Nakbah 62

Assalamualaikum.

Tarikh 15 Mei. Mungkin tarikh biasa bagi sesetengah orang. Esoknya hari guru. Biasa saja. Namun 15 Mei itu besar signifikannya, 62 tahun lalu. 15 Mei 62 tahun lalu, adalah 15 Mei malapetaka. Lebih malapetaka berbanding peristiwa berdarah 13 Mei kat Malaysia. Lebih mendukacitakan.

15 Mei 1948 – Adalah hari pengisytiharaan kemerdekaan negara Israel.

Tapi kita bukan Israel. Kita tidak menyokong Israel. 15 Mei bukan hari untuk kita “sambut” dengan gembira. Bukan hari untuk kita sanjung.

Tapi 15 Mei, adalah hari untuk kita mengenang kembali. Mengenang kembali para penduduk Palestin yang dihalau dari rumah mereka. Mengenang perasaan penduduk Palestin yang tanahnya dirampas. Mengenang perasaan anak-anak Palestin tatkala ibu bapa mereka syahid. Mengenang para syuhada Palestin, tatkala darah jihad mereka menyimbah-nyimbah bumi bersejarah itu.

Mengenang perjuangan Syeikh Ahmad Yassin. Mengenang perjuangan Dr. Abdul Aziz Rantissi. Serta para pejuang Palestin yang lain.

“It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing.
Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest.
But I prefer to be killed by Apache.”
– Dr. Abdel Aziz Al-Rantissi.

Allah mengabulkan impian beliau, apabila pada 17 April 2004, beliau syahid dibedil misil Hellfire yang dilepaskan dari sebuah helicopter Apache.

15 Mei.

Juga merupakan hari kita mengenang.

Mengenang siksaan dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Muslim. Mengenang kejahatan Israel mengepung sekaligus menjadikan Palestin sebagai penjara terbesar di dunia. Mengenang kebaculan Israel, menyerang dan mengebom menggunakan roket dsb dari sebalik tembok. Mengenang kelicikan Israel, menyusup masuk dalam kerajaan-kerajaan besar dunia, kerajaan Amerika, mempengaruhi PBB dsb. Mengenang kecelakaan Israel, mengadakan propaganda dunia kononnya Islam lah terroris, kononnya mujahideen Palestin lah terroris!

“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam” Itu lirik 'nasyid' yang disiarkan kepada kanak-kanak Israel melalui TV Pendidikan. Gambar menunjukkan bagaimana kanak-kanak Yahudi diajar menulis "surat cinta" kepada "rakan-rakan sebaya" mereka di Palestin.

Kita sedih. Kita marah. Kita benci. 15 Mei kemuncaknya.

Namun sedih, marah dan benci itu tidak kemana. Tanpa adanya usaha MENGUBAH.

Alhamdulillah, sepanjang bulan ini, saya berjaya menggerakkan Biro Penerbitan dan Informasi Persatuan Perubatan Islam Malaysia untuk mengadakan Kempen Nakbah.

Sepanjang minggu lepas, kutipan derma telah dilakukan untuk disalurkan kepada pergerakan Lifeline4Gaza. Alhamdulillah, sejumlah wang berjaya dikutip, dan sekarang on the way ke Turki. InshaAllah, pada 23hb Mei ini, angkatan kapal akan bertolak dari Turki – menembus tembok kedurjanaan Israel yang mengepung Gaza!

Alhamdulillah, sebentar tadi usai program “Balada Palestin”. Sepertimana lagu nya yang didendangkan oleh 5Forty2, saya memecahkan pembentangan kepada tiga topik besar – “Sejarah Palestin”, “Muslim Ilusi VS Zionis Realiti” dan “Jangan biarkan Palestin keseorangan”. InshaAllah akan saya kongsikan poster-poster, flyers, brochures, video-video dan slide-slide pembentangan tersebut di post ini.

Poster-Poster

(Klik Gambar untuk View Original @ Download) :

Poster Program Balada Palestin.

Poster kutipan derma Lifeline4Gaza.

Brochures/Edaran/Handout

(Fail Format PDF):

Handout Program Balada Palestin

Handout Info Lifeline4Gaza

Slideshow

(Fail Format PDF)

Slideshow “Balada Palestin”

Timeline Kronologi Palestin

Video

(Klik untuk download. Video-video ini juga boleh didapati dari YouTube)

Balada Palestin (edited, added subtitle) www.542music.com (Format MOV)

Amrullah (Muadz) dengan matan hadis (Format MP4)

Mengubah!

Ku sedar, usaha-usaha yang ku lakukan ini tidak seberapa. Jauh hendak dibandingkan dengan para mujahidin di sana. Jauh hendak dibandingkan dengan Umar Al-Khattab, dengan Salahuddin al-Ayyubi.

Semoga usahaku ini bagaikan a flap of a butterfly’s wings, a ripple in the seashore that will emerge as typhoon and tsunami soon! InshaAllah!

Khaibar khaibar ya yahud, jaisyu Muhammad saufa ya’ud!

(Ingatlah perang Khaibar, wahai Yahudi! Tentera Muhammad akan kembali!)

5 thoughts on “Nakbah 62

  1. alhamdulillaah, usaha ini mungkin nampak kecil pada pandangan manusia. tapi pada pandangan Allah, ia besar sekali. inshaAllaah.

    baarokallaahu laka wa lii ~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s