Notes – Breast Feeding

Err…ini bukan post lucah ye. Hehe. Sekarang saya tengah cycle Pediatrics, cycle yang memang saya tak minat. Sungguh saya taknak jadi pediatrician. Harharhar. Bytheway, tajuk lecture yang disampaikan oleh Professor tadi agak menarik. Pasal breastfeeding. Banyak rupanya manfaat breastfeeding ni. Meh saya share kat sini lecture notes saya, mana tahu kot2 ada manfaat di masa hadapan nanti. (ecece..)

.

Breast Feeding

  • An integral part of reproductive process.
  • Natural and ideal way of feeding
  • Unique biological & emotional basis of child development.

Tiga point di atas ni, dipetik dari sebuah statement yang dikeluarkan oleh WHO and UNESCO tahun brape entah, yang antara tujuannya menggalakkan breast feeding dalam kalangan masyarakat. “An integral part of reproductive process“, maksudnya penyusuan badan merupakan satu bahagian dalam proses reproduktif. Ramai orang sekarang ni ingat, dah beranak maka selesai proses reproduction. Tidak sebenarnya. Sebaliknya itu hanya satu permulaan sahaja. Hoho.

Breastfeeding juga adalah natural dan ideal way of feeding. Natural, sebab kalau tak natural buat apa Allah jadikan susu boleh keluar dari buah dada seorang ibu? Hehe. Pendek kata, sejak ribuan tahun lagi, breastfeeding adalah method untuk memberi makanan kepada anak yang baru lahir. Orang kita zaman skrg ni, terbalik, lahir2 dah rasa susu lembu. Haha. Patut la ramai perangai macam lembu kot. =p

Manakala “Unique biological and emotional basis“, sebab memang susu ibu itu satu kejadian Allah yang cukup unik. Di dalamnya ada satu mekanisma yang cukup kuat untuk menjadi asas kepada bukan sekadar perkembangan tubuh bayi tersebut, malah kepada perkembangan emosi dan minda nya! Nanti saya kupas satu-satu. Hehe.

Pastu..part definition n term..malas ah saya nk tulis. Hoho. Bukan penting pun.

.

Mencegah Penyakit

Straight ke kelebihan susu ibu. Salah satu kelebihannya adalah, “to prevent infection“.

Apa kaitannya dengan susu badan pulak? Hoho. Sel pertahanan badan (leukocyte) tu bukan ada kat satu tempat je, malah dia turut berada di bahagian buah dada ibu tersebut. So dia juga akan keluarkan Antibodi, dan Antibodi ini boleh meresap masuk ke dalam susu badan!

Selain Antibodi, ada banyak lagi komponen-komponen penting dalam susu ibu. Dalam susu ibu terdapat enzyme2, terdapat lactoferrin (iron-binding protein with bacteriostatic properties), ada lysozyme, ada immunoglobulin dan macam2 lagi. Komponen2 ini terdapat dengan banyaknya pada susu ibu dalam tempoh beberapa hari pertama selepas kelahiran bayi. Pada tempoh ini, susu ibu tersebut dipanggil Colostrum. Sebab itu adalah amat disyorkan agar ibu memberi bayi susu badannya dalam tempoh 30 minit – 1 jam sebaik sahaja selepas kelahiran!

Antara penyakit2 yang dapat dicegah daripada bayi melalui susu badan ini adalah – penyakit2 perut dan usus (gastroenteritis), mencegah ciri birit (persistent diarrhea), radang telinga (Otitis media), Sudden Death Syndrome, allergic dan lain2. Malah menurut kajian, anak2 yang menerima susu ibu sehingga dah besar, mempunyai lebih rendah masalah obesity dan penyakit jantung ketika dewasanya!

Hingga besar? Wuish sampai umur brape tu menyusu badan? Takkan sampai darjah satu kot. Hoho. Menurut WHO, dicadangkan si ibu memberi susu badan sekurang-kurangnya sehingga bayi tersebut berusia 2 tahun, atau lebih digalakkan lagi selepas itu sehinggalah anak tersebut sendiri enggan menyusu. Hehe. Malah, bagi kanak-kanak berusia kurang 6 bulan, digalakkan memberi susu badan sahaja (exclusive breastfeeding), maksudnya jangan bagi makanan/minuman lain lagi (air kosong, bubur, nasik, KFC dsb).

Ini disebabkan susu badan tersebut sudah cukup lengkap dari segi nutrient dan keperluannya. Bayi berusia kurang 6 bulan, tak perlukan lagi nutrient2 berat. Jika beri juga makanan lain, dikhuatiri makanan lain tersebut akan mengambil alih peranan susu bayi. Akibatnya, bayi tersebut akan mendapat kurang nutrient, kurang antibodi, kurang immunoglobulin dan mcm2 lagi faedah unique susu ibu yang tidak terdapat dalam makanan2 lain.

Bagaimana nak maintain susu badan agar dapat menyusukan bayi? Hoho untuk menjawab persoalan ini, kita kena memahami fisiologi (bagaimana tubuh badan kita bekerja) terlebih dahulu dalam proses penyusuan ini.

Susu badan, dikawal oleh 2 jenis hormon iaitu Prolactin dan Oxytocin. Kita usha satu2 k.

.

Prolactin

Prolactin ini, bertanggungjawab dalam penghasilan susu oleh kelenjar buah dada. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak. Ia mula-mula sekali dirembes setelah kelahiran bayi. So untuk maintain penghasilan susu oleh kelenjar buah dada, kelenjar pituitari tu kena sentiasa di-stimulate agar sentiasa merembes Prolactin.

