Kebebasan Wanita

Post ini adalah dipetik dari reply saya di iluvislam, di bawah topik “Wanita Dieksploitasi?”

Teringat satu video mane ntah saya tengok kat youtube dulu.

Dalam video tersebut menerangkan, hukum Islam sebenarnya memberi kebebasan kepada wanita!

Kebebasan camne tu?

Kebebasan dari terpaksa menghabiskan berjam-jam di waktu pagi untuk bersolek.
Kebebasan dari terpaksa menghabiskan beratus-ratus untuk buat facial therapy.
Kebebasan dari terpaksa memilih pakaian mana yang lebih mengikut fesyen.
Kebebasan dari terpaksa akur kepada perkembangan fesyen semasa.
Kebebasan dari terpaksa berdiet semata2 nak dapatkan potongan badan menarik.
Kebebasan dari memikirkan bagaimana pandangan orang lain terhadap penampilan diri.
Kebebasan dari di-eksploitasi sebagai tarikan untuk sesuatu produk/perkhidmatan.
etc etc

Dan yang paling saya suka, quote last video tu:

“Kebebasan adalah bebas melakukan perkara baik tanpa perlu risau orang nak kata apa”

Wanita bukanlah satu produk/komoditi untuk dijualbeli. Sebaliknya ia adalah sesuatu yang perlu dipertahankan dan dijaga.

(tapi kalau diri sendiri, sendiri yg xnak jaga? haish..pk2 sendiri lah -_-” )

5 thoughts on “Kebebasan Wanita

    • @zafirah:

      Tu tandanya, fikiran telah terkongkong dan terikat. Cuba suruh pompuan yang biasa mekap…agar tak mekap seminggu. Boleh tak? Begitu juga keperluan terhadap pakaian-pakaian berfesyen, keghairahan terhadap barang kemas, kasut, beg tangan etc. Hinggakan sanggup mengeluarkan duit untuk membelinya.

      Jika atas kehendak sendiri itu bagi saya, still tak apa lagi. Tapi bukti kuatnya pengaruh materialistik dan menjadi petanda bahawa fikiran dan minda telah benar-benar terjajah, adalah apabila sanggup mengetepikan syariat agama dalam usaha mengikut arus dunia!

      Hamba dunia, atau hamba Allah? Wallahua’lam. Sukacita diingatkan, ini sekadar persepsi dan pandangan peribadi saya. Sungguh, saya tak tahu apa yang bermain di dalam fikiran kalian kaum hawa. Huhu. Fikir-fikirkanlah. =.=

  1. hehehehe. tenang2.
    taklah. bukan nk cakap salah ke ape. betul snanye ape awk ckp kat atas tuh. bernas sekali, tahniah!
    setuju juga. tapi entahla.
    pokoknya. perempuan suka kan hiasan dan kecantikan.
    tapi kecantikan dan hiasan tu subjektif.
    ada orang dia suka hias diri dia secara fizikal sampai lupa hias peribadi dalaman.
    ada orang tahu bila dia dah hias peribadi dalaman, apa yang diluar dia harus berhati- hati dalam berhias sebab takut pandangan liar lelaki dan pada satu tahap, dia tahu berhias hanya untuk yang sah.
    ni semua orang tahu. tapi tu la. lihat keliling, realiti nya,
    berlainan.
    maaf lah. ayat bm tunggang tebalik.
    tapi harap dapat faham maksudnya.
    hehe. tapi itula. pompuan suka fesyen.
    tak kira bertudung or vice versa.
    beza, ada prefer simple, remain low, ada yang tahu mana boleh mana tak boleh, mana yang nampak keterlaluan etc.
    yang berbaju kurung pun, kalau time beli kain pasti nak beli yang kain cantik2 corak dan warna.
    apatah lagi yang fesyen cabang lain atau lebih ” urban”.

    realitinya, masih ramai la sebenarnya yang tak boleh cakap tidak.
    sounds shallow but true.

  2. salam.
    perempuan sukakan kecantikan.
    itu sudah fitrah.
    bukan untuk tatapan orang lain pon kadang2,
    untuk diri sendiri. dan untuk suami juga.
    jaga kulit, jaga badan, jaga muka.
    tapi tak perlu sampai berlebihan smpai mekap ke luar rumah, bergaya sampai tak menutup aurat.
    bersederhana itu perlu. syarak masti perlu kena ikut.
    itu pendapat saya lah tapi.
    Wallahua’lam.

  3. saya sering dan masih mencari bahan bukti bahawa fesyen itu satu perkara yang lagha.

    dan saya terjumpa artikel ini http://www.oprah.com/spirit/Choosing-to-Wear-the-Muslim-Headscarf

    tentang seorang ibu yang mempunyai anak yang ingin bertudung, dan membuat si ibu membanding kehidupan anaknya dengan kehidupannya dan si ibu menyedari bahawa dunia anaknya lebih besar.

    saya yakin itulah kebebasan seorang wanita. kebebasan untuk meneroka dunia dan mempunyai dunia yang lebih besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s