Menangkis Tohmahan Anti-Evolutionist

Assalamualaikum. Lama rasanya tidak mengemaskini blog ini. Justeru itu, mari saya sajikan suatu hidangan yang agak berat namun mengenyangkan.

Saya jamin,golongan ateis takkan dapat menandingi Al-Qur’an dari segi pencapaian..

Walaupun mereka menggelarkan diri merka berada dalam kelompok yang benar (yakni percaya manusia datang dari evolusi Homo Erectus,Australipithecus,dsb.),namun,jika ditanyakan lima soalan ini,mereka pasti buntu dalam menjawapnya;

1.Mengapa masih ada primat di hutan2?Mengapa mereka tidak mengikut aliran Evolusi?

2.Evolusi memainkan peranan dalam menjadikan sesuatu hidupan lebih baik dari leluhurnya.Persoalannya,dari mana manusia mendapatkan naluri beragamanya?Mengapa naluri ii penting dalam menjadikan manusia hidupan ‘yang lebih baik’?

3.Evolusi manusia telah berkurang,malah tidak kelihatan dalam masyarakat kita hari ini.Jadi,mengapa evolusi terhenti?

4.Katakanlah,mereka (golongan finalism)manusia telah menjadi penamat Evolusi,kerana manusia adalah hasil terbaik dalam roses Evolusi”..ganjil,kan?Golongan saintifik ini..kalaupun manusia ini hasil terbaik alam semulajadi,mengapa kita masih dihidapi penyakit,mati,dsb?

5.’Natural selection’..ah,yes.idea yang amat pelik,bertentangan sepenuhnya dengan disiplin saintologi…tidak dapat dibuktikan,hipotesis paling lemah dalam tamadun manusia,tidak berbukti,songsang dengan penemuan2 terkini,kurang efisien..teruk.Namun,persoalan terbesar ialah,bagaimana ‘nature’ memilih beberapa gen tertentu untuk mengevolusikannya?

Golongan saintifik Barat hanya ada 2 pilihan;
a)Mengakui kejahilan mereka dan mengakui kebenaran Al-Qur’an
b)Meneruskan penyelidikan mereka untuk membuktikan kesahihan Evolusi,lantas akhirnya memperlihatkan kebodohan mereka (kerana akhirnya hasilnya tetap sama-kegagalan).

Saya menjumpai pernyataan di atas di sebuah forum tempatan. Pernyataan tersebut, walaupun pro-Islamik, mempunyai kepincangan dari sudut ilmu serta rendah mutunya. Pernyataan yang dibuat tanpa asas ilmu biologi dan genetik ini, tentu sekali mengundang aib dan memalukan. Ianya tidak wajar keluar dari mulut seorang Islam yang menghargai ilmu dan sentiasa mengamalkan apa yang Allah sebutkan dalam surah An-Nahl ayat 16 “Tanyalah orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui”.

Berikut adalah jawapan saya terhadap serangan tersebut:

Saya tidak menganggap diri saya sebagai atheis (nauzubillah), malahan sebenarnya ramai juga dikalangan saintis yang agnostic, bukannya atheis. Namun suka saya menjelaskan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai ilmu yang Allah kurniakan, iaitu mengenai Evolusi ini.

1.Mengapa masih ada primat di hutan2?Mengapa mereka tidak mengikut aliran Evolusi?

Berevolusinya sesuatu hidupan, adalah bergantung kepada ciri sesuatu tempat, dalam usaha hidupan tersebut untuk overcome sesuatu halangan bagi memastikan kemandirian spesisnya.

Saya ambil contoh, sejenis primat di Borneo, dipanggil monyet proboscis. Monyet ini mempunyai bentuk hidung yang sama seperti manusia, iaitu lubang hidung menghala ke bawah (bandingkan dengan monyet spesis lain). Kenapa dijadikan sedemikian? Kerana spesis ini merupakan spesis separa-akuatik, justeru itu menyebabkan ia berevolusi sedemikian, agar boleh berenang dan menyelam.

Pendek kata, primat-primat dan organisma lain berevolusi di atas keperluan, bukan saja2 nak berevolusi. Manusia juga berevolusi, atas keperluan yang Allah sendiri tentukan dan decide. Namun asal usul kemanusiaan, tetap masih samar-samar, terutamanya bila menyentuh soal Adam dan dari mana & bila masa dia datang. Saya sendiri, berpegang kepada nas alquran dalam hal tersebut, kerana sains sendiri tak dapat menjelaskannya secara definitif.

