Erti Kejayaan

Kejayaan?

“Saya ingin bertanya, pada pendapat abang, sepanjang abang berada di Russia, apakah kejayaan terbesar yang abang capai?”

Soalan dari seorang pelajar tingkatan lima di MRSM PDRM Kulim tersebut membuat saya terpaku seketika. Kejayaan?

Saya kira, beliau bertanyakan soalan tersebut memandangkan sejarah saya selaku seorang pelajar aktif di sekolah dahulu. Mewakili maktab, menjadi wakil pelajar, bergiat aktif dalam pertandingan itu dan ini, olimpiad itu dan ini dan bermacam lagi. Itu agaknya takrifan kejayaan yang dimaksudkan beliau.

Membuat saya terimbau seketika, apakah pencapaian-pencapaian itu yang dijadikan ukuran kejayaan? Di manakah standard kejayaan itu, sebenarnya?

“Kejayaan saya yang terbesar, pada pandangan saya, adalah saya berjaya memasuki tahun keempat sepanjang pengajian di sekolah perubatan di russia ini.”

Jawapan yang saya kira, mungkin di luar sangkaan beliau. Mungkin beliau menyangkakan saya kini menerajui persatuan-persatuan, berada di dean’s list, mewakili sekolah perubatan saya dalam mana-mana konferens perubatan, atau mengetuai kumpulan kajian (research) di topik tertentu dan sebagainya.

Maafkan saya, jika jawapan saya tersebut mengecewakan anda. Kerana takrifan kejayaan kita, adalah berbeza.

Kejayaan itu, berkadar terus dengan pengorbanan“. Saya menyambung penceritaan. Ratusan pasang mata calon-calon SPM itu merenung saya. Tak kurang juga yang tak nampak mata, kerana telah futhur. Ah mungkin kerana waktu petang itu memang kondusif untuk merehatkan diri, tetapi saya menyalahkan teknik berceramah saya yang membosankan. Menyalahkan waktu petang, tidak ada apa perubahan yang saya boleh lakukan, tetapi menyalahkan teknik saya, maka saya boleh berusaha untuk memperbaikinya inshaAllah.

“Kejayaan itu, berkadar terus dengan pengorbanan. Seorang pelajar yang acapkali mendapat A, di peperiksaan akhir tahun beliau mendapat A juga, maka mungkin keputusan itu bukanlah satu kejayaan yang bernilai baginya.

“Tapi bagi seseorang yang selama ini asyik mendapat C, lalu beliau berusaha bersungguh-sungguh lantas mendapat gred B dalam peperiksaan akhir tahunnya – kejayaan itulah lebih bernilai.”

Sunnatullah Kejayaan

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Ra’d, Ayat 11)

Sungguh, Allah telahpun memberikan prasyarat kepada manusia dalam mencapai apa yang manusia inginkan. Prasyaratnya, adalah hendaklah manusia itu terlebih dahulu berusaha mencapainya.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Sesuatu kejayaan yang bernilai itu tidak akan mudah diperolehi. Ia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan dari segi usaha, kudrat, tenaga, masa, harta dan sebagainya.

Tahun 1453, pusat dunia ketika itu, Constantinople, berjaya ditawan oleh Muhammad al-Fateh. Hampir seribu tahun selepas janji Rasulullah mengenainya. Tetapi, kejayaan umat Islam ketika itu, tidak akan tercapai melainkan dengan pengorbanan belasan cubaan sebelumnya. Hanya setelah beberapa kali percubaan dilakukan, barulah kota tersebut dapat ditawan.

Jika kita hanya sekali cuba dan terus berjaya, maka kejayaan tersebut takkan sebegitu manis lagi, bukan?

Maka itulah jawapan saya kepada pelajar tersebut. Sepanjang 4 tahun pengajian di sini, sudah terlalu banyak pengorbanan yang saya taburkan. Pengorbanan wang ringgit, saya menyaksikan sendiri ianya dilakukan oleh ayah saya. Pengorbanan masa, apabila saya hanya pulang ke kampung halaman beberapa kali. Tiapkali pulang, sudah banyak perubahan. Anak saudara saya sendiri enggan didukung oleh saya, kerana tidak mengenali saya. Pengorbanankah itu? Ya, ianya satu pengorbanan.

