Bergosip2 di kelas ENT (II)

Alhamdulillah, hari ini walaupun masih sengal-sengal badan, light-headed dan hidung berhingus, saya tetap melangkah di dalam kesejukan 12 darjah celcius untuk ke kelas ENT di Hospital Semashka. Kerana apa? Kerana hari ini adalah hari terakhir kelas ENT, juga menandakan hari exam untuk subjek ENT ini.

So seperti biasa, saya sampai di hospital tersebut pukul 9 lebih. Prof Yuri Alekseevich belum masuk lagi. Kami berehat-rehat, mengulangkaji skema-skema jawapan yang telahpun tersedia. Pukul 10 lebih, akhirnya Prof masuk. So dia pun semak-semaklah buku rekod markah kami, jadual kedatangan ke kelas dll. Setelah itu, exam pun bermula. Malaslah saya nak cerita camne exam ENT. Hehe. Kepada senior2 di NNSMA, masing2 tahu lah kot exam ENT dengan Prof Yuri camne. As for juniors, bleh tanya sendiri lah kat senior2. Ahaha~

Anyway, alhamdulillah, semua telahpun setel exam ENT. Saya sendiri, berasa lega sangat2 kerana telah berjaya setel 2 daripada 3 exam untuk semester ni. InshaAllah, kalau semua berjalan lancar, by the end of this year saya akan berjaya menghabiskan semua kelas, dan akhirnya pulang ke Malaysia pada hujung Disember untuk cuti winter selama 6 minggu! Yeyy~!

So tadi around pukul 11 lebih, berakhirlah sudah cycle (rotation) untuk subjek ENT kami. Kami2 seramai 6 orang, decided untuk singgah ke pusat membeli belah di hadapan hospital, iaitu Fantastika. Cadangnya untuk duduk2 rehat2 sambil makan2 sambil bergossip2. Eheh. Bersembang2. Hehe.

Tapi mostly, just untuk berehat2 jelah. Kerana cycle ENT ni jelah yang betul-betul rilek pun. Esok kami sudah memulakan cycle Neurology. Antara cycle yang paling berat dalam semester ini. Dan pastinya, ketika itu, kami tidak lagi boleh enjoy, rilek-rilek dan bersukaria seperti sebelum-sebelum ini.

So lepaklah kami di bahagian medan selera Fantastika tersebut. Group kami ketika itu, 6 orang – 2 India, 4 Melayu termasuk saya. Banyak jugaklah yg dibincangkan, termasuklah lanjutan dari perkara yg dibincangkan aritu (yg saya dalam post I dulu. harharhar). Namun, salah satu isu menarik yang kami bincangkan, yang saya kira menarik untuk dikupas di sini adalah Isu Kartika.

Ps: Artikel ini agak panjang. Boleh je skip dan baca ikut heading mana2 yang korang tertarik.

.

Penguatkuasaan Undang-Undang Islam di Malaysia

Yang bestnya, isu kartika ni dibangkitkan oleh salah seorang rakan India saya. Terharu jugak saya bila melihat beliau yang turut juga concern akan sebuah isu masyarakat Islam di Malaysia ini. Sedangkan dalam masyarakat sesama Islam pun, ada yang terpinga-pinga serta tidak tahu apa-apa berkenaan isu ini. Siapa Kartika? Apa dia buat? Apa yang panasnya pasal dia?

Secara ringkas sedikit saya ceritakan. Kartika Sari Dewi, merupakan seorang model Singapura (rakyat Malaysia) yang telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan meminum arak. Sehubungan dengan itu, beliau telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 serta sebatan sebanyak 6 kali. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ikut perbincangan kat iluvislam.

Isu pertama yang dibangkitkan – “meminum arak adalah kesalahan yang boleh dihukum mahkamah“? Macam tak percaya je rakan-rakan India saya tersebut. Selama ni memang diorg tahu, yang orang Islam tidak boleh minum arak. Berdosa. Tapi diorang terkejut pula bila tahu yang orang Islam meminum arak, boleh dihukum di mahkamah. Ini disebabkan, dah biasa dah tengok/dengar orang Islam minum arak agaknya. Selalu sangat dengar artis-artis minum arak, takde pun kena hukum oleh mahkamah. Orang-orang besar yang Islam, termasuk baru-baru ini salah seorang anak VIP Malaysia, siap dikaitkan lagi dengan sebuah syarikat arak. Biasa je?

Namun itulah hakikatnya. Bidang kuasa penguatkuasa undang-undang Islam di Malaysia, bukannya besar sangat. Kuasa melaksanakan undang-undang Islam, terletak pada pentadbiran negeri masing-masing. Itu yang tercatat pada perlembagaan, pada asalnya (ada belajar ye dalam Sejarah Form 4, tapi saya sendiri ingat-ingat lupa. Hehe).

Itulah realiti status perlaksanaan undang-undang Islam di negara kita. Tak keterlaluan, jika saya kata, “ada just sebab nak bagi ada je, nak ambil hati orang Melayu. Perlaksanaannya, bagai melepas batuk di tangga”. Kita sendiri boleh tengoklah – perlaksanaan undang2 sivil, dibantu oleh pihak polis. PDRM. Polis ada kuasa. Boleh bawa gari, bawa pistol. Tapi pelaksana undang-undang Islam? Terletak pada jabatan agama setiap negeri. Kuasa apa sangatlah yang ada pada pegawai-pegawai agama nih. Setakat torchlight ngan buku nota jelah, untuk serbu2 pasangan berkhalwat. Huhu.

