2010

Assalamualaikum. =)

Alhamdulillah, aku diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus mengecapi nikmat nyawa, iman, islam, keluarga, rakan-rakan, serta segala yang dikurniakan kepadaku sama ada dalam aku sedar ataupun tidak.

Saat aku menulis, menggunakan perisian khusus OmmWriter (oh, sungguh tenang menulis menggunakan perisian ini), aku telahpun memasuki jam pertama, hari pertama pada tahun 2010 ini.

Tahun ini, 2010 aku sambut dengan simple. Cukup sekadar merenung ke komputer, memuhasabah segala yang telah berlaku diiringi dengan irama lagu ambient dan segelas teh hijau jasmin, ah, sungguh menenangkan..

Seperti kebiasaan, aku akan membuat sedikit “recap” dan menganalisis tahun yang baru ku tinggalkan, tahun 2009.

2009

Sebuah tahun yang amat bermakna bagiku. Jika hendak disimpulkan dalam satu perkataan, aku rasakan perkataan yang paling sesuai adalah “Enlightenment”. Ah aku tidak tahu apa translasi langsungnya dalam Bahasa Melayu. Tapi sungguh, enlightenment adalah apa yang aku kecapi, apa yang aku alami, apa yang aku hayati sepanjang kehidupan 2009 aku.

enlightenment |enˈlītnmənt|
noun
1 the action of enlightening or the state of being enlightened.
– the action or state of attaining or having attained spiritual knowledge or insight.

2009 merupakan tahun turning point bagi aku. Terlalu banyak perkara-perkara yang secara jujurnya, membuatkan aku kecewa dengan diri sendiri. 2009, tahun aku banyak sekali berfikir. Melihat kepada situasi alam, melihat kepada persekitaran diri sendiri dan sebagainya, aku datang kepada pelbagai konklusi di mindaku yang akhirnya aku sendiri bercelaru.

Aku sedar, aku bukan insan yang sempurna. Aku sedar, bahawa segala apa yang aku lakukan, akan menentukan masa depanku. Butterfly Effect. Dan semua langkah-langkah tersebut, telahpun aku mulakan di tahun 2009. Langkah-langkah yang menentukan masa depanku, yang menentukan siapa aku dan bagaimana kehidupanku kelak.

Dan aku tidak menyesal. Kerana aku tahu, aku harus berpijak pada realiti. Aku tidak boleh lagi menjadi Kid yang dahulu. Aku tidak boleh lagi beranggapan yang “Ah, tidak mengapa”. Aku tidak boleh lagi sewenang-wenang bersangkaan bahawa pilihan-pilihan aku, adalah pilihan yang tidak membawa erti besar dalam hidupku.

Pilihanku, adalah pilihan hidupku. Langkah kakiku, adalah penentu arah perjalananku. Aku perlu berfikir tentang masa depan. Aku perlu kembali ke realiti, setelah selama ini berkecimpun dalam fantasi dan ilusi.

2009 adalah tahun Enlightenment. Banyak wisdom/hikmah yang telah aku pelajari, berkenaan janji-janji Tuhan, berkenaan gerakkerja Tuhan, berkenaan sikap manusia, berkenaan the complexity of human life, semuanya seolah-olah ditujukan khusus kepadaku.

Aku insan yang hina, insan yang berdosa. Terlalu banyak kecacatan, dalam perhubunganku dengan Dia. Aku mudah sekali berasa selesa, kadangkan aku alpa terhadapNya. Sedang Dia telahpun aturkan apa yang aku lalui pada 2009 ini, sedari lama dahulu. Sesuatu yang aku sering pertikaikan kepadaNya, Dia perlihatkan hikmahNya dengan cara yang langsung tidak aku jangkakan. KeagunganNya, menjadi turning point aku. Sungguh, takkan aku pertikaikanNya lagi. Sungguh, Dialah yang Maha Agung.

2009, secara umum, tahun aku kembali mengutip sisa-sisa semangat dan serpihan-serpihan harapan. Sedikit yang tinggal, ku bentuk acuan, semoga imanku dapat ditadah kembali. Hati yang kontang, menanti masa untuk digembur dan dibasahi, akan ku cuba hidupkan kembali. Berjayakah? Wallahua’lam.

Dari segi akademiknya, 2009, tahun yang penuh dugaan bagiku. Penghujung Juni, aku menyeksakan diri dengan peperiksaan tersusah setakat ini yang pernah aku hadapi. Kombinasi subjek-subjek yang cukup penting dan vital sebagai asas seorang doktor, sehinggakan meninggalkan aku hampir hilang akal di pengakhirannya. Mujurlah aku laluinya dengan selamat, dan aku sangat-sangat bersyukur kerananya.

