Pilihan?

Ada dua point yang ingin saya bawakan dalam penulisan saya kali ini. Penulisan kali ini, lebih bersifat spontan. Tatkala sedang berbaring ingin menidurkan diri, fikiran saya terus ligat merewang. Memikirkan sesuatu. Tak habis-habis memikirkan sesuatu.

Dua point yang ingin saya bawa, kedua-duanya merupakan persoalan. Satu merupakan persoalan rhetorik, iaitu tidaklah saya menginginkan jawapan dari anda, sekadar sengaja saya cetuskan untuk kita sama-sama berfikir. Satu lagi, soalan subjektif yang benar-benar saya mahu mengetahui jawapan anda, dan buah fikiran anda di ruangan komen jika ada.

Point persoalan saya yang pertama – Apakah yang anda ingin orang lain ingat mengenai diri anda, setelah anda tiada kelak?

Entah kenapa, malam ini saya terfikirkan mengenai Nobel. Ya, rata-rata kita mengetahui mengenai Nobel Prize. Setiap tahun, anugerah berprestij ini diberikan kepada tokoh-tokoh yang membuat penemuan serta kejayaan penting dalam bidang masing-masing.

Jika dalam bidang seni hiburan, kita ada Anugerah Juara Lagu. Kita ada Anugerah Bintang Popular. Tetapi itu hanyalah bersifat tempatan (local). Dan hanyalah terhad kepada bidang hiburan.

Namun Nobel Prize, merupakan anugerah berprestij terulung, bersifat antarabangsa, serta meliputi pelbagai bidang ilmiah seperti Fizik, Kimia, Physiology/Medicine, Kesusasteraan, Ekonomi serta termasuklah Hadiah Keamanan.

Sebagai seorang yang menyanjung tinggi bidang ilmiah, maka tidak hairanlah jika bagi saya, Nobel Prize ini selayaknya jauh lebih baik dan bermanfaat berbanding AJL, ABP dsb itu. Walaubagaimanapun, itu dari sudut pandangan saya lah. Other people may beg to differ. Saya menghormati pandangan masing-masing. Jujur dikatakan, sesungguhnya saya menyimpan impian, untuk menjulang Hadiah Nobel tersebut mewakili Muslim dan Malaysia, dan jika tidak saya pun semoga anak cucu saya suatu hari nanti.

Cukup mengenai pengenalan secara peribadi akan Hadiah Nobel. Kembali ke topik asal. Ramai mengetahui, ianya merupakan anugerah yang berprestij. Tapi tak ramai yang mengetahui akan sejarahnya. Sejarahnya agak menarik, pada pandangan saya.

Sejarah Nobel Prize

Nobel Prize ini, sebenarnya sebuah dana khas. Pada tahun 1896, seorang warga Sweden bernama Alfred Nobel meninggal dunia, yang mana melalui wasiatnya beliau mengkehendaki sisa hartanya yang berjumlah 31 Juta Koror Sweden (USD186 Juta sekarang) dikumpulkan dan dijadikan foundation/dana tahunan untuk dihadiahkan kepada manusia-manusia yang berjasa kepada manusia keseluruhannya. “Those who confer the ‘greatest benefit of mankind'”, bak kata Alfred Nobel.

Siapa dia Alfred Nobel ni? Kaya sangat ke dia? Takkan lah sesuka hati je dia derma duit dia camtu? Di sinilah misterinya bermula.. (jeng jeng jeng!)

Alfred Nobel, merupakan orang pertama yang menciptakan dinamit. Ya, Dynamite, yang meletup-letup tu. Beliau merupakan seorang saintis yang ulung, yang ketika itu merupakan saintis pertama menemukan campuran nitroglycerin yang dia patentkan sebagai “dynamite”. Dan pecahan (derivatives) dari dynamite, iaitu gelignite, juga ditemukan beliau.

Hasil dari penemuan itu, beliau memulakan proses pengeluaran dinamit dan gelignit secara besar-besaran. Eropah yang ketika itu Industrial Era baru hendak bermula, dinamit merupakan antara teknologi yang sangat penting. Untuk perlombongan mineral (timah dsb), serta pelbagai lagi. Hasil dari itulah, beliau mengumpul kekayaan yang cukup banyak ketika itu.

