Terlebih dahulu, saya meminta diri saya dan rakan-rakan yang lain merujuk kepada penulisan di bawah:

Assalamu’alaikum… saya ingin menanyakan tentang hadits ini:

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang artinya, “Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah). dan

“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).

yang ingin saya tanyakan apa yang di maksud dengan “semua itu dibenarkan oleh kelamin atau d gagalkan”…? apakah yang dimasud disini zina seperti melakukan hubungan suami istri, atau hanya merasakan adanya getaran ketika sedang berbicara (tidak secara langsung dan tidak berdua), apakah hal tersebut termasuk zina hati…?

Jawaban M Shodiq Mustika:

wa’alaykumus salaam…

Ungkapan “Dan semuanya dibenarkan atau ditidakkan oleh alat kelamin”, yang merupakan pengertian zina yang sesungguhnya, itu menunjukkan penjelasan terhadap “sesuatu” pada ungkapan-ungkapan sebelumnya.

Zinanya mata adalah melihat [sesuatu], zinanya lisan adalah mengucapkan [sesuatu], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [sesuatu], sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]. … (HR Bukhari & Muslim)

Jadi, “sesuatu” yang hendaknya kita hindari itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin. Inilah yang dimaksud dengan “sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]“.

Dengan demikian, melihat nonmuhrim tidak selalu merupakan zina mata. Yang tergolong “zina mata” (berzina dengan mata) adalah melihat dengan syahwat. Misalnya: memandangi foto porno, mengintip cewek mandi, dsb.

Secara demikian pula, menyampaikan kata-kata mesra kepada sang pacar bukanlah tergolong “zina lisan”. Yang tergolong “zina lisan” adalah yang disertai dengan nafsu birahi. Contohnya: ucapan mesum kepada sang kekasih, “Aku ingin sekali meletakkan mulutku ke mulutmu berpagutan dalam ciuman.”

Dengan demikian pula, merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia bukanlah tergolong “zina hati”. Pengertian “zina hati” (berzina dalam hati) adalah mengharap dan menginginkan pemenuhan nafsu birahi. Contohnya: berpikiran mesum, “Kapan-kapan aku akan ke tempat kostnya saat sepi tiada orang lain. Siapa tahu dia mau kuajak ‘begituan’.”

Demikian pula untuk “zina tangan”, “zina kaki”, dan berbagai aktivitas mendekati-zina lainnya

Wallaahu a’lam.

http://wppi.wordpress.com/2008/08/28/pengertian-zina-hati-dan-mendekati-zina-lainnya/

.

Polis Cinta?

Zaman sekarang, tidak dinafikan gejala sosial kian meningkat. Sana sini anak muda berpacaran, berteman. Namun bagaikan mematuhi sunnatullah, satu daya akan menghasilkan reaksi daya bertentangan yang sama besar magnitudnya. Hasil dari kebejatan sosial anak muda zaman sekarang, lahirlah pendokong-pendokong amar makruf nahi mungkar yang bertindak sebagai “polis”.

Ini satu perkembangan yang bagus sebenarnya. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 104, iaitu:

Pun begitu, dalam menulusuri pergerakan para pendakwah yang cukup enthusias, tidak dapat tidak; ada segelintir yang mengamalkan prinsip machiavelli dalam amar makruf, termasuklah nahi mungkar. Akibatnya, mereka tenggelam dalam semangat dan enthusiasm yang ada, satu fenomena yang saya gelarkan sebagai – “silau dengan cahaya yang terlalu terang.” Peringatan yang sepatutnya disampaikan dengan “berpesan-pesan dengan kebenaran”, kini tidak lagi bersandarkan kebenaran semata, sebaliknya digubah dan diolah dengan ayat sendiri.

Perkara ini akan saya kupas dengan lebih lanjut dalam artikel yang bakal menyusul nanti. Malahan, ada juga saya sentuh serba sedikit dibawah point “pendakwah gemar menakut-nakutkan mad’u” dalam post sebelum ini. Pun begitu, dalam post kali ini, saya memfokus kepada golongan pendakwah “polis cinta” yang tegar menghukumi “zina” kepada masyarakat awam, remaja khususnya.