Berbalik kepada isu perbincangan. Melalut-lalut pula saya ni. Mengenai isu Kartika ini, ianya menjadi sebuah isu yang agak panas kerana ia adalah kali pertama seorang wanita Muslim dijatuhkan hukuman sebatan. Ini sekaligus menimbulkan reaksi (melatah?) oleh banyak pihak, terutamanya pihak yang jahil akan hukum-hukum agama dan perlaksanaannya.

Laporan Al-Jazeera dari YouTube

.

Sebatan Sivil

Bila menyebut mengenai “sebat”, saya teringat ketika saya masih berusia form 4. Ada dianjurkan lawatan oleh Kelab Catur MRSM PDRM ke Penjara Sungai Petani, kerana ada dianjurkan pertandingan chess bersama pegawai dan wadar penjara di sana. Main chess ngan pegawai ye, bukannya main chess ngan banduan. Hehe. Ingatkan lawan style tournament, rupanya pihak penjara hanya diwakili oleh seorang je wadar! Ya, dia seorang je, lawan dengan kami yang seramai lebih kurang 6-7 orang kot otai-otai chess maktab, secara serentak! Tapi memang genius dan hebat la, pakcik tu. Kami semua kalah. Huhu.

Eheh melalut-lalut lagi. Hehe. Selepas pertandingan chess tersebut, kami turut dibawa ke ruangan pameran, untuk melihat banyak exhibit menarik. Antaranya termasuklah tali gantung, pakaian2 banduan, senjata2 wadar dan lain2. Namun satu sudut yang menarik minat saya, adalah sudut sebat. Ditunjukkan di situ, rotan yang digunakan untuk menyebat. Gerun saya. Huhu. Kemudian diletakkan pula gambar-gambar punggung banduan yang disebat. Imej-imej 18SG seperti darah yang mengalir, isi yang berselirat dan hancur, menjadi mimpi ngeri saya pada malam itu. Huhu.

Agaknya itulah imej yang timbul di kepala kita, apabila disebut mengenai hukuman “sebat”. Malah, itulah juga yang ditanya oleh rakan-rakan non-muslim saya pada tengahari tadi, berkenaan isu kartika dihukum sebat. “Gila lah, nak sebat sampai macam tu!” Tak kurang juga, reaksi dari rakan saya yang muslim, yang tidak mengetahui akan perihal sebat tersebut! Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada mereka, mengenai sebatan dalam Islam.

Sebat Sivil

Sebat Sivil - Click untuk lebih besar

.

Sebatan Dalam Islam

Tak ramai yang menyedari, bahawa sebatan yang akan dijalankan kepada Kartika tersebut, adalah menurut sebatan menurut Islam! Bukannya sebatan sivil yang mengerikan tersebut. Apakah yang dinamakan sebatan menurut Islam?

Sebat Islami

Sebat Islami - Click untuk lebih besar

Rotan yang digunakan, bukanlah seperti rotan sebatan sivil yang tebal dan keras. Rotan dalam sebatan Islam, panjangnya hendaklah tidak melebihi 1.22 meter. Tebalnya tidak boleh melebihi 1.25 sentimeter.

Tatacara perlaksanaannya juga tidaklah sama seperti sebatan sivil. Kalau sebatan sivil tu, tengok jurusebat pun dah naik gerun. Dihayun rotan tersebut, bagaikan mengetuk karpet di luar rumah. Huhu. Tatacara perlaksanaan sebatan Islam, sama sekali tidak macam tu. Jurusebat yang menyebat, hendaklah dengan kekuatan sederhana, dan tangannya tidak boleh diangkat tinggi melebihi kepala. Malahan, ada juga yang menyatakan, tidak boleh menampakkan ketiak ketika menyebat, dan seandainya diselit sebuah buku di celah ketiak jurusebat ketika menyebat, buku tersebut tidak akan jatuh. (betulkan kalau tersilap). So balik nanti cuba praktis tengok kat member sendiri – sakit ke tak sebat tu? Berdarah-darah kah?

Begitu juga soal pemakaian dan posisi pesalah. Kalau tengok sebatan sivil, pesalah dibogelkan hingga bercawat lalu diikat pada tiang sebat. Kalau ikut yang diceritakan oleh pakcik penjara tu kepada saya, lepas sebatan ketiga konfem terkencing. Lepas sebatan kelima konfem terberak. Sampai tahap itu sakitnya.

Sedangkan sebatan dalam Islam – jika ianya pesalah lelaki, maka ianya akan disebat dalam keadaan berdiri. Jika ia pesalah perempuan, ianya akan disebat dalam keadaan duduk.

Malahan, pesalah hendaklah memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya ketika hukuman dilaksanakan! Lihat, betapa Islam menitikberatkan soal maruah dan aurat pesalah, even ketika menjalani hukuman pun tuntutan menutup aurat tetap akan terlaksana. Ironinya, ramai pula wanita-wanita Muslim yang “innocent”, “baik hati”, tetapi tidak pula mahu menitikberatkan soal aurat!

