FDDA1 – Melakukan Dakwah Dengan Berfikir Dan Beramal Dengan Kejelasan

Fiqh Dakwah Dalam Alquran – Siri 1

Melakukan Dakwah Dengan Berfikir Dan Beramal Dengan Kejelasan

“Maka tatkala rasa takut telah hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth. Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar orang yang penyantun dan suka kembali. Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.” (Hud : 74-76)

FIQH DAKWAH

1. Dakwah harus melahirkan da’i yang berfikir dan berkeyakinan diri untuk berhujah.

2. Walau pun berhadapan dengan perintah Allah taala, ia tidak menghalang nabi Ibrahim untuk berhujah dan menyatakan pandangannya.

3. Anak buah gerakan dakwah, tidak seharusnya mengikut arahan sahaja tetapi tetap berfikir dan taat dengan kejelasan, harus berani dan berkeyakinan untuk menyampaikan pandangan dan berhujah.

4. Allah taala tidak menyalahkan atau mencela Ibrahim atas soalannya bahkan memuji beliau. Allah taala hanya memaklumkan bahawa walau pun ia mempunyai pandangan tetapi telah cukup tempoh yang diberi bagi kaum Lut sehingga mewajarkan azab ke atas mereka.

5. Pemimpin haruslah memimpin du`at untuk berfikir dan beramal atas kejelasan bukan taat buta.

6. Pemimpin haruslah berjiwa besar untuk bersedia menerima pandangan dan hujah dari pengikutnya.

7. Dakwah bukan indoktrinasi bukan dogma dan cuci otak.

Rujuk juga kisah nabi Ibrahim meminta Allah taala untuk menunjukkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan makhluk yang telah mati di Al-Baqarah : 260

ULASAN KID

Tajuk pertama ini penting, kerana para pendakwah/naqib/ah adalah orang yang akan memimpin. Justeru itu, pendakwah itu sendiri mesti mempunyai kefahaman yang lengkap. Kita bukan nak ajak orang ikut kita. Tapi kita mengajak orang supaya berfikir, tidak sekadar mengikut membuta tuli.

Fikir dan Zikir tak dapat dipisahkan, sebagaimana yang Allah sebutkan dalam 3:191. Biasakan diri kita berfikir – betul ke apa aku rasa ni? Sahih ke cerita yang aku bawa ini? Apa kata pendapat ini pula? Hanya dengan berfikir, barulah kita dapat menguasai kefahaman terhadap apa yang kita sampaikan. Bila kita benar-benar faham, baru kita dapat menjelaskan kepada orang ramai.

Penulis buku ini meletakkan perkara ini sebagai yang pertama, simbolik kepada peri pentingnya sikap sebegini. Ini kerana pendakwah itu memandu mad’u. Kalau kita senget 1 darjah je pun, destinasi akhir, destinasi mad’u akan tersasar jauh. Oleh itu perlulah kita benar-benar yakin dan faham dengan apa yang kita ingin sampaikan. Contoh petanda kita benar-benar bersedia, adalah kita tak risau jika ditanya soalan. Ala, macam orang gi amik exam la, kan? =)

RUJUKAN: Fiqh Dakwah Dalam Alquran, Muhammad Haniff Hassan, 2003

Dua perkara penting sebagai bekal ilmu bagi aktivis dakwah;

1. Menguasai ilmu yang dikenali sebagai Fiqh Dakwah.
2. Memastikan Fiqh Dakwah yang dikuasai mempunyai sandaran dalam Al-Quran dan Sunnah

Siri seterusnya – FDDA2 : Dakwah Hendaklah Mengemukakan Alternatif

2 thoughts on “FDDA1 – Melakukan Dakwah Dengan Berfikir Dan Beramal Dengan Kejelasan

  1. em…ikut secara mbuta tuli
    ni la yg dinamakan
    taqlid kn?
    berat tggungjwb pmimpin
    kne pimpin diri sndiri dlu
    bru bleh pimpin yg len..
    tanx 4 sharing!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s