Bila Diserang Mavi Marmara

(Post ini adalah untuk diriku sendiri dalam tahun-tahun mendatang, sebagai pengikat sumpah janji untukku terus memperjuangkan atas kemampuan, akan kebebasan alQuds dan kesejahteraan mereka yang berada disekitarnya. Moga tidak kulupa post ini sehinggalah sampai ketentuan Allah kepadaku.)

Bila diserang Mavi Marmara

Yang tidur mula terjaga
Yang pejam membuka mata
Yang diam lantang bersuara
Yang sejuk terus membara
Yang bara terus menyala
Yang baring harus bangkit
Yang bisik terus jerit

Moga jaga tidak ngantuk
Moga mata tidak tutup
Moga suara tidak serak
Moga bara tidak abu
Moga nyala tidak malap
Moga bangkit tidak lenguh
Moga jerit tidak perit
Tatkala Mavi Marmara luput dari ingatan.

Dan anak-anak Malaysia ketagihan hiburan.
Dan anak-anak Gaza menderita kelaparan.

Akan tetap ku perjuangkan, biarpun bersendirian.

Mohd Syamirulah Rahim, 1 Jun 2010.

BELASUNGKAWA

Pada 31 Mei 2010, Mavi Marmara, sebuah kapal 3 tingkat berasal dari turki, memuatkan lebih 500 orang aktivis, terdiri daripada

  • Ahli-Ahli Parlimen Amerika dan Eropah
  • Sebilangan Saintis
  • Sebilangan Wartawan/Penulis/Jurnalis
  • Sebilangan Doktor/Ahli Perubatan
  • Sebilangan Peguam & Pejuang Hak Asasi
  • Sebilangan Penerima Hadiah Nobel
  • Sebilangan Ahli Knesset Israel
  • Sukarelawan Yahudi, termasuklah seorang Holocaust Survival berusia 80 tahun
  • Sukarelawan Kristian, termasuklah Bishop Vatican, Father Hilariona Capucci

Serta tentunya, yang paling istimewa, saudara-saudaraku

  • Tokoh ulama’ Islam, antaranya  Syeikh Ra’id Salah, pengasas Pertubuhan Palestin 1948
  • Sukarelawan-sukarelawan Islam termasuklah 12 orang dari Malaysia (skuad Lifeline4Gaza dan wakil media)

Dan termasuklah keseluruhannya dengan 7 kapal lain, membawa 10,000 tan barang-barang kemanusiaan terdiri daripada

  • Makanan dan minuman
  • Ubat-ubatan
  • Peralatan-peralatan kesihatan (inkubator bayi, alat ultrasound dsb)
  • Peralatan-peralatan pendidikan (buku tulis, pensil, alat tulis)
  • Bahan binaan (simen)
  • Pelbagai lagi

menuju ke Gaza dalam misi Freedom Flotilla.

Namun pada awal pagi tersebut, Flotilla ini telah dihentikan di perairan antarabangsa oleh skuad komando dan angkatan tentera laut Israel. Komando Israel membuka serangan dengan membelasah dan melepaskan tembakan kepada para penumpang yang tidak bersenjata tersebut, sebaik sahaja menjejakkan kaki di atas kapal Mavi Marmara.

Tindakan yang kejam tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 aktivis terbunuh (murdered), dan puluhan yang lain cedera. Termasuklah yang cedera parah, adalah Syeikh Ra’ed Salah, sepertimana yang dilaporkan.

Berikutan dari itu, Israel telah merampas kapal Mavi Marmara dan kapal-kapal lain berserta muatannya, serta menculik penumpang-penumpang lain.

Sehingga kini, nasib para penumpang tidak diketahui. Semoga Allah mengurniakan mereka kesabaran dan ketabahan, menghadapi tentera-tentera Zionis Laknatullah.

.

Semoga kejadian ini, yang direkodkan dalam post ini, akan terus kekal disini dan dibaca oleh saya dan para generasi akan datang, bahawa kejadian yang mendukacitakan inilah wajah sebenar Israel, yang tidak akan berubah biarpun 1 tahun, 10 tahun, mahupun 100 tahun berlalu.

Sebagaimana mereka menzalimi Nabi-Nabi mereka ribuan tahun lampau, sebagaimana mereka menzalimi Rasulullah pada ratusan tahun lampau, sebagaimana itulah mereka menzalimi para muslimin dan dunia, pada semalam.

Khaybar, khaybar, ya yahud. Jaisyu Muhammad saufa ya’ud.

Khaybar, khaybar, ya yahud. Jaisyu Muhammad saufa ya’ud.

Khaybar, khaybar, ya yahud. Jaisyu Muhammad saufa ya’ud.

10 thoughts on “Bila Diserang Mavi Marmara

  1. doakan mereka selamat w/pun tiada lg khabar berita. inshaAllah ameen. ni la kenyataannya israel laknatullah. sedar lah diri wahai umat manusia yg dikelabui mata dengan hedonisme yg melampau2. nauzubillah min zalik..

  2. salam..mohon copy bleh…buat tatapan shbt dan dri spye smgt bkn stakat ini shje..tp smpai ble2…insyaALLAH

  3. Salam,
    janji Allah pasti akan datang. Cuma apabila ia berlaku, adakah kita bersedia mengorbankan bukan saja harta, memberi simpati malahan menggadai nyawa di jalan Allah? Semoga Allah menempatkan kita di kalangan golongan yang beriman, wassalam.

  4. Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya’ud
    Tunggu saatnya hai yahudi, tentara Allah kan kembali
    Kobarkan perang suci, bebaskan seluruh negeri

    Jiwa-jiwa pemberani maju meski harus mati
    Ingatlah wahai diri, syurga Allah tlah menanti
    Tinggalkan semua mimpi, berjihad teguhkan hati

    Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya’ud
    Derap tank senjata berat, jangan surutkan langkah
    Lontar batu penuh semangat, yakin kita takkan kalah

    Bom syahid mengguncang bumi, tebar takut kaum yahudi
    Bebaskan palestina, bebas dari durjana
    Majulah wahai jiwa, jadilah kau syuhada

    Munsyid : Ar-Ruhul Jadid

    ***

    Salaam,
    benar sekali, mereka bangsa narsistik, dan tidak tahu malu. seharusnya kita dan seluruh kaum muslimin belajar dari sejarah yang sudah-sudah, bahwasanya mereka tidak akan bisa dikasih hati, pasti berkhianat dan sebagainya. seharusnya jangan dijadikan sahabat, menyedihkannya ada negeri-negeri kaum muslimin malah menjalin hubungan dengan negara zionis israel.

    Terima kasih atas kunjungannya ya bapak!

  5. salam, sekadar perkongsian..

    kekejaman ISRAEL memg dah lm termaktub dlm al-quran, dah jelas dan nyata!
    skrg ISLAM perlukan kesatuan.2 yg penting! kalau seluruh umat islam bersatu, INSYAALLAH al-falah milik kita bersama. Smg ibrah dr kisah pembebasan kota konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi dorngan buat mujahid& mujahidah semua.Al-Quds menantikan pejuang sprt Sultan Muhammad Al-Fateh. Smg Allah mempermdahkan jalan perjuangan para mujahidNya.Ameen..

    Ya akhi/ukhti,
    Walau siapa pun anda,kita adalah khalifah di bumi Allah ini.Salam Jihad& salam perjuangan..

  6. Pingback: Sekilas – Sesejuk Salji Silwan « Leokid's Life

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s