2.Evolusi memainkan peranan dalam menjadikan sesuatu hidupan lebih baik dari leluhurnya.Persoalannya,dari mana manusia mendapatkan naluri beragamanya?Mengapa naluri ii penting dalam menjadikan manusia hidupan ‘yang lebih baik’?

Naluri beragama bukannya sesuatu yang anatomical, biological untuk diwarisi secara genetik, apatah lagi dikaitkan secara fizikal dengan tubuh badan. Bak kata raihan, “iman tak dapat diwarisi”. Walaupun sejak kebelakangan ini ada teori2 mengaitkan “God Spot” iaitu saraf khusus untuk rasa bertuhan, teori ini cukup rapuh di peringkat pengajian sains. Orang2 ESQ je setahu saya yang duk promote saraf ni.

Dari mana manusia dapat naluri beragamanya? “Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian dari datuk nenek mereka dan keturunan mereka dan saudara-saudara mereka, dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus” (6:87)

Bagi saya, persoalan “naluri keagamaan” ini adalah persoalan perkara ghaib. Iaitu tak dapat diukur, dikaji dan dijelaskan secara saintifik. Boleh ke kita ukur/nilai seseorang itu lebih beragama dari yang lain, secara objektif? Dan seperti persoalan-persoalan ghaib yang lain, jawapan kepada persoalan ini hanyalah melalui apa yang diwahyukan.

Beza saintis Islam dan saintis barat adalah, saintis Islam knows when to stop. Bagi saya, bila masuk bab2 ghaib, saya tidak akan memandai2. Rujuk Quran dan Hadis. Zikir. Bila bab2 yang boleh memberi faedah, membuktikan keagungan Allah iaitu ciptaanNya, maka saya kaji. Fikir. Zikir dan fikir.

3.Evolusi manusia telah berkurang,malah tidak kelihatan dalam masyarakat kita hari ini.Jadi,mengapa evolusi terhenti?

Siapa kata evolusi terhenti? Hanya kerana kita tak nampak, kita katakan ianya terhenti? Rujuk jawapan persoalan dibawah.

4.Katakanlah,mereka (golongan finalism)manusia telah menjadi penamat Evolusi,kerana manusia adalah hasil terbaik dalam roses Evolusi”..ganjil,kan?Golongan saintifik ini..kalaupun manusia ini hasil terbaik alam semulajadi,mengapa kita masih dihidapi penyakit,mati,dsb?

Seperti yang saya katakan di atas, siapa kata evolusi telah tamat? Tidak, evolusi akan terus berkembang. Dalam skala yang tak dapat kita lihat. Evolusi bukannya bertujuan untuk kita jadi spesis yang perfect, tidak akan mati dsb. Baiklah kita duduk di syurga sahaja kalau begitu. Tapi tujuan evolusi adalah untuk memastikan kemandirian spesis. Bagi memastikan kita terus survive dalam apa jua keadaan yang mungkin berlaku di dunia ini.

Sehinggalah Kiamat. Kerana itu Allah menetapkan Kiamat itu pengakhiran segala pengakhiran. Kiamat itulah penamat evolusi.

Jawapan persoalan ini berkaitan dengan jawapan persoalan dibawah.

5.’Natural selection’..ah,yes.idea yang amat pelik,bertentangan sepenuhnya dengan disiplin saintologi…tidak dapat dibuktikan,hipotesis paling lemah dalam tamadun manusia,tidak berbukti,songsang dengan penemuan2 terkini,kurang efisien..teruk.Namun,persoalan terbesar ialah,bagaimana ‘nature’ memilih beberapa gen tertentu untuk mengevolusikannya?

Nature works in its trickiest way. Bagi saintis barat, “nature” berlaku dengan sendirinya, tanpa divine intervention. Namun bagi saya yang percayakan natural selection ini, “nature” berlaku dengan izin Allah. Dengan adanya divine intervention. Allah yang mentaqdirkan sesebuah organisma memilih untuk berevolusi dengan sedemikian cara.

Sebagai contoh, persoalan sebelum ini ada bertanyakan, kenapa masih ada penyakit. Kita menganggap penyakit itu sebagai sesuatu yang buruk bagi individu. Namun banyak jenis penyakit yang diperturunkan secara genetik. Saintis tertanya-tanya, kenapa spesis kita memilih untuk mewariskan penyakit2, yang secara logiknya bertentangan dengan natural selection?