Saya terlepas beberapa kali reunion bersama rakan-rakan sekolah lama, yang amat saya rindui. Pengorbanankah itu? Ya, ianya satu pengorbanan.

Saya terlepas majlis perkahwinan abang sulung saya, yang mana ketika itu saya di tahun kedua. Pengorbanankah itu? Ya, ianya satu pengorbanan.

Saya terlepas majlis pengkebumian nenek saudara saya, yang saya sangat sayangi kerana beliau rapat dengan saya. Pengorbanankah itu? Ya, ianya satu pengorbanan.

Dan pengorbanan-pengorbanan yang saya lakukan tersebut, membolehkan saya melangkah ke tahun keempat di fakulti perubatan ini. Kerana jika saya tidak mampu melakukan pengorbanan sedemikian, pasti saya tidak akan berada di sini sekarang ini. Justeru itulah, inilah kejayaan saya yang terbesar.

Dan sesungguhnya, segala pengorbanan yang saya lakukan tersebut, hanya membolehkan saya mencapai tahun keempat. Seandainya ingin menamatkan pengajian dan menjadi seorang doktor yang baik, maka ada kemungkinan saya perlu mengorbankan lebih daripada itu.

Kerana

“Jika kamu mendambakan kejayaan yang besar, maka kamu harus bersedia mengorbankan sesuatu yang setimpal nilainya”

Kata-kata akhir saya di majlis itu, membuatkan para calon SPM 2010 MRSM PDRM tersebut terpaku seketika.

7 thoughts on “Erti Kejayaan

  1. Salam,
    Terima kasih kerna berjaya buat saya berfikir apa yang saya perlu korbankan untuk menghabiskan pengajian sarjana ini..Mungkin selama ini terlalu berlengah..

    Alhamdulillah, memang itu tujuan artikel di atas. Untuk membuatkan kita merenung, adakah dengan usaha kita selama ini, agak2 layak ke tidak kita mengecapi kejayaan yang kita inginkan itu? Jika benar cita-cita kejayaan yang kita impikan itu betul2 bermakna buat diri kita, maka muhasabah lah balik, with current effort, do we deserve it?

  2. Assalamualaikum w.b.t

    Thanks for posting this post. It silence me a while and made me think back, “Do all my success I have achieved until now are worth it compared to the sacrifices made by my parents for me?”
    I am now SPM candidate and wish to further my studies in medical just like you Kid. Please wish me good luck!

  3. Kadangkala manusia suka sekali menggunakan istilah “kamu bertuah”, “kamu pandai”, “memang dah genius”…. Bila masa kita berjaya.. Alangkah mereka tahu bahawa di sebalik semua itu terdapat pengorbanan2 yang berat, perit… Tidak menyalahkan sesiapa, kerana tanpa kurniaan Tuhan, niat yang tulus, pengorbanan tidak membawa hasil juga.
    =)

  4. salam..
    saya sokong ckp abg 100%..kadang2 saya selalu terfikir apakah kejayaan saya selama ini..kalau setakat nak maintain kan prestasi saya..saya rasa itu bukan erti kejayaan yg sebenar buat saya.
    Kejayaan itu, berkadar terus dengan pengorbanan. Seorang pelajar yang acapkali mendapat A, di peperiksaan akhir tahun beliau mendapat A juga, maka mungkin keputusan itu bukanlah satu kejayaan yang bernilai baginya.“
    dan…saya harap sangat saya dapat mengecapi sebuah kejayaan yang sebenarnya kelak…^_^

  5. salam, memang betul pun apa yang kid tulis ni. i’ve been there. dan perasaan yang diperoleh bila kejayaan adalah lebih besar dari pengorbanan yang dilakukan adalah semacam malu untuk diraikan.

    tapi itulah, bukan tidak bersyukur tapi rasa macam tidak layak.

    tapi ya, Allah itu memang Ar Rahman.

    :)

  6. Salam, saya setuju sangat, setiap kejayaan itu memeng memerlukan pengorbanan yang luar biasa, kejayaan yang luar biasa akan membuahkan kejayaan yang luar biasa………..Sebagai pelajar kita perlu menjadi orang luar biasa, bukan orang biasa……

    Benar. “Syurga hanya menerima orang yang hebat!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s