Konspirasi H1N1 – Sikap Kita

Dalam kehangatan badan yang tengah demam, dengan samar-samar mata dan pening-pening lalat, baru sebentar tadi saya terlibat dengan sebuah perbincangan di iLuvIslam. Isunya mudah sahaja, mengenai perkembangan status wabak yang famous ketika ini, iaitu H1N1 dan perkaitannya pula dengan pelbagai jenis teori konspirasi yang ada sekarang ini.

Apa itu teori konspirasi? Kalau ikut kamus built-in Mac saya, ni, conspiracy theory bermaksud “a belief that some covert but influential organization is responsible for an unexplained event.” Secara ringkasnya, teori konspirasi adalah kepercayaan bahawa wujudnya sesebuah organisasi yang tidak diketahui tetapi berpengaruh, yang terlibat dalam sesuatu kejadian yang berlaku. Antara teori-teori konspirasi yang terkenal, termasuklah seperti New World Order (NWO),  serta ratusan lagi. Boleh rujuk List of Conspiracy Theory di sebuah artikel Wikipedia ini.

Pandemik H1N1, yang merupakan “event of the year”, tentulah tidak terkecuali daripada teori-teori konspirasi ini. Saya memang mengikuti dengan teliti perkembangan H1N1, dan sejak dari awal kemunculannya saya telahpun mendengar bermacam dakwaan yang dibuat terhadap pandemik ini. Dakwaan seperti ianya penyakit yang direka oleh para kapitalis, ianya direka oleh golongan zionis untuk menghancurkan Islam, ianya merupakan senjata kimia baru negara Russia etc etc, banyak saya jumpai di forum-forum perbincangan di internet.

Saya secara peribadi, tidaklah bersetuju atau menafikan dakwaan-dakwaan yang dikemukakan ini. Kerana teori-teori konspirasi ini sungguh luas kemungkinannya. Pendek kata, asalkan menjadi seorang yang kreatif, 1001 macam jenis teori konspirasi boleh dicetuskan! Atas sebab itulah saya memilih untuk tidak mempercayainya, kecuali didatangkan dengan bukti-bukti yang kukuh, dari mereka-mereka yang ahli dalam bidang tersebut, oleh media-media rasmi dan dipercayai.

Dalam perbincangan saya di iLuvIslam tersebut, terdapat  ahli yang membawakan pendapat-pendapat yang mengaitkan H1N1 dengan teori konspirasi NWO (New World Order). Banyak jugalah dakwaan yang dibawanya – dalam vaksin H1N1 ada racun yang dimasukkan, seperti “racun” virus H5N1, Merkuri, dalam vaksin H1N1 ada mikrochip yang boleh membawa kanser dsb.

Jika saya seorang yang bukan di dalam bidang medik, mungkin saya biarkan sahaja. Atau mungkin saya boleh menjahilkan diri dan mempercayai dakwaan-dakwaan tersebut. Namun, memandangkan saya berada di dalam bidang medik, dan saya ada pengetahuan dan ilmu mengenai apa yang diperkatakan oleh dakwaan-dakwaan tersebut, saya memutuskan untuk memperbetulkan tanggapan user tersebut.

Justeru, jika kita berhadapan dengan teori-teori konspirasi serta dakwaan-dakwaan ini, kita perlulah menjadi manusia yang berintelek! Apa itu manusia yang berintelek?

Dari sudut bahasa, perkataan intelek itu sendiri banyak maksudnya, serta banyak bergantung kepada perspektif setiap orang. Namun, maksud intelek yang saya ambil adalah seperti yang dinyatakan oleh kamus built-in Mac saya:

intellect |ˈintlˌekt|

noun

the faculty of reasoning and understanding objectively, esp. with regard to abstract or academic matters : he was a man of action rather than of intellect.

• the understanding or mental powers of a particular person : his keen intellect.
• an intelligent or intellectual person : sapping our country of some of its brightest intellects.

ORIGIN late Middle English : from Latin intellectus ‘understanding,’ from intellegere ‘understand’ (see intelligent ).

Merujuk kepada part yang bergaris itu, intelek secara ringkasnya bermaksud kebolehan kita untuk menerima dan mengkaji sesuatu secara objektif, terutamanya berkaitan perkara yang abstract atau perkara-perkara akademik

Point yang paling penting, adalah “mengkaji sesuatu secara objektif”. Kalau orang melayu kita ni, lebih kurang macam – jangan menerima bulat-bulat apa yang diberi. Sebaliknya, kita kena turut melihat dari aspek-aspek lain, secara menyeluruh.