Semester kedua, tahun keempat aku bermula. Secara official, aku berada di tahun klinikal. Alhamdulillah, aku semakin membiasakan diri. Aku mengumpul kembali momentum diri,  cuba untuk memecut pada semester ini. This is your moment, kid, don’t let it go away. Dan alhamdulillah, aku selesai semester ini dengan cemerlang. Harap momentum ini terus berkekalan, inshaAllah.

2010

2010, sungguh singkat masa berlalu. Masih samar di mindaku, sedekad yang lalu tatkala dunia masih dihingari dengan fenomena Y2K. 10 tahun yang lalu, aku baru memulakan hidup yang baru di MRSM PDRM. Masih terngiang-ngiang lagi suasana perjumpaan homeroom pertama, 1 Amanah di bawah seliaan Ustazah Noraminah. Masih terimbau-imbau, gelaran Kid mula-mula diperkenalkan kepadaku. Ah, sungguh pantas masa.

Dan sungguh berbeza aku menjadi.

Tahun 2010, aku jangkakan adalah tahun perubahan. Jika 2009 menjadi turning-point, maka 2010 menjadi tahun untuk aku memacu ke hadapan. Tidak boleh pandang ke belakang lagi kid, selepas ini. Kau telahpun bulatkan pendirianmu, nekadkan hasratmu, tumpukan fokusmu. Tinggalkan sejarahmu di belakang, jangan biarkan ia membebanimu.

Namun sekali-sekala, imbaulah ia kembali agar kau tahu asal usulmu, kid.

A new life, 2010. A new fate. A new hope. A new future.

A new kid, inshaAllah.

InshaAllah.

19 thoughts on “2010

      • Theme ni simple, loading cepat sebab x banyak widget serabut.
        Dan oh, threaded comment sungguh tidak sesuai. -_-”
        Aku rasa aku mahu reply komen orang guna style ini pula lah.

        @huda:

        diari senja dah berapa tahun senja..bila nak gelapnya? hehe

        @施安.

        kin gemok~

        @ikhwana:

        pelik lak dengar leoman itu. macam leman je. hehe.

  1. 很棒!ok..sy ske smga thn 2010 thn kebangkitan saudara
    smga misi “pendirianmu, nekadkan hasratmu, tumpukan fokusmu” akn berjaya 加油!!

  2. wah, layout baru ke leokid? begitu asyik membaca coretan leokid dengan salji2 yang turun….hurm selamat tahun baru semoga tahun 2010 menjadi titik-titik permulaan segalanya yang baik.

    hurmm xleh la jadi leokid kena jadi leoman la pulak………

  3. hmm..best..simple.

    tp….

    br sy, salji2 yg turun tu mnganggu pembacaan sy….huhu.

    rse cam nk sapu je..bg hilang..huh.leh ker??

    hehe

  4. oooo…germannya dah cancel, mak tak kasi so tak leh bersaing ngan awak lagi sapa kawen awal hehehe (merepek2x)…………bye2x kawan!

  5. Menarik point yang dikemukakan ….

    “Aku perlu kembali ke realiti, setelah selama ini berkecimpun dalam fantasi dan ilusi”

    Sekarang ni di Rusia ke? Selamat belajar dan berjaya

  6. nice words..
    hope all your dreams comes true..
    i’m one of who will start the same journey by the end of the year..
    i’m ur junior at MRSM PDRM (if you still remember)..
    i’m heard a lot about russia..seems kinda tough life..
    like u always said. expect the worst..
    lets just hope for the best..

  7. Assalamualaikum Syamir,

    Nice LO! Semoga Syamir dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat.. Good luck ya :) Keep on writing!

    • Waalaikumsalam, Puan W.Munirah! Lama tak dengar khabar, terutama sejak puan tak lagi menjaga kami. Huhu. Sedar2 tahu2 dah tukar orang, terkejut juga saya.

      Alhamdulillah, study semua ok, malah saya secara peribadi ada peningkatan sejak sudah memasuki fasa klinikal sekarang ni. Budak2 MARA batch saya kat Nizhny ok belaka, xde masalah. Hehe.

      MARA takde planning nak hantar pegawai sendiri ke, ke Embassy? Rasa macam dianaktirikan je oleh JPA..huhu =.=

      Ps: saya sedang bercuti winter di Malaysia skrg ni.

  8. Thanks.. bgus ye kn ble ada blog..
    bkongsi citer,buah fkiran etc..
    Skang ni dh 26hb.. Dh nk msuk bln 2 thun 2010 tp still xnk uat resolution tntg 2009..
    xtau la.. n ble bca kid puye.. rsa sdar..
    sptutye xley buang msa je.. byk lg menggu n im not prepared..
    Thanks…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s