Jawapan kepada persoalan ini semuanya boleh dijejaki dalam sejarah manusia. Tahukah anda, sekiranya zaman Ice Age berlaku sekali lagi, maka hanya manusia yang mempunyai penyakit diabetis sahaja yang akan survive? Tahukah anda, sekiranya berlakunya kebuluran yang dahsyat, hanya manusia yang menghidap hemochromatosis yang akan survive? Orang yang mengidap sickle-cell anemia sahaja yang tidak akan dijangkiti wabak malaria! Berikut adalah antara contoh explanation terhadap penyakit yang ada, sedangkan ada banyak lagi penyakit jenis lain yang masih tidak ada explanation mengenainya!

Jika dilihat kepada penyakit genetik pun, kebanyakan (boleh dikatakan semua) penyakit bawaan genetik adalah bersifat chronic (memerlukan masa yang panjang untuk develop), with the exception of congenital diseases. Saintis mencadangkan, bahawa kita umat (spesis) manusia ini mempersiapkan diri kita untuk sebarang kemungkinan ke atas spesis secara keseluruhannya. Kenapa influenza menjadi penyakit yang paling common dalam manusia? Kerana jika tiada influenza, maka manusia tidak menghasilkan antibodi secara constant, justeru bila ada outbreak tiba-tiba maka separuh manusia boleh tiba-tiba mati disebabkan satu outbreak of influenza.

Dan yang berevolusi ini, bukannya manusia sahaja. Semua hidupan lain, hatta virus pun, berevolusi. 5 tahun lepas kita heboh mengenai Avian Flu, tahun lepas kita heboh mengenai Swine Flu. Bagi orang yang mengkaji, dia akan tahu kedua2 jenis flu tersebut adalah dari virus yang sama, orthomyxovirus, namun telah mengalami genetic drift dan natural selection dengan pantas menjadi variant yang baru, methode of transmission yang baru. Dan jika manusia tidak dapat keep up the pace of evolution, maka manusia akan mudah sahaja dipupuskan sebelum menjelang kiamat.

Tapi ia tidak akan berlaku. Kerana apa? Kerana manusia akan terus survive sehingga kiamat. Manusia tidak akan pupus. Bagi saya, itu yang Allah maksudkan sebagai “sebaik-baik kejadian” dari perspektif sains. Datang lah segala macam bencana seperti yang digembar-gemburkan media barat – 2012 ke, Day After Tomorrow ke, Armageddon ke, manusia akan terus survive, antaranya disebabkan bantuan genetik. Sehinggalah menjelang kiamat yang sebenar, barulah benar2 tamat.

Genetik tidak membawa perubahan kepada individu, tetapi genetik memainkan peranan ke atas spesis secara keseluruhannya. It is without any doubt, bagi saya, merupakan satu mekanisma ciptaan Allah yang cukup cantik jika difahami. Subhanallah.

Golongan saintifik Barat hanya ada 2 pilihan;
a)Mengakui kejahilan mereka dan mengakui kebenaran Al-Qur’an
b)Meneruskan penyelidikan mereka untuk membuktikan kesahihan Evolusi,lantas akhirnya memperlihatkan kebodohan mereka (kerana akhirnya hasilnya tetap sama-kegagalan).

Saya juga mengkaji dan menyelidik, tapi saya mengkaji dan menyelidik bukan untuk membuktikan kesahihan Evolusi. Saya menyelidik untuk menyingkap rahsia yang Allah semat dalam diri kita masing2. Bukankah itu yang Allah pesan, mafhumnya “dan dalam diri kamu ada tanda, apakah kamu tidak memerhatikan?”

Nasihat saya, kaji dahulu mengenai evolusi. Jangan mudah menghukum hanya berdasarkan satu dua artikel yang tidak menyeluruh. Bidang evolusi dan genetik juga, bukannya satu bidang yang statik. Ianya masih berkembang. Banyak sangat cabang dan pembahagian bidang yang baru. Epigenetik. Neurogenetik. Pathogenetik. Epidemiology. etc. Tidak keterlaluan jika saya kata, kita menjumpai genetik sebagaimana saintis zaman galileo menjumpai fizik, astronomi. Maka janganlah kita menjadi seperti golongan Church di zaman itu yang menghukum blasphemy kepada bidang2 sebegini, hanya kerana ia “berlainan” dengan agama. Mungkin kita nampak “berlainan” kerana kita belum memahaminya, sedangkan jika kita memahaminya maka sebenarnya tiada apa yang bermasalah pun. Kerana ia ciptaan Allah. Ilmu ini, ilmu Allah, sunnatullah. Sama seperti biologi, fizik, kimia dan yang lain-lain.

Tidak dinafikan, ada direction dalam genetik yang songsang kepada agama. Mengkaji untuk membuktikan diri lebih hebat dari tuhan. Mengkaji untuk mencari kesalahan agama. Contohnya seperti kisah Firaun yang ingin membina menara yang tinggi untuk mencari Tuhan Nabi Musa. Direction sebegini yang kita tentang dalam genetik, malah dalam bidang apa jua sekalipun (engineering, architecture, fizik dsb)! Innamal a’malu binniyat!