Menilai secara objektif bermaksud kita perlulah mengenepikan semua faktor-faktor tidak berkaitan, contohnya kebencian terhadap sesuatu @ seseorang, kepentingan peribadi, mencari populariti, keuntungan dsb. Penilaian ke atas sesuatu dakwaan hendaklah dilakukan dalam keadaan mengetahui (berilmu), serta bebas dari pengaruh dalam dan luar (tidak bias).

.

Intelek Dalam Islam

Adakah konsep “intelek” yang saya nyatakan di atas, bersesuaian dengan Islam? Ya, ianya bersesuaian! Islam sangat2 menggalakkan umatnya agar mengkaji satu ke arah kebenaran, justeru menggalakkan umatnya agar menuntut ilmu, ataupun merujuk kepada orang yang berilmu jika kita tidak mengetahui.

Allah ada menyebut dalam al-Quran sebanyak 2 kali perihal hal ini. Iaitu di dalam surah An-Nahl ayat 43, serta surah Al-Anbiya’ ayat 7, yang bermaksud:

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

Sikap ini boleh kita ambil, terutamanya apabila berhadapan dengan dakwaan-dakwaan yang di luar bidang ilmu kita. Contohnya, mengenai H1N1. Kita tahu bahawa H1N1 ini merupakan masalah perubatan, maka sebarang teori, konspirasi, dakwaan dan sebagainya perlulah dirujuk kepada mereka yang berada di dalam bidang perubatan tersebut. Ini langkah yang penting, untuk mengelakkan dari adanya individu yang memandai-mandai serta mengiyakan tanpa sebarang pengetahuan yang kukuh.

Selain itu, sikap intelek yang mengenepikan faktor-faktor tidak berkaitan, emosi terutamanya, juga adalah sesuai dengan Islam! Perihal intelek ini ada disebutkan dalam Al-Quran lebih 1000 tahun lampau, melalui ayatNya iaitu:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. (Maidah 8)

Kan intelek itu bersesuaian dengan ayat Allah yang suruh kita berlaku adil walaupun kita bencikan sesuatu kaum? Berlaku adil itulah yang dimaksudkan dengan menilai secara objektif, dan orang yang berlaku adil itulah yang dikatakan orang yang berintelek.

.

Kenapa Pentingnya Sikap Intelek?

Kebanyakan daripada kita, mengambil sikap acuh-tak-acuh mengenai sikap intelek ini ketika berhadapan dengan dakwaan-dakwaan dan konspirasi. Dengan ayat-ayat yang memprovokasi, menghasut dsb, kita terutamanya golongan muda mudah sekali menerima apa jua dakwaan yang diberikan, seterusnya menceritakan pula kepada orang lain. Begitulah mudahnya dakwaan-dakwaan seperti ini disebarkan, berikutan kegagalan mengenalpasti antara fakta atau auta.

Islam melarang kita dari bersikap sedemikian, kerana sikap sedemikian (menyebarkan tanpa menyelidiki) buruk padahnya. Kalau sesiapa pernah bermain permainan “telefon karat”, tentu boleh memahami dan menganalogikannya dengan point saya ini. Tak pernah main? Boleh rujuk kepada artikel sahabat saya di Indonesia ini. Dengan sikap menyebarkan tanpa menyelidik inilah, adanya tokok tambah, putar-belit, campur-aduk antara fakta dan auta dan sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak.

AlQuran sendiri ada mengajar kita untuk menyelidiki terlebih dahulu sebelum kita menyebarkan sesuatu,

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kebodohan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Hujurat 7)

Malahan, Rasulullah sendiri ada bagi warning kat kita

Daripada Hafs bin ‘Asim katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar”. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Best kan Islam? Tanpa kita sedari pun, sebenarnya Islam telahpun mengajar kita agar menjadi manusia yang berintelek!

Begitulah juga akibatnya, jika kita mengamalkan sikap menyebarkan kepada rakan-rakan tanpa terlebih dahulu mengenalpasi sama ada ianya betul atau tidak. Kalau betul, alhamdulillah, tak apa lagi. Tapi kalau salah? Dan orang yang kita sampaikan tu pula, mempercayai apa yang kita sampaikan?

Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa memulakan jalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang yang beramal dengannya selepasnya tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga, dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikitpun juga”.