Ramai polis cinta suka memetik hadis zina di atas, dalam usaha mengaitkannya dengan zina mata, zina tangan, zina hati dan sebagainya. Namun turut dikesali, apabila hadis tersebut diutarakan, tidak ramai yang nampak/memfokus kepada ayat terakhir dalam hadis tersebut – “Semua itu dibenarkan/direalisasikan oleh alat kelamin (kemaluan), atau digagalkannya.”. Silau mungkin?

Sedangkan ayat tersebut adalah kunci utama dalam hadis itu. Sebagaimana penerangan dari artikel yang saya petik di atas. Ayat terakhir itu menjadi tulang/tiang kepada keseluruhan maksud hadis itu sendiri, bahawasanya yang dikira zina itu adalah yang membawa kepada zina kemaluan yang sebenar, adapun yang tidak berakhir dengan zina kemaluan maka itulah yang dimaksudkan dengan “digagalkannya”!

.

Apa itu zina “anggota”?

Perbuatan yang menjurus kepada zina, itulah yang dianggap zina dalam hadis ini. Melihat lawan jantina dengan nafsu berahi dan syahwat, itu barulah dikira zina mata. Tangan mengklik dan menaip URL laman web porno, itu zina tangan. Hati berangan-angan dan membayangkan zina dengan seseorang, itu zina hati.

Islam agama yang tidak memberatkan minda, tidak menyalahi fitrah, tidak terlalu syadid. Islam tidak semudah itu nak menghukum mereka yang berbalas mesej di YahooMessenger, sudah dikira zina tangan! Menyanggahi batas perhubungan dan ikhtilat, itu mungkin benar. Tapi zina tangan, itu sudah lain skop dan konsepnya!

Islam tidak semudah itu, nak menghukum mereka yang melihat gambar lelaki/wanita sebagai zina mata. Menyanggahi perintah Allah agar menundukkan pandangan, itu mungkin benar. Tapi zina mata, itu sudah lain skop dan konsepnya!

Islam tidak semudah itu, nak menghukum mereka yang merindui dan mengingati pasangan sebagai zina hati. Melalaikan dari mengingati Allah, melaghakan dsb, itu mungkin benar. Tapi zina hati, itu sudah lain skop dan konsepnya!

Mengaitkan dengan sikap segelintir golongan pendakwah “polis-cinta”, apabila ada di antara mereka yang mudah sekali melonggokkan dan melabel semua perbuatan tersebut di bawah kalimat zina!

Mungkin para polis cinta itu boleh menyoroti kisah cinta Mughits dan Barirah. Bagaimana cintanya Mughits yang memandang, mengekori Barirah, sehinggakan menangis berjuraian air matanya. Kalau mengikut definisi polis cinta zaman milennium ini, pastilah Mughits itu digelar melakukan zina kaki, zina mata, zina hati!

Sedangkan apa yang Rasulullah kata? “Tidakkah engkau merasa takjub dengan rasa cinta Mughits pada Barirah?

Berpada-padalah!

.

Tidak Pula Mengharuskan

Pun begitu, tidaklah saya berhasrat menjadikan penulisan saya ini sebagai “tiket” untuk menghalalkan perhubungan batasan lelaki perempuan. Tidak! Perbatasan lelaki perempuan, tetap terikat kepada syariat yang Allah gariskan dalam alQuran serta melalui sunnah Rasulullah.

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh panduan/larangan dari Quran dan Sunnah mengenai perhubungan lelaki perempuan, iaitu

– Tidak mendedahkan aurat (QS Nur 31)
– Menundukkan pandangan (QS Nur 30-31)
– Berurusan hanya sekadar keperluan (QS Al-Ahzaab 53)
– Tidak melunakkan suara bagi wanita (QS Al-Ahzaab 32)
– Tidak bertabarruj/bersolek untuk menarik perhatian
– Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
– Tidak boleh bersentuhan (Hadis)

Perkara-perkara di atas adalah wajib dipatuhi, sama ada oleh pasangan bercinta mahupun muamalah biasa antara lelaki dan wanita. InshaAllah, saya akan cuba kupas dalam artikel yang akan datang.

Saya faham, keghairahan para polis cinta dalam membendung masalah hati remaja sekarang ini, namun kesan yang timbul akibat semangat mereka turut devastated/mengundang bencana. “Oh, semudah itukah melakukan zina?”, merupakan impressi yang ditanam kepada jiwa kanak-kanak yang bersih yang baru nak menginjak remaja. Apatah lagi jika itu impressi yang tertanam kepada non-muslim, sekaligus membenihkan salah faham terhadap Islam itu sendiri.