Untuk rujukan lebih lanjut mengenai perlaksanaan hukuman sebat, boleh rujuk kepada artikel ruangan agama akhbar Utusan ini. Sila beri perhatian, tarikh artikel tersebut dikeluarkan adalah beberapa bulan sebelum isu Kartika ini timbul. Tapi berapa ramai yang membacanya, serta mengaplikasikannya pula dalam situasi Kartika ini. Hmm!

Sebab itu, saya sendiri agak terkilan apabila pemimpin-pemimpin Islam yang liberal pula yang mempersoalkan mengenai perlaksanaan hukum sebat ini. Jikalau yang melatah tersebut adalah dari pihak non-muslim, itu masih boleh difahami kerana keterbatasan ilmu dan pengetahuan serta kefahaman mereka akan hal ini. Malahan reaksi dari sesetengah mereka Islam Liberal turut sangat-sangat mengecewakan. “Hukuman ini membawa imej negatif kepada Islam”. Astaghfirullah, alasan apakah ini. Imej negatif itu boleh diperbetulkan dengan memberikan penjelasan dan penerangan yang benar. Tidak sekali-kali arahan Allah tersebut dibelakangkan, hanya untuk mendapatkan imej yang positif dari pandangan masyarakat!

.

Bagaimana penerimaan Kartika akan hukuman ini?

Gambar terbaru Kartika bersama suaminya. Klik untuk link berita.

Gambar terbaru Kartika bersama suaminya. Klik untuk link berita.

Saya tidaklah tahu akan isi hati manusia, namun dari hemat saya, Kartika benar-benar ikhlas ingin menerima hukuman dan bertaubat dari kesalahannya itu. Beliau enggan merayu agar dikurangkan hukuman, malah menggesa pula agar dipercepatkan hukumannya itu.

“I will accept this Earthly punishment, let Allah decide my punishment in the hereafter…for now the court has yet to tell me when the sentence will be carried out, so I would like to ask them to hasten it.

Malahan, menurut sumber yang saya terima (namun tidak dapat dipastikan kesahihannya), Kartika meminta agar dijatuhkan hukuman yang maksimum. Ini pula jawapan yang diberikan oleh hakim ketika persidangan tersebut:

Y.A. Hakim: Dengan ini, saya mendapati bahawa awak, Kartika didapati bersalah
kerana meminum arak. Jika negara ini mengamalkan hukum-hukum Allah,
nescaya saya akan menjatuhkan hukuman sebanyak 80 kali sebatan.
Tetapi, Perlembagaan Negara menghadkan kuasa saya kepada 6 sebatan.

Kartika, marilah sama-sama kita memohon ampun agar Allah memaafkan
dosa saya dan awak.

Penghakiman tamat.

Kemudian, Kartika dan ibu bapanya menangis teresak-esak. dia kata dia rela menerima hukuman ni. ibu bapanya berterima kasih kepada Y.A. Hakim kerana memberi hidayah kepada anaknya.

Sejauh mana kebenaran cerita di atas, wallahua’lam. Namun InshaAllah, inilah jiwa seorang Muslim yang benar-benar ingin membersihkan dirinya daripada dosa silam, serta bertaubat nasuha atas perbuatannya tersebut. Laporan dan YouTube terkini yang sempat saya ikuti mengenai beliau, menunjukkan yang beliau telahpun mula memakai tudung sejak akhir-akhir ini. Malahan menurutnya, beliau akan menunaikan umrah setelah hukuman tersebut dijalankan. Alhamdulillah, semoga Allah mensucikan jiwanya dan menerima taubatnya tersebut.

Terkilan juga saya apabila membaca sebuah laporan Malaysiakini, bahawa Kartika mengadu sejak hukuman diatasnya diputuskan, beliau diganggu dan didesak oleh pelbagai pihak – kerajaan dan bukan kerajaan, agar merayu dikurangkan hukuman. Saya tidak faham kenapa kerajaan atau pihak bukan kerajaan ini gusar dengan perlaksanaan undang2 Islam atau hukum hudud. Belum dilaksanakan lagi pun dah takut. Paranoid sangatkah? Yang dihukum itu Kartika, yang melompat itu mereka pula!

Malah, perlaksanaan hukuman sebat tersebut juga seolah-olah banyak sangat dihalang atau sengaja dilengahkan. Pelbagai alasan diberikan. Sekejap ditahan, sekejap dibebaskan. “Mahu menghormati bulan Ramadhan.” “Tiada jurusebat bertauliah”. Dan seterusnya, sehingga kini seminggu selepas Aidilfitri tetap masih tiada perkembangan.

Update terkini dari Berita Harian – Kartika tetap kena sebat

.

Undang-Undang Sivil & Common VS Undang-Undang Islam?

Ramai dalam kalangan non-muslim, even dalam kalangan masyarakat muslim sendiri pun, mempunyai tanggapan yang salah akan perlaksanaan undang-undang Islam (salah satunya adalah “hukum hudud”) ini. Bila disebut undang-undang Islam, ramai yang menganggap itu adalah undang-undang yang kuno. Undang-undang masyarakat Arab Jahiliyah. Jika dilaksanakan, maka jalan tidak akan berbatu kerana batu digunakan untuk direjam. Jika dilaksanakan, boleh dibuat sup tangan kerana banyak tangan-tangan pencuri dipotong. Serta pelbagai lagi analogi yang sengaja dibuat, demi menunjukkan betapa “kejam”nya undang-undang Islam ini.

