digeruni bukan sekadar kerana banyaknya yang perlu dibaca, tetapi lebih digeruni kerana seorang examiner ini yang begitu kejam ketika peperiksaan. Sejarah telah membuktikan ramai perajurit-perajurit yang kecundang di tangan examiner ini, hingga terpaksa membawa peperiksaan tersebut ke semester hadapan (repeat).

Peperiksaan Path.Anatomy juga sangat kompleks skopnya. Pada mulanya, pelajar akan menjawab soalan objektif sebanyak 50 soalan terlebih dahulu. Sesiapa yang lulus (lebih 35 betul), baru dibenarkan untuk proceed. Siapa yang gagal di peringkat ini, secara automatik gagal keseluruhan peperiksaan.

Seterunya pelajar diberi kertas soalan, yang biasanya mengandungi 4 soalan. Soalan pertama merupakan soalan teori. Soalan kedua merupakan soalan kes klinikal. Soalan ketiga merupakan soalan mengenalpasti slide histologi, manakala soalan keempat merupakan soalan mengenalpasti spesimen gross. Dan sesiapa yang ada menyediakan pembentangan (ala-ala kerja kursus) untuk semester tersebut, akan mendapat pengecualian soalan ketiga.

Selang masa 3 hari sangat-sangat mendesak aku. Itulah 3 hari yang paling panjang dalam hidup aku. Terlalu mendesak. Aku cuba juga sumbatkan kesemua material dalam kepala otak aku. Nasib baik subjek tersebut baru sahaja aku pelajari sebelum peperiksaan, maka masih segar di ingatan aku. Akhirnya aku melangkah ke dalam bilik peperiksaan dengan berdoa – “Mintak2 lah tak dapat soalan mengenai cancer, mengenai infection!”

Dan alhamdulillah, dengan izinNya, aku tak dapat langsung soalan mengenai kedua-dua tersebut. Soalan pertama aku mengenai Acute Kidney Insufficiency (Kegagalan Buah Pinggang), manakala untuk klinikal kes pula aku dapat mengenai Hypostatic Bronchopneumonia. Soalan ketiga aku dikecualikan, memandangkan aku ada membuat pembentangan, manakala soalan keempat aku mengenai Pulmonary Embolism.

Kemudian tiba saat-saat yang dinanti-nantikan = menjawab secara viva. Semua pelajar di dalam bilik peperiksaan tersebut berdoa, semoga tidak diketemukan dengan examiner kejam tersebut.

Hampir tiba giliran aku, cikgu yang mengajar kelas aku, Dr. Kuznetsov tiba ke bilik peperiksaan. Beliau lantas bertanya – “Who’s ready?” maka aku dengan lajunya mengangkat tangan! Lantas beliau datang kepadaku untuk memulakan sesi viva.

Alhamdulillah, soalan-soalan aku tersebut, aku jawab sejibik-sejibik sebagaimana yang beliau terangkan dalam kelas! Beliau sendiri tersenyum, sebab beliau tahu apa yang aku jawab, itulah yang beliau sampaikan di dalam kelas. Alhamdulillah, aku cemerlang. “It’s been a pleasure to learn from you, sir!”

0213 Hours – July 03, 2009.

Tamat sudah peperiksaan Pathologic Anatomy, tinggal peperiksaan terakhir – Pharmacology. Peperiksaan yang aku sendiri gelarkan “the Mother of Medic”, kerana ia merupakan antara subjek terpenting. Melibatkan pengurusan rawatan dan ubat-ubatan. Berpuluh-puluh nama ubat yang perlu dihafal. Setiap ubat ada kategorinya yang tersendiri. Setiap ubat ada mekanisma yang tersendiri. Kesan sampingan yang tersendiri. Indication yang tersendiri, contraindication yang tersendiri.

Dan semuanya untuk aku ingat – dalam masa 3 hari T_T

Rakan-rakan aku yang lain, satu demi satu mula futhur. Banyak yang sudah terlalu tertekan, sehingga menunda peperiksaan ke semester hadapan. Ada yang menunda satu peperiksaan, ada yang menunda 2. Sungguh tergugat semangatku melihat rakan-rakan sudah mula berehat-rehat “bercuti” melepaskan tekanan, sedangkan aku masih punya satu peperangan terakhir.

