Monolog II – Perihal Google

Post saya kali ini sebenarnya reply kepada satu thread forum di ILuvIslam, yang membincangkan mengenai sebuah lagi Operating System baru untuk komputer, iaitu Chrome OS.

Apa itu Chrome OS? Chrome OS adalah Operating System, yang sama lah seperti Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Linux, MacOS dsb. Yang menariknya, Chrome OS ini dibangunkan oleh sebuah nama terkenal – Google.

So saya pun bermonolog lah sendirian mengenai pendapat saya berkenaan syarikat Google ni. Saya anggap ini sebagai monolog sahaja, kerana post saya ni macam teori konspirasi je layaknya. Haha. Tapi saya ni x menyokong teori2 nih, atas sebab itu saya anggap post ini hanyalah monolog peribadi.

Tujuannya sama sahaja seperti Monolog I – Bukan untuk nak suruh anda percaya atau sebarkan. Tapi nak suruh anda FIKIR. Anda nak percaya ke tak, anda nak anggap saya merapu ke, pape ke, terpulanglah. Yang penting, saya just nak anda FIKIR mengenai apa yang saya sampaikan.

.

Apa Itu Chrome OS?

Sedikit introduction. Chrome OS ni dah mula dengar ura-uranya since pertengahan tahun ini lagi, tapi cuma November lepas je Google dah release source-code nya kepada Public.

Sedikit info yang saya petik dari http://lifehacker.com/5408594/first-glimpse-at-google-chrome-os

When, on what, and how much?

Google released Chrome OS’ source code today (november 19), but one of Chrome’s lead engineers, Idan Avraham, said a finished Chrome OS arrives “about a year from today.” They took pains to note that Google itself won’t be offering Chrome OS as a download to install on any system you have. They’re developing Chrome OS for machines with “specific reference hardware,” as their machines will boot directly from those machines and skip a lot of the hardware checking steps that standard operating systems run through.

Pendek kata, ChromeOS ni bukannya macam Windows atau Linux yang boleh kita install kat mana2 komputer yang kita suka. Sebaliknya ia direka untuk hardware-specific, seperti Apple MacOS.

Sasaran pasarannya adalah untuk netbooks/laptops, untuk portability, simple browsing or office work. So far saya x pernah dengar lagi ChromeOS di-target untuk high-end purpose seperti gaming, atau untuk multimedia production dsb.

Apa beza ChromeOS dengan OS lain?

What makes it different?
For you, the user, nothing entirely whole-cloth new. But a whole lot of interesting bits:

1. Utilizing multi-core CPUs and graphics chips for Chrome: Your web browsing, video playing, and other activities inside Chrome OS’ main browser will get a boost from hardware normally reserved for gaming and traditional applications.

2. Chrome (browser) on Chrome (OS) will be faster: Faster than how it runs on your Windows, Mac, or Linux computer, anyways, because it’s been re-tooled for this OS.

3. There are no “traditional” applications: “Every application,” according to Chrome’s project head, “is a web application. There are no conventional applications. (Whatever you use), it’s a webapp, it’s a link, it’s a URL.”

4. Anyone can log in and use any Chrome OS netbook: Since Chrome OS will presumably be tied to your Google account, you could easily jump on a friend’s netbook and log in for your own email, documents, and other stuff.

5. Everything you use is online: You probably guessed that—Gmail, Google Docs, Calendar, and other apps have had offline abilities for some time. But even the small notepad application in Chrome, and your particular Wi-Fi and system settings, are backed up to your Google account as well. You’ll be able to store data offline using HTML 5’s capabilities—but, then, you can do that with Firefox or Safari as well.

Antara concern saya mengenai ChromeOS yang membuatkan saya hesitate untuk cerita kat kawan2 pasal OS ini adalah, point yang keempat dan kelima tersebut.

.

Maklumat Itu Kuasa?