Hakikatnya, undang-undang Islam tidaklah zalim seperti yang disangkakan. Satu yang perlu difahami, undang-undang Islam ini adalah undang-undang yang digubal sendiri oleh Allah. Ia bukan seperti undang-undang sivil, yang mana perlu dicadangkan di dewan negara, dibahaskan, dipersetujui oleh lebih 2/3 etc. Undang-undang Islam, tidak dibuat sesuka hati oleh Nabi Muhammad dan para sahabat. Ianya adalah undang-undang yang digariskan sendiri oleh Allah s.w.t, menurut Al-Quran dan diwahyukan kepada Nabi.

Justeru itulah, ciri istimewa akan undang-undang ini adalah : Pertama, ianya sesuai di semua zaman, di semua tempat! Dan yang kedua, ianya terjamin akan effective!

Perlaksanaan undang-undang Islam, tidaklah diambil secara sambil lewa. Boleh dilihat sendiri kepada perlaksanaan hukuman sebatan kepada Kartika tersebut. Tidaklah sekejam sebatan undang-undang sivil, sehingga merobek isi daging pesalah. Malahan, maruah dan aurat wanita terjaga, kerana disebat dalam keadaan tertutup aurat. Nah, katakan dengan jelas, yang mana satu lebih kejam agaknya?

Begitu juga perlaksanaan undang-undang yang lain. “Mereka yang disabitkan kesalahan berzina, dihukum rejam sampai mati.” Mengerikan, bukan? Tetapi Islam juga menggariskan, bukan mudah hendak disabitkan kesalahan berzina. Perlu ada saksi seramai sekian-sekian orang. Perlu ada syarat-syarat yang tertentu. Malahan, jika orang yang menuduh zina itu gagal membawa bukti, hukuman tersebut boleh berbalik kepadanya pula (Qazaf). Ini adalah method pencegahan yang ada di dalam perlaksanaan hukuman ini, bagi mengelakkan adanya fitnah atau pembohongan.

Begitu juga dengan hukuman “mencuri akan dipotong tangan“. Bukan semua jenis yang mencuri itu, akan dipotong tangan. Islam ada menggariskan, jumlah-jumlah tertentu, kadar-kadar tertentu. Even keadaan pencuri – adakah beliau sedang lapar, miskin, dibawah tekanan emosi, diugut dsb turut diambil kira! Malahan, yang lebih indah, dalam undang-undang Islam, andaikata mangsa kecurian itu sudi memaafkan dan menghalalkan apa yang dicuri oleh si pesalah, maka kes itu gugur. Indah bukan, Islam yang mempromosi akan kemaafan sesama manusia, lebih penting daripada sikap membalas dendam! =)

Serta banyak lagi aspek-aspek lain. Contohnya, jika pesalah mempunyai tanggungan seperti sedang mengandung atau mempunyai anak kecil, maka hukuman tersebut boleh ditangguhkan ke suatu masa yang difikirkan sesuai. Islam adalah agama yang mementingkan keadilan. Ia juga menggalakkan sikap memohon maaf kepada manusia, dan memohon keampunan kepada Allah.  “Lebih baik tersalah ampun, daripada tersalah hukum.” Undang-undang Islam yang digariskan oleh Allah adalah serampang dua mata – sebagai hukuman, dan juga sebagai pencegahan.

.

Effektifkah Undang-Undang Islam?

Negara kita telah mengamalkan undang-undang sivil dan common law sejak dari zaman sebelum Merdeka lagi. Diadaptasi dari Undang-Undang British, diubahsuai oleh Lord Reid – itulah undang-undang yang kita semua rakyat 1Malaysia agung-agungkan dari dahulu sampai sekarang. Kita mengatakan kita telah merdeka, bebas dari pengaruh penjajah, namun ironinya undang-undang penjajah itulah yang menjadi tulang dan rangka kepada undang-undang kita pada hari ini.

Natijahnya, apakah keberkesanan yang ada pada undang-undang ini? Adakah jenayah-jenayah seperti rompak, rogol, ragut, bunuh dsb berkurangan? Kesnya semakin meningkat saban tahun. Malahan, seiring pula dengan teknologi. “Rogol setelah chatting di Internet”. “Bunuh menggunakan bom C4”. “Peragut di dalam LRT”. Pelbagai lagi.

Mungkin jari boleh dituding pada peringkat perlaksanaan. Perlaksanaan yang ada, tidak cukup efficient. Polis-polis pula banyak yang makan suap. Sebuah kes yang dibawa ke mahkamah, memakan masa berbulan malah bertahun-tahun untuk dibicarakan. Itu semua adalah masalah-masalah teknikal, bukan masalah dasar. Yang menjadi masalahnya, adalah pada dasar. Hakikatnya, dasar yang kita gunakan adalah tidak effektif.

Kerana apa undang-undang ini tidak effektif? Kerana ianya adalah undang-undang yang dibuat oleh manusia. Dan kita pun tahu, manusia sentiasa ada kelemahan. Manusia sentiasa berada di bawah pengaruh emosi. Manusia sentiasa ada kepentingan – sama ada kepada diri sendiri, kepentingan ekonomi, kepentingan politik, kepentingan reputasi dan bermacam-macam lagi. Dalam usaha menjaga kepentingan-kepentingan itulah, pasti akan ada perkara yang terlepas pandang, lebih-lebih lagi dalam penggubalan dan perlaksanaan undang-undang.