Tunda? Tunda bukan pilihan aku. Sama sekali bukan pilihan aku. Aku sudah merasai peritnya menunda peperiksaan ketika di tahun dua dahulu. Cuti yang tidak tenang, dek kerana memikirkan peperiksaan. Tambahan pula, untuk tahun hadapan, aku akan menghadapi peperiksaan awal. Untuk menunda, bererti menyeksa diri sendiri.

Lantas aku pergi ke peperiksaan Pharmacology dengan hati yang pasrah dan redha dengan apa jua ketentuan. Kalau ditakdirkan gagal, maka aku repeat lah semula. Kalau ditakdirkan lulus dengan C pun, aku bersyukur.

Alhamdulillah, examiner tersebut, Prof. Dugina, seorang yang sangat-sangat memahami. Beliau tahu, ini merupakan peperiksaan terakhir. “I’m very tired, prof,”. Soalan-soalan yang aku dapat, aku tidak dapat menjawab dengan baik. Semuanya aku jawab separuh-separuh sahaja. Contohnya, soalan pertama mengenai ubat Psychostimulant – terdapat beberapa jenis ubat, namun aku terangkan mengenai kafein sahaja. Kemudian, ubat analgesic non-narkotik, aku hanya menceritakan mengenai aspirin (acetylsalicylic acid). Soalan terakhir, mengenai rawatan jangkitan Spirochete, aku hanya menjawab mengenai jangkitan Syphillis sedangkan banyak lagi jangkitan Spirochete yang lain.

Melihat jawapan aku yang kurang memuaskan, Prof. Dugina mengajukan soalan-soalan tambahan. Namun soalan-soalan tersebut simple sangat2. Seperti – “Apakah ubat bagi merawat Ischemic Heart Disease?” “Apakah ubat bagi tekanan darah tinggi?” “Apakah jenis-jenis diuretik yang kamu tahu?” etc yang aku dapat jawab dengan baik.

Akhirnya beliau memberi aku markah 4 (B). Syukur sangat2~!!

0222 Hours – July 03, 2009.

Secara overall, aku bersyukur sangat2 dengan peperiksaan kali ini. Alhamdulillah, masih tiada C dalam buku rekodku, maka aku masih ada harapan untuk dean’s list (Red Diplome).

Nasib dan takdir sangat-sangat menyebelahi aku. Soalan-soalan yang aku dapat, semuanya yang aku study betul-betul. Bersyukur sangat-sangat.

Aku tak tahu apa yang aku amalkan sehingga Allah betul-betul menolong aku untuk exam kali ini. Namun yang pasti, setiap malam exam aku sms mak aku, minta dia tolong doakan. Bila aku tensi nak futhur, aku sms mak aku. Dan aku yakin, doa dari mak aku yang push aku through semua ini. Alhamdulillah.

Kini, tamat sudah tahun ketiga di Nizhny Novgorod State Medical Academy. Wallahi, sekejap sangat2 masa berlalu. Dahulu aku masih mengira-ngira hari aku berada di sini, tanpa aku sedari sudah 50% rupanya perjuangan aku.

Rata-rata senior menyatakan, tahun ketiga adalah tahun yang paling menyeksakan. Alhamdulillah, aku telah berjaya harungi, maka inshaAllah untuk tahun-tahun seterusnya aku tidak akan futhur. Terus doakan kejayaan aku di sini, kalian.

0227 Hours – July 03, 2009

Pasti ada yang sedar, kenapa Kid asyik menghitung masa? Aku sebenarnya sedang menunggu detik jam keempat, untuk aku bertolak dari Nizhny ini, menuju ke Domodedovo Airport, Moscow. Penerbangan aku akan berlepas pada pukul 6.30 petang, 3 Julai 2009. Akhirnya, pulang jua aku ke Malaysia..

Ah, baru 2.30 pagi? Panjang2 aku taip, sejam je?? Apa lagi yang aku nak buat? Hmmm..

7 thoughts on “Jom balik!

  1. Eheh da boleh rating ek untuk setiap post? Waa makin maju wordpress nih. Bagus2.

    Oh ya, di rumah aku x sure lagi boleh update ke tak blog aku ni. Ade pape hal sila usha kat twitter aku di sebelah kanan ni, atau cari aku kat Facebook ye~!

  2. Salam…tetiba terklik blog saudara….menarik jgk…kisah perjln bakal doktor sebelum menjadi doktor…. Good luck and all the best in everything U do. Pesanan: bila dah abis belajar nanti…balik Malaysia…serve utk rakyat malaysia yg kekurangan doktor.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s