.

Mudahkah melakukan Zina?

(perenggan dibawah dipetik dari artikel SaifulIslam.com & buku Aku Terima Nikahnya)

Jangan Berkahwin Sekadar Untuk Mendapatkan Sijil Halal

Seterusnya saya mengingatkan setiap peserta, agar tidak memberikan alasan “saya kena kahwin segera ustaz, takut terjebak ke benda-benda yang haram”.

Seorang di Southampton, seorang lagi di Dublin… tiba-tiba memberi alasan takut ‘terzina’???

Untuk pasangan ini berzina, si lelaki itu perlu menempah tiket dari halaman web Ryanair.Com, kemudian mengemas beg dan mengambil bas dari Grafton Street ke Dublin Airport, check in, menaiki pesawat, terbang satu jam menyeberangi Irish Sea, mendarat di Bournemouth Airport, melalui imigresen, mengambil beg, menaiki bas ke bandar Southampton dan akhirnya berzina!!!

Ini bukan kes takut terzina, tetapi kes memang ‘berjihad untuk berzina’ malah ketagih zina dan lupa diri. Sewajarnya saya melayangkan barang sebutir dua pelempang kepada orang seperti ini agar bangkit dan sedar dari alasannya “saya kena kahwin segera sebab takut terzina”.

Lainlah jika masing-masing belajar di universiti yang sama, di kelas yang sama, hari-hari bertemu dan yang tinggal hanya ‘to be or not to be‘!

Itu pun, saya masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang ada di mindanya tentang makna perkahwinan. Tidakkah dia sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas berkahwin adalah jauh lebih besar dan sulit dari sekadar cabaran menolak zina?

Jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak?

.

Cinta?

Cinta itu fitrah yang suci, lahir dari sifat Ar-Rahim Allah sendiri. Sungguh, Allah tidak pernah melarang dan mengharamkan cinta, sebaliknya memberi petunjuk dan panduan kepada manusia agar membawa cinta itu kepada jalanNya.

Dan itulah yang saya syorkan kepada para polis cinta. Janganlah terus dihukum penzina kepada orang yang bercinta, sebaliknya pandulah mereka ke arah memanifestasikan cinta di jalan yang betul dan halal.

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa

Tauqul Hamamah (The Ring of the Dove), kitab oleh Ibnu Hazm al-Andalusii. Penterjemah asal tidak diketahui.

Wallahua’lam. Wassalam.


35 responses to “Zina Hati? Tangan? Kaki? Mulut? Mata?”

  1. mudah mudahan allah menghindarkan kita dari zina
    salam dari indonesia :)

  2. Salam

    Adakah saudara berminat utk exchange link

    silakan, asalkan bermanfaat.

  3. aku suka dgn rangkap terakhir kau…penuh makna dan puitis…

  4. :)
    thanks for sharing.

  5. erm,baru pertama kali ada insan yang amhu merungaki makna hads ini dengan lebih terpeinci.Seingat saya,cepen yang mendapt ranking paling hot kat ILI,couple tu haram.dan sejak itu,saya perasan,ada penulis2 cerpen yang mneggunakan dalil ini untuk mengatakn cinta itu haram dengan berdalil dengan hadis ni tanpa istinba’ hukum yang jelas.Saya juga brsetuju dengan akhi,bukan bermaksud cinta itu halal,matlamat tidak mneghalalkan cara,cum cara demikian-bersandar terus pada hadis boleh menyebabkan salah paham,nant ade plak kata islam kejam,seolah2 menafikan fitrah.yang sy perhatikan,user ILI ramai yang bersandarkan terus pada dalil2 Qs-BARANGKALi mereka pelajar agama,penguat hujah.namun bagi sy itu bukanlah yang terbaik.

    1. Alhamdulillah, akhirnya saya terjumpa juga artikel yang tidak terlalu fanatik/syadid dan tidak juga terlalu meringankan hukum.

  6. stuju dgn aisyah….

