Bila Kid Berbicara Mengenai Poligami..

Err..eheh post ini adalah dipetik dari sebuah perbincangan di iluvislam, iaitu di thread “Konsep Poligami – Adakah Kita Benar-Benar Memahaminya“. Ini cuma pendapat peribadi ye, bukannya hukum. Saya sekadar berteori, praktikalnya lambat lagi. Ahaha~

Reply saya di thread tersebut bermula dengan ini:

Satu mengenai sirah nabi kita yang orang slalu terlepas pandang, berkenaan poligami.

Perlu diingatkan Rasulullah hanya berpoligami selepas kewafatan isteri pertama baginda, Saidatina Khadijah. Sebelum berpoligami, Rasulullah hidup bersama Khadijah selama 25 tahun!

So kalau2 ada isteri atau bakal2 isteri di luar sana yang tak senang dipoligami, dengan sang suami memberikan alasan “nak ikut sunnah”, cakap je kat dia – “sunnah sebetulnya tunggu isteri pertama mati dulu. abang tunggu saya mati dulu kalau nak kawen 2,3,4”. hehe.

Namun kedua2 suami dan isteri harus beringat lah, poligami bukannya untuk nafsu semata-mata. Poligami adalah mekanisma yang digariskan Islam bagi menyeimbangkan lelaki dan perempuan. Poligami adalah satu method kebajikan. Poligami membuka jalan kepada wanita untuk beribadah, iaitu dengan mentaati suami.

Yang kemudian, ada user yang membalas reply saya agak terkeliru kerana menyangkakan reply saya tersebut adalah “hukum”. Bagi mencerahkan kefahaman beliau, saya membalas lagi dengan berikut:

Rasulullah berpoligami pun, rasulullah tidak berpoligami kerana nafsu. Rasulullah berpoligami untuk menolong isteri yang kehilangan suami ketika jihad (Hafsah). Rasulullah berpoligami untuk membebaskan tawanan Bani Mustaliq (Juwayriya). Rasulullah berpoligami untuk mendamaikan antara Muslim dengan puak Quraisy, iaitu dengan mengahwini anak Abu Sufyan (Ramlah). Rasulullah berpoligami untuk berdamai dengan kaum Yahudi, dengan mengahwini seorang wanita bangsawan yahudi (Safiyya). Rasulullah berpoligami untuk menamatkan permusuhan dengan bani Makhzum, dengan mengahwini Barra/Maymuna. Ada lagi beberapa kisah mengenai isteri-isteri Muhammad yang lain.

Pokoknya, adakah lelaki cukup cuma beralasan “hendak mengikut sunnah” untuk berpoligami?

Kalau nak berpoligami, berpoligami lah atas sebab lain. Jadikan “mengikut sunnah” itu sebagai cara menjadikan poligami itu sebagai ibadah, semoga diganjarankan pahala. Yang penting adalah sebab sebenar utk berpoligami tu.

Berpoligami sebab kesian janda sebelah rumah kematian suami, anak ramai. Alhamdulillah.

Berpoligami sebab kesian anak kawan rapat hodoh sangat, takde orang nak, lagipun boleh jalinkan persaudaraan dengan kawan tu. Alhamdulillah.

Berpoligami sebab risau tengok si gadis ni tak diberi ajaran agama yang elok oleh mak ayah dia, so berhasrat nak didik si gadis ni. Alhamdulillah.

Dan lain2 sebab yang lebih munasabah, daripada sekadar berpoligami dengan alasan “mengikut sunnah”, padahal sebab tak tahan dengan sekretari baru ni, cun sangat! =p

Saya percaya kalau niat berpoligami itu benar2 ikhlas dengan sebab2 yang munasabah seperti di atas, jika diterangkan dengan berhikmah dan tolak ansur tentu si isteri akan bersetuju. Jika tidak bersetuju pun pasti dia ada sebab-sebabnya yang tersendiri.

Saya tak berhasrat nak ulas dari segi hukum, sebab inshaAllah kita semua telah maklum mengenainya, lagipun telah diulas oleh ustaz2 di muka2 hadapan thread ini. Saya ni bukan ustaz =p

Wallahua’lam. Sekadar berteori, praktikalnya lambat lagi. InshaAllah saya tak berpoligami. Hehe.

Ps: Teguran mengenai kesalahan fakta sirah jika ada, amat2 dialu2kan.

Sekian sahaja dari saya. Sekadar merekodkan di Leokid’s Life. =)

3 thoughts on “Bila Kid Berbicara Mengenai Poligami..

  1. satu lagi berlaku adil kalu x berlaku adil bro konsep poligami x sempurna. Berlaku adil perlu.

    Yeap betul tu. Yang saya ceritakan kat atas, “pre-poligami”. Hehe. Iaitu sebelum membuat keputusan untuk berpoligami. Menyentuh persoalan “niat”.

    Kalau dah buat keputusan, next step kena check la, layak ke tidak. Mampu ke tidak. Kalau tak layak @ tak mampu, maka kena la usaha untuk melayakkan atau memampukan. Ahaha.

    Ah, saya ni sembang ja kuat. Praktikalnya belum lagi. Memandai je. Sila rujuk pandangan dari mereka yang berpengalaman dan luas ilmunya ye. =p

  2. hurm nak bersyarah kat sini boleh?ehehe

    saya rasalah kan dan tak jugaklah berhak dikatakan benar coz teori je…dan mmb apa yg saya kata ni out sket dari topik kot.

    mostly yg seramsejuk sal poligami ni ialah pompuan. Sebab apa ramai pompuan yg x nak poligami? sampai ada yg anggap bila suami dia ada isteri 2,3,4 maksudnya family dia kurang bahagia.

    pendapat saya lah kan

    masyarakat tertipu dgn icon “berdua” pasangan bahagia tu ialah yg kat mana2 sentiasa berdua je. macam artis2 lah, suami isteri yg sentiasa berkepit tu lah yg selalunya dianggap ‘bahagia’

    sedangkan klu kita tgk hidup Rasulullah saw, xlah macam tu. Rasulullah saw xlah bersama ngan Aisyah setiap masa but still hubungan baginda ngan Aisyah dan jugak isteri baginda yg lain harmoni.

    so kesimpulannya ‘berdua’ bukanlah erti hakiki bahagia. sometimes bertiga itu lebih baik hehe

    tu je lah pandangan saya, sekian trima kaseh >.<

    Teringat ulasan Ustaz Hasrizal,

    kebahagiaan itu terletak pada hati yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, bukan merungut dengan apa yang tiada dan belum ada.

  3. eh nak tambah lagi sket

    bknlah maksud lelaki blh sukasuki poligami, kenalah juga sensitif dgn perasaan pasangan…dan klu nak poligami pon seorang suami bertanggungjawab mempersiapkan isteri dia utk bermadu. cth at least lima tahun ke….bukan esok nak kawen, hari ni baru nak bagitau. So wajarkan kalau tetiba isteri tu jadi gorila kan? kan?

    jadilah suami yg bijaksana, yosh~!

    ooooo…dengar tu wahai lelaki semua, pendek kata, kalau nak berpoligami kena plan awal2! =p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s