Sesiapa yang biasa dengan dunia internet, pasti boleh menyedari yang point keempat dan kelima tersebut adalah hugh risk and responsibility for privacy issues.

Sebelum ini, ketika Chrome Browser baru dilancarkan pun sudah ada ura-ura mengenai isu ini. Asalnya mudah – Google itu company apa pada dasarnya? Search Engine. Itu asas kepada company Google. Dari asas itulah dikembangkan menjadi perkongsian video (youtube), peta dan geographic mapping (Maps & Earth), perkongsian artikel/berita (Blogger), serta macam2 lagi servis. Pun begitu, main priority bagi google tetap sama = Search Engine.

Sungguhpun sejak dari itu terdapat banyak re-but dan penafian mengenainya, tetapi saya secara peribadi masih lagi agak sedikit sangsi dan berjaga-jaga terhadap niat sebenar syarikat Google.

Maklumat itu kuasa. Semua orang tahu dan akuinya. Dengan maklumatlah dapat mengawal dunia.

Tentulah bila kita menggunakan khidmat2 Google seperti YouTube, kita meletakkan maklumat berbentuk video ke tangan Google.

Bila kita mencari sesuatu di Maps, dalam tak sedar kita sebenarnya memberitahu Google di mana benda yang kita cari itu.

Bila kita menulis sesuatu di Blogspot, sebenarnya kita menulis untuk diletakkan di atas server yang dimiliki Google.

Bila kita menaip sesuatu, let it be surat, spreadsheet dsb di GoogleDocs, sebenarnya kita save semua maklumat kita tu kepada Google.

Saya menggunakan RSS-Aggregator, GoogleReader. So secara ringkas Google ada maklumat, website apa yang saya langgani RSSnya, berapa ramai yang melanggan RSS untuk satu-satu website specific dsb.

Isu yang agak terbaru, Chrome Browser, dikatakan bahawa Google sebenarnya memerhati dan melihat sendiri aktiviti pengguna Chrome Browser di internet. Dikatakan bahawa Chrome Browser merekodkan laman2 web yang selalu digunakan pengguna lalu dihantar kembali ke server untuk dianalisis.(Sebab itu saya tak berapa menggalakkan guna browser Google Chrome)

Untuk apa semua maklumat tersebut? Macam saya katakan, itulah asas kepada Google = Search Engine.

Untuk apa maklumat semua itu? Sebagai sebuah company Search Engine, saya akan kata tentunya untuk memantapkan fungsi search engine google. Bila kita nak search something, Google dah analisis dah apa yang biasa orang nak bila taip keyword ini. Kalau pengguna tu di area southeast asia, maka lebih prefer result dari sini-sini. Kalau keyword yg ditaip itu dalam bahasa melayu, maka result lebih prefer begini-begini. Kemudian dengan pola pelayaran internet pengguna tersebut, maka google boleh tahu yang tengah search ni seorang remaja atau dewasa. Malah boleh menjadi lebih spesifik seperti bekerja/belajar, di bidang mana, mempunyai keluarga atau tidak, hobi dsb.

Kalau digunakan semata-mata untuk improve fungsi Search Engine, maka tak apalah. Takde yang perlu dirisaukan sangat.

.

Kuasai Dunia Dengan Maklumat!

Tapi macam saya kata lah, maklumat itu kuasa. Kalau saya seorang yang ingin menguasai dunia, maka maklumat2 yang dipunyai dan disimpan oleh Google adalah sesuatu yang tak terjangkau nilainya. Saya mesti memiliki Google, atau setidak2nya menjadikan Google sebagai salah satu “tangan” saya.

Atas sebab itu saya sebenarnya agak curiga. Pendapat dan perasaan saya ini lebih bersifat peribadi, so saya tak sukalah nak suruh orang percaya cakap saya atau nafikan cakap2 saya ini. Sebab itu juga kalau nak ikutkan, boleh sahaja saya bangkitkan isu bahawa Google juga merupakan syarikat Yahudi, yang mana kedua2 pengasasnya berbangsa Yahudi. Nah tengok sendirilah nama engineer yang membentangkan project Chrome OS ini seperti yang saya quote kat atas = Idan Avraham. Itu nama orang Yahudi.