Namun kekayaannya, was not a blessing but a curse. Ratusan, ribuan orang menjadi mangsa terkorban akibat letupan dinamit. Baik secara sengaja, mahupun secara kemalangan, mahupun ketika eksperimen beliau di makmal dan kilangnya. Beliau mula menerima tekanan dari masyarakat dan media, yang mengecam mengenai pendiriannya yang mengaut keuntungan ke atas sesuatu yang cukup membahayakan.

Epiphany Nobel?

Tahun 1888, sebuah akhbar Perancis secara sinis mengumumkan kematian beliau (secara sindiran). Di obituari (pengumuman kematian) nya sengaja ditulis – “Le marchand de la mort, est mort”. “Usahawan Maut, akhirnya mati” (The Merchant of Death is dead). Diikuti dengan tulisan sinis – Dr. Alfred Nobel, individu yang menjadi kaya dengan menjumpai cara membunuh orang paling cepat/banyak, telah meninggal dunia.”

Tulisan akhbar tersebut, memberi kesan kepada Alfred Nobel. Bagaikan sebuah epiphany (kesedaran spiritual). Beliau mula memikirkan, apakah itu legenda yang beliau ingin tinggalkan? Sebagai orang yang bertanggungjawab mencipta bahan letupan yang membunuh ribuan manusia? (jutaan, hingga sekarang?)

Beliau memutuskan untuk meninggalkan legasi yang baik kepada dunia. Mungkin seolah-olah untuk menebus “dosa”nya, atau mungkin sekadar untuk mengembalikan reputasinya/namanya, wallahua’lam. Pada 27 November 1895, beliau menulis wasiatnya, meninggalkan harta-hartanya untuk dijadikan Nobel Prize. Seakan dapat melihat masa depan, setahun kemudian, 10 Disember 1896, beliau meninggal dunia akibat strok.

Siapa kita, setelah kita tiada?

So itulah persoalan pertama yang ingin saya bangkitkan. Siapa yang anda inginkan agar orang lain mengingati anda? Alfred Nobel, pada zamannya dianggap pembunuh terbesar. Namun sekarang, lebih 1 abad berlalu, beliau dikenali dan disanjung sebagai orang yang mengasaskan Hadiah Nobel, tapi berapa kerat yang mengingati beliau sebagai pencipta Dynamite?

Pointnya adalah, sejarah. Kita semua boleh mengukir sejarah. Persoalannya, sejarah yang bagaimana yang ingin kita ukirkan? Adakah kita ingin meninggalkan dunia tanpa apa-apa kesan? Mustahil. Kita adalah penentu masa depan anak-anak kita. Kita adalah penentu masa depan cucu kita.

Khairunnas anfa’uhum linnas. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Jadilah orang yang bermanfaat, inshaAllah orang akan ingat akan kebaikan dan manfaat yang kita berikan, biarpun kita telah lama meninggalkan dunia ini.

Should or shouldn’t?

Persoalan kedua, yang saya benar-benar ingin tahu pendapat anda. Mungkin ianya bersifat hypothetical, namun saya ingin memikirkan jawapannya secara logik dan rasional.

“Seandainya anda ditakdirkan Allah membuat satu penemuan yang besar dalam sejarah, namun penemuan anda tersebut boleh membawa keburukan di samping kebaikan kepada sejagat – Adakah anda akan mengumumkannya?”

Letak diri anda di tempat Alfred Nobel. Jika anda tahu bahawa dinamit anda tersebut akan digunakan sebagai ubat peledak dalam peluru kereta kebal, sebagai bom tangan, sebagai peletup dan sebagainya yang membunuh jutaan manusia baik yang berdosa mahupun yang tidak bersalah.

Jika anda Alfred Nobel ketika itu, adakah anda akan mengumumkan penemuan anda tersebut?

Untuk lebih realistik, ambil contoh zaman sekarang. Saya bercita-cita menjadi researcher di masa akan datang, yang mengkhusus kepada nano/molecular biology, inshaAllah.

Jika ditakdirkan Allah, saya menemui ubat/rawatan yang mujarab, 100% untuk pesakit AIDS. Adakah saya patut mengumumkannya?

Kesan positifnya, ianya penemuan yang akan menukar sejarah manusia. Dengan ubat tersebut, saya boleh mengubati dan menyelamatkan banyak nyawa. Anak-anak yang tidak berdosa yang mendapat AIDS dari ibunya, boleh diselamatkan. Insan yang tidak berdosa yang mendapat AIDS akibat blood transfusion dsb, dapat dirawat dan diubati. Ya, ia merupakan satu kebaikan.

