Perubahan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, baru semangat sikit nak godek-godek blog baru ini, setelah selamat sampai di bumi Malaysia (dan bebas H1N1!). Hehe.

Kehidupan aku sejak kebelakangan ini, terutamanya ketika exam aritu adalah sangat-sangat stereoraip. Siang tdo malam berjaga, study, study dan study. Membosankan.

Arakian menjadi fitrah manusia apabila dia bosan maka dia akan malas. Haha. Justeru aku ada mengambil tindakan/pendirian ketika musim exam aritu, demi untuk mengekalkan semangat serta mengelak dari putus asa..

Dan antara azam yang aku buat adalah – aku nak beli Macbook!

Macbook?

Mana datang azam nak ber-macbook aku ni ek. Hmm. Tak sure la pulak. I’m not really a fan of Mac (or any Apple product, for that matter). Aku dulu berpendapat, geng2 product Mac/Apple ni “arrogant”. Sebab produk2 diorg ni sangat2 exclusive. Takleh bercampur dengan orang lain. Mac xleh get along with windows, and windows softwares pun xleh get along with mac/apple product.

Tengok contoh, iPod/iPhone. Mesti kena guna iTunes kat windows untuk manage. (dengan beberapa exception lah, seperti plugins, 3rd party softwares etc).

So aku agak sceptic pada awalnya. Mac is for mac users only. Ditambah pula dengan sikap sesetengah pemilik Mac/Apply (sesetengah ye, bukan semua), yang sering berlagak dan menunjuk-nunjuk kelebihan OS masing-masing, seolah MacOS lah OS terbaik di dunia, etc etc.

Out of curiosity, aku berminat lak nak tahu mengenai MacOS nih. Is it really up to that standard? Peluang datang ketika nak settle exam (demi mencari motivasi/semangat), manakala laptop Twinhead lama aku pun da semakin deteriorate. So aku buat keputusan yang sungguh sudden – nak test guna Mac pulak lah.

Ini bukan pengalaman pertama aku dengan MacOS. Aku pernah mencuba-cuba hack install MacOS ke dalam laptop twinhead aku dulu, ketika around 2007 kalau tak silap. Teknik ini dinamakan “hackintosh”, sedangkan masa aku try experiment dulu term hackintosh ni tak wujud lagi pun. Ahaha.

Of course lah, ketika tersebut aku cuma bereksperimen. Banyak masalah yang timbul. Driver tak support la, bunyi tak keluar la, hang la, etc etc. So aku fedup dengan MacOS, lalu aku format balik. Huahuahua.

Then alhamdulillah, recently diberi ilham untuk guna Mac balik. Mungkin sudah terlalu bosan dengan Windows, agaknya. Macam-macam dah aku tau pasal Windows – dari segi troubleshooting, install problem2, softwares2 commercial atau open source, etc etc. Aku tidaklah mempunyai kelayakan formal dalam dealing with windows, tapi pengalaman dan sifat try-n-error yang terbina dalam diri aku banyak mengajar aku.

Secara ringkas, ya, aku bosan dengan windows. Kerenah itu ini, virus itu ini, rosak itu ini. Lalu aku decide nak guna Mac tengok lah.

Pada mulanya, aku bercadang nak buat hackintosh je. Murah pun murah, cadangan asalnya nak cari netbook sebijik, then install hackintosh setup macam iDeneb etc. After all, aku ingat just nak try je.

But then aku terfikir, hijrah/migration ni kena drastik, baru boleh istiqamah. Total change of the environment. Lagipun aku da ada pengalaman deal with hackintosh dulu2, so aku tau banyak problemnya. Last2 aku kata – ah alang2 nak tukar MacOS, baik cari Mac computer terus!

Bajet aku time tu, around rm1500 je. So kalau nk diikutkan, netbook jela yg mampu pun. Tapi setelah beberapa siri permohonan, loan application aku akhirnya diluluskan. Hoho. Loan dari mana? Oh bukan MARA, tapi “FAMA”. =p

So aku survey2 la, ape Mac yang sesuai. Actually ingt nk amik Mac Mini sebab memandangkan aku da ada peripheral (monitor, keyboard, mouse etc), tapi disebabkan aku nk replace laptop aku yg lama tu, so aku kena ganti ngan laptop gak la. Usha2 punya usha, survey2 punya survey, jumpa pun MacBook White yang latest edition, baru distribute early June aritu. Ni basic spec latest MB tu:

* 2.13GHz Intel Core 2 Duo
* 2GB 800MHz DDR2 SDRAM – 2x1GB
* 160GB Serial ATA Drive @ 5400 rpm

Spec-spec lain adalah macam biasa je, graphic card nvidia 256mb, ade bluetooth, air-port wifi, built in camera, microphone, etc. Pendek kata complete lah, cuma takde memory card reader je. Huhu. USB port ada 2 je, tapi aku x kisah sebab aku da ade external USB Hub. Then ade port Firewire. Problem satu, output video dia hanya mini-dvi, so kalau nk output ke monitor atau projector kena beli converter dia pulak. -_-“

Alhamdulillah, aku pun habis semua exam dengan memuaskan, lalu aku pulang ke rumah. Keesokan harinya je aku da ajak parents aku gi usha Macbook nih. Hehe. Kami pegi kat kedai Switch di Sunway Carnivale, Penang. Switch adalah official Apple Store di Malaysia, HQ di Penang. Pendek kata memang kedai khusus untuk semua produk Apple lah, kalau ade problem pape pun boleh carik diorg.

So dah nampak dari jauh Macbook pilihan aku, harga pun mmg fixed RM3699. Try nak mintak student price (less RM200), tapi hanya untuk student universiti2 sekitar kedai tu je (USM, UiTM). Tanpa berlengah lagi, aku rembat jelah. Hehe.

Macbook White~

Hmmm…first impression – eh besar gak ek Macbook nih. Aku ingat putih kecik comel macam Twinhead aku dulu tu, rupanya agak gemuk. Dan tebal. Hmmm.. Casing putih kat luar plastik, so masalah cap jari memang akan timbul lah. Tapi takpe, dia ada bagi wiping cloth skali. Kat area keyboard ngan touchpad, material dia lain sket so xde fingerprint.

Macbook~

Then aku pun bukak2 la manual dia, baca2 sket2 dulu kot2 ade pape requirement before first start. Then dia kate xde pape, aku pun on jelah. Kinda impressed!

Starting macam biasa, dia mintak setup user, etc etc. Smooth and clear. Dalam 10 minit je dah boleh access desktop. So aku pun mula2 la godek2 sgale ape yang ada.

Mac is very smooth and easy! Mula2 aku nak try connect internet guna henset aku dulu. As soon as aku on je bluetooth, Macbook pun detect dan pairing. Tak payah install driver paper pun! Setting2 network sket (biaselah, set APN celcom, etc), trus aku dapat connect ke internet! Jauh lebih mudah dari Windows!
Then, nak try guna broadband lak. Lepas je cucuk, macam biasa, dia terus detect dan keluar application dia terus. Xde nak install pape. Within few minutes I’m connected and on line!

Ade member kata, Mac ni untuk orang yang busy. Sekarang aku tahu sebab ape.

Tak perlu buang masa fikir pasal antivirus, spyware, malware, trojan etc etc. Mac is virtually virus-free! Xdelah 100% xde virus, tapi terlalu sikit hingga boleh dikatakan tidak signifikan langsung!
Installation adalah sangat senang! Majority software Mac adalah sangat simple untuk di-install. Semudah copy-paste! Xde susah2 nak cari drive mane location mane, installation wizard etc etc.
Software Mac is built for Mac. Walaupun orang kata software Mac susah nak jumpa, tapi software yang ada adalah sangat-sangat compatible dengan sistem sedia ada. Maksudnya susah nak jumpa keadaan hang la, stuck la, corrupt la etc etc.

Berikut adalah beberapa decision yang aku buat dengan Mac aku:

  1. Dulu aku biasa guna Thunderbird untuk uruskan email, sebab email aku banyak so better guna client dari web browser. Thunderbird lak aku kena tambah plugin MyPhoneExplorer untuk sync data email, calendar, address book aku dengan handphone aku.
  2. Then bila guna Mac, aku cuma guna built-in software ”Mail“ je. Built-in mail client ni boleh handle sumer akaun2 email aku (even live.com!). Then dia link secara direct dengan software calendar iCal, built-in address book, and finally, dengan software iSync untuk aku synchronize dengan henset aku. Mudah, xde nak kena download pape, plugin pape.
  3. Mula2 aku guna web browser Safari yang built in nih. Then aku rasa x brape best ah safari, sebab bagi aku Firefox dah cukup perfect. So aku download la Firefox for Mac, then dilema yang muncul adalah camne nak synchronize profile firefox dari komputer lama aku ke Mac nih. Google2 sket rupa2nya mudah je, just copy-paste! Aku waswas la jugak pada mulanya, tapi lepas copy-paste aku launch firefox mac aku, terkejut jap sebab sebijik sama dengan kat windows aku!
  4. Nak main dota. Dota sudah semestinya, baik windows ataupun mac. Aku pk2 jap, camne nak setel ek. Plannya nak download warcraft for mac, tapi cam besar lak saiz (2gb). So aku decide guna virtual desktop, Parallel. Download Parallel (around 100MB), then virtually install XP. Copy-paste je warcraft dari laptop lama aku, terus boleh play! Parallel siap letak icon warcraft lagi kat desktop mac aku. Ahaha. Performance? Macam xde beza langsung berbanding laptop lama aku (cuma skrin jelah, sebab aku skrg ni widescreen, dulu biasa).
  5. Banyak lagi lah yang aku rasa mudah je buat kat Mac ni. So far aku xde rasa apa halangan pun nak guna Mac. Apa aku biasa buat kat Windows, semua aku jumpa alternatifnya kat mac, malah ada sesetengah alternatif tersebut even better lagi!

Alhamdulillah, so far 2 hari aku guna Mac, tak de walau sedikit pun rasa takbest atau penyesalan. In fact, rasa bersyukur dan berbaloi walaupun harganya mahal. Harap2nya Macbook aku ni bertahan lama lah.

YM For Mac, iSync, Virtual OS made by Parallel kat desktop.About my Mac

Anyway, banyak gak idea untuk update blog lepas2 cuti ni. Tapi masa tak mengizinkan. Aku sekarang tengah practical di Hospital Bukit Mertajam. Best giler practical kat sini, compared to kat HSB aku buat tahun lepas. Cuma agak bz lah, banyak homework. Hehe. Anyway, nanti2 lah aku citer pasal practical. Penat, baru balik dari pract, nak rehat dulu. See ya later~ Salam.

5 thoughts on “Perubahan

  1. Blekk, yang pasti bro Leokid poyo (tengah jealous) T__T Aku nak Macbook jugak! Dah bosan desktopcustom macam Mac, sampai bila nak mockup je. I want a Mac! Leokid belikan aku Macbook! Haha! Overall harga dia berapa? Takkan 4k je?

    hoho. yeap2 RM3699. exact. tak lebih, x kurang, aku x beli pape accessory pun.

    • Owh yea. Aku dah pergi kedai Apple semalam. Harga ni memang sama. Dia kata promotion sampai bila ntah. Maksudnya lepas ni dah mahal balik. Patut la ko cepat2 grab dulu. :( Wahh, I want a Macbook! Semalam orang tu semangat gila promote dekat aku, sampai tunjuk macam mana nak dual boot semua. Haha. Lawak2.

      • ahaha. erm, kalau ko nak beli, aku suggest tunggu sampai September ni. Sebab september ni, MacOS version baru, 10.6 (Snow Leopard) akan officially launched. Kalau beli sekarang, dapat MacOS 10.5.7 (Leopard) je.

        Harga mahal tak mahal tu, aku x tahu la. Ada kemungkinan gak mahal, sebab diorg nak ambil kesempatan bersempena launching new OS nnt. Hehe.

  2. Assalaamu’alaikum…

    Selamat kembali ke tanah air. Wow…panjangnya cerite..tetapi menarik untuk dibaca. Terutama tentang Macbook tu. Saya dulu pakai Apple (hak majikan le..he..he..he…), mula guna tu memang susah sikit….tetapi lama lama ia memberi satu kelainan berbanding jenama yang biasa di pasaran. Saya setuju kedua jenama ini memang lain dari yang lain. Hal ini memberi keselamatan buat data kita….dan menjadikan orang yang menggunakannya “dikagumi”…Alaah..bila dah biasa…best juga.

    maaf lama sudah tidak berkunjung ke laman ini. Diharap bergembira bertemu saudara mara dan sahabat handai. Salam mesra dari Sarawak.

  3. nk tanyalah, mac book ni boleh download software windows x, mcm solidwork.. as far as i know, it can’t.. but what if i download windows in my mac, then try to download solidwork?.. really need ur experience.. tq :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s