Pun begitu, saya tidak mahu prejudis berdasarkan kaum/bangsa.
Apatah lagi mengaitkannya dengan teori2 konspirasi, NWO, dsb. Haha.

Atas sebab itu, saya lebih ke arah cautious stance berbanding aggressive stance. =)

.

Chrome OS – Untuk Apakah?

Berbalik kepada Chrome OS. Saya secara peribadi berpendapat, ini adalah langkah Google untuk meluaskan “reach” @ pengaruhnya kepada masyarakat. Mungkin niatnya cuma berasaskan kapitalis, mencari keuntungan dsb, kalau betul begitu alhamdulillah lah. Namun saya masih gusar kerana ada kemungkinan digunakan untuk data-mining, privacy monitor dsb yang tidak kita sedari.

Satu yang saya pelik mengenai ChromeOS, adalah ianya bersifat open-source. Jarang2 Google buat open-source. Google Earth, Google Chrome browser, bukannya open source. (Tak termasuk Google Codes lah). Tapi ChromeOS ini dibuat secara open source. 2 sebab/teori yang saya pernah dengar adalah

1. Team Google sendiri refer banyak open-source-project dalam developing OS ini. Disebabkan diorang pun refer kepada open-source, maka diorg xleh declare Chrome OS ini closed source.

2. Team Google memerlukan banyak input dari community (open-source community terutamanya) bagi memastikan OS ini benar2 maximum dalam usaha meluaskan “reach”/ pengaruhnya.

Dikatakan ketika developing sahaja, Google menjadikannya sebagai open-source. Setelah para Developer Google telah finalize the basic source-code, diorg akan convert menjadi closed-source dan menyambung developing ChromeOS agar lebih memenuhi objektif mereka. Jika ini benar, maka ianya agak unethical dan pastinya menerima banyak tentangan dan aduan terutamanya dari komuniti open-source.

Tetapi jika ianya kekal sebagai open source, maka saya rasa saya lebih bertambah yakin kepada teori/kebimbangan yang saya sebutkan di atas. Sebab kalau betul Google ini berkiblatkan keuntungan, maka dia akan jadikan ChromeOS ini sebagai closed-source, baru diorg boleh jual, dpt royalti dsb. Tapi kalau dikekalkan open-source, maka boleh dicadangkan bahawa Google tidak berniat untuk mendapatkan keuntungan dari Chrome OS, justeru itu apa sebenarnya niat google dengan Chrome OS ini? Jeng jeng jeng! =p

Adoi2 panjang berceloteh. Post saya ni dah jadi macam artikel teori konspirasi dah pun. Haha. Maaf2. Kembali kepada topik:

.

Install Chrome OS!

Namun atas dasar teknologi dan sebagai seorang yang pro-teknologi, saya tidaklah berhasrat menyembunyikan pengetahuan saya mengenai Chrome OS ni. Atas sebab itu saya berkongsi cara-cara untuk cuba install Chrome OS ni:

Merujuk kat post sini – http://lifehacker.com/5416968/the-humans-guide-to-running-google-chrome-os

Secara ringkas, Lifehacker mencadangkan 2 kaedah untuk mencuba Chrome OS.

Kaedah 1, menggunakan Virtual Machine sebagai sandbox.
Kaedah 2, boot melalui USB ThumbDrive.

Langkah pertama, tentulah hardware. Mula2 kena check dulu, hardware compatible ke tak dengan OS ni. Untuk itu, boleh rujuk kepada list yang disediakan oleh Developer ChromeOS ini:

http://sites.google.com/a/chromium.org/dev/chromium-os/getting-dev-hardware/dev-hardware-list

Seperti yang saya nyatakan di atas, ChromeOS dibuat khusus untuk netbook @ laptop. So list kat atas tu banyak comprising of netbooks/laptops. Disebabkan ianya open-source, maka list di atas adalah editable.