Tapi on the other hand, dengan terjumpanya ubat/rawatan kepada sakit AIDS tersebut, membuatkan ummat/masyarakat tidak lagi gentar kepada perzinaan? Menyebabkan pelaku homoseksual tidak lagi risau dijangkiti penyakit tersebut? Yang secara tak langsungnya membawa kepada penularan lagi gejala-gejala yang pastinya bertentangan dengan agama ini?

Apa keputusan yang patut saya buat? Apa yang sepatutnya Alfred Nobel buat?

Saya kepingin untuk mengetahui, bagaimana untuk berfikir mengenai situasi sedemikian.

Dan sekarang sudah 2 pagi, saya patut tidur sekiranya ingin bangun bersahur esok pagi T_T

9 thoughts on “Pilihan?

  1. pendapat : bukan salah kita expose benda yang baik untuk tujuan yang baik tapi disalahgunakan oleh org lain

    my teacher said,
    sometimes..something is beyond our control

  2. Tiba-tiba diaju persoalan yang agak perlu kepada penelitian yang dalam…Saya tak ingat tapi lebih kurang begini, jika sesuatu itu lebih banyak keburukan dari kebaikan, lebih baik jangan teruskan…Tapi tu la ada pro n con juga…Cth: facebook, blog, dll….Tepuk dada tanya iman..

  3. Saya pilih ya.

    Saya pilih untuk mendapat hak cipta hasil kajian tersebut. Sebelum orang yang lebih dangkal buat.

  4. salam alayk..
    pendapat: saya pilih ya..
    dan saya juga berpendapat, bkn sekadar penemuan rawatan aids, tapi jika ada penemuan-penemuan lain, ia juga wajar diumumkan..

    anda seorang muslim, anda menemui sesuatu penawar.. tapi anda memilih untuk tidak mengumumkannya, tidak mustahil satu hari nanti akan ada juga manusia lain yang akan menemui penawar tersebut. dan manusia itu pula non-muslim, yang niatnya bukan untuk kebaikan tapi keburukan seperti mengaut keuntungan peribadi tanpa mengira risiko lain..di saat ini, apa pula tindakan yang akan anda ambil?? menghebahkan kepada dunia ” sebenarnya saya yang jumpa penemuan ini dahulu””..begitukah??

    namun, jika ada kesan buruk daripada pengumuman penewar itu, ambil langkah2 tertentu untuk mengawal keburukan yang mungkin timbul..buat beberapa syarat yang ketat kepada sesiapa yang ingin mengilangkannya.memasarkannya etc..

    semoga kebaikan ttp bersamamu..
    wallahualam..

  5. saya jawab ya…
    pada pandangan sy lebih elok kita bagitau kerana penemuan bernilai sprti itu bkn sng ditemui…pnyalahgunaan tknologi tu bergantung pd pihak trtentu…samada untk kebaikan atau keburukan…

  6. Pndpt sy, ya…manusia sharusnya mgunakn nikmt sbaik2nya…mnusia d kurniakn akal untk bfikir baik n buruk. .waallahualam,..

  7. Pd pndt sy plu d umumkn..krn mnusia telah d kurniakn oleh Allah swt akal untk bfikir. . Jd mnusia sharusnya thu mgunakn nikmt trsbut dgn sbaiknya..untk kbaikn n bkn kburukn. .

  8. Pensyarah genetik saya tengah working on atau mungkin dah siap tentang research berkenaan ubat HIV/AIDS menggunakan extract sejenis tumbuhan. Yet, saya tak dengar apa2 perkembangan mengenai hal itu~ Yang boleh bocor hal ini p0n pensyarah lain yang bagitau. Pensyarah genetik tu pernah pesan, “Rahsiakan semua kajian kamu kalau tak, nanti orang akan guna data kita dan buat yang lebih baik. Kalau dah siap research tu, publish cepat2.”

    Bagi saya, kalau ada orang ambil data tu dan buat yang lebih baik adalah lebih baik. Kalau simpan sorang2 pun, apa gunanya. Bukan boleh bawak masuk kubur introduce kat ahli2 kubur~

    Kalau apa yang kita umumkan tu membawa keburukan, mungkin orang lain boleh fikirkan macam mana nak per-baik-kan penemuan tu. Jika penemuan tu membawa keburukan 1/10 arah, tutuplah lagi 9/10 jalan tu dengan kebaikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s