  7. oltoroman taro Avatar
    oltoroman taro

    hurm
    the problem is
    dlm cinta byk sangat rambu rambanye
    kdg kita rasa apa yg kita wat tu betul
    tapi sebenarnya itulah yg salah
    bak kata org
    org yg sedang dilamun cinta
    dunia ini bagai ana yg punya
    baik mencegah sebelum merawat
    berhati2 dalam bercinta
    nanti kena tankap olh polis cinta :P

    well huraian hadis yg best, trimakaseh!

    sebab tu kena rujuk balik alquran dan hadis. eh betul ke aku buat ni? rujuk alquran.. tak salah ke wat camni? rujuk hadis..

    polis cinta manusia ni banyak cakap je. kena sedar, “polis cinta” di kiri dan kanan masing2 ni setia dan sangat teliti (^_^)v

  8. digested.reader Avatar
    digested.reader

    the last part was the icing~ the wisest sets of words i`ve ever read…

  9. “to be or not to be”

    hihiks. study hamlet? ;D

  10. salam, mnrk artikel ini… izin copy u dimasskkn ke dlm artikel terbaru sy.. sy akn linnkkn ke blog saudara. Syukrn. Moga Allah redha selalu..

    1. Prof. KH. Arpani, M.Pd.I Avatar
      Prof. KH. Arpani, M.Pd.I

      silahkan…
      laa syukron alaa wajiib.
      Aamiin allahumma aamiin.

  11. nice one, kid.. it’s hard to explain in a logical way about certain hadith or verses from the Al-Quran to other Muslims, what more non-muslims.. glad to have read this entry.
    ^_^

  12. Salam. Ini mungkin tidak terlalu berkaitan dengan post ini. Tapi ingin meminta jasa baik pendapat anda.
    Seseorang yang pernah bercouple. Memang tak keluar bersama atau terlanjur sebagainya, tapi tetap berbual melalui telefon dan sebagainya. Hinggalah suatu hari, mereka keluar bersama. Dan mereka berpegangan tangan sesama sendiri. Dan kemudiannya mereka menyesal. Mencuba untuk memutuskan hubungan bagi mengelakkan dosa. Tapi bagi si wanita, dosa semalam terus menghantui. Dirinya pernah disentuh.
    Memang semua orang pernah buat silap dan cuba bertaubat. Tapi rasa bersalah macammana nak buang? pada ibu bapa. pada bakal suami.
    Dia cuba untuk berubah. Memang dia pernah berdosa. Tapi sudah tak sama.:(

    Dalam Islam, orang yang bertaubat nasuha itu suci. Allah Maha Menerima Taubat.

    Rasa bersalah adalah balasan secara sunnatullah terhadap dosa yang dilakukan. Jadikan rasa bersalah itu sebagai pengakrab diri dengan tuhan, untuk sentiasa memohon keampunanNya.

    Jangan putus asa untuk berubah. Yakinkan pada Dia.

  13. salam..
    nice entry..
    btw…saya nak tanya dan minta pendapat abg kid…
    macam mana pula hukum bagi lelaki dan perempuan yang selalu bermesej…sedangkan kita tak pernah berjumpa..seperti soalan aina di atas..mereka akhirnya berjumpa dan melakukan sesuatu yang tidak dijangkakan..tetapi untuk kes ni..mereka tidak pernah berjumpa langsung! dan mesej pula tidaklah mengandungi unsur porno mahupun yang mendatangkan syahwat..jadi, adakah mesej2 seperti ini dibolehkan?seperti mesej dengan kawan je..mohon penjelasan..=)

    Kena rujuk semula point “Tidak Pula Mengharuskan”

    Ada sekurang-kurangnya tujuh batasan yang perlu dipatuhi (berdasarkan alquran dan sunnah) antara lelaki dan perempuan. Tak kisahlah berkapel atau tidak. Tak kisahlah sekadar kawan sekelas. Tak kisahlah walau tidak pernah berjumpa sekalipun! Kesemua jenis perhubungan lelaki perempuan, “rasmi atau tak rasmi”, “serius atau suka-suka”, tetap perlu mematuhi at least 7 batasan tersebut.

    Dan dalam kes yang cik ira kemukakan ini, batasan yang digariskan oleh surah Al-Ahzaab ayat 53 yang perlu diberi perhatian. Dalam ayat ni, Allah berikan satu situasi – “kalau nak minta something from isteri nabi, maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

    Maksudnya di sini, walaupun dengan isteri Nabi sekalipun, perlulah menjaga batasan. Kalau sekadar nak meminta sesuatu, maka cukup sekadar dari balik tabir sahaja! Pointnya di sini adalah “keperluan”. Kalau ada keperluan nak meminta sesuatu pun disuruh minta dari sebalik tabir, bagaimana agaknya kalau bersembang/berbicara TANPA KEPERLUAN.