Bagaimana nak stimulate? Ia distimulate oleh puting buah dada, secara refleks! Maksudnya, tiap kali bayi menghisap puting buah dada, ia akan menghantar impuls ke kelenjar pituitari untuk merembes lebih banyak Prolactin. Setiap kali selepas menyusu, maka Prolactin akan dirembes dan kelenjar buah dada akan menghasilkan susu untuk penyusuan seterusnya pula.

So kalau nak maintain penghasilan susu, kenalah menyusukan anak dengan kerap. Kerana itu jugalah diMESTIkan menyusu anak pada 30-60 minit pertama kelahirannya, untuk mengaktifkan mekanisma refleks ini. Jika tidak, maka mekanisma refleks ini akan mula dengan lemah, so akan jadi masalah2 seperti kekurangan pengeluaran susu dsb.

Satu kelebihan prolactin yang jarang diketahui – Prolactin menekan/menghalang proses ovulasi! Hoho. Ini satu mekanisma yang bagus dalam usaha merancang keluarga secara natural/semulajadi. Maksudnya, sepanjang proses penyusuan, ibu tersebut akan menjadi sukar untuk mengandung. See, ini satu contraceptive (pencegahan kehamilan) yang original. Tidak perlu lagi bergantung kepada kondom, pil pencegah kehamilan, al-azl dsb. (teringat gaduh ngan sorang user kat iluvislam pasal penggunaan artificial contraceptive ni. Hoho)

Dari segi logiknya juga, badan kita bertindak sedemikian kerana nak maintain breastfeeding kepada anak tersebut untuk satu tempoh yang maksimum. At least 2 tahun, macam yang saya kata kat awal2 tadi. So bayangkanlah kalau anak sulung lahir dah menyusu, setahun lepas tu dah dapat anak kedua, maka si ibu kena menyusu dua orang anak serentak pula. So semuanya dah kena dibahagikan dua, nutrient, immunoglobulin, antibodi etc etc. Tentulah kesannya dah berkurangan, serta tentulah boleh mendatangkan mudarat terutamanya kepada anak kedua yang baru lahir tersebut, sebab bayi yang baru lahir bergantung (dependant) kepada susu ibu nih!

Oxytocin

Enzyme kedua adalah Oxytocin. Oxytocin ni macam Prolactin, dihasilkan di pituitari. Pun begitu, kalau Prolactin tadi kita tengok dia berfungsi menghasilkan susu (production), Oxytocin ini berfungsi mengeluarkan susu dari kelenjar susu buah dada (ejection). So kedua2 hormon ni penting.

Mekanisma nya juga sama seperti Prolactin tadi. Apabila bayi menghisap puting, ia meng-stimulate penghasilan Oxytocin, so meningkatkan rembesan susu dari kelenjar susu kepada bayi.

Satu lagi kegunaan Oxytocin (budak2 lepas SPM..sila jawab! hoho). Ya, oxytocin juga berfungsi meningkatkan uterus contraction (pengecutan rahim ibu). Walaupun untuk ibu selepas melahirkan anak, ia akan menyebabkan sedikit kesakitan ala-ala sesungut senggugut (ye ke, x tau la saya, saya x pernah senggugut :p ), tetapi uterus contraction ini penting untuk mengembalikan struktur dan fungsi asal uterus selepas kelahiran. Hehe. See, penting juga sebenarnya penyusuan badan ni, kelebihan bukan setakat untuk bayi tersebut malah untuk sang ibu sendiri!

Konklusi

So kepada ibu-ibu yang membaca post saya ini (sungguh brape percent je =p), berusahalah untuk breastfeed anak2 anda ye. Kembali ke fitrah, orang kata. Mungkin nampak leceh dan remeh, namun percayalah itu yang terbaik untuk anak2 anda. Pasti kita mahukan yg terbaek untuk anak2 kita kan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke pusat kesihatan/klinik/hospital terdekat. Setiap hospital diwajibkan ada polisi untuk membantu/menggalakkan penyusuan badan dalam kalangan ibu2. Boleh tanya2 diorg teknik penyusuan yg betul, langkah2 kesihatan, etc etc. Kitorang dalam kelas tadi pun dah tengok n belajar dah.

Gambar2

Sebagai penamat, meh nak kongsi sket gambar waktu rehat time lecture tadi. Bilik lecture tu sebelah gallery operation theater. (Bilik untuk menonton pembedahan). Gallery kat sini ni bukan macam gallery kat dalam citer Grey’s Anatomy tuh. Hehe. Habis camne? Nah tengok sdiri:

Gallery di tingkat atas. OT di tingkat bawah.

Usha sket apa ada kat bawah..

Pemandangan sebuah OT yang kosong..

Operation baru nak start, tengah intubate patient

Candid - student2 tgh usha operation. Hoho.

Audio:

Also, sape2 nak dengar full-recording lecture tersebut, boleh download dengan click kat bawah ni:

Breastfeeding 1.mp3
Breastfeeding 2.mp3

3 thoughts on “Notes – Breast Feeding

  1. penjelasan yg bernas..=)…ilmu yg bguna..wlaupun bgi wanita yg belum bergelar ibu..sbagai langkah persediaan..=D

  2. Pingback: berkenaan rumor VAKSIN » Travelog Panglima

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s