Bagaimana pula di masa akan datang? Wujudnya sebuah kes baru, justeru perlunya digubal akta yang baru. Maka bersidanglah lagi, para pembuat undang-undang Malaysia. Berbulan lagi masa diambil, dan entah berapa pula kos yang perlu dihabiskan di setiap kali persidangan. Malah, boleh pula meminda akta-akta yang telah dibuat sebelum-sebelum ini. Ini semua membuktikan, bahawa undang-undang buatan manusia ini adalah undang-undang yang tidak perfect.

Sudah tiba masanya kita beralih kepada sistem undang-undang lain, iaitu sistem syariah. Kerana inilah sistem undang-undang yang perfect, yang sesuai di semua tempat dan di semua zaman. Kenapakah? Kerana asas kepada sistem syariah, adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, yang tidak akan berubah ditelan zaman. Dan andainya muncul kes-kes baru, maka pendekatan qiyas dan ijma’ ulama pula diambil, berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Tidak perlu meminda apa-apa. Tidak ada akta yang obsolete. Kesemua yang kita perlukan, telah lengkap berada di dalamnya.

Maka begitu juga dengan perlaksanaannnya. Perlaksanaan undang-undang Islam, jika setanding dengan perlaksanaan undang-undang sivil/common sekarang ini, pasti akan mendatangkan hasil yang memuaskan. Jika kita lihat, apa natijah yang diperoleh dari hukuman-hukuman undang-undang sivil? Kesakitan akibat dirotan? Kebosanan akibat dipenjara? Maut?

Maka apa yang menghalang individu dari melakukan kesalahan? Takut. Takut kepada kesakitan. Takut akan kebosanan dipenjara. Takut akan kematian. Ini adalah perasaan yang timbul ketika melakukan sesebuah kesalahan, namun ternyata, perasaan takut ini tidak juga mampu membendung individu tersebut dari melakukan kesalahan.

Tetapi dengan undang-undang Islam, apa sebenarnya yang menghalang individu dari melakukan kesalahan? Satu, dan hanya satu – Takut kepada Allah. Ini kerana undang2 Islam ini, diarah sendiri oleh Allah. Digubal sendiri, oleh Allah. Bagaikan Allah sendiri yang menghukum, melalui wakilNya pemerintah/khalifah di muka bumi ini. Sesungguhnya ianya hanyalah sebagai peringatan, agar bertaubat, kerana azab dan hukumanNya di akhirat adalah jauh lebih berat daripada yang diperintahkan di dunia ini. Sungguh, jika inilah yang bermain di fikiran kita tatkala terbayangkan hukum hudud yang boleh dikenakan, nescaya kita tidak akan berani melakukan kesalahan tersebut.

.

Bila Lagi?

Sebuah berita dari AFP, yang dikeluarkan pada pertengahan bulan ini, benar-benar menggamit jiwa saya. Benar-benar membuatkan saya berasa tersentuh, hingga hampir mengalirkan air mata:

BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.

Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.

Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.

Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.

“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai mati.

“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.

Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.

Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.

Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia ditangguhkan dan dikaji semula.

“Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan menjadi bahaya untuk Indonesia,” kata pemikir liberal Islam, Mohamad Guntur Romli.

Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.

– AFP

Subhanallah, masyarakat Islam di Aceh sudahpun meluat dengan undang-undang sivil yang sedia ada. Malahan, disokong sepenuhnya secara sebulat suara pula tu. Malahan, kerana yakin dengan undang-undang tersebut, mereka sanggup dan berani pula menentang gabenor mereka, yang lebih liberal.

.

Dimanakah Kita?

Perbincangan saya dengan rakan-rakan saya di hadapan restoran itali “Sbarro” tersebut tidaklah sepanjang yang saya nukilkan di sini. Hehe. Namun point yang ingin saya bawa adalah – sedangkan masyarakat non-muslim sendiri cakna dan concern dengan isu umat Islam, di mana pula concern kita?

Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyebut

مَن لَمْ يهْتَمْ بأُمورِ المسلميْن فليْس منْهم

Barangsiapa yang tidak mahu ambil tahu @ prihatin akan urusan umat Islam maka ia tidak termasuk golongan mereka. (Hadis Riwayat Abu Daud)

So apa peranan kita? Inilah masanya kita sendiri belajar dan mengkaji, mengenai agama kita sendiri. Tatkala kita didatangi oleh rakan-rakan non-muslim, guru-guru russia, hatta rakan-rakan seMuslim lain, inginkan penjelasan berhubung sesuatu isu – maka apa yang ingin kita terangkan kepada mereka? Adakah cukup sekadar mengangkat bahu? Atau menurut jejak langkah puak yang liberal, mempertikaikan agama kita sendiri? Tepuk dada, tanyalah iman.

Ps: Saya bukan dari jurusan undang-undang, justeru kemungkinan terdapat fakta yang silap atau terminologi yang tersalah guna di dalam artikel ini. Justeru ini, saya memohon agar diperbetulkan pada mana kesilapan yang ada tersebut. Syukran in advance.