    Keperluan berbeza-beza. Ada keperluan yang memerlukan lelaki-wanita berjumpa, dalam meeting, contohnya. Ada keperluan yang memerlukan lelaki-wanita bercakap di telefon, contohnya. Ada keperluan yang cukup sekadar YM sahaja. Dan kesemua ini hendaklah berlandaskan syariat, serta dibatasi dengan “keperluan”.

    Tanpa keperluan? Hmmmm fikir lah sendiri.

  14. […] janji saya pada artikel yang diterbitkan beberapa mingu (bulan?) lepas, iaitu artikel ini : Zina Hati? Tangan? Kaki? Mulut? Mata?. Dalam artikel tersebut, saya ada menyatakan ingin mengulas mengenai sekurang-kurangnya tujuh […]

  15. salam bro~
    hurm..agak terasa dengan polis cinta itu.
    3weeks ago, time kt kolej..ktorg ada buat ops cegah maksiat, tp semuanya dr kalangan muslimah yg turun pdg, sbb bajet nye nk cover utk muslimah je nk bg tazkirah ringkas sket. tp tlupa pulak kalo dah dorg berdating, mestilah ada pasangannya yakni xy, maka terlupa nk panggil muslimin turun padang skali, so ops cegah maksiat malam tu xmenjadi n hanya menimbulkan kebencian kpd org2 yg tkena tp xdpt nk explain kt diorg kenapa kitorg nak buat mcm tu.
    makanya..
    nak mohon pandangan dr bro leokid mcm mana cara terbaik nk deal dgn perkara ni..
    nak jelaskan pada dorg, ada juga sy tny sahabat2 dr uni lain, mcm uia mereka namakan biro ni dgn ‘campus buddy’, sbg pendekatan yg nice n soft. xterlalu keras mcm cerita dlm polis cinta tu, cara dorg approach student tu dgn baik, mmg totally dif dr tmpt saya lah kira…

    then saya ada cerita dkt MT dlm biro tntg pendekatan campus buddy tu, but dorg ckp kt tmpt ktorg xkena kalo nak buat mcm tu.wallahualam.
    hurm..comments?

    *sorry ye kalo xphm cerita, sbb mmgtareti nk cerita pun,ho~

    <blockquote

    1. @Isha_syafiqah:

      Suka saya memetik ulasan Ustaz Hasrizal:

      Apakah berkepit-kepit itu masalah yang sebenar (real problem), atau ia hanya masalah yang diperlihatkan (presenting problem)? Apakah tidak pernah kita bayangkan bahawa ia hanya tip of the iceberg? Bahawa masalah kita bukan sekadar masalah anak muda gila bercinta, tetapi gila bercinta itu hanya simptom kepada krisis yang lebih besar lagi serius!

      Kemusykilan perilaku anak muda khususnya yang bersabit dengan cinta, hakikatnya adalah produk kepada sistem nilai mereka, cara mereka memandang kehidupan serta akidah kepercayaan yang tertanam di jiwa. Dalam suasana hakisan akidah umat hari ini, soal keghairahan anak muda bercinta, kepasrahan mereka membiarkan cinta menghancurkan diri dan kehidupan, adalah perkara-perkara yang berada di dalam jangkaan kita.

      Manusia yang mabuk cinta harus kembali disedarkan tentang siapa diri mereka. Membangkitkan jiwa seorang hamba adalah agenda besarnya. Agar dengan jiwa hamba itu, pandangan hidupnya akan melihat kehidupan ini sebagai sebuah kehambaan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’aala. Lalu, apa yang selayaknya untuk seorang hamba, itulah yang menjadi pilihannya. Apa yang penting di sisi Tuannya (Tuhannya), pentinglah ia di sisi si hamba ini.

      Manakala bagi polis-polis cinta yang begitu ghairah menyerang golongan yang dikategorikan sebagai bermasalah ini, ketahuilah bahawa tiada jalan pintas untuk membetulkan keadaan ini. Teruskan langkah-langkah banteras yang anda lakukan, namun jangan sisihkan proses membetulkan mereka secara dalam ke luar. Lapangkan dada, sabarkan jiwa, kayakan hikmah, ikhlaskan hati, niatkan segalanya kerana ALLAH… bukan pemuas nafsu amarah.

      Si Polis Cinta

      1. orait, syukran. dah view page ustaz, banyak respon2 yg boleh dijadikan cth nak deal dgn perkara ni..