So kalau anda tak jumpa model laptop anda kat list di atas, anda boleh je try install ChromeOS kat laptop anda. Then anda boleh edit list di atas dengan memasukkan keputusan installation tersebut, sama ada berjaya atau tidak. That’s the spirit of open-source : sharing.

Tapi tentulah, install at your own risk. Hoho.

Setelah check, anda boleh proceed ke Kaedah 1 atau Kaedah 2. Next step tentulah untuk download image ChromeOS (source-code yang telah dicompile).

Kalau anda nak guna Kaedah 1, download image VirtualMachine dari link ini –> http://gdgt.com/google/chrome-os/download/

Manakala kalau anda nak guna Kaedah 2, download bootable USB image dari link ini –> http://chromeos.hexxeh.net/

Kemudian? Setel. Kalau guna VirtualMachine, just setup je new machine kat laptop/pc anda, kemudian install menggunakan image di atas. Kalau nak guna USB Thumbdrive, restore image tersebut kat Thumbdrive anda dan kemudian make it bootable.

Tu jelah kot. Untuk arahan yang lebih complete, boleh refer ke link Lifehacker tersebut –> http://lifehacker.com/5416968/the-humans-guide-to-running-google-chrome-os

Sapa2 yang dah try, report la kat sini. Saya sendiri pun x try lagi. Hehe.

.

Kesimpulannya?

Saya enggan nak berprejudis terhadap Google. Sebab ternyata Google banyak manfaat yang boleh kita perolehi dan gunakan, terutamanya untuk kepentingan Islam. YouTube digunakan sebagai tempat menyebarkan ceramah dan video2 menarik mengenai dakwah. Blogspot sebagai medium untuk ditulis artikel-artikel dakwah. GMail digunakan sebagai method email untuk mengeratkan hubungan. 1001 lagi macam.

Namun saya secara peribadi, atas dasar gerakhati asyik berpesan kepada diri saya, agar kurangkan guna Google. Jika ada alternatif lain, gunakanlah alternatif lain.

Untuk search engine, saya memang guna Google, sebab itu jelah yang saya dapat result yang saya inginkan. Sebabnya, mungkin kerana macam yang saya cerita kat atas la – Google dah tahu pun apa yang saya inginkan.

Blogging? Saya secara peribadi menggunakan wordpress dari dulu lagi. Pernah cuba2 guna Blogspot, tapi tak biasa. So saya xde komen lah mengenai ini. Memang x perlu tukar pun.

Untuk email, saya selesa menggunakan akaun microsoft Live. Untuk komunikasi, saya gunakan Facebook. Jadi inshaAllah saya x gusar sangat.

As for anda2 yang membaca, terpulanglah kepada anda, sama ada nak bertukar ke tak. Tapi macam yang saya kata la, setidak2nya just fikir je apa yang saya sampaikan ni. Betul ke tak, anda sendiri yang judge. Yang pastinya, tak rugi pun berfikir. =)

Sekian, wallahua’lam. Wassalam.

3 thoughts on “Monolog II – Perihal Google

  1. hmmm… ada juga org cakap Chrome OS ni bagus, tapi tak pernah try la pulak. Skang tengha cuba2 pakai Internet Browser Google Chrome.. bleh tahan la juga…

    Bro Kipp! lama x dengar citer. hoho. a’ah macam menarik gak google chrome, saya sendiri pernah cuba2 nak guna. tapi bagi saya secara peribadi, tetap tak dapat ganti firefox+extensions, sebab dengan firefox saya boleh customized ikut personal preference. hehe.

    • Yup!.. aku setuju bro!… dah guna dah. Tapi lebih puas guna Firefox…

      (Aku baru nak aktif semula berblog la bro… lama menyepi ni.. busy la katakan… haha)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s