Bacaan Lanjut

– Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mengenai Sebat

– Ustaz Zaharuddin Menjawab Kenyataan Tun Dr Mahathir Mengenai Sebat

– Isu Kartika : Lebih Irish Dari Irish

– ILuvIslam Forum: Minum Arak, Model Singapura Terima Hukuman Rotan

– ILuvIslam Forum: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh

4 thoughts on “Bergosip2 di kelas ENT (II)

  1. Kelompok Islam Radikal atau sering disebut Islam kanan, sebenarnya belum memiliki kekuatan politis maupun taktis yang memadai. Mereka nampak besar karena sikapnya yang radikal, cenderung miltan dan konfrontatif. Namun jumlah mereka secara riel sangatlah kecil, disamping mereka kurang mendapat sambutan rakyat untuk mendongkrak titik quorum untuk menegakkan hukum Allah.

    Hal tersebut disebabkan adanya misunderstanding tentang semboyan yang diusung dan ditawarkan semisal isu negara Islam maupun isu penegakan syari’at Islam yang terkesan tidak menyentuh substansi dasar yang dibutuhkan rakyat secara pragmatis. Bahkan terkadang justru menimbulkan banyak ketakutan seperti hukum potong tangan , hukum rajam dsb.

    Kelemahan lainnya adalah mereka kekurangan ulama yang expert dalam masalah syari’at atau fiqh. Yang semestinya sebuah gerakan Islam haruslah dipimpin oleh ulama kharismatik, semisal ; Hasan al Banna (Ikhwanul Muslimin), Abul ‘ala al Maududi (Jamiat ‘el’ Islamy), maupun beberapa gerakan Islam lokal yang telah ada di sekitar kita saat ini.

    Kalau kita menelaah beberapa contoh di masa lalu, banyak kelompok kecil militan dan revolusioner berhasil mengambil alih kekuasaan seperti NAZI di Jerman , Fasis di Italy , Bolchevik di Russia dan lainnya. Tetapi walaupun mereka kecil, namun mereka sanggup meyakinkan rakyat atas perjuangan mereka.

    Hitler mendapat dukungan rakyat karena mampu melontarkan isu emosional terhadap rakyat Jerman yang merasa tertindas sekian lamanya akibat kekalahannya pada Perang Dunia-I, yang sebenarnya bukan kekalahan secara militer melainkan politis. Demikian pula Lenin mendapat dukungan luas karena semboyan Damai, Tanah dan Roti di tengah suasana kelaparan serta penindasan oleh Tsar dan kaum bangsawan serta embel-embel penderitaan akibat perang.

    Pertanyaannya : Apa jaminan dan stimulus dari Pemberlakuan Hukum Hudud terhadap kepentingan rakyat yang mendesak saat ini? Yang jelas rakyat yang ID Card mereka tercantum sebagai penganut agama Islam, belum tentu memiliki wawasan dan pengetahuan yang merata tentang kemuliaan dan rasionalitas Hukum yang diturunkan Allah di muka bumi ini.

    Wassalam,
    Salam kenal

    Syukran kerana sudi berkunjung ke lamanku ini. Satu perkongsian yang cukup bermanfaat, membuka mata untuk melihat dari satu perspektif berbeza.

    Di negaraku Malaysia, setahu aku masih belum ada gerakan Islam yang radikal sehingga memilih jalan militari. Setakat yang paling berpengaruh pun, melalui jalan politik. Gerakan-gerakan yang lain pula, menumpukan ke arah kebajikan, dan ada juga menumpukan kepada pembangunan sahsiah ahli dan masyarakat.

    Namun begitu, aku menyokong sekali pandangan kamu bahawa gerakan-gerakan Islam memerlukan seorang pemimpin yang tersohor dan kharismatik. Yang bebas dari pengaruh politik. Di Malaysia sendiri, ulama-ulama sedemikian boleh dikira dengan jari, dan yang ada pun sudah hilang hormatnya dari kalangan masyarakat, akibat mainan politik dan media.

    Hendak bergantung harap kepada kebangkitan ulama, kita selaku marhaen biasa perlulah bergerak dari langkah sendiri. Realiti ummah yang semakin menderita, sesuai dengan pernyataanmu yang menepuk bahuku ini:

    Yang jelas rakyat yang ID Card mereka tercantum sebagai penganut agama Islam, belum tentu memiliki wawasan dan pengetahuan yang merata tentang kemuliaan dan rasionalitas Hukum yang diturunkan Allah di muka bumi ini.

    Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, untuk membenih dan menyuburkan kembali wawasan dan pengetahuan mengenai Islam dalam diri kita masing-masing. Kalau tidak kita, bagaimana mungkin kita mendidik anak-anak kita pula? Dan siapa tahu, ada di kalangan anak-anak kita di masa akan datang, yang akan muncul sebagai ulama’ berkarisma yang akan memimpin gerakan Islam sekaligus mencetus perubahan kelak. Semoga Islam kembali menyinar, inshaAllah. =)