Kesimpulannya, memang akan menjadi fitrah manusia akan menentang dan mempunyai perasaan skeptik (rejection) terhadap sesuatu yang kita tidak ketahui. Sebagaimana berjalan di dalam gelap, maka kita mempunyai perasaan berhati-hati untuk melangkah.

Namun sikap ini tidak seharusnya terbawa-bawa sehingga menjadi satu kebodohan. Apabila menyedari kapasiti sendiri sebagai tidak tahu, maka hendaklah berusaha menjadi tahu. Bidang genetik dan evolusi adalah sebuah bidang yang masih baru, dan dengan hanya membaca satu dua buku oleh penulis Turki itu tidak mungkin terus dapat dihukum keseluruhannya. Genetik dan Evolusi, sebagaimana bidang sains yang lain, merupakan sunnatullah yang Allah turunkan kepada dunia ini. Penyalahgunaannya membawa padah, namun kejahilan keatasnya juga menyebabkan kita lebih mudah ditipu dan akhirnya terus-terusan membontoti arus sains Barat.

Berikut satu artikel yang baik:
Adam-Adam Sebelum Adam

Jujur bagi saya, mengkritik tanpa pengetahuan yang jelas cuma menampakkan kebodohan kita sendiri. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui betapa canggihnya ciptaan Allah mengenai genetik, DNA, mutation, evolution dsb ini, boleh cuba membaca buku tulisan doktor yahudi – “Survival of the Sickest” (Dr. Sharon Moalem). Kenapa saya sebut doktor yahudi? Kerana tak ada lagi doktor Islam yang nak mengkaji mengenai bidang ini, dek kerana asal nak kaji je terus ditakut-takutkan dan dianggap sekular, kufur, sesat, bodoh dsb!

Wallahua’lam.

7 thoughts on “Menangkis Tohmahan Anti-Evolutionist

  1. Pingback: Menolak Dakwaan Video “Dunia Akhir Zaman”

  2. Asslmu’alaikum

    Mungkin saya yang terlepas pandang, tetapi rasanya lebih jelas kalau dinyatakan Allah swt. lah yg menentukan kalau keturunan suatu benda hidup tu ada perbezaan sedikit atau tak (genetic variation from common descent). Suatu benda hidup langsung tak dapat menentukan perbezaan ni. Org yg tak percaya ni lah yg mengatakan benda ni rawak. Sebab tu la mereka hairan dengan satu spesies yang langsung tak berubah, tetapi species lain yang ‘beketurunan sama’ (common ancestor) boleh mengalami perubahan drp satu generasi ke generasi seterusnya. Apabila benda hidup tak dapat hidup lg dlm persekitarannya, ia akan pupus. Sebenarnya selain faktor ‘keturunan sama’ & persekitaran, kajian terbaru menunjukkan peranan ‘horizontal genetic transfer‘. Dlm DNA manusia sendiri dikesan kod genetik virus. Tambahan pula satu gen boleh diekspresi dlm byk cara, begitu juga protein boleh diubah2. ‘Species’ dah kurang jelas definasinya. Wallahua’lam. Wsslm

  3. That’s very nice info and view of the surface of genetic field and the counter attack as well.. boleh saya tahu kalo sy nak information yang lebih lanjut which site or other good book yang kamu cadangkn.. sbb i cari that book in malaysia its hard to find in common stores

  4. assalamualaikum leokid, semoga berada dalam sihat sejahtera.saya berminat nak tahu mengenai artikel “adam sebelum adam” yang di sarankan oleh anda utk dibaca. maafkan sy jika komen sy tidak ada kena mengena dgn post anda di atas. saya juga bukanlah seorang penulis yang baik.

    mengenai “adam sebelum adam” dan teori Evolusi, berdasarkan artikel dr http://www.saifulislam.com, ada juga kebenarannya apabila disebut maksud surah 2:30 dalam al-Quran, melalui kefahaman sy, bagaimana malaikat tahu bahawasanya manusia akan melakukan kerosakan dan menumpah darah di muka bumi. Dan hanya Allah swt lah lebih Maha Mengetahui. Dengan rujukan ayat tersebut, kesimpulan dari para ulama terdahulu, boleh dikatakan, manusia telah wujud sebelum Adam.

    tetapi artikel berkenaan hanyalah berdasarkan ulama2 yang terdahulu, yang mana berdasarkan pemikiran manusia.