Astaghfirullah, berat tuh. Dosa sendiri pun entahkan tertanggung ke tidak, ini pula dosa org lain. Nauzubillah.

.

Intelek Dalam Beribadah?

Selain merujuk kepada sikap intelek dalam berhadapan dengan teori-teori, dakwaan dsb, sikap intelek juga penting dalam beribadah! Ini kerana, ia adalah antara syarat-syarat agar sesuatu ibadah kita diterima.

Apa syarat-syarat yang diletakkan kepada sesuatu ibadah, agar diterima? Secara umumnya, terdapat 2 syarat terpenting, iaitu pertama – niat, dan kedua – mengikut syariat.

Part kedua “mengikut syariat” itu yang paling penting, untuk kita terapkan sikap intelek. Kenapa penting? Kerana, hanya syariat yang sahih daripada Rasulullah, sahih melalui alQuran dan Sunnah sahaja yang diterima. Ini kerana, jika ibadah tersebut tidak bersandarkan kepada sunnah atau quran, maka ibadah tersebut akan menjadi bida’ah.

Contoh-contoh ibadah yang perlukan permurnian dengan sikap intelek, banyak sebenarnya. Contohnya, seseorang datang kepada anda dan mengatakan kepada anda, “adalah wajib membaca surah yassin di malam jumaat”. Jika kita mendengar seseorang mendatangkan dakwaan seperti itu, maka kita juga perlu mengaplikasikan sikap intelek dalam berhadapan dengannya. Apa langkah pertama perlu kita buat? Rujuk ayat surah an-nahl yang saya berikan di atas. Hehe. Itu cara kita bersikap intelek ketika berhadapan dengan dakwaan tersebut.

Apa implikasi kita tidak mengamalkan sikap berintelek dalam beribadah? Seperti yang saya nyatakan tadi, sekiranya ibadah kita tidak berasaskan daripada sumber yang sahih, maka ibadah kita tertolak. Sebab itulah, kita perlu mempraktiskan sikap intelek ini.

.

Kembali kepada isu H1N1 dan teori konspirasi.

Secara umum, saya tidaklah mengambil berat sangat akan teori-teori konspirasi ini. Kerana saya berpendirian, daripada saya menghabiskan masa berkonspirasi itu ini, adalah lebih baik saya meluangkan masa menyumbang sesuatu yang benar-benar boleh membantu kepada masalah yang wujud. Contohnya, untuk isu H1N1, instead of menceritakan konspirasi-konspirasi itu ini kepada rakan2, adalah lebih baik saya menceritakan mengenai bagaimana mencegahnya, bagaimana membasuh tangan yang betul, apa ubat-ubatan dan vitamin yang boleh diambil dsb.

So pendek kata, sucikanlah pemikiran kita. Tidak mengapa nak membaca mengenai teori NWO ke, Illuminati ke, etc etc. Benda2 tu mmg la seronok nak baca, dah nama pun konspirasi. Tapi setakat membaca, boleh lah. Untuk mempercayai, saya selaku seorang yang sedaya upaya mengamalkan sikap berintelek, tidak akan semudah itu untuk percaya bulat2 dengan hanya menonton video, membaca artikel2 dll. Apatah lagi untuk menyebarkan pula kepada orang lain. =)

11 thoughts on “Konspirasi H1N1 – Sikap Kita

    • salam…sy tak bersetuju kalau kita sekdar membaca teori tanpa membidas.seharusnya,kita membaca dan membidas supaya kita tak biarkan yang jahil membacanya trus membuta tuli percaya.lagi satu,kita orang islam.kita kena baca dengan teliti dan kaji apa segala perkembangan yang nak menusuk ummah kita…jadi,tak perlulah buat ayat “tidak mengapa membaca mengenai teori NWO le..illuinati ke….benda2 tu mmg la snok nak baca……….bla bla bla…………”

      betul hani, itu point yang dibawa oleh post ini. konklusi telahpun anda buat iaitu dengan ayat anda “kita kena baca dengan teliti dan kaji apa segala perkembangan yang nak menusuk ummah kita”

      isu-isu mengenai H1N1 yang dibawakan oleh user tersebut, telahpun saya bidas melalui link perbincangan di atas. namun tentulah, untuk membidas semua, kita ni bukannya tahu mengenai semua benda. langkah yang terbaik adalah setiap dari kita mengamalkan sikap berhati-hati dan menyelidik sebelum mempercayai.