  2. Assalamualaikum.Kak dela v nizhniy?

    First of all,sorry sbb mungkin comment ni x bertempat-tp dh x tahu sptututnya di mana comment ni harus ditulis.Saya ada baca post leokid with the title ‘best ke duduk oversea'(actually jumpa about months ago semasa search in yahoo).I’m currently in Form 5,in smka tok jiring, Trg.The thing is,now that spm is near I’ve to think about the courses and etc that I’d be taking.One thing that makes my head ache is of course,oversea ke local?(I’m not pointing to only medic here,just the general scope of studying overseas).I read ur post,and it adds to the things that I’ve bear in mind before-from shallow reading,what seniors say(and currently got seniors yg pergi mma for medic baru ni)…and….still,I see overseas as an option.I’m not too excited or anything.In fact if people ask whether or not I’m aiming for overseas study I said ‘not really’ and even sometimes ‘no’.Before this I know a few things about russia-I used to have a Ukrainian friend who basically is the key to my knowing things about the country,language,lifestyles,places,politics and etc.From there I know and can picture sikit2 mcm mana life in russia ,tp of course x tahu secara live because x pergi.Still,like I said,I see overseas as an option.May I share with u:I think yg interesting nye about overseas is that we can live in an environment lain drpd malaysia,the surrounding,the people and everything-just like what u said in ur post.And I see the cons there too,but maybe that is ok?I tell myself that maybe this is the time to face all those challenges,and that they’re ok..disamping dpt timba pengalaman,make us tougher and etc.lagipun kita kan balik jugak ke Malaysia eventually.What do u think about this?

    But again,I compare to studying in Malaysia.I don’t know,but (personally) I see that if I study overseas the environment will not be welcoming..mcm x friendly?.ie their people r not friendly to us,etc.In malaysia, it’s like we completely blend into the surrounding…happy2,don’t have to see people with unsatisfied look on their faces,etc.Maybe local is more welcoming?

    And there is family thing to consider.I know that whatever it is,restu mak ayah penting to ensure our well-beings in our studies-this is the most important thing to consider rite..and I am the 1st child dlm family.And I only got one adik who is also taking SPM this year(we r born in the same year,january and november).means..my parents r more to ‘keeping’ us in Malaysia,kalau ada rezeki.This is what I can see.I still x tnya lg diorang secara telus,nk tunggu lps result spm betul2 keluar nnti…for the time being,I’m considering my own choice.But eventually if I say yes and they say no,I will follow what they say.InshaAllah.
    But still(how many still I got here),if I study oversea susah nak balik if ada2 apa t’jadi kt malaysia(na’uzubillah)…tambah2 my parents only got me and my adik.Kesian diorang.Um.Tp…entahlah.Jd,mcm mana ni?

    So,after reading all my mixed thoughts of which I poured the complexity and confusion of my thinking now,may I know what u think about all this?Don’t worry u can be frank and tell things personally.Honestly I really need pendapat yang telus 100% .Tidak mengapa jika anda berunsurkan individualistik(?),haha.Maaf juga sebab x sedar terlalu panjang-rasa mcm tulis post kat blog sendiri pulak.Terima kasih kerana sudi baca dan taburkan pendapat!Kalau ada masa terluang is it too much to ask that u comment about this in my blog?sbb ditakuti sy tidak sempat/lupa nk check di sini memandangkan spm dh dekat (18 nov)..so,thanks again and udachi v nizhniy!

    Ahaha. Thanks for the long comment. A long comment deserves a long reply.

    First of all, yg bab friendly tak friendly tu ek. Yg tu, depends on the location, environment, dsb lah. Rata2 yg pergi oversea, especially di negara2 seperti eropah dan australia, mengatakan yg org2 di sana peramah. But still, the possibility nk jumpa org yg x friendly tu ade gak la, mcm kat negara kita gak pun. Kadang2 kita tengok pendatang asing, usha slack, jeling2 kat diorg. that sort of treatment yg biasa akan dapat especially bila kita jadi minoriti kat sesebuah tempat, n tempat tu memandang rendah kepada kita.

    Apa2pun tu just side-reply jelah., Melihat kepada point sebenar comment anda, memang itu tujuan saya post artikel yg agak kontroversi itu. Hehe. Tujuannya – nak buatkan budak2 yg nak datang oversea ni, fikir dengan pertimbangan yang 100%. Pros dan kontras. Sebabnya, budak2 especially yg baru lepas SPM ini, biasanya tidak berhadapan dengan dilema membuat pilihan. Saya sendiri tahu, sebab saya pun budak SPM gak dulu. Time SPM, semua major decision in our life dibuat oleh orang lain. SPM mesti kena score. Duduk sekolah kena banyak study. Homework mesti kena buat. Jangan langgar peraturan. Dsb. Tak banyak life-changing decision yang perlu dibuat, kalau ada pun maybe masa post-PMR : nak pilih aliran mana, masuk skolah asrama ke tak etc. Itu pun, decision kita itu ada “safety net”, means that should our decision wrong, we can still be successful.

    However, post-SPM. Dunia sebenar. Pilihan demi pilihan datang bertubi-tubi. Nak amik course ape ek? Nak pegi oversea ke tak ek? Nak smbung belajar ke nk kawen ek? (erk!) Dan attitude untuk buat decision pada level ini, perlu diubah. Sebab ini dah jadi perkara serius. Justeru itulah, saya kinda xleh terima bila dengar budak2 kata pegi oversea sebab nak tengok tempat orang, pergi oversea nak main salji, nak jalan2 blablabla. Perlu dicampakkan sedikit “realiti” dalam pemikiran mereka (anda juga :D) agar sedar, betapa besarnya decision ini.