    dan apabila disebut dalam al-Quran:-

    “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai.” (Al-Nisaa’ 4: 1)

    teori evolusi seperti tidak ada apa2 maksud lagi. kerana mukjizat Nabi, Al-Quran adalah lebih benar. Dan tiada yang mustahil sekiranya Adam dicipta terus tanpa peringkat kerana Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha Pencipta. Apa yg ingin saya katakan disini bukanlah untuk tujuan perdebatan. Ini hanyalah pendapat melalui fikiran saya semata2. Dengan merujuk pendapat ulama terdahulu, sepatutnya tidak lah bermaksud untuk menerima bulat2 pendapat mereka. Tapi perlulah kita sebagai generasi baru, menyambung kajian terhadap pendapat mereka. Mereka juga manusia, kita juga manusia, dan xsalah sekiranya kajian kita berakhir dengan kesimpulan menolak pendapat mereka :)

    Sedang saya berfikir2 tentang teori evolusi adam sebelum adam, dgn merujuk pula TIMELINE yang telah saudara muatkan dalam artikel “menolak dakwaan Dunia Akhir Zaman”, ia menunjukkan period antara manusia purba dgn Nabi Adam sangat jauh berbanding period Nabi Adam dengan kita. Dengan ini sy pun berpendapat, sedangkn period kita dengan Adam sangat dekat, jumlah manusia pada mase sekarang boleh dikatakan begitu ramai, ini kan pula period antara manusia purba dgn Nabi Adam, sudah tentu jumlah manusia sebelum kedatangan Adam berlipat2 kali ganda ramai!

    tapi dakwaan sy ini juga boleh disangkal, kerana, Allah telah mencipta Hawa dari tulang rusuk Adam. Dan boleh dikatakan Hawa baru wujud setelah ciptaan Adam, atau dengan maksud lain, mana mungkin terjadinya pembiakan sekirannya Adam sebelum Adam dicipta tanpa kehadiran Hawa.

    Berbalik kepada Adam sebelum Adam, saya juga berfikir sejenak, sekiranya Adam(bapa kita) dicipta dan bermulalah sejarah sebenar kehidupan manusia sebagai khalifah dimuka bumi, bagaimana pula nasib mereka yang wujud sebelum Adam? adakah mereka tiada pegangan? apakah agama mereka? bagaimana ingin menghitung amalan mereka sedangkan adam(bapa kita) yang beragama Islam baru wujud setelah mereka telah lama wujud sebelum adam(bapa kita)? dimanakah tempat mereka di akhirat kelak? dan timbul lah bermacam2 soalan dalam benak fikiran saya. Bukankah Allah itu Maha Adil. bukan kah pelik jika dikatakan adam sebelum adam tiada bimbingan. tidak di ajar dengan nama-nama. Dengan ini,saya buat kesimpulan utk diri saya berdasarkan fikiran saya semata2, teori evolusi itu hanyalah teori sahaja, tiada pembuktian, dan juga tidak disebut dalam al-Quran. Kajian saintifik (half-life of carbon 14 decay) yang digunakan juga adakah ia benar2 tepat? melaui pembacaan saya, masih ada yang meragui ketepatannya. tapi terus terang saya katakan, saya bukan lah saintis utk mengatakan ia tepat atau tidak tepat. ia hanyalah bidang ilmu..wallahu’alam..

    Di harap lah kita generasi muda,generasi sekarang, menubuhkan satu badan “Sains dan Islam”, untuk kita sama2 mengkaji tentang ilmu yang kita pelajari, serta mengkaji pendapat2 ulama2 terdahulu bagi menyambung kesinambungan kegemilangan islam. :)

  5. Mereka(omputih) sebenarnya dah tau jawapan siapa manusia Islam macam kita yang asal usulnya daripada nabi adam. cuma mereka nak membuktikan omputih & yahudi tu keturunan monyet. juga mencari bukti paling munasabah untuk buktikan teori mereka. Ni keje stupid yang tidak berpaksi agama dan alquran. kita islam hanya pecaya sejarah manusia berlandaskan nabi dan rasul. adam manusia pertama hingga nabi muhammad perkembangan manusia dan ilmu. nabi adam dah di ajari oleh tuhan semua nama dalam alam ni, ia manusia yang dah maju dan berpengetahuan hinggalah kita ari ni.

  6. saya ada sikit pembetulan… yang perkataan ‘Nature’ tuh biasanya saintis-saintis barat gelarkannya ‘Chaos’
    dan saya ada satu soalan mengenai manusia sedang berevolusi.
    adakah manusia berevolusi untuk melawan penyakit sahaja?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s