      berkenaan ayat saya tersebut, ada yg x kena ke dgn ayat tersebut? ayat tersebut tidaklah saya melarang, mahupun menggalakkan, tetapi sekadar menyuntik semangat ingin tahu dan mengkaji kesahihannya terlebih dahulu sebelum mempercayainya. maaf seandainya ayat saya tersebut mengelirukan anda. =)

      • illuminati.. apakah itu??.. pk2 kan la… kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang…
        jadilah seorang yang berilmu…
        kalau takat sijil bergulung2 itu tak tahu ini tak tahu..
        apa guna blajar tinggi2
        duk rumah blajar memasak lagi bagus
        knowledge is power

        betul tu, shiro. tapi janganlah bila melihat pokok bergoyang, terus kita assume itu disebabkan angin.

        kerana itulah kita dianjurkan untuk menuntut ilmu, kerana hanya dengan ilmu lah kita dapat mempersiapkan diri. tanpa ilmu, mudahlah untuk kita mempercayai sesuatu secara membuta tuli, mudahlah untuk mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu. =)

        • sekrang ni tak de angin pun pokok goyang saudara….tawu tak cmner?…sbb ade monyet kat bawah tu goyangkan……tue bidalan melayu dah tak sesuai zaman skrg.

          haa..sebab tu la kita kena check! pokok goyang sebab angin ka, sebab ada monyet goyangkan ke, sebab gempa bumi ke, sebab ade yahudi tengah panjat ke etc. Kalau kita kreatif, 1001 macam sebab kita boleh bagi “kenapa pokok goyang”. Bagi orang yg jahil, dia just pilih je mana2 sebab yg best bagi dia. Bagi orang yg berintelek, dia akan siasat dulu – tengok betul2 kat pokok tu, letak kamera, catat sape yg lalu lalang kat pokok tu, sukat berapa kelajuan angin dsb.

          Pilih lah nak jadi yg jahil, atau yang berintelek? =)

      • kalau saudara melarang pun, doesnt mean anything at all….sbb saudara pun insan biasa.sama ja dgn saya…

        Tak..tak larang. Cuma menyampaikan peringatan dan larangan dari Allah dan RasulNya. Kalau Dia yang larang pun cik kata “doesnt mean anything at all”, I rest my case lah. Hehe.

        Oh ya, cik Hani. Knape xleh tinggal comment kat blog cik hani ek? Browser saya problem kot. By the way, cuma nak sampaikan teguran, kat post cik hani yang ini

        http://haniainulmardhiah.blogspot.com/2009/07/firman-firman-allah.html

        Ada sedikit kesilapan kat part ini:

        “…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
        (Surah Yusuf: Ayat 12)

        Sebenarnya ayat ini dari Surah Yusuf (Surah ke 12), ayat 87. Bukannya ayat 12. Banyak sebenarnya orang copy-paste benda ni turut melakukan kesilapan yang sama. Termasuklah saya, ketika saya pun copy-paste benda yang sama 3 tahun lepas kat post ni:

        https://leokid.wordpress.com/2006/07/19/kenapa/

        See, ini antara hikmah kita kena check dulu apa yang kita dapat sebelum kita menyebarkan. =)

        • smoga teguran ni takde niat lain dari sekdar tegur

          err..niat ape lagi ek yg ade? Huhu -_-”

          jgn salah faham ye. saya pun pernah melakukan kesilapan yg serupa gak dulu. xtaulah anda rasa camne, but as for me, saya rasa berdosa sgt2 sebab entah berapa ramai org baca, entah berapa ramai org copy artikel yg tersilap tersebut, malah mungkin menyampaikan pula kepada org lain. entah berapa ribu org mendapat artikel yg tersilap tersebut – kerana kelalaian saya untuk semak.

          since that lah saya berazam kat diri sendiri, kalau saya jumpa artikel yg sama yg ada kesilapan tersebut, akan saya tegur dan perbetulkan. kerana mungkin artikel tersebut di-copy dari saya suatu masa dahulu. sebab tu kalau tgk kat post saya yg dah diperbetulkan tu, even ada sorg blogger indonesia mengucapkn terima kasih kpd saya kerana menegur kesilapan yg sama tersebut.

          mungkin ia tak dapat menebus dosa kelalaian saya selama2nya, namun semoga usaha saya ini dipandang oleh Allah lalu dikurniakan keampunan terhadap dosa tersebut T_T

          Atas sebab itulah, saya menyeru kepada semua orang – agar menyemak terlebih dahulu berita yg diperolehi sebelum menyebar. Kelalaian saya untuk semak artikel tersebut, telah menyebabkan saya berdosa mendustai ayat Allah. Kelalaian kita yang membaca artikel2 konspirasi tapi malas nk menyemak? Kalau betul takpe la, tapi kalau x betul, dah jadi fitnah namanya. Disebarkan pula kepada org lain, entah berapa ribu copy, berapa ribu kali ganda fitnahnya itu. Astaghfirullah.