    Dan alhamdulillah, anda sendiri kata anda sukar nak buat decision. That’s a good thing, actually. With difficulties, u tend to be more attentive. More critical. Camne nak buat decision? Well, saya xpt tolong secara spesific sangat. Nasihat saya, berbincang dengan keluarga kerana redha keluarga (ibubapa) adalah penting. Kemudian, beristikharahlah. InshaAllah lepas anda buat 2 benda ni, datanglah ke Russia, inshaAllah tidak akan menyesal.

    As for me, I didnt. Despite all the benda xbest yg saya cerita kat post tersebut, saya tidak menyesal datang ke Russia. =)

    Ps: “Hope” in russian is Nadezhda, often nicknamed as Nadya. Nizhniy dah semakin sejuk, da nak start winter. Hehe.

    • Thanks for replying my long comment.I’m very lucky that u think long comment deserves a long reply(lol).I agree,it’s Nadezhda initially,but I thought it won’t be a lot of diff and plus u must’ve known the derived one and the fact that we’ve no ‘nadezhda’ in malaysia.Lol.

      I’ve read what u written and see how u perceive things.U r rite about our being foreigners tu,I can understand from that.Yelah,kalau kita sendiri pun ada jugak buat/react mcm tu kat foreigners yg dtg kt ngra kita..betul2…so…I got an answer there.thumbs up.,Thanks!

      Yeah,mmg semasa di arena p’sekolahan kita x buat life-changing decision,like u said.That’s the way it is and those are stages of our life of course.But time by time we learn to make bigger,harder decisions rite.Don’t worry I myself am a school student who doesn’t fikir perihal overseas and its ‘pleasure’ semata-mata.If not I won’t be here ‘investigating’ -I would’ve gone dreaming about playing with snow all day and nite.lol.

      Apa yang anda katakan ada betulnya,tapi ada sesuatu yg sy sdg fikir dan ingin berkongsi tntg ni.And they say take people’s differences as an advantage so I will try to see the bright side of this difference.Hmm.Saya tidak sangkalkan bahawa ramai je pelajar spm yg fikir nak pergi overseas hnya sebab apa yang mereka rasa sedap-winter,melancong,etc,like u said.( and of course,u know better cuz u’ve gone through this post-spm stage as well).Tp x kurang juga ada yg fikir dalam2 tentang ini.Kalau kita fikir,kalau overseas x contain ‘advantages’ seperti itu then semua higher education buat kt malaysialah.I mean,of course mereka yang nk pergi overseas tu nk merasakan suasana dsb di samping belajar..I think overseas education juga dibuat untuk student2 boleh rasa suasana and benda ni semua di samping dr segi education system maybe(and like u said,even ada education yg ngra kita lebih baik).It is a package already.It won’t be abnormal for a student to think that ‘sy nak pergi overseas sebab sekian sekian,and I don’t care about the environment and etc,no feeling’.Of course,despite all the challenges and perkara2 yg patut di’consider’ tu lies the ‘bonus’(if we can call it this way).They r there already.For me,of course overseas r there to educate students,a place where challenges r everywhere to overcome but also a place of which lies the kelainan dr Malaysia..But,like u said,kena buka mata luas2lah…

      Thank u for ur advice,saya juga berhasrat nak bincang dgn keluarga dan istikharah,yg tulis2 kat sini ni sekadar menjawab persoalan peribadi yg perlu untuk dijawab secara ‘segera’,dan anda bnyk membantu,trima kasih skli lagi.Buat masa sekrg ni dh nmpk kot,and I think I wanna think further lps keluar result,etc nanti.Spm pun x ambik lagi.Cukuplah kot setakat ni fikir.Haha.Oh tidak,pnjg lagi!Maaf!

      P.S. Student di russia for medic biasanya balik ke malaysia for cuti slps berapa lama daripada first time fly sana ye?I mean,biasa2nyelah…like plg awal lps setahun ke,dua tahun ke bru balik cuti di malaysia?As for u urself?Setakat ni dh brp kali anda balik malaysia and go back and when will u finish ur studies?Hehe.

      Saya berulang alik ke malaysia hampir setiap tahun. Hehe.

      Usually in a year, we have 2 holiday periods. Summer holiday, ranging from a month to two months, usually july-august. Most people will go back home during this time. Another holiday, winter holiday, depends on the date of your examination. Should u get to do the examination early, u’ll get up to 5-6 weeks holiday. Usually in January.

      Ade je 1st year, sampai kat sini September, then January da balik msia for cuti winter 2 weeks. Ahaha. Depends on your willingness to spend ur rm3k++ for the flight ticket.

  3. sedihnya bila malaysia mengaku negara islam tetapi boleh dibilang berapa ramai pemimpinnya benar2 mengamalkan cara hidup islam…saya tidak bercakap seperti saya orang yang beriman ke hapa..tapi boleh dikatakan tiap2 hari kita fikir macam mana nak kurangkan kes jenayah di malaysia.but still hukum hudud tak dijadikan salah satu idea yg bernas untuk banteras masalah ini.kalau ada pun yg bg idea ini,seolah2 ditiup angin…datang dan pergi tanpa kesan

    yang paling dikesalkan,subjek pendidikan islam macam satu subjek duniawi untuk lulus exam,bukan untuk kepentingan ukhrawi. jika ditanya rata2 umat islam,semua boleh menjawab bahawa memakai tudung itu wajib.tapi lagi sekali,berapa orang yang betul2 melaksanakannya?

    itu pun malaysia masih ada hati untuk menjadi negara islam contoh…=.=

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s