  16. slm..thanks 4 d simple but complete explaination..susah hati juga bila dengar yang kena tundukkan pandangan dgn lelaki takut zina mata sedangkan dalam rutin ada kerja-kerja yang kena berurusan dgn kaum adam..dalam kuliyah pun kena ngadap diorg gak..tapi setelah baca saya lebih faham zina mata,lisan,dan hati tu ape sebetulnya…tq,keep it up!

  17. Salamun alaik….salam ziarah dan salam mujahadah…terima kasih atas entri ini..ini menyedarkan saya agar berhati2 dalam menasihati mad’u agar nasihat yang di sampaikan bukanlah sekadar di dengari sahaja tetapi di hayati dan meninggalkan kesan mendalam pada mad’u..mohon pertukaran link..http://www.ummuzaqeera.blogspot.com

  18. nur amalina syafiqa Avatar
    nur amalina syafiqa

    erm…ana x pnah bercple…sbb bg ana, tiada istilah couple dalam diari idup ana slg blum jmpe jdoh ana….ana tkut utk kecewa bercinta….ana tkut untuk kecewa…ana sggup mnunggu drpd jiwa teseksa…tw 1 penantian i2 1 penyeksaan tp ana tkut nak buat dosa…sdgkn ana beljar dlm klas elektrik, jd lelaki mgelilingi kami d dlam kmpln sprti jd 1 kbiasaan…an hnye rapat dgn owg yg seng ngn ana…kmi agk mesra tp xpernah pegang n bercinta..bg ana, kwan ialah kwn…dalam stiap grup, msti ad lelaki..jd ana sudh terbiasa grup dgn dy…dy pun phm ana ini owg mcm mne…syukur…ana sllu berdoa dpertmukn dgn org yg bercinta kerna ALLAH..kerna i2 cinta hakiki…alhamdulillah, ana mseh d dlm KASEHNYA…DIA mlndungi ana dari mmbuat dosa…kalo anda semua mlihat ana, ana bukan lah ssmpurna mereka yg mnutup aurat,,,cme kdg2 terleka….bertudung dgn seelokny…mnutup dada ialah pegangan ana, tidak mmakai bju jrg n ketat…ana berdoa ap yg ana hajati ini tercapai, walopun nfsu ini ign memiliki cinta secepatny…YAallah, lindungilah hambaMU yg lemah ini…bntulh hmba mmiliki cinta hmbaMU yg hakiki…ana teringin bercinta…alhamdulillah, mseh kuat pegangan ana…ku berdoa..dpertemukan DIA yg memiliki cntaMU…amiin

  19. kebanyakkan artikel yang punya perkataan Islam dan cinta sering menidakkan cinta. dan saya sering meminta penulis tu verify their statement.

    sesungguhnya, tulisan saudara memberi perspektif baru tentang cinta dan Islam.

  20. islam itu mudah…so dunt make it complicated..
    yg pntg islam itu indah…

  21. sy berasa berterima kasih dgn archieve2 kmu…
    terima kasih kerana berkongsi:)

  22. bismillah,,
    sy suka artikel ni,, bagus!
    lebih2 lg setelah menerangkan panjang lebar, akhir skali d tekankan ttg batas hub lelaki & perempuan,, jelas melihatkan yang haq tetap haq,, yang bati tetap batil,,
    cuma,, sedikit persoalan yang bermain di fikiran,, sikit je,, artikel ini ditulis untuk memperbetulkan kefahaman tentang zina hati @ ingin mengatakan bahawa berc0uple itu bole-boleh saja?? w’alam

    1. Artikel ini ditulis atas nilai ilmu. Sapa nak beramal, ambil.

  23. sy mahu bertanya..mengenai sahabat sy bertanyakan kepada sy tentang hukum, adakah dia dikira berzina besar sekiranya kemaluan teman lelakinya hanya diletakkan di kemaluannya sahaj, tetapi tidak dimasukkan..sy tidak tahu untuk memberi jawapan..dia benar2 mahu insaf..hanya pada saya shj yag dia percayai untuk bercerita segala kekesalannya..

  24. nak shre jugak ye ncik leokid.

  25. lha klo skedar pacaran itu termasuk zina bukan??

  26. lha klo skedar pacaran itu termasuk zina bukan?

Leave a reply to digested.reader Cancel reply

Create a website or blog at WordPress.com