          Siasat sebelum sebar!

  1. Pingback: Menolak Dakwaan Video “Dunia Akhir Zaman”

  2. Musuh islam dah buat bermacam2 cara utk jatuhkan islam sehingga nabi pernah mengingatkan kita:-

    “Sesungguhnya kalian akan mengikuti tradisi dan budaya umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, dan sehasta demi sehasta hingga jikalau mereka masuk ke… dalam liang hewan dhab (sejenis biawak), maka kalian akan mengikutinya!! Kami bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Beliau bersabda, “Siapa lagi?”

    anda buat rujukan mengunakkan wikipedia? kenapa percayakan wikipedia? boleh x saya katakan bahawa wikipedia adalah dibawah kawalan musuh islam? bagaimana pula kalau sy katakan musuh islam sengaja menyenaraikan NWO, illuminati, sebagai konspirasi teori utk menutup kebenaran dan lindungi diri mereka sendiri? mungkin x ini berlaku?? kenapa dalam kebykan media ciptaan mereka ingin diselit kan simbol2 freemason,illuminati? ini bukan teori semata2, cuba anda kaji,dan cari, simbol2 ini di media2 barat, kenape perlu letak simbol2 ini? lirik2 seperti “rain man” dan “Umbrella ella ella” asik diulang2 dalam media huburan barat seperti lagu2 mereka? perlukah diulang2? kenapa gereja pope besar kristian ada segi tiga bermata satu? adalah ini juga teori??

    • Wikipedia adalah open encyclopedia. Open bermaksud anda, saya, musuh Islam, pembela islam, sesiapa pun boleh mengubahsuaikannya.

      Ia dibawah kawalan “musuh Islam” kerana tidak ada “pembela Islam” yang berkelayakan dalam bidang-bidang tersebut untuk berbicara mengenainya.

      Setiap pernyataan khususnya saintifik didalam wikipedia ada disertakan “citation” untuk anda lihat kajian saintifik berkaitan.

      Kalau sekadar dengan hujah “mungkin tak ini berlaku?”, maka ketahuilah sesiapa pun boleh menyenaraikan 1001 kemungkinan, dan apa yang perlu dibuat apabila salah satunya mengena adalah dengan berkata “kan aku dah kata!” Semudah itukah berhujah disisi Islam?

  3. salam…saya tertarik dengan tulisan saudara kerana banyak membuka minda dan dapat dijadikan panduan lebih2 lagi berkenaan teori konspirasi. Cuma saya hendak tahu pendirian atau pandangan saudara berkenaan konspirasi adakah semuanya tertolak atau ada juga yang betul di antaranya. Misalnya berkenaan video akhir zaman….saya boleh menerima pendapat anda tentang ketidakpastian teori yang dikemukakan dan tidak menerimanya bulat2….mungkin ada yang betul jika tidak semua pun…

  4. Tahniah saudara atas perkongsian yg cukup baik.
    Saya bukanlah menyokong atau membangkang teori koncpirasi.Cuma mungkin sedikit berbeza pendapat.
    1.Bagi saya, teori tersebut tidak salah sekiranya mereka kaji melalui bukti2 sejarah. mungkin sukar utk buktikan keadaan yg berlaku sekarang, tapi kita boleh belajar melalui sejarah
    2.Kajian jgk bleh dilakukan dari aspek sains. mgkn ada kajian2 yg mereka buat yg dpt membuktikan ttg teori tersebut.mungkin belum jelas, tetapi hasil yg postitif jgk memberi indikator utk kita respon.
    3.Rumors @ khabar angin adalah bnda yg kita xbleh jadikan hujjah. tp kalau khabar angin tu terlalu kencang, ditambah dgn sokongan agama2 lain yg juga menentang konspirasi, ia boleh dijadikan sokongan utk setiap pembuktian.

    Konklusi: zaman ni adalah zaman fitnah… kdg2 bnda yg kita nampak tak logik tu adalah yg sebenarnya. cuma berbeza pandangan… harap kebaikan dtg dr perbincangan ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s