After A While..

Assalamualaikum.

Sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Sejak artikel terakhir, iaitu artikel berkenaan isu “Zina Hati” yang agak berat dan sarat tersebut. Aku kira sudah agak lama aku tidak mengemaskini blog ini dengan sesuatu yang ringan dan santai. Mengenang kembali post-post aku sejak akhir-akhir ini, semuanya agak berat kandungannya. Kasihan pembaca blog ini. =.=

Adapun bagi diri aku sendiri, terlalu banyak perubahan berlaku dalam kehidupan aku kini. Post berkenaan diri aku sendiri, yang terakhir, adalah berita khitbah aku itu lah. Sebagai titik tanda perubahan dalam hidup aku. Dan ya, hidup aku banyak berubah sejak dari itu.

Kalau dahulu, aku agak carefree. Tak berapa kisah terhadap gaya hidup. Hakuna Matata. Dari segi kewangan, contohnya. Dahulu, aku mudah berfoya-foya (dengan wang, tentunya). Sikit-sikit, beli aksesori komputer. Beli harddisk. Beli modem. Dan bermacam lagi. Kemudian, selalu juga makan di luar. Sushi, tentunya kegemaran pertama.

Tapi kini, semuanya perlu dirancangkan. Berapa bajet yang perlu disimpan. Berapa bajet untuk makanan. Tidak boleh ke Sushi setiap minggu lagi. Huhu. Hidup tidak boleh semewah dahulu. Perlu konsider masa depan. Ya, masa depan.

Begitu juga, dari segi ilmu agama. Jika dahulu, melihat buku “Fiqh Sunnah”, dalam hati terdetik – ah, aku sudah tahu yang asas, sudah cukuplah. Membaca Maza Yakni “Kenapa Aku Memeluk Islam”, sengaja melangkau bab “Aku mestilah Islam dari sudut keluarga”. Bukan memperlekehkan, cuma tidak terasa lagi akan kepentingannya.

Tapi kini, semuanya terasa penting. Dalam hati terdetik – “Eh macamana kalau aku perlu mengajar isteri dan anakku bab ini?” “Cukupkah ilmu untuk memandu rumahtangga kelak?” Bukan ilmu berkenaan rumahtangga dan perkahwinan sahaja. Ilmu-ilmu asas akidah, syariah, akhlak, perlu sentiasa diperbaharui. Perlu dicuci, ditambah, dinaiktaraf. Semuanya demi masa depan. Ya, masa depan.

Semua perlu konsider masa depan, sekarang ini. Mungkin sekarang, aku mula melihat dengan jelas akan “the end in mind” aku. “Begin with the end in mind”, satu habit orang yang effektif, bak kata Stephen R. Covey. Apabila imej “the end in mind” tersebut telah terbentuk, maka apa jua perbuatan yang kita buat, kita akan konsider “the end in mind” itu.

“The end in mind” aku? Aku membayangkan diri aku seorang suami yang baik. Seorang ayah yang baik. Seorang muslim yang baik. Bak kata hadis,

Dari Ibnu ‘Umar r.a. dari Nabi s.a.w sabdanya: “Ketahuilah! Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinanmu.

Seorang Amir (raja, penguasa, pembesar ataupemimpin) yang berkuasa terhadap rakyat, akan ditanya tentang kepimpinannya.

Seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya.

Seorang wanita adalah pemimpin di rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya.

Seorang hamba sahaya adalah pemimpin di atas kekayaan majikannnya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya.

Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya.

(Sahih Muslim)

Pendek kata, aku membayangkan diriku sebagai seorang pemimpin kelak. Pemimpin bagi keluargaku. Pemimpin bagi diriku sendiri. Itu “the end in mind” yang aku letak.

Maka jika itu “the end in mind” yang aku putuskan, maka setiap tindakan aku, perbuatan aku hendaklah berpaksikan/bertujuan kepada “the end in mind” itu.

Aku enjoy-enjoy. Adakah pemimpin yang enjoy-enjoy yang aku impikan kelak?

Aku banyak baca komik, tengok anime. Adakah ia selari dengan “the end in mind” yang aku letakkan itu?

Tidak, aku rasa tidak. Huhu. Jika benar aku impikan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, maka aku perlu mula melatih diriku, dan perbuatan aku hendaklah selari dengan “the end in mind” aku.

Pemimpin yang bertanggungjawab. Maka aku kena melatih diri memikul tanggungjawab.

Pemimpin yang berdisiplin. Maka aku kena belajar mendisiplinkan diri.

Pemimpin yang sihat. Maka aku kena turun main badminton tiap-tiap hari (erk?)

Pemimpin yang kurus. Erk ni dah makin mengarut nih.

Semua itu adalah ciri-ciri yang ideal lah. Dan aku akui, aku ini manusia yang lemah yang sentiasa cuba memperbaharui diri aku. Sungguhpun aku tidak dapat memenuhi 100% setiap ciri-ciri tersebut, aku perlu berusaha untuk mempersiapkan diri aku ke arah itu.

Itulah gunanya tempoh berkhitbah. Bukan semata-mata tempoh untuk mengenali pasangan. Tetapi tempoh untuk mempersiapkan diri dengan segala macam keperluan dan bekal yang ingin dibawa kelak. Tempoh melatih diri. Tempoh mengajar dan belajar.

Mengenai persiapan pula, tidaklah semestinya kena siap 100%. Tak semestinya kena cukup semua ilmu, duit dan sebagainya. Tapi cukup sekadarnya untuk memulakan perjalanan rumahtangga, sedangkan yang bakinya boleh ditambah bersama-sama selepas perkahwinan kelak.

Wah kid ni, baru berkhitbah sudah pandai bersembang bab-bab rumahtangga. =p Sekadar berkongsi serba sedikit yang aku tahu, sebagai peringatan buat diri ini yang pelupa juga.

Jujur, banyak kefahaman aku perolehi dari koleksi artikel-artikel SaifulIslam.com serta dari buku beliau, Aku Terima Nikahnya, dan Bercinta Sampai ke Syurga. Tak sabar mahu pulang ke Malaysia, dapatkan ATN3: Sang Murabbi Cinta!

4 thoughts on “After A While..

  1. Dalam semua2 tu, tambah satu lagi, penampilan diri akhi.

    :)

    rambut kena kemas, bersikat..hehe..
    baru nampak hensem.

    Haha! Nasihat dari orang berpengalaman, kena ambil perhatian ni! =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s